Hidangan baharu KFC

Hidangan baharu KFC

KFC Malaysia menjangkakan hidangan baharunya, KFC Twister akan menyumbang sehingga 10 peratus hasil jualan daripada keseluruhan jualan produknya tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Pemasarannya, Angelina Villanueva berkata, hidangan terbaharu itu sesuai untuk penggemar muda termasuk pelajar yang boleh merasai hidangan itu di mana sahaja dengan cepat.

Menurutnya, KFC Twister diperkenalkan dalam dua pilihan rasa berbeza, Hot & Zesty Twister dan Cheezy Twister.

"Ia akan menjadi pilihan penggemar kerana harganya lebih berpatutan iaitu RM6.50 setiap satu, justeru percaya hidangan ini akan membantu menyumbang lima hingga 10 peratus hasil jualan.

"KFC Twister ini juga padat dengan kepingan Zinger rangup, salad, timun dan tomato lazat, semuanya dibalut di dalam tortilla hangat," katanya pada majlis pelancaran hidangan baharu itu di KFC Pavilion.

KFC Twister boleh didapati secara ala carte atau bersama hidangan kombo dan setiap hidangan kombo di datangkan bersama Crispier Fries KFC serta satu minuman berkarbonat. 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Operasi KFC, M Chandrasagran berkata, KFC menyasarkan untuk membuka sehingga 30 cawangan baharu KFC tahun ini.
"Lokasi pula akan dibuka seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan bergantung kepada lokasi sama ada di bandar atau luar bandar.

"Kos bagi sebuah cawangan dianggarkan memakan belanja dari RM1 juta sehingga RM4 juta bergantung pada saiz cawangan itu," katanya.

Chandrasagran berkata, sehingga kini, KFC telah mempunyai 446 cawangan seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dan menjangkakan perkembangan positif untuk jualan keseluruhan KFC tahun ini.

Sinar Harian

Ulasan