Langkau ke kandungan utama

Neelofa tersenarai dalam Forbes 30 under 30 Asia 2017

Neelofa pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd.Neelofa pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd.
 Pelakon Malaysia, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.
Beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, "Neelofar Hijab".
Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.
Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.
Selain Runcit dan E-dagang, kategori lain termasuklah Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media, Pemasaran dan Pengiklanan.
"Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi," kata Editor Kanan Digital, Asia at Forbes Media, Rana Wehbe dalam satu kenyataan, di sini.
"Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.
"Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini," katanya.
Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey & Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop) Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim & Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).
Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.
Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.
http://www.malaysiadateline.com

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Kerinduan, debaran Erra Fazira

Erra Fazira SETELAH beberapa tahun tidak muncul dengan single solo, selebriti cantik, Erra Fazira kini tidak sabar menanti lagu barunya diputarkan di radio. Menyifatkan single terbarunya itu sebagai hadiah demi mengubati rindu peminat, lagu yang belum diberi tajuk itu akan dirakam dalam tempoh terdekat. Bintang yang pernah diberi jolokan primadona filem Melayu itu menambah, dia kini sedang menunggu masa sesuai merakam lagu tersebut.
Erra juga kini sibuk dengan dengan penggambaran drama terbitan Skop Production, My Darling Inspektor Daniel. Drama bersiri kepolisan 20 episod itu turut dilakonkan Aaron Aziz, Elizabeth Tan dan Siti Elizad. “Insya-ALLAH selepas selesai penggambaran drama tersebut, saya akan beri komitmen penghasilan single pula,” katanya kepada Media Hiburan di Rioooh Raya GM Klang, Selangor, baru-baru ini.
“Liriknya sudah pun siap. Tinggal lagi saya perlu duduk, ambil masa untuk dapat feel bila sudah disatukan dengan melodi. Setelah sekian lama, baru kini saya berpeluang …

PROJEK ROBOT DICIPTA BAGI MEMBANTU SESIAPA SAHAJA YANG MEMERLUKAN PENDAPATAN SAMPINGAN.

Projek robot dicipta bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pendapatan sampingan. Projek robot adalah satu sistem yang menggabungkan dua tenaga iaitu staf dan juga robot. Projek robot akan membantu anda dalam menjalankan perniagaan yang mempunyai potensi pendapatan pasif setiap bulan. Bermula dari pendaftaran, pengiklanan, penghantaran produk dan khidmat pelanggan selepas pendaftaran semuanya dilakukan oleh staf dan robot kami. 

http://projekrobot.com/index.php/?ref=5077

NAK JOIN GROUP FB KLIK SINI https://www.facebook.com/groups/mudah55/

iPay88 sasar Timur Tengah

Kok Long menjelaskan mengenai perancangan iPay88.
SYARIKAT iPay88 Sdn Bhd (iPay88) kini menyasarkan meluaskan pasaran e-dagang ke Timur Tengah.
Pengasas bersama dan Pengarah Eksekutifnya, Chan Kok Long berkata, iPay88 telah pun diiktiraf dan dipercayai di rantau Asia seperti Hong Kong dan Bangladesh. Menurutnya, iPay88 menjangkakan peningkatan pendapatan dari pasaran antarabangsa menjelang akhir tahun ini.
"Walaupun Malaysia masih mengetuai dari segi pertumbuhan hasil, dari segi jumlah jualan, iPay88 melihat pertumbuhan 34 peratus di Indonesia untuk suku pertama dan kedua 2017 berbanding dengan tempoh yang sama pada 2016.
"Jumlah urus niaga di Indonesia juga meningkat sebanyak 97 peratus tempoh yang sama. Jumlah jualan di Filipina meningkat sebanyak 64 peratus dan jumlah urus niaga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 44 peratus.
"Bangladesh adalah peserta akhir dalam sektor e-dagang, namun ia telah mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa dalam masa yang singkat," kata…

Geely beli firma kereta terbang Terrafugia

Prototaip TF-X keluaran Terrafugia. - Foto Designboom

SELEPAS membeli 49.9 peratus saham Proton, Zhejiang Geely  Holding Group Co. Ltd, (Geely) dilaporkan membeli firma kenderaan futuristik, Terrafugia. Laporan Designboom mengatakan Terrafugia sebelum ini menghasilkan prototaip kereta terbang 'TF-X' dan 'Transition'. Maklumat pembelian Terrafugia bagaimanapun tidak didedahkan kepada awam. Selepas berpindah hak milik, Geely dijangka menyumbangkan lebih banyak dana dalam menjadikan kereta terbang satu realiti.
Sinar Harian

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI