Langkau ke kandungan utama

Pendapatan Q1 KWSP, RM11.79b



KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat pendapatan pelaburan RM11.79 bilion pada suku pertama (Q1) berakhir 31 Mac 2017, meningkat 73.9 peratus berbanding RM6.78 bilion pada suku sama 2016. Selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 139), KWSP mencatat rugi terjejas bersih lebih rendah tahun ini kepada RM775.92 juta berbanding RM1.64 bilion, iaitu penurunan sebanyak RM865.08 juta berikutan peningkatan di semua pasaran utama. Nilai aset pelaburan KWSP mencecah RM747.17 bilion, meningkat 2.20 peratus atau RM16.06 bilion berbanding 31 Disember 2016.

Daripada jumlah aset pelaburan itu, sebanyak RM352.73 bilion atau 47.2 peratus, dilaburkan dalam aset patuh Syariah, manakala selebihnya dilaburkan dalam aset bukan patuh Syariah. Mengulas mengenai prestasi pelaburan KWSP pada suku dikaji itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pasaran domestik dan global menunjukkan peningkatan ketara berbanding suku tahun pertama tahun lalu. Beliau berkata, Indeks FBM KLCI meningkat enam peratus didorong oleh pertumbuhan sektor perbankan, manakala indeks global pula meningkat sehingga 12 peratus, satu perbezaan yang nyata berbanding dengan persekitaran pasaran tahun lalu.

"Keadaan pasaran yang positif ini memudahkan aktiviti pengambilan untung yang mendorong kepada pendapatan pelaburan kasar yang lebih tinggi pada suku pertama 2017 dan rugi terjejas bersih yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Shahril menegaskan, walaupun suku pertama tahun ini menunjukkan prestasi yang menggalakkan, KWSP tetap mengambil langkah waspada memandangkan pemulihan harga komoditi kekal lemah dan ketidaktentuan mata wang yang masih berterusan. Pada suku pertama 2017, pelaburan ekuiti, yang merangkumi 41.76 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, menyumbang RM7.10 bilion, seterusnya mewakili 60.2 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan dalam suku tahun yang dikaji.

Peningkatan itu adalah 178.6 peratus lebih tinggi berbanding RM2.55 bilion yang dicatat dalam suku yang sama pada 2016. Pemulihan dalam sektor perbankan turut menyumbang kepada lebih kurang 30 peratus daripada pendapatan urus niaga dan dividen pada suku tahun berkenaan. "Selain peningkatan dalam pasaran ekuiti domestik, pasaran global juga terus menyediakan peluang kepada KWSP untuk mengambil keuntungan walaupun terus berhadapan dengan ketidaktentuan disebabkan oleh pilihan raya di negara anggota zon euro, akta penjagaan kesihatan Presiden Trump, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan rundingan sekitar Brexit.

"Kesan faktor yang mempengaruhi pergerakan pasaran ini dikurangkan oleh data ekonomi yang positif, termasuk semakan semula terhadap ramalan pertumbuhan ekonomi utama," kata Shahril. Pelaburan luar negara KWSP merangkumi 29 peratus dari keseluruhan aset pelaburan dan menyumbang 37 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan dalam suku dikaji. Setakat Mac 2017, sebanyak 49.08 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah dalam instrumen pendapatan tetap yang terus menyumbang kepada pendapatan yang stabil dan konsisten. Suku pertama menyaksikan pelaburan pendapatan tetap mencatat pendapatan RM4.07 bilion, 34.6 peratus daripada pendapatan pelaburan suku tahun.

Pendapatan daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) & Bon Setaraf dalam suku dikaji meningkat 3.67 peratus, atau RM68.56 juta, kepada RM1.94 bilion daripada RM1.87 bilion dalam suku sama 2016. Sementara itu, Pinjaman & Bon menjana pendapatan pelaburan sebanyak RM2.14 bilion berbanding RM1.87 bilion dalam suku pertama 2016. Pelaburan dalam Instrumen Pasaran Wang dan Hartanah & Infrastruktur, yang mewakili 5.04 peratus dan 4.11 peratus daripada jumlah aset pelaburan, masing-masing menyumbang RM372.79 juta dan RM246.27 juta pada suku pertama 2017.

Berikutan pelaksanaan Simpanan Syariah bermula 1 Januari lalu, sebanyak RM952.10 juta daripada pendapatan pelaburan kasar RM11.79 bilion dijana untuk Simpanan Syariah, manakala RM10.84 bilion untuk Simpanan Konvensional. Simpanan Syariah memperoleh pendapatannya hanya daripada bahagian aset patuh Syariah, manakala Simpanan Konvensional memperoleh pendapatan dari bahagian aset patuh Syariah dan aset bukan patuh Syariah.

Shahril berkata, prestasi Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional adalah tertakluk kepada prestasi pasaran, menjadikan jurang perbezaan jangka pendek antara kedua-dua akaun itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dalam jangka masa panjang, prestasi antara kedua-dua akaun adalah sama kerana strategi pelaburan yang dilaksanakan adalah sama bagi kedua-dua akaun. Beliau menambah bahawa KWSP akan tetap fokus dalam mencapai sasaran dividen sebenar tidak kurang daripada dua peratus selepas inflasi untuk purata tiga tahun berturut-turut untuk Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/287921

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

LEBIH 700 RAKYAT MALAYSIA TELAH PUN BERJAYA DENGAN SISTEM INI...NAK TAU?

Assalamualaikum dan Apa khabar! 
Ramai orang tanya saya, bagaimana buat duit/sale hanya tanpa belanja sesen pun?? Anda mungkin telah join banyak program tapi semuanya tak berjaya bukan...
Akan tetapi, saya yakin kali ini, ini adalah program terakhir yang bakal anda akan join! Program hebat ini akan memukau anda dengan kecanggihan dan ketelusan sistem ini. Pada bulan April 2017 sahaja, lebih 700 rakyat Malaysia telah pun berjaya dengan sistem ini...Nak tau? Caranya dibongkar di sini...
http://www.jutawanapp.com/?id=blogpopular
NAK JOIN GROUP FB KLIK SINI https://www.facebook.com/groups/mudah55/

Simpan rekod perniagaan selepas penghapusan GST

SYARIKAT-syarikat harus terus menyimpan rekod perniagaan mereka selepas penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana audit terhadap cukai enam peratus berkenaan dijangka akan terus berlaku yang akan mengambil masa sehingga tujuh tahun dari masa pembekalan, kata Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd. Firma berkenaan juga  berkata, peraturan dan kewajipan GST akan terus diterapkan, termasuk memfailkan pemulangan GST, pengeluaran invois cukai serta tuntutan kredit cukai input, di mana perlu, selain pelarasan hutang lapuk.  
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, mengarahkan GST pada kadar sifar mulai 1 Jun, 2018 dan akan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).“Peniaga perlu memahami kesan terhadap arahan kadar sifar seperti yang membabitkan harga dan sistem cukai,” kata Rakan Pengurusan Cukai Aseannya, Yeo Eng Ping, dalam satu kenyataan.
Proses peralihan  dari GST ke SST, mungkin mengambil masa yang singkat, ju…

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

: Bersikap Adil Terhadap Islamic State (ISIS)/Daulah Islam >> SEJARAH BERDIRINYA ISIS >> Membantah Fitnah Keji Media Mainstream ::

Oleh : Ibnu Nasrullah

Khilafah yang dideklarasikan oleh oleh Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) memang fenomenal. Selain fenomenal deklarasi ini juga kontroversial karena menimbulkan pro dan kontra dikalangan umat Islam bahkan para aktivis dakwah.

Tak sedikit yang setuju kemudian menjadi ansharnya, ada juga yang tidak setuju dengan alasan yang dianggap syar’i, tetapi ada juga yang gelap mata memfitnah secara membabi buta tanpa dasar yang jelas dan tabayyun terlebih dahulu.

Padahal keagungan Islam telah mengajarkan umatnya untuk adil dalam menilai, apalagi dosa lisan adalah salah satu dosa yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam jilatan api neraka.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. Al-Hujurat : 6)

“Hai orang-orang yang beriman hendaklah ka…

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI