Khalid Samad Mohon Menghadap Sultan,.. ada berani???

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mohon menghadap Sultan Selangor untuk beri penjelasan berhubung kenyataannya mengenai Majlis Agama Islam Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mohon menghadap Sultan Selangor untuk beri penjelasan berhubung kenyataannya mengenai Majlis Agama Islam Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.

















  

PENJIMAT MINYAK PETROL  

BERBAIK!!! UNTUK KENDERAAN ANDA
Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS Khalid Samad memohon untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya sebelum ini yang mahu mengehadkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Khalid berkata, beliau akur dengan apa yang dititahkan Sultan Selangor semalam maka pertemuan bersama pembesar negeri itu penting supaya persefahaman di antara kedua-dua pihak tercapai.

"Saya terima dan akur dengan semua teguran baginda terhadap saya.
“Saya harap dapat mengadakan pertemuan dengan baginda untuk mendengar sendiri pandangannya selain saya memberikan penjelasan," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Sultan Sharafuddin meluahkan rasa kesal dan dukacita terhadap Khalid kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Mais selain mencadangkan kerajaan negeri supaya mengehadkan kuasa majlis itu.

Baginda bertitah, walaupun Khalid bukan anak jati Selangor, namun ahli Parlimen PAS itu harus mendalami sejarah dan undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

"Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.
"Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.
"Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang,”  titah baginda semasa berucap di Masjid Pekan Sepang semalam.

Baginda turut memberi amaran kepada Khalid supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa depan.

"Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais dalam menasihati beta mengenai agama Islam," kata baginda.

Khalid sebelum ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengurangkan kuasa Mais atas alasan demi melindungi imej Sultan Selangor daripada terus dikritik rakyat ekoran isu rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama Selangor. Katanya, cadangannya memansuhkan kuasa eksekutif Mais tidak bermakna menolak kedudukan Sultan sebagai ketua agama Selangor kerana kuasa eksekutif adalah kuasa pelaksanaan.

"Jika berlakunya kesilapan (Mais) rakyat akan marah dan ditujukan kepada golongan eksekutif bukannya kepada sultan.
"Jadi dengan cara itu, institusi sultan akan bersih daripada kesilapan atau tindakan yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat.
"Institusi kesultanan sepatutnya bebas daripada apa-apa supaya ia tidak dikritik," katanya.
Katanya, jika fungsi eksekutif terus dipegang Mais sepenuhnya tanpa mengambil kira pandangan rakyat, ia akan merosakkan imej Islam dan institusi raja.

Beliau turut meminta kerajaan negeri mengkaji semula pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2012 yang menyentuh mengenai pelantikan anggota Mais oleh sultan selepas mendapat nasihat menteri besar. Katanya, pindaan itu perlu supaya ada kesealiran dan tidak lagi berlaku pertembungan antara institusi sultan dan rakyat. – 16 Julai, 2014.

TMI

Ulasan

  1. Rakyat selangor nak ikut contoh umno trengganu...

    Kami sokong derih jusoh, natang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..