Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dua syarikat internet dan pengarahnya didenda RM20 juta

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat perusahaan internet serta dua pengarahnya didenda keseluruhan RM20 juta oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas pelbagai tuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran wang elektronik yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM), mempromosi skim piramid dan terlibat dalam pengubahan wang haram sejak 2012.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat MFace International Sdn Bhd (Mface), Syarikat MBI Marketing Sdn Bhd (MBI), pengarah Mface, Kau Fong Seng, 35, dan pengarah MBI, Teow Wooi Huat, 52, selepas wakil syarikat tersebut dan kedua-dua lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes  hari ini.

Syarikat Mface didenda  masing-masing RM7 juta dan RM2.5 juta bagi pertuduhan mempromosikan skim piramid iaitu skim MFC Club dan pertuduhan mengeluarkan suatu instrumen pembayaran yang telah ditetapkan iaitu wang elektronik yang diperuntukkan di bawah Seksyen 24(1) Akta Sistem Pembayaran 2003.

Kedua-dua kesala…
Catatan terbaharu

Celcom, Huawei jalin kerjasama guna platform pengkomputeran

CELCOM Axiata Berhad telah menandatangani perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggunakan Platform Penyelesaian Operasi Pengkomputeran Awan dan Perisian Sebagai Perkhidmatan.
Menerusi perjanjian itu, Celcom menjadi yang pertama di negara ini menggunakan Perkhidmatan Sokongan Operasi berasaskan Pengkomputeran Awan sepenuhnya bagi mempertingkat kecekapan dalam automasi dan kepintaran pengurusan rangkaian, seterusnya memberi kelancaran dalam perjalanan Celcom untuk menjadi syarikat digital.  
Ketua Pegawai Teknologi Celcom Axiata Berhad, Amandeep Singh berkata, melalui kerjasama ini, Huawei berhasrat mengetengahkan penyelesaian AUTIN™ dimilikinya serta berkongsi pengalaman global dengan Celcom dalam usaha mencapai operasi rangkaian lebih divisualkan, diautomasi dan pintar.Platform Operasi Digital ini menggabungkan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan teknologi Machine Learning, dijana oleh Perkhidmatan Operasi Sesawang (Operation Web Services, OWS)…

Pelabur jangan panik!

AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang juga pengurus tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB), menasihati para pelabur berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi dan pelaburan dengan pihak yang tidak dikenali.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin menasihati para pelabur supaya tidak melayan sebarang panggilan yang bertanyakan mengenai butiran pelaburan walaupun pemanggil mendakwa mereka adalah pegawai bank mahupun pegawai ASNB sendiri.
"Sebagai pengurus unit amanah yang mengurus lebih 229 bilion unit dalam edaran milik lebih 13.4 juta pemegang akaun, ASNB sentiasa komited melindungi wang pelabur dengan menggunakan sistem keselamatan terbaik.“Jika menerima sebarang panggilan yang mencurigakan, pelabur disarankan jangan mudah panik dan tidak membuat sebarang transaksi membabitkan pengeluaran ASB atau unit amanah ASNB yang lain.
"Pelabur diminta untuk peka dan mengambil tahu mengenai …

Maybank jenama bank paling bernilai

MAYBANK mengekalkan kedudukannya sebagai jenama bank terunggul di Malaysia menurut laporan Brand Finance Banking 500 Brand Value Report 2018.
Brand Finance, syarikat penilaian jenama dan perundingan strategik memberitahu, nilai jenama Maybank telah meningkat sebanyak 24 peratus dengan mencatat peningkatan kepada AS$3.16 bilion berbanding AS$2.54 bilion pada 2017.
Menurut syarikat itu, di Asean, Maybank adalah jenama bank kelima terbaik manakala di dunia Maybank telah memperbaiki kedudukannya apabila melonjak dari kedudukan 90 ke 83 sebagai jenama bank paling bernilai.Maybank juga mengekalkan penarafan AAA-, sekali gus menjadi jenama bank paling kukuh untuk empat tahun berturut-turut di Malaysia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, pencapaian ini menunjukkan usaha kolektif kakitangan Maybank dalam menyediakan pengalaman jenama yang konsisten untuk pelanggan di seluruh dunia.
“Misi Maybank untuk menginsankan perkhidmatan kewangan merupa…

Sekolah Niaga: Peradaban digital

SEPANJANG minggu ini saya berada di Jakarta. Anak anak muda dalam tim bisnes kami sedang mengatur gerak langkah. Pemasaran secara digital berjalan lancar. Gerak tindak lanjut dalam pengiklanan di FB, Google Adwords dan Youtub Marketing berjalan sebagai sepatutnya dan ia nampaknya mengena pada sasaran.
Dapatkan data. Data adalah perkara mahal dan berharga. Dengan data yang ada kita boleh guna pelbagai pendekatan untuk pengaruhi mereka (baka pelanggan) untuk akhirnya membeli apa yang kita mahu jual. Data dan informasi menjadi basis penting dalam perekonomian dan ia adalah senjata strategis dalam persaingan.Kesimpulan utama yang saya fahami minggu ini adalah perusahaan harus berubah dari “product based” kepada “platform based”. Jadi kata kuncinya apa ? Platform FB. Platform Instagram. Platform Twitter. Platform What’sapp. Platform Youtube. Baea semua ini ke Website. Ia perkara baru bagi generasi lama seperti saya. Perubahan dari peradaban revolusi industri, era saya belajar untuk jadi pin…

Teknik langsai hutang rumah dalam masa 10 tahun

SECARA umumnya, kebanyakan pembeli rumah khususnya kepada mereka yang pertama kali pertama akan membuat perjanjian dengan pihak bank untuk melunaskan bayaran ansuran selama 30 tahun. Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan selama 30 tahun itu, jika difikirkan kembali memang memakan masa yang lama.  
Bagaimanapun, tempoh bayaran balik pinjaman perumahan 30 tahun itu sebenarnya boleh dipendekkan sekiranya pembeli tahu dan faham cara-caranya.Contoh, jika kita di usia 30 tahun membeli rumah, pada usia 60 tahun barulah bayaran balik pinjaman perumahan kepada pihak bank langsai.
Sebelum ini, ramai yang beranggapan pada tahun-tahun permulaan mereka membayar hutang, mereka hanya membayar nilai faedahnya sahaja. Selepas nilai faedahnya habis dibayar, barulah nilai pokoknya mula dibayar. Inilah salah satu mitos dan salah faham kebanyakan orang yang berhutang rumah dengan bank.
Jadi apa sebenarnya yang berlaku kepada nilai hutang dan nilai bayaran balik hutang kita kepada bank ini? Pengasas Harta…

AmInvestment Bank Berhad (AmInvestment Bank) dinobatkan empat anugerah

Empat anugerah yang dimenangi adalah bukti usaha dan ketabahan AmInvestment Bank dalam mengekalkan kepimpinan dalam pasaran korporat dan Sukuk.
AmInvestment Bank Berhad (AmInvestment Bank) dinobatkan sebagai pemenang bagi empat anugerah pada anugerah tahunan Liga RAM kali ke-15 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Empat anugerah berkenaan dimenangi bagi kategori Pengurus Utama (Sukuk) 2017; Anugerah Pengurus Utama X 2017 bagi Nilai Program; Anugerah Lead Manager 2017; dan Anugerah Pengurus Utama (Sukuk) 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank dan Pengarah Urusan Perbankan Borong AmBank Group, Amina Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, menerima penghargaan ini daripada RAM adalah testimoni kepada inisiatif Kumpulan AmBank dalam memulakan perjalanan Top 4 kumpulan melalui usaha dan ketabahan dalam mengekalkan kepimpinan dalam pasaran korporat dan Sukuk

sinar Harian online.
www.gajimasyuk.com