Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Rabu, 30 April 2014

Tahan 9 individu untuk tunjuk kepada Obama? [ Drama ]

KUALA LUMPUR: Penahanan sembilan rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kegiatan militan hanya untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat kononnya Malaysia memiliki cara untuk menangani isu militan.

Perkara sama pernah berlaku pada tahun 1966 ketika Presiden Amerika ketika itu, Lyndon Johnson kembali ke AS selepas selesai lawatan di Malaysia.

"Kali ini, dengan kehadiran Obama (Barrack Obama) pula, sekali lagi situasi itu berlaku kononnya membuktikan Malaysia mempunyai cara untuk menangani isu militan, sedangkan tiada bukti jelas mengenai pembabitan mereka," tegas bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Syed Ibrahim mengatakan tindakan kerajaan menahan dan mendakwa mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 juga mengulangi siri kezaliman seperti ISA yang dimansuhkan.

Jelas Syed Ibrahim, akta tersebut yang lebih dikenali sebagai SOSMA itu mirip seperti ISA yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini, biarpun di bawah SOSMA ada peluang dibicarakan serta membela diri.

"Nampak seolah-olah SOSMA ini lebih baik kerana ada bicara atau ruang untuk membela diri, sebaliknya ia mungkin lebih teruk berbanding ISA kerana wujud penahanan berterusan di bawah akta tersebut," kata beliau ketika dihubungi.

Jelas beliau, seseorang yang ditahan bawah SOSMA boleh dibicarakan selepas 28 hari penahanannya, bagaimanapun sebelum tempoh tersebut mereka boleh dibawa ke mahkamah atau dikenakan alat peranti untuk memudahkan pengesanan dilakukan.

"Sekiranya mahkamah membebaskan mereka, kerajaan boleh terus membuat rayuan. Dan sementara rayuan tersebut, mereka akan terus ditahan.  Ini yang dikatakan penahanan berterusan," jelas beliau yang juga Naib Presiden IKRAM.

Menurut Syed Ibrahim, jika kes biasa, seseorang itu boleh diikat jamin dan dibebaskan sementara kes rayuan didengar.

Namun, tambah beliau bagi kes di bawah SOSMA, mereka akan terus ditahan sepanjang tempoh rayuan sebagaimana yang dikenakan ke atas Yazid Sufaat ketika ini.

"Jika ISA jelas tahanan tanpa bicara, tetapi di bawah SOSMA, nampak macam ada ruang bicara tapi hakikatnya penahanan berterusan dilakukan pihak berkuasa ke atas tertuduh," tegas beliau.

Mengulas lanjut penahanan terbaru itu, Syed Ibrahim berkata pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa badan hak asasi yang mengambil peranan berhubung isu tersebut.

"Ada beberapa badan hak asasi sedang meneliti isu tersebut, termasuk para peguam. Memandangkan ISA sudah dimansuhkan, maka GMI juga dimansuhkan. Bagaimanapun, saya bersedia jika dipanggil untuk bersama-sama meneruskan kempen penentangan terhadap akta drakonian yang ada," tegas beliau.

HarakahDaily

Isnin, 28 April 2014

[ Polemik Hudud ] Tidak Bersedia atau Enggan Bersedia?

Buat kesekian kalinya, isu hudud kembali menjadi isu yang hangat dibicarakan oleh rakyat Malaysia. Tindakan kerajaan Kelantan mengumumkan1 rancangan untuk melaksanakan hudud dan qisas menjelang tahun 2015 mendapat pelbagai respon daripada segenap pihak termasuklah daripada barisan pembangkang sendiri.

Pihak kerajaan pula dilihat menjadikan polemik hudud ini sebagai peluang untuk mencetuskan perselisihan dalam pakatan pembangkang. Umum mengetahui bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah disepakati oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Malah,  DAP dengan tegas menyatakan tentangannya terhadap sebarang usaha untuk menerapkan hudud oleh kerajaan negeri Kelantan. Hal ini jelas dapat dilihat melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan DAP2 dalam memberikan respon terhadap hasrat PAS tersebut.

Dalam satu kenyataan, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa umat Islam di Malaysia masih belum bersedia untuk menerima hudud4. Persoalannya, sejauh manakah kesungguhan daripada pihak penguasa sendiri dalam menyiapkan umat Islam ke arah pelaksanaan hudud, apatah lagi untuk menerapkan Islam secara syumul? Atau sekadar menggunakan polemik hudud demi kepentingan parti politik semata-mata?  

Dalam perkembangan yang sama, isu hudud turut mendapat respon negatif daripada segelintir pihak yang melihat bahawa hudud tidak lagi sesuai untuk diterapkan pada zaman mutakhir ini dengan alasan hukum tersebut mengabaikan aspek sains sosial dan ekonomi3. Kedangkalan sebegini timbul kerana individu-individu tersebut gagal memahami hakikat bahawa sistem Islam hadir dengan pakej yang lengkap/syumul dalam mengatur kehidupan manusia, bukan sekadar menghukum tanpa mencegah dan mendidik.

Hudud dalam kerangka Perlembagaan dan Demokrasi

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya akan memilih sesi yang sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Pelaksanaan hudud dalam sistem demokrasi akan meletakkan hukum Allah di bawah hukum buatan manusia, di mana hukum Allah ini boleh dibahaskan dan dipertikaikan serta memerlukan “kebenaran” daripada Dewan Parlimen untuk diterapkan. Walhal pada hakikatnya hudud adalah hukum Allah dan ia merupakan sebahagian daripada kewajipan yang wajib untuk diterapkan oleh pemerintah ke atas rakyat biar pun majoriti suara menolaknya.
Khatimah

Sedarlah wahai umat Islam bahawa hudud dan juga sistem-sistem Islam yang lain tidak akan dapat diterapkan secara tadarruj (berperingkat-peringkat). Sebaliknya umat Islam wajib berusaha menerapkan Islam secara taghyir (perubahan yang mendasar) dengan cara meninggalkan sistem yang rosak pada hari ini serta mengembalikan semula Khilafah atas manhaj kenabian sepertimana yang disyariatkan. Khilafah sahaja yang akan dapat melaksanakan syariat Islam secara kaffah dalam segenap aspek kehidupan serta menjamin keadilan dan keamanan kepada umat yang bernaung di bawahnya.

 Wallahua’lam.

 www.mykhilafah.com

Sabtu, 26 April 2014

BISNES MASA KINI " MODAL KECIL PENDAPATAN LUMAYAN " [ BISNES ]

“Siapa Di Antara Anda Yang Ingin

Menghasilkan DUIT Di Internet Dengan Sistem

Kami Yang Boleh Dilakukan Oleh Sesiapa

Saja Secara Online.. Kongsi Untung

PendapatanKami Dengan Anda…Biar Kami

Tunjukkan”



Misi Kami untuk bisnes ini :

1. (Utama) Membuka mini market yang bermodalkan RM100 ribu.

2. Membuka mini Hotel yang bermodalkan RM150 ribu.


3. Mengembang dan mempopularkan lagi bisnes ini bermodalkan RM10ribu untuk tujuan Iklan.

Kami menyeru sesiapa yang membaca mesej kami ini ingin berbisnes dengan kami dan kami menawarkan rancangan perniagaan ini. caranya :

Kami menjual lot, 1 lot berharga RM55.00. Kami nenawarkan Dua bonus hebat untuk VIP kami dan Iklan di bolg kami selama 2 bulan.

http://usahawanjutawan33.blogspot.com/

 BONUS TAJAAN.

1.Ahli VIP

2.Perkenalkan kepada ahli VIP baru dan mengulangi belian VIP.

3.Di bayar RM10 untuk setiap LOT. Cth 100 lot x 10 = RM 1000.00

4.Bonus ini akan di bayar 2 kali pada setiap bulan, tengah bulan dan akhir bulan.

BONUS PAKEJ.

1.Ahli VIP

2.Setiap Ahli VIP untuk 1 lot hanya layak di bayar RM400.00

3.Bonus ini terhasil daripada hasil jualan 72 % akan di bahagi kepada ahli VIP yang layak.
Cth RM50,000 x 72% = RM36,000/300 = RM120.00

4.Bonus ini akan di bayar 2 kali pada setiap bulan, tengah bulan dan akhir bulan.

5.Bagaimana Dengan bonus ini anda boleh jana RM400,000.00

Cth anda beli 10 lot = RM550.00

10 lot x RM400      = RM4000.00
50 lot x RM400      = RM20,000.00
100lot x RM400     = RM40,000.00
1000lot x RM400   = RM400,000.00

Berminat Daftar sekarang : Di SINI

Bantah Obama lawat Masjid Negara [ NGO Islam ]

KUALA LUMPUR - Lebih 100 orang berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Masjid Negara yang dijadualkan pada Ahad ini sebagai sebahagian daripada rangka lawatannya ke Malaysia.

Demonstrasi bantahan anjuran sebuah NGO Islam, Hizbut Tahrir Malaysia, bermula selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Negara semalam sebelum masing-masing berarak kira-kira 100 meter bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Jurucakapnya, Abdul Hakim Othman berkata, pihaknya menolak lawatan pemimpin barat itu yang disifatkan satu bentuk pencemaran terhadap kesucian masjid.

“Obama merupakan ketua kepada negara imperialis yang nyata memusuhi dan memerangi umat Islam atas nama perang melawan keganasan. Peperangan yang dilancarkan Bush dan diteruskan lagi oleh Obama ke atas Iraq dan Afghanistan sehingga menyebabkan kematian dan penderitaan ratusan ribu umat Islam dan kemusnahan yang begitu besar, adalah bukti nyata sikap Obama ke atas umat Islam.

“Ini belum lagi mengambil kira peperangan yang tidak diisytiharkan oleh Obama ke atas Pakistan, Yemen, Syria dan banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Abdul Hakim, pihaknya  kesal dengan pihak pentadbiran Masjid Negara yang membenarkan pemimpin itu menjejakkan kaki ke masjid sebagai sebuah tempat suci di dalam Islam.

Justeru katanya, satu demonstrasi aman akan dibuat pada Ahad di sekitar kawasan Masjid Negara sebagai tanda bantahan terhadap kedatangan Obama.

Terdahulu, beliau menyerahkan dokumen memorandum bantahan kepada wakil pihak pengurusan Masjid Negara.

Sinar Harian

Jumaat, 25 April 2014

Hudud Kelantan talian hayat untuk Umno? [ DR ABDUL AZIZ BARI ]



  Oleh kerana ada yang beranggapan bahawa saya enggan membantu Kelantan dalam isu pelaksanaan hudud selain mendakwa saya berdolak-dalik, saya berasa perlu untuk menjelaskan beberapa perkara yang mungkin kelihatan remeh.

Saya ke Kelantan dua minggu lalu untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud yang dipengerusikan oleh timbalan menteri besar.

Bagaimanapun oleh kerana tidak ada siapa yang menunggu saya di lapangan terbang saya membuat keputusan untuk balik semula ke Kuala Lumpur selepas dua jam. Saya menganggap ia sangat ganjil kerana sejak 1996 lagi sentiasa ada pegawai yang menunggu ketibaan saya.

Dalam beberapa kesempatan saya malah dijemput oleh pimpinan atasan seperti bekas Speaker Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan Fatah Haron, bekas ahli parlimen Rantau Panjang. Mungkin saya perlu sebutkan bahawa saya ke Kelantan dengan perbelanjaan sendiri.

Apa yang berlaku itu tidak berbeza dengan apa yang berlaku di Shah Alam dua tahun lalu: majlis forum tentang hudud yang dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan yang saya diminta menjadi panelisnya tidak jadi dan dewan lengang tanpa ada sesiapa di situ.

Tahun lalu nama saya dijaja oleh kerajaan negeri kononnya diminta menjalankan kajian tentang hudud sedangkan saya tidak dimaklumkan mengenainya. Dalam pada itu seorang anggota exco Kelantan beberapa kali menefelon saya hendak berjumpa untuk memohon penjelasan mengenai halangan pelaksanaan hudud. Tetapi sehingga hari ini beliau tidak pernah datang berjumpa.

Apa yang terjadi di Lapangan Terbang Kota Bharu itu sebenarnya pernah saya alami sebelum ini pada 2008 apabila saya dijemput untuk memberi pandangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat mengenai isu 16 September.

Ia berkisar kepada gerak politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa sebilangan ahli parlimen Barisan Nasional hendak menyertai Pakatan Rakyat.

Saya diminta menjelaskan apakah penyeberangan itu boleh berlaku dalam skima perlembagaan kita. Bagaimanapun saya tidak dijemput masuk ke dalam mesyuarat apabila saya tiba di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.

Apa yang menarik dalam kedua-dua episod ini ialah kedua-duanya mempunyai kesan kepada kedudukan Umno. Manakala saya membawa pandangan yang tidak menguntungkan Umno pendekatan yang diambil oleh PAS memberi kesan positif kepada Umno.

Kita semua maklum pada 2008, PAS mengetengahkan gagasan kerajaan perpaduan yang akhirnya menenggelamkan gerak politik Anwar yang dirancang melalui Gagasan 16 September itu .

Pada 2014 PAS, khususnya negeri Kelantan, mengambil pendekatan melaksanakan hudud yang memerlukan penglibatan Umno yang jelas akan menggegarkan Pakatan Rakyat.

Hudud dan kerangka Perlembagaan M'sia

Minggu lalu ahli parlimen Sepang dan peguam Mohamed Hanipa Maidin menyebut teori perlembagaan saya dan kesannya kepada kes Lina Joy di mahkamah. Kes mengenai isu murtad ini menggegarkan negara pada 2005. Sebenarnya pendekatan yang sama jugalah yang saya pakai dalam menghujah keharusan pelaksanaan hudud melalui kerangka perlembagaan kita.

Sebelum itu rata-rata orang beranggapan bahawa perlembagaan kita menghalang hudud; sesuatu yang asasnya ditanam oleh guru saya Profesor Ahmad Ibrahim.

Sebenarnya sikap DAP yang menentang hudud di atas hujah perlembagaan tidak jauh berbeza dengan apa yang dihujah oleh guru saya itu. Ahmad Ibrahim juga membayangkan bahawa murtad dibenarkan oleh perlembagaan; sesuatu yang saya tidak setuju.

Apa pun ketika ini pandangan yang melihat hudud boleh dilaksanakan melalui skima perlembagaan sudah diterima. Secara ringkas ia boleh disimpulkan begini:

(a) Perlembagaan tidak secara tegas menghalang atau menolak pelaksanaan undang-undang Islam. Bahkan sistem kita sudah menerimanya sejak lama dulu, dari undang-undang keluarga Islam kepada perbankan Islam,

(b) Ketertinggian perlembagaan yang sering dikemukakan sebagai halangan pada hakikatnya hanyalah penekanan bahawa apa juga yang hendak dilaksanakan di Malaysia – termasuk hudud – perlu dibuat di dalam kerangka perlembagaan.

Laksana hudud – kuasa persekutuan atau negeri?

Pada awalnya saya berpendapat bahawa bidang kuasa melaksanakan hudud terletak di tangan kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun setelah saya bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2011 saya berasa bahawa hudud boleh dilaksanakan melalui kerangka jenayah syariah yang sedia ada di dalam perlembagaan.

Jenayah syariah terletak di bawah kuasa negeri. PAS sendiri sebelum itu telah membuat penegasan bahawa hudud hanya akan dilaksanakan di kalangan umat Islam sahaja. Apa yang perlu dilakukan ialah meminda beberapa undang-undang termasuk yang menyekat bidang kuasa mahkamah syariah.

Isu bidang kuasa inilah yang menyebabkan kerajaan negeri Kelantan berasa saya berdolak dalik:

Dulu kata hudud kuasa persekutuan sekarang kata kuasa negeri. Sebenarnya jika kerajaan negeri mengikuti betul-betul apa yang saya katakan khususnya selepas saya berbincang dengan Nik Aziz pada 2011 itu mereka akan faham.

Saya berasa yang kerajaan negeri sekarang tertekan kerana ia didesak untuk melaksanakan enakmen 1993 itu dengan segera. Dan sebab itu jugalah PAS, melalui organ rasmi Harakah, mengkritik saya.

Pendeknya mereka kepanasan dan mencari jalan untuk melepaskan diri. Dalam keadaan terkapai-kapai itulah kerajaan negeri menemui kerajaan persekutuan. Anehnya sehingga kini Umno masih belum mengubah pendirian mereka mengenai hudud.

Sokongan yang dizahirkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Annuar Musa bukan pendirian rasmi parti. Kita mungkin boleh berpegang dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Jamil Khir sebagai anggota kabinet.

Bagaimanapun kenyataan terbaru Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menampakkan komitmen tegas melaksanakan hudud dan ini menyebabkan sokongan Jamil Khir itu tidak bermakna apa-apa.

Belum duduk sudah terlunjur

Kekeliruan yang timbul mengenai pelaksanaan hudud ini berpunca dari kecelaruan PAS sendiri. Sepatutnya sebelum Kelantan menyiap dan meluluskan enakmen 1993 itu mereka perlu terlebih dahulu menyediakan plan yang jelas bagaimana hudud ini hendak dilaksanakan di dalam kerangka perlembagaan kita.

Selain itu PAS juga perlu memikirkan kekuatan mereka, khususnya bilangan kerusi yang mereka ada di parlimen. Ini perlu kerana kalau kita mengambil pendekatan kuasa negeri pun ada beberapa langkah yang perlu dibuat di peringkat persekutuan.

PAS hanya memikirkan soal bidang kuasa ini secara serius dalam beberapa bulan kebelakangan ini setelah tampuk kerajaan negeri Kelantan berubah dan desakan untuk menyegerakan pelaksanaan hudud disuarakan.

Saya telah menegaskan banyak kali tentang perlunya sebuah dasar dan plan yang jelas mengenai langkah dan pendekatan yang perlu diambil dalam soal pelaksanaan hudud ini. Bagaimanapun kerajaan negeri memandang sepi dan menyatakan apa yang saya katakan hanyalah pandangan peribadi.

Dalam keadaan itulah tiba-tiba kita mendengar kerajaan negeri merapati pentadbiran Najib untuk mendapat laluan. Setakat artikel ini ditulis, seperti yang telah dinyatakan tadi sehingga ini Umno belum menyatakan pendirian tegas meskipun saya difahamkan segala gerak dan catur mereka diatur oleh JAKIM.

Apa pun yang mereka buat, sebagaimana yang kita lihat dalam tindak tanduk mereka selama ini, kesemuanya tidak bebas dari orbit dan radar politik Umno.

Undang-undang dan dasar parti

Pembuatan undang-undang, yang bermula dengan pembentangan rang undang-undang atau bill, menayangkan dasar dan keutamaan parti. Pas mengambil pendekatan yang ganjil: ia berada di dalam Pakatan Rakyat tetapi membuat gerak yang memerlukan sokongan Umno yang berada di dalam Barisan Nasional.

Ini yang menyebabkan prosedur dan jalan yang diambil berbelit-belit. Saya berasa aneh mengapa Perkara 76A dibangkitkan sedangkan di dalam perlembagaan ada peruntukan yang lebih jelas dan tegas mengenai hudud ini, contohnya “hukum syarak” yang disebut di bawah senarai negeri.

Penentangan oleh golongan bukan Islam timbul kerana hudud dihujah melalui kuasa persekutuan. Dan Umno tidak berbuat apa-apa. Setakat artikel ini ditulis, bahkan kita sendiri pun masih belum jelas pendirian dan komitmen Umno mengenai hudud ini.

Saya berpendapat meskipun hudud bukan dasar Pakatan Rakyat ia masih boleh dilaksanakan kerana di sana ada beberapa prasarana tertentu yang boleh digunakan. Ini termasuk komitmen menjunjung perlembagaan dan ruang untuk pelaksanaan ideal federalism yang sepenuhnya di negara ini. Tetapi ia memerlukan kesabaran dan kerja keras di pihak PAS.

Apa yang kita lihat PAS semakin lemah; ia hanya memiliki 21 kerusi parlimen di samping kehilangan Kedah. Dalam pada itu di Kelantan pun undi popular yang PAS dapat tidak melebihi 50 peratus; sesuatu yang menimbulkan tanda tanya tentang keabsahan tindakan PAS di sisi demokrasi.

Yang jelas, sebagaimana 2008, di dalam senario sekarang Umno yang mendapat laba politik.


DR ABDUL AZIZ BARI mantan profesor undang-undang di UIAM yang kini mengajar di Unisel.

Khamis, 24 April 2014

Laksana hudud bercanggah Perlembagaan, kata kumpulan peguam [ PAS gagal dalam Dakwah ]

Pelaksanaan hudud di negara ini bercanggah dengan prinsip Perlembagaan kerana undang-undang itu berlandaskan Al-Quran dan hanya sesuai dilaksanakan di negara teokrasi, kata kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL).

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen (gambar) dalam kenyataan di Kuala Lumpur berkata, bagi melaksanakan hudud, Perlembagaan dan struktur institusi perundangan seharusnya dirombak.

"Perkara itu bagaimanapun mustahil. Cubaan meminda Perlembagaan untuk pelaksanaan hudud bercanggah Perlembagaan serta merosakkan kerangka Perlembagaan itu sendiri," katanya.

Hudud yang cuba dibawa kerajaan Kelantan untuk dibentangkan di Parlimen katanya merupakan tindakan politik memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak mempunyai kuasa perundangan meluluskan akta berkenaan di bawah Jadual Sembilan Perlembagaan memandangkan undang-undang jenayah dan sivil tertakluk kepada kerajaan pusat.

"Ia turut bercanggah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang membolehkan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda sehingga RM5,0000 atau sehingga enam kali sebatan," katanya.

Pelaksanaan hudud juga katanya melanggar Artikel 8 Perlembagaan yang menjamin kesamarataan tanpa diskriminasi sedangkan hudud hanya terpakai kepada orang Islam, dan bukan Islam masih mengguna pakai akta sivil sedia ada.

"Hudud bukan penawar 'magic' menyembuhkan masalah dalam masyarakat.

"Kita ambil contoh beberapa negara seperti Afghanistan, Pakistan, Somalia, Sudan, dan Utara Nigeria yang melaksanakan hudud, tiada apa yang dapat diselesaikan," katanya, dan menambah, pakar akademik Islam sendiri mempersoalkan kesesuaian pelaksanaan hudud di zaman moden ini.

"Bukan sahaja tidak realistik, ia akan menjadikan kesan sebaliknya keadilan Islam."

LFL turut meminta pertimbangan PAS untuk menarik balik pembentangan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) di Parlimen.

Hukuman-hukuman terkandung dalam hudud katanya kejam dan pelik, serta bercanggah dengan hak untuk hidup dan larangan penyeksaan.

Tindakan membawa pembentangan hudud ke Parlimen juga katanya tidak bertanggungjawab dan mencemarkan imej Islam PAS. – 23 April, 2014.

TheMalaysiaInsider

Rabu, 23 April 2014

22 NGO Cina tampil gesa tolak hudud [ PAS kena kerja Keras ]

 

  Sekumpulan NGO Cina menyuarakan penolakan mereka terhadap rancangan melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan dan hasrat PAS membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung perkara itu di Parlimen.

Dalam kenyataan bersama 21 NGO hari ini, mereka berkata, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Malaysia sebuah negara sekular dan ia ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 1998.

“Kami gesa pemimpin PAS lebih sensitif terhadap pandangan dan hak masyarakat bukan Islam di negara ini,” kata mereka.

Kumpulan-kumpulan itu juga berkata, rang undang-undang itu mampu memberikan kesan terhadap kontrak sosial dan demokrasi berperlembagaan di negara ini.

Justeru, mereka menggesa PAS menarik balik cadangan membentangkan rang undang-undang itu dan menghormati suasana pelbagai budaya dan kepercayaan di Malaysia.

Kenyataannya antaranya dikeluarkan oleh dewan perhimpunan Cina beberapa negeri, persatuan guru-guru dan alumni serta persatuan Buddha dan Dong Zong.


Malaysiakini

Selasa, 22 April 2014

Mahkamah ‘gopoh’ buat keputusan penghakiman Liwat II, kata bekas polis [ Fitnah 2 ]

Penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat secara tergopoh gapah, kata Datuk Mat Zain Ibrahim.

Bekas ketua pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu menegaskan, selain mahkamah melakukan kesilapan, prosiding rayuan berkenaan turut dicemari campur tangan kerajaan, terutamanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar).

"Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan tersebut secara tergopoh-gapah, tanpa memberi pertimbangan yang mendalam dan menyeluruh kepada keterangan-keterangan yang dibentangkan kedua-dua pihak sejak mula prosiding tersebut diadakan.

"Selain Mahkamah Rayuan sendiri ada membuat tafsiran silap menyentuh fakta mustahak, prosiding rayuan tersebut dicemari tindakan pihak kerajaan dan khasnya Peguam Negara," kata Mat Zain dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, kerajaan dan peguam negara juga mengemukakan beberapa kenyataan tidak benar, dan/atau membenamkan keterangan mustahak atau yang memihak kepada tertuduh daripada pengetahuan mahkamah.

Dalam penghakiman setebal 85 muka surat yang diedarkan kepada media minggu lalu, mahkamah memutuskan adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan  Anwar terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesah dan membuktikannya.

Mahkamah berkata, sekiranya diandaikan tiada bukti menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan Anwar.
Panel tiga hakim Mahakmah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis bertarikh 11 April berkata, terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disah dan dibuktikan.

Penghakiman mahkamah itu turut memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan tercemar juga tidak dapat dibuktikan.

Mat Zain berkata, sekiranya mahkamah rayuan tidak tergopoh-gapah membuat keputusan, sebaliknya meneliti mendalam keterangan yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak, semenjak prosiding bermula pada 2008, mereka sendiri akan menemui fakta dan banyak lagi keterangan yang menunjukkan salah laku terancang pihak pendakwaan dan penyiasatan dalam prosiding kes tersebut.

"Pada pendapat saya, perkara yang terpenting dalam hal ini ialah Gani Patail hilang kelayakan dari sudut moral dan undang-undang, untuk terlibat dalam apa kapasiti pun, bersangkutan dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar dalam kes ini.

"Apa-apa keputusan yang beliau ambil atas sifat Peguam Negara berkaitan perkara ini dan termasuk melantik Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengepalai pasukan pendakwaan di peringkat rayuan ini, boleh dipertikaikan dan wajar disemak semula," katanya.

Beliau turut berpendapat, hakim Mahkamah Rayuan bergantung bulat-bulat kepada hujah yang dibentangkan Shafee sahaja, tanpa menghiraukan semua bantahan dan laporan polis yang dibuat berkaitan pemalsuan yang diikrarkan oleh Shafee, dalam afidavitnya.

"Hakim Mahkamah Rayuan sendiri mendedahkan tingkah laku dan tindakan mereka untuk orang ramai menyimpulkan mereka memang berada di bawah tekanan dan pengaruh yang kuat daripada tangan-tangan tersembunyi,untuk mensabitkan kesalahan ke atas Anwar dengan apa cara sekalipun," katanya. – 21 April, 2014.

TheMalaysiaInsider

Isnin, 21 April 2014

Ayuh ramai2 turun ‘kenduri’ 1 Mei, bantah GST [ Kuala Lumpur ]

IPOH 20 APRIL: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa rakyat turun beramai-ramai pada Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1 Mei ini.

GST 6PERCENT APPerhimpunan besar-besaran itu bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat dengan kenaikan kos hidup melalui GST, yang bakal dilaksana pada April 2015.

Saifuddin menyatakan demikian di hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Bandar Ipoh Raya, Perak Jumaat lalu.

“‘Grand Finale’ program Jelajah Reformasi 2.0 adalah kenduri besar-besaran 1 Mei di Kuala Lumpur untuk terangkan kembali isu GST kepada rakyat,” kata Saifuddin.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan, Pakatan Rakyat akan menggerakkan seluruh ahli dan penyokong untuk menyatakan bantahan tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat.

“Tuan rumah kenduri 1 Mei nanti ialah Mat Sabu dan kita pergi ramai-ramai untuk meriahkan kenduri dan berhimpun secara aman,” kata Saifuddin.

Himpunan ini dijadual berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka.

Justeru kata Saifuddin, perhimpunan ini landasan penting untuk bicara masalah dan soal beban hidup rakyat dalam menghadapi kos sara hidup seharian.

“Kita cuma ada satu pilihan dengan bangkit dan lawan Umno BN, jangan lupa undangan terbuka kenduri 1 Mei di Kuala Lumpur,” ulangi Saifuddin lagi.

Rang Undang-Undang GST telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu selepas ia dibacakan kali kedua.

KeadilanDaily

Sabtu, 19 April 2014

Pengacara TV Selangor kritikal di hospital

 Pengacara TV Selangor kritikal di hospital

SHAH ALAM - Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Infrastuktur Awam, Dr Yunus Hairi berkesempatan meluangkan masa melawat Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar yang kini kritikal di Hospital Sentosa Klang, semalam.

Mansor yang lebih dikenali sebagai DJ Mansor terlantar di hospital terbabit sejak minggu lalu akibat komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.

Beliau kini bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.

“Saya mengambil kesempatan ini merakamkan kesedihan saya kepada ahli keluarga Saudara DJ Mansor, seorang tenaga penting di sebalik penerbitan TV Selangor yang kini di dalam keadaan yang agak kritikal.

“Saya mengenali Saudara DJ Mansor dengan agak rapat kerana beliau sentiasa menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumbalas berkenaan isu-isu di Selangor dan aktiviti serta program di bawah portfolio jagaan saya untuk disebarkan melalui TV Selangor,” katanya.

Yunus berharap semua pihak mendoakan kesihatan DJ Mansor dan sekeluarga dapat bersabar dan tenang menghadapi dugaan itu.

Turut menziarahi DJ Mansor ialah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.

Sinar Harian

Jumaat, 18 April 2014

Lupakan Terowong Larkin: Azraai Khor Abdullah [ Sukan ]

Mohd Azraai Khor Abdullah  

PENGENDALI  pasukan berstatus kelab, T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah menuntut anak buahnya memberi tumpuan 100 peratus sepanjang perlawanan ketika turun bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam nanti.

Beliau mengharapkan skuad bimbingannya itu dapat melupakan insiden ‘Terowong Larkin’ daripada menyekat usaha mereka memperkukuhkan kedudukan dalam carta liga.

Menurutnya, kunjungan pasukannya ke Johor Bahru kali ini dengan semangat membara untuk memberi tentangan sengit kepada skuad Harimau Selatan yang kini menghuni tangga ketiga liga di bawah bimbingan bekas pengendali pasukan Kelantan, Bojan Hodak.

“Walaupun insiden ‘Terowong Larkin’ masih belum berakhir, tetapi saya tidak mahu pemain terus memikirkan hal itu, sebaliknya terus mempamerkan aksi terbaik mereka kepada perlawanan esok (malam nanti).

“Misi utama kita ke Johor Bahru untuk membawa pulang sekurangnya satu mata dan pemain perlu bekerja keras bagi memastikan harapan itu tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, Azraai bertekad akan menampilkan kesebelasan terbaik bagi mengimbangi kekuatan skuad berstatus bintang itu.

Katanya, biarpun pasukan turun tanpa kelibat penyerang kelahiran Indonesia, Patrich Wanggai yang digantung setelah dilayangkan kad merah pada perlawanan sebelum ini, ia tidak menghalang skuad The Titans memberi tentangan sengit.

“Saya percaya kehadiran penyerang baharu, Jimmy Mulisa akan memberikan impak kepada pasukan dalam perlawanan itu, khususnya dalam menajamkan lagi bahagian serangan.

“Saya akui prestasinya masih belum mencapai tahap diinginkan dan masih tercari-cari rentak permainan bersama rakan sepasukan, tetapi pemain ini perlu diberi sedikit masa serta ruang untuk menunjukkan permainan sebenarnya,” katanya.

Untuk rekod, pada 1 Februari lalu, perlawanan membabitkan JDT dan T-Team dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ditangguhkan ketika JDT mendahului T-Team 2-1. Ia berikutan T-Team menarik diri daripada meneruskan perlawanan babak kedua sebagai langkah keselamatan.

Sinar Harian.

Khamis, 17 April 2014

“Najib malukan Malaysia, lari dari jawab isu MH370″

Anwar lagi 

PADANG BESAR 17 APR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memalukan negara Malaysia dengan tindakan melarikan diri dari ditemubual media antarabangsa mengenai pesawat MH370,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bila media antarabangsa nak tanya dia, dia lari pergi mana tak tau. Tak mahu jawab soalan dari luar negara.
“Ini memalukan negara. Hang (kamu) sebagai PM jawablah.

“Ini bagi aku yang jawab. Lepas itu marah-marah, tak paus hati nak sumbat aku dalam penjara,” katanya dihadapan 3,000 hadirin di program jelajah Reformasi 2.0 di Perlis semalam.

Katanya, rakyat sekarang ini semakin jelas menunjukkan kebencian terhadap pentadbiran Najib yang semakin kucar-kacir sejak pilihan raya umum Ke-13 yang lalu.

“Bukan sahaja rakyat kita yang benci, luar negara pun dah benci. Dia cakap putar belit, salahkan orang lain, suka tuding jari.

“Bukan nak jaga negara tetapi nak jaga cincin berlian. Nak jaga kroni dia, nak jaga kontrak berbilion-bilion.
“Rakyat sudah bangkit. Siap-siaplah kamu Umno dan Barisan Nasional,” kata Anwar.

KeadilanDaily

Hudud: Pas, PR perlu berbincang

KOTA BHARU – Pas diminta berbincang dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) mengenai satu titik persamaan bagi mendapatkan cara terbaik untuk membendung masalah jenayah jika tidak bersetuju dengan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) atau hudud di negeri ini.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Phang Chaw berkata, apa yang dapat dilihat ketika ini ialah perbezaan pendapat antara satu sama lain yang mungkin menyebabkan hubungan parti sekutu PR dipolemik pihak-pihak tertentu.

“PR perlu berbincang, mungkin ada cara lain yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan titik persamaan yang disetujui semua pihak, memang diakui Pas melihat hudud sebagai salah satu cara untuk mendidik umat Islam, tapi bagi pendapat saya, DAP pula melihat kepada Perlembagaan dan keperluan rakyat terhadap hukuman itu, ini tiga perkara yang berbeza.

“Oleh sebab itu mereka (parti komponen PR) perlu duduk dan berbincang, apakah cara yang lebih baik mencegah jenayah yang mungkin tidak melibatkan agama dan bangsa, jenayah berlaku tidak mengira dua perkara (agama dan bangsa) tersebut, maka cara penyelesaiannya perlu lebih terbuka,” katanya.

Menurutnya, setiap pihak boleh bersuara bersesuaian dengan demokrasi yang diamalkan sama ada ia diterima secara positif mahupun negatif kerana setiap parti mempunyai pandangan  sendiri dalam melihat keberkesanan pelaksanaan enakmen tersebut kepada masyarakat.

Ketika ditanya mengenai punca masalah jenayah dalam negara, Phang Chaw berkata, kerajaan sepatutnya mencari jalan penyelesaian dari akar umbi pendidikan yang lebih berdisiplin, bukan hanya mahu melahirkan generasi bijak pandai tetapi tidak dilengkapi dengan disiplin dan tamadun berkualiti.

Sinar Harian

Rabu, 16 April 2014

PUNB peruntuk dana RM275 juta [ Bisnes ]

PUNB peruntuk dana RM275 juta



PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memperuntukkan RM275 juta dana yang akan disalurkan kepada usahawan melalui empat skim sedia ada tahun ini.

Empat skim tersebut adalah Skim Prosper Usahawan Muda (Puma), Skim Runcit, Skim Pemborong dan Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Dzulkifli Fadzillah berkata, setiap tahun PUNB akan menetapkan sejumlah dana untuk pembangunan perniagaan kepada sekurang-kurangnya 600 usahawan. Tahun lalu, PUNB menetapkan dana sebanyak RM230 juta.

“Daripada jumlah itu, RM80 juta hingga RM85 juta telah disalurkan kepada usahawan yang memohon sehingga Mac tahun ini,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah PUNB Biz Plan Challenge 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

PUNB Biz Plan Challenge 2013 bertujuan mencungkil idea perniagaan baru dan inovatif daripada usahawan muda Bumiputera dengan hadiah berupa geran perniagaan RM170,000 dan berlangsung dari November 2013 hingga 28 Februari 2014.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi PUNB, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Dzulkifli, daripada empat skim PUNB, Skim Peruncit dan Pemborong menerima dana paling banyak iaitu RM160 juta.

Katanya, bagi tahun depan pula, sebanyak RM325 juta dana akan diperuntukkan.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, menerusi Skim Puma, sebanyak RM49.58 juta dana telah diluluskan kepada 1,129 perniagaan yang melibatkan 1,173 usahawan muda sehingga 31 Mac 2014.

Katanya, antara sektor yang menerima dana tertinggi daripada PUNB ialah pakaian, tekstil dan aksesori (RM8.44 juta), makanan dan minuman (RM5.84 juta), teknologi maklumat (RM5.28 juta), perkakasan dan kejuruteraan (RM4.57 juta) serta kenderaan bermotor (RM4.06 juta).

Sinar Harian

Kapal army US kat Port Klang now.!! - King Jason

 

Gambar : Diam diam ntah apa sedang direncana...

Kapal army US kat Port Klang now.!!

Sebelum tu baca berita nih...

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang, Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat. [20]

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel.[21]

Konvoi Malaysia turut terlibat dalam Viva Palestina pergi ke Gaza pada 2009. Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel. Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.[22][23]

Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.[24] Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.[25][26].

Pada 13 April 2010, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India. Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB). Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd. 70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %). Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.

http://www.youtube.com/watch?v=Xq_ns8yXPPU

 Sumber : Sini

Selasa, 15 April 2014

Reformasi 2.0: Kesedaran anak muda makin hebat

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Kesedaran politik yang semakin matang di kalangan anak muda menjadikan golongan berkenaan semakin aktif bergerak menuntut perubahan sistem pentadbiran ke arah yang lebih baik, kata Amiruddin Shari (gambar bawah).

amirudin-shariAhli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu berkata, anak muda sekarang tegas menolak kepincangan sistem kehakiman dan pelbagai penyelewengan yang dilakukan kerajaan minoriti BN melalui Reformasi 2.0 yang dilancar baru-baru ini.

“Reformasi 2.0, mengulang isu penyelewengan dan rasuah Umno BN.  Ada kepercayaan golongan muda ingin bergerak ke arah satu sistem yang lebih baik di negara ini,” katanya.

anak muda1Tambahnya, berbeza dengan reformasi pada tahun 1998 dahulu yang lebih tertumpu kepada isu kehakiman, Amiruddin berkata reformasi kali ini akan lebih menekankan isu nasional menyentuh kepentingan semua rakyat Malaysia.

“Pada tahun 1999 saya terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Anwar. Kita waktu itu terikut dengan tarikan emosi isu mata lebam Anwar.

_MG_4344“Bagaimanapun, reformasi kali ini merangkumi semua golongan. Kita menentang penyelewengan meluas Umno BN sejak 15 tahun lalu yang semakin membarah dan merosakkan ekonomi negara,” katanya.

Amiruddin mula bergiat dengan gerakan reformasi sejak zaman mahasiswa di Universiti Putra Malaysia pada 1999. Beliau antara mahasiswa yang berdemonstrasi menentang pemecatan Anwar secara zalim oleh rejim Mahathir ketika itu. keadilanDaily


Ahad, 13 April 2014

PENGESAHAN MUHYIDDIN MAIN GOLF DI DUBAI

 

  Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas  termasuk dipecat daripada jawatan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

Justeru itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam bahawa mereka bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kerajaan di agensi masing-masing bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Maka, usaha perlu dipergiatkan untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.

"Penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat, bergantung kepada rahsia yang dibocor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Ironman 70.3 Putrajaya di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas.

Baru-baru ini, Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mempersoalkan lawatan lima hari Muhyiddin ke Dubai yang didakwa mereka tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Ali berkata beliau belum menerima laporan rasmi berhubung dakwaan kebocoran dokumen itu. mk

Fariq buat panggilan sebelum MH370 hilang


 Fariq Ab Hamid 
SHAH ALAM - Hasil siasatan dari pasukan siasatan telah mendedahkan satu maklumat terbaru berhubung insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh New Straits Times hari ini, pihak berkuasa telah mendedahkan satu maklumat berhubung pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid yang membuat satu panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang pada ketinggian 5,000 kaki semasa melalui Pulau Pinang.

Menurut laporan itu lagi, panggilan telefon tersebut berjaya dilakukan berikutan pesawat tersebut yang terbang cukup rendah sehingga membolehkan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang dibuat.

Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus secara tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan penyiasat masih melakukan siasatan terperinci ke atas maklumat tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan seramai 205 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.

Menurut beliau, pihak polisakan memanggil lebih ramai individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas insiden kehilangan pesawat tersebut. sh


Sabtu, 12 April 2014

Kereta peronda terbalik kejar penjenayah [Melaka]

Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda mereka terbalik ketika mengejar sebuah kenderaan disyaki dinaiki penjenayah di persimpangan lampu isyarat Taman Ciptaco, Ayer Keroh di Melaka, hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata dalam kejadian 1.25 pagi itu, Koperal Mohd Tarmizee Wan Dolah, 37, dan Lans Koperal Muhamad Hanif Hashim, 27, sedang melakukan tugas rondaan sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan mencurigakan di Taman Muzaffar Heights, Ayer Keroh.
  
"Kedua-dua anggota mengarahkan tiga lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna hijau tanpa nombor pendaftaran itu berhenti tetapi tidak diendahkan sebaliknya mereka memecut laju ke arah pusat bandar raya Melaka.
  
"Anggota polis berkenaan kemudian mengejar kenderaan terbabit sebelum penjenayah menghimpit kereta peronda polis menyebabkan ia terlanggar bahu jalan sebelum terbalik," katanya kepada pemberita di Melaka, hari ini.
  
Katanya suspek kemudian memandu kenderaannya ke arah Taman Ciptaco di Melaka sebelum berjaya meloloskan diri.
  
Salehhudin berkata ekoran kejadian itu, Muhamad Hanif yang memandu kereta peronda itu mengalami kecederaan di bahagian siku manakala Mohd Tarmizee mengalami luka di kepala.
  
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu agar tampil membantu siasatan. mk

 

TG Nik Aziz yakin DAP, PKR akur PAS laksana hudud di Kelantan

 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kekuatan politik Islam yang berpegang teguh dengan akidah akan berjaya mengubah persepsi PKR dan DAP untuk bersetuju dengan pelaksanan undang-undang hudud di Kelantan. – Gambar The Malaysia Insider, 12 April, 2014.

Menurut bekas menteri besar Kelantan itu, beliau yakin kekuatan politik Islam yang berpegang teguh dengan akidah akan berjaya mengubah persepsi dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Tak apa..dia (hal itu) sikit lagi. Ambo (saya) akan sebut (perjelaskan) dan kita akan terbuka sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan politik Islam, (politik Islam) syaratnya mesti kukuh, akidah pegang molek, biarlah apa orang nak buat, lama-lama mereka (DAP dan PKR) faham,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.

Mursyidul Am PAS itu mengulas mengenai penentangan DAP dan PKR terhadap hasrat PAS Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Menurut Nik Aziz, keutamaan kini ialah mendoakan agar pembentangan di Parlimen berjaya kerana perkara itu sudah lama ditunggu dan diharapkan oleh kepimpinan PAS Kelantan.

“Tak berlaku lagi (hudud), tapi doakan mudah-mudahan pembentangan itu berjaya. Ini satu kemajuan yang sudah lama kita tunggu, bukan senang untuk Kelantan dan negeri-negeri bawa perkara seperti ini ke Parlimen,” katanya sambil menegaskan wajib bagi wakil rakyat Islam menyokong rang undang-undang ini.

Menurutnya, kesediaan Putrajaya memberikan laluan bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila ramai mula memahami kepentingan undang-undang Islam itu.

“Alhamdulillah mereka (kerajaan pusat) terbuka hati. Agama dan negara kita Islam, kedatangan hudud sebelum wujudnya PAS, iaitu sejak hampir 2,000 tahun lalu, sedangkan PAS bertapak pada 1951. Hudud bukan undang-undang PAS sebaliknya undang-undang Islam,” katanya.

Semalam DAP menegaskan tetap dengan pendirian untuk tidak bersetuju pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan kerana ia bukan sebahagian daripada persetujuan bersama PR.

Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, pendirian parti itu tetap tidak akan berubah dan sebagai salah satu parti komponen PR, mereka berhak memberikan pandangan.

"Sememangnya DAP tidak bersetuju hukum hudud dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan budaya dan bukan sebahagian daripada kerangka dasar yang dipersetujui bersama PAS dan PKR," kata Lim pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur.

Ditanya adakah pemimpin PAS pernah berbincang dengan DAP mengenai isu tersebut, Lim berkata sekali lagi, parti itu hanya akan mengikuti dasar konsesi polisi bersama PR.

“Pendirian kita sangat jelas dan mudah dan parti PR juga faham akan itu. Bagaimanapun, agak menyedihkan ada yang tidak faham dan sengaja memperbesarkan perkara mengenai pelaksanaan hukum hudud.” – 12 April, 2014.


Jumaat, 11 April 2014

Selangor catat pelaburan bernilai RM9.8 bilion

KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan pelaburan kedua tertinggi antara negeri di Malaysia dengan jumlah sebanyak RM9.833 bilion pada tahun 2013, lapor Selangor Kini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu Dan Pemutihan Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah (kanan) berkata jumlah pelaburan itu adalah daripada 228 projek yang diluluskan melalui pelabur asing dan tempatan.

Katanya, sebanyak RM3.62 bilion diperolehi daripada pelaburan asing, manakala sebanyak RM6.2 bilion daripada pelaburan tempatan.

“Jumlah pelaburan di negeri ini menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular bagi pelabur asing dan tempatan,” katanya yang menjawab pertanyaan Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan (kiri) pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam.

Ean berkata di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.017 bilion.

Ini, jelasnya diikuti Singapura sebanyak RM840 juta, Amerika Syarikat (RM459 juta), China (RM228 juta) dan Switzerland (RM212 juta).

“Antara faktor utama yang menarik pelabur asing adalah kedudukan negeri strategik dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang.

“Selain itu ialah faktor kestabilan politik, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, perlindungan harta intelek, kemudahan infrastuktur yang selesa, perkhidmatan logistik, sumber tenaga mahir dan separuh mahir serta pusat perubatan bertaraf antarabangsa dan pendidikan antarabangsa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan dalam jangka masa pendek ketika ini, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 turut memberi kesan kepada pelaburan daripada negara China.

“Namun, kita akan terus menjalinkan hubungan dan mengekalkan pelaburan dengan negara ini, tambahan lagi kita akan mengadakan promosi di negara itu melalui Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC),” katanya.

HarakahDaily


Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog