Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Khamis, 30 September 2010

Jawapan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.
Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Isu hangat

Abdul Malik berkata, wang itu bukan daripada hasil judi sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Pemberian wang ehsan kepada warga emas itu menjadi hangat apabila akhbar arus perdana yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Lim berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Tidak haram

Mengulas perkara yang sama, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula dua hari lalu berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”
sumber : malaysiakini.

Rabu, 29 September 2010

(SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

(HARAKAHDAILY) - Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee, Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

Lihat dokumen ini dalam Malaysia Today.

Selasa, 28 September 2010

Veteran UMNO Keluar Parti Ketika Hadiri Rumah Terbuka Keadilan Cabang rembau.

Berlaku di majlis jamuan hari raya dan rumah terbuka Keadilan Cabang Rembau, seorang veteran UMNO yang pernah menjadi ADO Jempol, bekas s/u sulit Reily Jefry ketika itu Menteri Kerja Raya, juga bekas s/u sulit lim liong sik, bekas pimpinan pemuda UMNO Teluk Kemang dan sekarang ini sebagai usahawan berjaya.

Veteran yang cukup dikenali sebagai kawan rapat Isa Samad (sehingga sekarang), telah terbuka hatinya apabila mendengar pidato Chegubard yang banyak menyentuh isu keselamatan rakyat dan isu gadaian maruah bangsa yang dilakukan oleh UMNO.

Dengan rasa insaf, dengan fikiran terbuka, veteran berumur 62 tahun (yang biasanya takkan berubah dari menyokong UMNO) dengan begitu semangat mengumumkan keluarnya dari parti keparat UMNO!! Dan beliau yakin, ramai lagi rakan-rakannya dalam UMNO akan mengikut jejak langkah beliau.

Beliau adalah Hj Md Noor Daud.

Perkara ini berlaku secara spontan, atas keinsafan seorang insan yang kita selalu jangkakan hidup dan matinya untuk UMNO semata-mata. Tetapi perkiraan politik Malaysia hari sudah sangat berbeza dan telah melalui fasa-fasa perubahan yang menampakkan kesan positif.

Kerana hari ini, bukan hanya anak muda yang berjaya melepaskan diri dari kongkongan 'projek pembodohan rakyat' tajaan kerajaan Barisan Nasional, malah pengundi di saluran yang paling sukar untuk ditembusi, paling sukar untuk dirayu undinya juga boleh direformasikan dengan pendekatan yang menjurus kepada realiti. Percayalah bahawa mereka yang berumur ini tidak berminat dengan frasa-frasa retorik kerana resamnya bagi seorang veteran, mereka terlebih dahulu merasa garam.

Saya berani jamin, ini bukanlah satu kes terpencil. Ramai lagi penerima pencen akan beralih arah kerana tidak lagi mempunyai ikatan berbentuk risiko sekiranya mereka menyebelahi pembangkang. Saya yakin seperti yang disebut oleh Md Noor Daud, bahawasanya ramai lagi rakan-rakannya akan menyonsang arus bagi merentas perubahan demi untuk memastikan kesilapan mereka suatu masa dulu dapat ditebus, walaupun tidak dapat mengembalikan jumlah sebenar tanah rezab melayu yang telah tergadai.

Jika kita sebagai anak muda mempunyai peluang, tarbiyah dan pujuk jika perlu supaya orang-orang terdekat memahami apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Supaya mereka melihat komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat adalah wadah yang paling sesuai untuk berjuang, tidak kiralah apa lingkungan umurnya. Masih belum terlewat untuk mereka yang biru tegar meninggalkan parti lama dengan politik lama dengan menyertai parti baru dengan politik baru - iaitu memulangkan harta kekayaan negara kepada rakyat.

Masih lagi belum terlambat untuk setiap saudara sekampung kita yang berada di sebelah sana untuk berhijrah, sepertimana pepatah orang putih yang berbunyi 'better late than never'. Ingatlah, mereka yang menyertai Pakatan Rakyat, mereka yang menyertai Parti Keadilan Rakyat, adalah mereka-mereka yang berani!

Sumber : http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/09/veteran-umno-keluar-parti.html

MB Selangor Bakal Umum "Pelan Tiga Tahun Untuk Selangor"

Oleh : Hadri Yaziz (Selangorkini)

PETALING JAYA, 28 SEPT- Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru rakyat Selangor bersama-sama dengan kerajaan negeri menerajui masa depan dengan memberi tumpuan ke atas pelan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Khalid berkata, beliau akan mengumumkan ‘Pelan Tiga Tahun Selangor’ yang sedang dirangka oleh Pakatan Rakyat bagi meneruskan agenda pentadbiran di negeri itu dalam tempoh terdekat.

Dalam teks ucapannya, Khalid menekankan pihaknya tidak mengambil ringan aspek kebertanggungjawaban awam, pentadbiran, bandar mampan dan pendekatan khusus kepada rakyat dalam melaksanakan sesuatu perubahan.

“Walaupun kita (Pakatan Rakyat) tidak mengawal polisi ekonomi negara namun kita tetap berusaha memperbaiki kehidupan rakyat dengan melancarkan program mikro-kredit yang lebih menguntungkan rakyat.

“Ini termasuk dana yang disumbangkan kepada Sekolah Agama Rakyat, guru-guru Kafa, sekolah Tamil dan Cina yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Khalid turut menyeru agar kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) lebih matang mengambil kira pandangan rakyat.

Tambah beliau, pembaharuan dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bagi mengubah pola pemikiran masyarakat yang telah dikongkong oleh kerajaan terdahulu kepada konsep ketelusan dan keterbukaan.

“Anjakan pradigma tidak boleh berlaku dalam sekelip mata namun saya yakin dengan pendekatan baru kerajaan negeri sekarang, rakyat dapat memahami falsafah baru yang cuba diterapkan disebalik polisi dan program yang dilaksanakan.

“Tetapi saya menganggap sebagai kemenangan sekiranya berjaya meyakinkan penjawat awam dengan nilai pengaturcaraan berpusat yang dilaksanakan kerajaan Pakatan selama ini,” kata Khalid pada sidang media selepas melancarkan buku “The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor” di Petaling Jaya, malam tadi.

Antara kandungan yang dimuatkan dalam kandungan buku berkenaan ialah dasar-dasar utama dan pengaturcaraaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat termasuk melaksanakan polisi kebajikan masyarakat di bawah program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan SELCAT.

Turut ditulis mengenai pengalaman dasar perubahan Selangor sejak mengambilalih kerajaan selepas Pilihan raya Mac 2008 selain empat aspek utama teras perubahan – politik, ekonomi, sosial dan budaya.

Khalid menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat bukan untuk memenuhi setiap kemahuan rakyat sebaliknya visi transformasi dan pembaharuan ke arah kehidupan lebih berkualiti menjadi fokus utama

Isnin, 27 September 2010

Branson(jutawan Britain) : Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan di malaysia.

Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.


"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.


Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.


"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.

Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.

Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.


"Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada,” katanya.

Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.

Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.

Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan.
Malaysiakini sumber..

Jawapan untuk umno P.Pinang dari Dr Asri...

Jawapan kepada umno P.Pinang.

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.


Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.

“Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

“Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

“Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan,” kata beliau lagi. - TMI

Timbalan: Azmin 78, Zaid 29, Mustaffa 16, Khalid 4, Tian 3

Dari malaysiakini.
kemaskini 7.50pm Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan ke-29 dari cabang Teluk Kemang, Negeri Sembilan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 132 cabang selesai bermesyuarat.

Manakala ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pencalonan ke-10 dari cabang tersebut untuk jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Teluk Kemang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan Dr Lee Boon Chye.

Kemaskini 7.20pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-78 dari cabang Petaling Jaya Selatan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 131 cabang selesai bermesyuarat.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Kluang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

kemaskini 7.06pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-77 dari cabang Kluang, Johor untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 130 cabang selesai bermesyuarat.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Kluang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan Dr Lee Boon Chye.

kemaskini 6.58pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-76 dari cabang Kota Raja, Selangor untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 129 cabang selesai bermesyuarat.

Kota Raja juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Kota Raja mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Batu, Tian Chua; ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

dikemaskini 6.40pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-75 untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 128 cabang selesai bermesyuarat hari ini.
Pencalonan terbaru untuk Azmin datangnya dari cabang Shah Alam, Selangor. Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala calon naib presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

dikemaskini 5.56pm Seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub menambah satu lagi pencalonan - dari cabang Seremban. Ketua PKR Perak itu kini memperolehi 16 pencalonan selepas 127 cabang selesa bermesyuarat.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Kuantan, Fuziah Salleh; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akini; ahli parlimem Batu, Tian Chua dan pengerusi tetap AMK, Yahya Shaari.

dikemaskini 5.50pm Pencalonan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden semakin bertambah. Terbaru Menteri Besar Selangor itu kini mendapat pencalonan dari Cabang Bandar Tun Razak.

Berikutan itu, Abdul Khalid kini memperolehi empat pencalonan selepas 126 cabang PKR selesai bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimem Batu, Tian Chua.

dikemaskini 5.45pm Cabang PKR Seputeh mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan timbalan. Menteri Besar Selangor itu kini mendapat 3 pencalonan selepas 125 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Dr Lee Boon Chye.

dikemaskini 5.37pm Cabang PKR Batu mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan timbalan. Naib presiden PKR itu kini mendapat 74 selepas 124 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Batu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Batu, Tian Chua; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Tian Chua memenangi jawatan ketua cabang Batu tanpa bertanding.

dikemaskini 5.30pm Cabang PKR Lembah Pantai mencalonkan ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan timbalan ketua. Zaid kini mendapat 28 selepas 123 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Lembah Pantai turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Manakala calon bagi naib pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

5.10pm Pencalonan bagi naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR meningkatkan kepada 73 selepas 122 cabang selesai hari ini.

Pencalonan terbaru untuk Azmin datangnya dari cabang Jelutong, Pulau Pinang. Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Pengiraan untuk calon naib presiden masih berjalan.

Sementara itu, cabang Petaling Jaya Utara (PJU) pula mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini adalah pencalonan kedua untuk beliau dan sekaligus melayakkan beliau bertanding jawatan timbalan.

PJU mencalonkan Dr Wan Azizah untuk jawatan presiden.

Manakala calon naib presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Sehingga semalam, Azmin memperolehi 70 pencalonan selepas 118 cabang selesai bermesyuarat.

Pembantu Azmin yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan kedudukan terkini itu.

Hari ini Azmin memperolehi dua lagi pencalonan - dari cabang Bukit Bintang (Wilayah Persekutuan) dan Pensiangan (Sabah).

Manakala ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pula mendapat 27 pencalonan; ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (15) dan pengarah strategik PKR, Tian Chua (3), manakala pengarah pilihan raya Fuziah Salleh; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.

Sementara itu, bagi jawatan presiden, Bukit Bintang mencalonkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Pensiangan pula mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi jawatan naib presiden, Bukit Bintang mencalankan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng, dan pengerusi tetap AMK, Yahya Shaari.

Pensiangan pua mencalonkan Datuk Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua PKR cabang Tuaran, Ansari Abdullah; dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman.

Sebanyak 37 lagi cabang PKR di enam negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan dan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan cabang dan pusat hari ini.

Negeri-negeri itu ialah Johor (6 cabang), Negeri Sembilan (2), Pulau Pinang (3), Sarawak (9), Wilayah Persekutuan (7), Selangor (9) dan Sabah (1).

Jumaat, 24 September 2010

WACANA PERDANA Wawasan 2020 Realiti @ Ilusi.


Mari ramai-ramai kita pakat pergi........

Nurul Izzah Anwar membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Mahathir..

Kenyataan Media
Nurul Izzah Anwar
24 September 2010


Semalam 23 September bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi memainkan api perkauman apabila beliau menyatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Katanya juga dia bukanlah bersikap perkauman.


Dr Mahathir juga menggambarkan bahawa orang Cina atau India mungkin menjadi Perdana Menteri jika PR mengambil alih negara, kerana Perlembagaan tidak menghadkan jawatan itu kepada mana-mana kaum.


Saya berpandangan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.


Selain penggunaan isu perkauman untuk Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak.


Masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa dengan tujuan untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno.


Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan. Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas.


Kita perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan 'Politik Berlandaskan Harapan dan Kebebasan' yang akan mengubah Minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong.


Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?


Nurul Izzah Anwar
MP, Lembah Pantai
KUALA LUMPUR

Khamis, 23 September 2010

Azmin vs Zaid: Sedang Mengejar Keselesaan Berganda

Memikirkan pemilihan Parti Keadilan Rakyat Oleh : RAHMAN SHAARI

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan pemilihan tidak lama lagi. Khabarnya, tokoh tertinggi, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mempertahankan kedudukannya sebagai presiden. Timbalannya yang telah berasa tua, Dr Syed Husin Ali, akan berundur daripada tempat itu. Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim akan bertanding bagi mengambil tempat yang dikosongkan oleh Syed Husin. Khabarnya masih ada calon lain yang akan turut bertanding.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan PKR pasti tahu bahawa parti itu mengalami perkembangannya yang tersendiri. Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (sering juga disebut ketua de facto) tidak akan merebut jawatan presiden. Ini membezakan parti ini daripada parti-parti lain, kerana sungguhpun Anwar tidak bertanding, dia akan selalu ‘menang’. Kita telah melihat pergerakan hebat tokoh ini, bahawa tanpa menjadi ketua yang langsung, dia berjaya menentukan arah PKR. Anwar amat istimewa dalam PKR, dan saya jangka keistimewaan ini tidak mungkin dinikmati orang lain dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

Sesetengah orang menyukai PKR kerana kelainan Anwar. Walau bagaimanapun, Bahagian atau Cabang Arau mencadangkan agar Anwar merebut jawatan presiden. Ini laporan Sunday Star 19 September 2010, “Datuk Seri Anwar Ibrahim received a nomination from the Arau branch for the post.” Maksud the post dalam konteks itu ialah jawatan presiden.

Ketika saya menulis makalah ini, saya tidak tahu mengapakah Cabang Arau berbeza. Paling mungkin dan munasabah, ahli-ahli Cabang Arau mengingini demokrasi tulen, iaitu mereka berhasrat agar PKR ditadbirkan secara biasa, bukan secara yang melebih-lebihkan penasihat atau ketua de facto. Jika itu ialah hasrat Cabang Arau, semua ahli PKR wajarlah menerima baik.

Hasrat untuk melihat demokrasi berjalan secara semolek-moleknya dalam PKR tergambar juga melalui tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang mahu bertanding untuk jawatan Timbalan. Beliau tidak mahu orang melihat Azmin Ali sebagai segala-galanya dalam PKR. Mungkin bagi Zaid, keistimewaan kedudukan Anwar sudah cukup, malah sudah lebih, maka janganlah kedudukan Azmin pun menuju ke arah keistimewaan sedemikian. Sesebuah parti politik zaman moden tidak wajar meletakkan seseorang di tempat yang menyamai amalan feudalisme.

Tanpa hasrat menyebelahi Zaid, saya berpendapat tokoh itu mempunyai kelebihan. Azmin ada keistimewaan sebagai pemimpin istimewa, terutama beliau telah lama bersatu-padu dengan Anwar, sehingga kelihatan tidak terpisahkan, biarpun langit bertangkup dengan bumi. Zaid tidak demikian. Beliau bergantung pada kekuatan peribadinya sendiri, seorang tokoh yang faham betul sistem politik sekular. Beliau telah memaparkan ketegasannya meninggalkan jawatan menteri, dan kemudian memilih parti pembangkang. Ini istimewa, walaupun rahsianya rahsia biasa, iaitu rahsia yang bukan rahsia.

Bagi orang miskin, ketegasan Zaid meninggalkan jawatan menteri cukup menghairankan, tetapi bagi jutawan, tindakan demikian samalah dengan seseorang membuang beberapa biji kacang. Beliau membuang kacang kerana meminati gajus. Bagi sesiapa yang memiliki wang kurang seringgit sejuta, Zaid ialah pemimpin bernilai sederhana, tidak begitu mundur, dan tidak juga begitu maju. Zaid meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional, menyeberang ke pihak pembangkang kerana (beberapa kali disebutkan) beliau yakin pembangkang memiliki demokrasi tulen. Zaid berhak berfikir begitu, walaupun hakikat dalam diri ketua-ketua parti tidaklah demikian.

Jika Zaid tidak bertanding sekarang, bilakah masanya beliau akan bertanding? Sesiapa yang berusia melebihi 55 tahun, masa dan usia amat difikirkan. Kita janganlah percaya bahawa Zaid menyertai PKR hanya untuk menolong parti, tanpa memikirkan segi untuk ditolong parti. Kita tahu Azmin, sama seperti Anwar sendiri, berada dalam keuntungan, kerana mereka menolong dan ditolong parti. Kita juga tahu, sejumlah besar ahli parti ialah orang-orang yang bersedia menolong parti, biarpun tidak ditolong parti. Mereka bersedia bekerja tanpa bayaran, kerana mereka menyangka parti ialah sesuatu yang amat baik untuk rakyat. Fikiran demikian tentulah berbeza daripada pemikiran pemimpin, kerana pemimpin memikirkan peningkatan dan pengekalan kuasa. Semua ini tersirat dalam pelbagai teori politik.

Orang yang paling layak memimpin PKR, malah memimpin Pakatan Rakyat, tentulah Anwar Ibrahim. Walaupun stailnya amat berbeza, beliau tahu menguasai sejumlah manusia yang dipimpinnya, kerana beliau banyak belajar daripada Tun Dr Mahathir Mohammad. Ketika mereka berdua mentadbir negara, kita dapati pertentangan daripada musuh-musuh – dalam dan luar – tidak pernah kuat. Kita dapati pola yang memberikan keistimewaan kepada Anwar adalah berasaskan ilmu daripada Mahathir, dan ilmu itu dipegangnya hingga kini.

Untuk memahami hal ini, kita hendaklah mempelajari konsep dan pelaksanaan intertekstualiti. Anwar mulai aktif dalam UMNO pada awal dekad 1980-an disebabkan rasa kagumnya kepada kehebatan Mahathir. Sejumlah besar orang Melayu berasa senang hati, gembira dan bersyukur, kerana dua pemimpin yang sukar dicari dalam masa satu atau dua dekad, tiba-tiba bersatu padu dalam sebuah parti politik.

Kita telah melihat negara berada dalam keadaan sejahtera ketika kedua-dua tokoh itu berbaik-baik. Itu telah menjadi sejarah. Apa yang sedang kita lihat kini, Anwar berada di atas yang lain selaku penasihat dan ketua de facto, satu kedudukan yang tidak pernah dinikmati Mahathir. Ini menunjukkan Anwar telah memperlihatkan kebolehannya menambahkan segi yang tidak diajarkan Mahathir. Mahathir tidak pernah mengambil tempat begitu, biarpun beliau juga berjaya menjadikan dirinya pemimpin yang tidak ditandingi, hinggalah pada 1987.

Sekarang kita mendapati Anwar berada di kedudukan yang mengatasi presiden. Kata-kata beliau didengari secara sepenuhnya, tanda bahawa beliau di atas presiden. Jika beliau mengenang zaman bahagianya dalam UMNO, beliau pasti terbayang akan kedudukan Dr Mahathir yang tidak ditandingi atas alasan yang lain. Saya yakin, di samping beliau berasa tidak menyenangi Dr Mahathir kerana wujudnya alasan politik biasa, beliau pasti berasa terhutang budi kerana Dr Mahathir memberikan ilmu tinggi kepadanya dalam hal begini.

Sama ada ahli PKR, ahli UMNO, juga ahli parti-parti lain – seterusnya ahli politik tidak berparti – semuanya sedang menunggu tarikh pemilihan pemimpin baru PKR. Pada masa ini, Zaid Ibrahim dan Azmin Ali terlihat sebagai saling rival, iaitu masing-masing sedang mencari penyokong. Namun, dalam diri mereka, tiada kebimbangan apa-apa, kita yakin, kerana mereka bukanlah daripada kalangan kurang seringgit sejuta, apatah lagi dari kalangan orang miskin yang kurang seribu ringgit sebulan. Mereka berdua, menyamai tokoh-tokoh UMNO dan Barisan Nasional, adalah tokoh-tokoh yang sedang mengejar keselesaan yang berganda-ganda. Oleh itu, pertandingan mereka ialah pertandingan yang tidak begitu berbeza berbanding pertandingan yang membabitkan Nicol David atau Lee Chong Wei.

Oleh sebab pertandingan dalam politik moden hanyalah seumpama pertandingan sukan, maka eloklah kita mengikutinya dengan jiwa yang tenang. Jika terasa muncul rasa marah, atau tidak senang, eloklah orang Islam mendapatkan ayat al-Qur’an yang sesuai untuk menyembuhkan penyakit hati yang berbahaya. Ingatlah, dalam keseluruhan ruang kehidupan yang amat bermakna, politik amat kecil. -SH


PELABURAN BIJAK!!!!!!!

Rabu, 22 September 2010

Umno ecer jenaka gimik cek RM4 bilion

13 Syawal 1431 H
Oleh: Wartawan Kita

KOTA BHARU, 22 Sept: Berita PAS Kelantan diberi replika cek bernilai RM4 bilion ternyata berjaya mengejutkan banyak pihak, namun anehnya Perhubungan PAS negeri tidak tahu menahu mengenai sumbangan tersebut.

Gimik syarikat I’DA World Group di sebuah hotel lima bintang, baru-baru ini dengan menulis replika cek bernilai RM4 bilion disumbang kepada PAS kini sudah bertukar menjadi isu politik.

Namun, bagi Umno gimik yang tidak berjijak di alam nyata sudah dianggap isu besar sehingga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

Maka banyak pihak yang berpangkal dari gubuk Umno waima Pemuda, Puteri dan NGO yang lahir dari sayap Umno bertempik sorak menuduh PAS dan kerajaan Kelantan terpalit dengan rasuah.

Mereka ’persyaitan’ akal waras. Kemunasabahan atau lojik replika cek RM4 bilion tidak perlu diheret begitu jauh kerana dari awal lagi disifatkan tidak lebih sebagai satu jenaka.

Lebih-lebih lagi penjelasan kerajaan negeri syarikat terbabit belum pun menghantar sebarang proposal projek yang mahu dibangunkan.

Kata orang tua, ikan masih di laut. Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Pusat Pelaburan Negeri difahamkan belum menerima apa-apa kertas cadangan projek dimaksudkan syarikat terbabit.

Anehnya tiba-tiba syarikat itu mendakwa mendapat projek bernilai sehingga RM330 bilion di Tumpat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim berkata, ia tidak lebih sebagai satu jenaka.

Malah katanya, PAS Kelantan tidak pernah dimaklumkan mengenainya biar pun cek itu dikatakan diserah pada satu majlis makan malam anjuran I’DA World Group.

”Badan Perhubungan PAS tidak dijemput hadir pada majlis makan malam anjuran syarikat berkenaan.

”Ini tidak lebih sebagai satu jenaka kerana kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang kertas cadangan projek daripada I’DA World Group.

”Perhubungan PAS Kelantan menafikan ada hubungan dengan syarikat berkenaan. Malah kita pun tidak kenal siapa pemilik syarikat itu,” katanya di sini.

Manakala pihak yang tampil menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn Bhd juga menjelaskan kehadirannya di majlis itu tidak mewakili Menteri Besar atau PAS Kelantan seperti dilaporkan.

Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadirannya di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.

“Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil pihak urusetia penganjur untuk menerima replika cek terbabit,” katanya, semalam.

Beberapa akhbar Selasa lalu menyiarkan gambar Nik Din menerima replika cek berjumlah RM4 bilion yang ditulis atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) diserah Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn Bhd, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Abdul Rahim dilaporkan berkata, sumbangan kepada PAS Kelantan untuk membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

Bagaimanapun malangnya berita bersifat jenaka itu sudah menjadi modal besar bagi Umno bagi menghodohkan wajah PAS dan kerajaan Kelantan.

Mereka tidak perlu berfikir panjang, sekadar menggunakan ’otak di kaki lima’ lalu menembak peluru kapur yang akhirnya terpelanting di kaki mereka sendiri.

Ramai pemimpin Umno mahu menjadi jaguh dengan mengulas isu yang berkisar kepada epik dan jenaka termasuk Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid dan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian.

Samalah seperti dakwaan Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican tanpa usul perika mendakwa wang sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas hasil dari duit judi.

Maka tidak hairanlah golongan profesional dan ahli akademik ketawa dengan watak kampung yang masih lagi membelenggu pemikiran pemimpin Umno.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof berkata, pejabat Menteri Besar sebelum ini ada menerima kad jemputan hadir ke majlis anjuran syarikat I’DA World Group.

Bagaimanapun katanya, kad jemputan tersebut hanya tertera logo syarikat dan tidak ada ada nama penghantar serta tiada nombor telefon rujukan untuk dihubungi.

”Kad tersebut tidak dapat disahkan kerana tidak ada nama pengirim dan nombor telefon. Ini menyebabkan Menteri Besar tidak dapat menghadiri jemputan tersebut,” katanya di sini.

Menurutnya syarikat berkenaan belum diluluskan sebarang projek pembangunan di Kelantan biar pun pengerusinya mendakwa mendapat projek bernilai RM313.71 bilion di Tumpat.

Manakala pada carian di laman web www.idaworld.com.my dipaparkan gambaran projek syarikat berkenaan di Tumpat yang dikenali sebagai projek pembangunan bersepadu dan penjanaan ekonomi di Kelantan.

Lakaran gambar projek seperti di Dubai, Emeriah Arab Bersatu yang lengkap dengan segala kemudahan terkini.

Projek itu dikenali sebagai super mega Seri Tujuh dikatakan akan dibangun di kawasan seluas 144,000 ekar membabitkan kos RM313.71 bilion.

Tertera juga alamat syarikat berkenaan di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, Badan PAS Negeri belum bercadang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa biar pun mengaitkan cek RM4 bilion dengan PAS Kelantan.

”Kita tidak kenal syarikat terbabit. Kita tengok dahulu perkembangannya sebelum mengambil tindakan lanjut bagi mengelakkan ada pihak mencemarkan nama PAS dan kerajaan negeri,” ujarnya.


Harakahdaily/-

www.2kali.com/?s=2433

Selasa, 21 September 2010

PAS Kelantan dapat RM4billion....

RM4b bukan balas jasa dapat projek

KOTA BHARU: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya. Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.

Sempena majlis itu, I'DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit.

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.
Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.

•http://www.bharian.com.my/bharian/articles
•http://idaworldgroup.com.my


Isnin, 20 September 2010

DEBAT UNTUK CALON TIMBALAN PRESIDEN PKR..

Penyelaras Universiti Terbuka Perak (Ureka), Afendi Ahmad aka Mat Saman Kati berharap debat bagi calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bakal diadakan di Universiti Industri Selangor (Unisel) sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran universiti tersebut.
Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pihak Unisel dan kini menunggu jawapan disamping menghubungi semua calon yang menawarkan diri untuk merebut jawatan itu.

"Saya sudah hubungi mereka (calon Timbalan Presiden), tapi setakat ini masing-masing berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan," kata Mat Saman Kati.

Beliau menjelaskan tumpuan kini lebih diberikan kepada program debat calon Angkatan Muda KEADILAN yang telah diadakan di Taiping Golf Resort Sabtu lalu.

"Saya lebih teruja dengan debat AMK. Mereka kelihatan cukup matang. Berlainan dengan calon Timbalan Presiden," tambah beliau.

Debat calon AMK tersebut merupakan yang pertama diadakan semenjak penubuhan parti pada tahun 1999.

Setiap speaker telah diberikan masa 15 hingga 20 minit untuk berpidato, dan sesi tersebut dikendalikan oleh Mat Saman Kati sendiri.

Calon yang mengambil bahagian termasuk Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard, Bendahari KEADILAN Terengganu, Rafizi Ramli dan Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Hasmi Hashim.

Sementara itu Ketua AMK, Shamsul Iskandar telah menarik diri daripada menyertai debat tersebut kerana menawarkan dirinya bagi jawatan Naib Presiden.

Debat yang berkonsepkan 'presidential debate' seperti yang dibuat di negara-negara maju bertujuan mengenengahkan visi, gagasan dan perancangan bakal Ketua AMK, sekiranya mereka diberikan mandat oleh ahli parti kelak.

www.2kali.com/?s=2433

Ahad, 19 September 2010

Ketua Umum KEADILAN menyeru pengundi serta ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di kawasan Batu

Oleh Dzulkarnain Taib
KUALA LUMPUR 19 Sept - Ketua Umum KEADILAN menyeru pengundi serta ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di kawasan Batu supaya terus mempertahankan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti kerana ia adalah antara kubu kuat KEADILAN.Mengimbau semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12
Mengimbau semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, Anwar berkata walaupun menghadapi pelbagai rintangan daripada pihak Umno-Barisan Nasional termasuk diputuskan bekalan elektrik, namun daripada raut wajah rakyat yang membanjiri ceramah yang diadakan, beliau yakin ketika itu kemenangan berpihak kepada KEADILAN.
Tian Chua memenangi kerusi Parlimen Batu setelah mengalahkan calon Barisan Nasional, Lim Si Pin dengan majoriti 9,455 undi.
"Parlimen Batu kubu kita, Tian Chua ingat ini kita punya kubu. Malam sebelum pilihan raya bila saya tengok orang ramai dengan kesungguhan mereka, saya kata ini harapan kuat untuk KEADILAN dan Pakatan Rakyat memang di Batu.
"Saudara sudah pilih Tian Chua, tengok apa dia buat, di dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Dia perjuangankan isu harga barang, isu keganasan, isu kezaliman terhadap orang Melayu, orang Cina, orang India, dia perjuangkan dengan berani sampai dia berapa kali ditangkap dan didera. Kalau kita nak pilih wakil, inilah cara kita yang kita tentukan," kata Anwar ketika berucap semasa menghadiri jamuan rumah terbuka Aidilfitri anjuran Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Batu di Dewan Komuniti Bandar Baru Sentul petang semalam.
Anwar menyeru rakyat menunjukkan sikap kasih sayang sesama sendiri.
"Hadis Nabi kata kalau kita tunjuk kasih sayang di dunia - di antara Melayu, Cina, India, kita hormat dia dia hormat kita, kita kasih dia dia kasih kita, dilangit akan curahkan kasih sayang kepada kita semua.
"Tapi ini berbeza dalam paper Umno, hari-hari dia suruh kita gaduh. Dia soal apa pasal orang Cina pergi surau. Saya kata bagus lah kalau begitu takdalah gaduh-gaduh. Apa pasal saya dan Ustaz Hadi pergi ke gereja? Saya pergi kerja naktunjuk kita berbaik dengan orang Kristian. Kenapa saya pergi ke pengkebumian Beng Hock. Dia itu macam anak kita, dia bekerja untuk Pakatan Rakyat, dia mati kita tunjuk simpati. Kugan mati kenapa Tan Sri Khalid dengan Datuk Husam pergi jumpa keluarga? Sebab Kugan itu anak muda dia kena pukul kita simpati, kita pergi dia marah, dia ingat menteri mati saja kita pergi," kata Anwar sinis.
Majlis yang dihadiri hampir 10,000 penduduk kawasan Parlimen Batu berlangsung dari pukul 2.00 sehingga 6.00 petang.
Turut hadir termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Selayang William Leong, Ahli Parlimen Subang Gwo Burne-Loh, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Datuk Dr Tan Kee Kwong.
Anwar juga berkesempatan menyampaikan sijil penubuhan enam Ranting di bawah Cabang Bati iaitu Taman Dato' Senu, Taman Mas Tiara, Taman Sentul Utama, Taman Seri Murni, Sentul Pasar dan Jalan Ipoh.


Sabtu, 18 September 2010

Bicara Minda DSAI Beralaskan Fakta Kukuh.

Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana. Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot. Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Dato' Sri Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur.


Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia. Tetangga kita itu menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia(World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara. Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap ini. Hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam masa 10 tahun, yang mana 92% dari jumlah tersebut datangnya dari pelaburan swasta, pastinya menimbulkan kemusykilan tatkala para pelabur bertindak menjauhi pasaran kita.


Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi. Secara tuntas saya tegaskan, para pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan. Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin. Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban.


ANWAR IBRAHIM

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


Jumaat, 17 September 2010

Kenyataan MEDIA YB Mohamed Azmin Ali Mengenai Pemilihan KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengorak langkah memberi takrif baru demokrasi dalam usia yang begitu muda di persada politik negara.

Pemilihan Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2010 merupakan usaha pemerkasaan demokrasi dalam sejarah politik Malaysia melalui pemilihan langsung yang digalas oleh anggota-anggota parti dan sekaligus menjadikan KEADILAN sebuah parti yang paling demokratik di Malaysia.

Namun pembaharuan ini juga membuka cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Selaku anggota muda parti yang jatuh dan bangun bersama perjuangan lebih sedekad yang lalu, dan menjunjung semangat berpasukan di dalam parti, saya mengambil maklum pengumuman Ketua Umum untuk tidak menerima pencalonan bagi jawatan parti untuk menumpukan tenaga beliau bagi memantapkan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengulangi ikrar sokongan padu kepada kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Saya juga menghayati kenyataan Dr. Syed Husin Ali yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih serta rasa hormat saya kepada Dr. Syed Husin Ali di atas sumbangan dan perjuangan beliau yang berterusan dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak rakyat.

Dr. Syed Husin Ali beristiqamah dalam perjuangan. Sifat istiqamah beliau akan terus menjadi inspirasi kepada anggota-anggota parti dalam meneruskan perjuangan ini.

Teras prinsip perjuangan beliau yang menggariskan kriteria contoh pemimpin parti seperti kesetiaan kepada perjuangan, patuh pada disiplin parti, tuntas menentang rasuah serta menegakkan nilai-nilai moral yang tinggi seharusnya menjadi pegangan seluruh anggota parti.

Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan Dr. Syed Husin Ali; saya dengan penuh rasa tawadhu’ dan rendah hati ingin menawarkan khidmat saya sebagai Timbalan Presiden.

Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi.

Saya turut berazam untuk memastikan Pemilihan Kepimpinan 2010 berlangsung dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, saya berikrar untuk bersama-sama dengan anggota-anggota parti dan rakyat di Sabah dan Sarawak untuk menjana perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke 13 demi kesejahteraan rakyat selaras dengan Permahsyuran Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu, yang menjanjikan keadilan serta pembelaan maruah dan harga diri setiap warganegara tidak kira kaum mahupun agama.

MOHAMED AZMIN ALI

16 September 2010


TERIMA RM3500 SEHARI!!!!!!!!

Khamis, 16 September 2010

Edisi Khas sempena Hari Malaysia yang ke-47: Mari kenali sejarah cuti 'Hari Malaysia'.....

Semenjak PM mengistiharkan hari cuti umum bagi tarikh kemerdekaan Sabah, Sarawak sebagai hari tertubuhnya Malaysia, ramai tertanya-tanya, bukankah dahulu kerajaan menentang penubuhan hari bersejarah ini?

Media massa tidak kira Utusan, TV3, dan lain2nya bersungguh2 menentang idea ini…kononnya atas dasar ia bertelagah dengan hari kemerdekaan negara, alasan lain agak terlalu ‘politiking’ saya kurang berminat, tp idea ia ‘bercanggah’ dengan hari kemerdekaan agak ‘rasional’ pd ketika itu… tp hari ini, ia sudah diiktiraf hari bersejarah.

Jika anda baca sebahagian dari tulisan ‘lama’ akhbar “Utusan” di bawah, memang tak boleh tahan, mereka yg bukan pro-kerajaan, di’perlekeh’ habis-habisan..inilah bahana apabila segala benda hendak dipolitikkan..benda yang baik dr parti politik mana sekalipun, kita terima, so, bila kita “CIPLAK” idea individu berkenaan, tidaklah “mencemarkan” jati diri sendiri...Kata org, “orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa”..

Di hari baik, bulan baik ini, tidak salah bagi media massa dan kerajaan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini yang hampir menyebabkan hari bersejarah ini hampir tidak terlaksana. Saya yakin, rakyat akan terima permohonan maaf mereka walaupun hari ulangtahunnya sudah ‘terlepas’ lebih kurang 46 kali!..

Anda pasti akan ‘teruja’ dengan apa yg dikatakan oleh sesetengah pemimpin kita berkenaan hari bersejarah ini sebelum ini, ini tidak termasuk apa yg keluar di akhbar2 lain dan media televisyen lainnya....


1. ARKIB : 02/09/2008 -Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos.

”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya.

Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.

________________________________________________


2. ARKIB UTUSAN – ruangan SMS : 04/09/2008

JANGAN pengaruhi kami yang berpendapatan rendah ini dengan ‘agenda’ anda. Anwar, 16 September adalah hari mencari rezeki, cukuplah dengan cuti umum 31 Ogos.

BOSAN

KENAPA pula kelepasan am pada 16 September? Kalau semua sudah cuti siapa yang akan hadir majlis ‘angkat sumpah’ PM baru kononnya?

HAMID JB

SAYA harap lenyapkan angan- angan hendak jadikan 16 September cuti umum. Mungkin ramai yang setuju dapat cuti tambahan terutama bagi pekerja sektor awam dan swasta. Buat apalah beria-ia sangat mahu membazir masa.

0199919XXX

SAYA amat setuju dengan penulis Zaini Hasan di ruangan Cuit Utusan Malaysia semalam. Isunya I0 September, bukan I6 September. Ramai orang cuba melupakannya. Jangan lupa kata pepatah, pelanduk yang lupakan jerat tapi jerat tak lupa pelanduk.

0194434XXX

TINDAKAN Nik Aziz menyokong cuti pada 16 September amat memalukan, tidak ubah seperti lalang ditiup angin.

MAN ENDA

NAMA pun pembangkang. Apa yang kerajaan BN buat semuanya tak betul! Jadilah pembangkang yang berkarisma seperti Tan Chee Koon, Lee Lam Thye dan Asri Muda.

_________________________________________

3. ARKIB : 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.

”Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum.

”Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.

Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.

________________________________________________

4. ARKIB : 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)

Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.

Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.

Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia.

Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun.

Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas alasan “kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.”

Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September. Tarikh berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rak- yat Malaysia sebagai tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut.

Anwar sengaja terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mendapat respons yang positif daripada rakyat.

Anwar memahami memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi popular.

____________________________________

5. ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.

Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.

**baca seterusnya di sini:
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/edisi-khas-sempena-hari-malaysia-yang.html


Rabu, 15 September 2010

SAH!! PRU13 DAH DEKAT!!!!!!


Bila banyak ketua-ketua umno dok pakat-pakat turun padang dan kata PRU-13 dah dekat, ramai buat tak tau dan tak ambil pot.


Tapi hari ini semua orang dah mengaku dan setuju yang PRU-13 memang dah dekat bila Beraheng Ali kita buat muka welfare dengan perasaan yang sedih telah mengakui yang dengan rekod yang dimilikinya, dia sudah tidak berpeluang untuk bertanding pada PRU-13 itu nanti atas mana-mana tiket parti-parti politik yang ada.


Jamin potong telinga yang PAS sudah 'berkerat rotan dan berpatah arang' dengan abang Beraheng Ali kita kerana PAS awal-awal lagi dah bagi tahu dekat orang ramai terutama pengundi-pengundi di Pasir Mas yang mereka tidak lagi mahu bekerjasama dengan Beraheng Ali.


BN pula semakin menjauhkan diri mereka dari Beraheng Ali, walaupun gurkah-gurkah politik di'port' kata yang itu adalah satu permainan sandiwara, tetapi itu lah kenyataannya, kerana Beraheng Ali ni sudah jadi 'liabiliti' kepada BN.


Gurkah-gurkah politik di'port' juga kata memang confirm yang PRU-13 dah dekat sangat-sangat bila Beraheng Ali sudah minta bantuan dan khidmat seorang Jururunding Politik untuk merangka satu strategi yang boleh mengejutkan ramai orang untuk mempertahankan kerusi Pasir Mas yang dimilikinya itu.


DARI: http://dollahyankee.blogspot.com

www.2kali.com/?s=2433

SEKRETARIAT MISI MUNAJAT ROYALTI RAKYAT(mohon derma dr rakyat malaysia)

SEKRETARIAT MISI MUNAJAT ROYALTI RAKYAT

Alamat : D/A Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: Tuan Haji Zulaimi – 017-5353007 / Cikgu Nuri - 013-9952598
Email: munajatroyalti@yahoo.com Web:
http://www.munajatroyalti.com

KHAS UNTUK ANDA , RAKYAT NEGERI KELANTAN
YANG PRIHATIN DAN DIRAHMATI ALLAH.

MARI SAMA-SAMA BERJUANGAN, BERI SOKONGAN DAN BANTUAN
DALAM
PERJUANGAN UNTUK MENUNTUT ROYALTI MINYAK NEGERI KELANTAN

MISI MUNAJAT RAKYAT INI MENDAPAT RESTU DAN SOKONGAN PADU
DARI


Y.A.B MENTERI BESAR KELANTAN,
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ B. NIK MAT


RAYUAN DERMA – DERMA BOLEH DISALURKAN KE:

NAMA AKAUN: TABUNG MISI MUNAJAT RAKYAT

BANK: BANK ISLAM
NO. AKAUN:
03102010000093
CAWANGAN BANK : BANK ISLAM JALAN SULTAN IBRAHIM, KOTA BHARU

* CEK DAN WANG TUNAI DITERIMA *

Objektif Derma:

Kutipan Derma dari seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang tercinta adalah untuk menampung kos misi munajat 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus di Kelantan selama 40 hari dan 40 waktu di Baitullah ( Mekah) bertujuan untuk memberi sokongan spiritual yang padu rakyat seluruh Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Rakyat Kelantan di dalam Kes Tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

40 Ulamak & Tok Guru Pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak / alim ulama / ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat islam

Sumbangan derma Individu & Syarikat Swasta / Korporat adalah dialu-alukan.


PKR: Anwar tidak akan terima sebarang pencalonan.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya www.anwaribrahimblog.com hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.


Dalam posting terbarunya, Anwar juga mengingatkan semua calon yang bakal bertanding supaya mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu daripadanya.

Katanya, PKR telah memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik dan memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.

“Maka di atas pundak setiap anggota dibebankan tanggungjawab untuk memastikan idealisme perjuangan dan tuntutan reformasi terus dipertahankan dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Prinsip tersebutlah yang kelak menjadi asas pertimbangan, dan bukannya tuntutan luaran atau sogokan,” katanya.

Beliau juga berkata adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti dan menginginkan persaingan yang sihat.

Pada 9 September lalu, sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mengelar diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini.


Timbalan pengerusinya Abdul Kudus Omar berkata langkah itu bagi mengatasi kemelut dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang semakin panas di antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam pada itu, Suara Keadilan hari ini melaporkan biro politik PKR Kedah sebulat suara meluluskan usul meminta mesyuarat agung tahunan cabang seluruh negeri itu mencalonkan Anwar bertanding bagi jawatan presiden.

Isnin, 13 September 2010

Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyatakan beliau belum membuat keputusan untuk bertanding bagi mana-mana kerusi yang dipertandingkan..

Harakahdaily
SEBERANG JAYA, 12 Sept: Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyatakan beliau belum membuat keputusan untuk bertanding bagi mana-mana kerusi yang dipertandingkan dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah petang semalam.

Menurut beliau lagi walaupun ada permintaan dari ahli yang mahukan beliau bertanding, tetapi tumpuan yang harus diberikan sepenuhnya ialah perjalanan pemilihan disempurnakan terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu sekiranya kita menang pemilihan dalam parti bagi merebut jawatan, namun sebaliknya parti kalah dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Oleh kerana itu tumpuan terhadap pemilihan parti ini biarlah ahli sendiri yang membuat pilihan.Mereka telah diberi kuasa penuh oleh parti untuk memilih pimpinan secara demokrasi yang total.

"Mereka boleh gunakan hak sebagai ahli sepenuhnya bagi memilih siapa sahaja yang difikirkan layak untuk menerajui dan memimpin parti samada di peringkat cabang, negeri maupun pusat."katanya lagi.

Tambahnya lagi, selama satu dekad bersama PKR telah jelas komitmen dan tumpuan yang diberikan terhadap parti adalah satu tanggungjawab yang amat besar perlu dilaksanakan.

Beliau juga berharap mereka yang akan bertanding dalam pemilihan parti menjalankan kempen dengan cara beradab dan penuh etika mengikut garis panduan yang telah diberikan.

Sebelum ini Azmin telah dilaporkan oleh media akan bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden yang turut menjadi minat Datuk Zaid Ibrahim.

Namun begitu sehingga ini Azmin masih lagi berteka-teki samada untuk merebut jawatan tersebut atau sebaliknya yang kini diterajui oleh Syed Hussin Ali.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Dr.Mansor Othman, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusof, Datuk Abdul Halim Hussain(Speaker DUN P.Pinang)serta kepimpinan Kerajaan Negeri adalah antara mereka yang hadir dalam majlis yang bermula pada pukul 12 hingga 4 petang.


www.2kali.com/?s=2433

Selasa, 7 September 2010

Selamat hari raya ke pada semua...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga di rahmat oleh Allah dan Islam dapat di tegakan. dari am9897.....

Isnin, 6 September 2010

Cadangan yang baik dari Badrul Hisham Shaharin(che'GuBard).

Hari ini mungkin Jumaat terakhir dalam Ramadhan tahun ini. Bersempena Hari Jumaat ini ingin dipanjangkan cadangan untuk mengubah cuti mingguan dari hari Ahad ke hari Jumaat.


Dengan ini dibawa cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengubah cuti mingguan dari Ahad kepada Jumaat.

Alasan :

1.http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=955 link tersebut mengandungi fatwa Mufti Perlis yang secara jelas menyebut cuti hari Jumaat digalakkan dalam Islam


2.Islam tak menetapkan cuti harus pada mana – mana hari tetapi seeloknya cuti pada Hari Jumaat kerana keistimewaan hari tersebut kerana dalam hari Jumaatlah diperintahkan ibadat khusus dan Jumaat digelar penghulu segala hari dengan perbagai keistimewaan.


Bersumber dari Abu Hurairah radliallahu `anhu bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam mengatakan:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”(HR. Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat)


3.Dengan memberikan cuti pada hari Jumaat maka memberikan ruang yang lebih untuk umat Islam melaksanakan ibadat khusus 'solat sunat Jumaat' dengan penuh rohnya.

Roh semangat sembahyang Jumaat seharusnya :Jemaah sesebuah kariah berkumpul membincangkan masalah setempat dan khatib menggulungkanya dalam bentuk nasihat dan panduan Malangnya kini masyarakat melaksanakan hanya cukup syarat terkejar – kejar keluar pejabat berebut waktu makan bekejar untuk bersolat malah ada yang keletihan dan tidur. Sudah tentu yang bekerja tidak pulang ke kariahnya untuk mengerjakan ibadah Jumaat. Ini sudah meninggalkan roh solat Jumaat memberikan ruang bertemu sesama anak kariah.

4.Solat Jumaat juga seharusnya diberikan ruang untuk ayah menjalinkan hubungan rapat dengan anaknya. Jika dijadikan tradisi dari awal sebelum Jumaat makan tengahari bersama keluarga dan kemudian anak serta ayah bersiap untuk ke masjid. Ini suasana yang hampir tidak ada dalam keluarga kita semua. Mana mungkin ini semua dilakukan jika kita semua terkejar – kejar hari Jumaat.


5.Dari aspek produktiviti cuti hari Jumaat lebih menjamin produktiviti. Bayangkan jika Hari Jumaat waktu rehat akan bermula 12.30 tengahari – 2.30 petang. Bukan satu yang rahsia juga ramai yang keluar awal sikit dan balik lewat sikit dengan perbagai alasan. Bayangkan jika hari Jumaat terus diberi cuti dan hari Ahad boleh bekerja sepanjang hari tanpa gangguan.

6.Cuti hari Jumaat juga menggalakan perbagai ibadah sunat malam Jumaat.

7. Cuti Ahad di negeri berjiran dengan Selangor akan sedikit memberikan sumbangan kepada Selangor yang bekerja pada Hari Ahad. Mereka yang duduk di negeri berjiran dengan Selangor akan membanjiri Selangor untuk perbagai urusan kerana Selangor hari bekerja pada hari Ahad. Ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan ekonomi dari perbagai segi.

Cadangan Pelaksanaan

1.Dengan perubahan cuti Hari Jumaat maka dicadangkan Jumaat dan Sabtu diumumkan cuti sepenuhnya. Jumaat untuk ibadat dan Sabtu hari keluarga.

2.Kerja 5 hari seminggu akan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu hasil kerja kakitangan kerana lebih bebas tekanan kerja. Mengenai waktu kerja sedikit perubahan waktu masuk dan keluar kerja mungkin boleh dilakukan.

4. Cuti ini boleh dilakukan dengan pelaksanaan ke atas agensi di bawah Kerajaan Negeri dahulu.

Hasilnya

1.Sokongan Melayu dan Islam akan meningkat dan menempelak Barisan Nasional mengenai perbagai tuduhan sonsang mereka terhadap kerajaan Negeri. Ini akan menjelaskan tindakan penukaran cuti mingguan Jumaat ke Ahad yang dilakukan oleh Kerajaan Bn Johor dibawah Timbalan Perdana Menteri sekarang ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor adalah salah.

2.Dari sudut bukan Islam pula cuti hari Jumaat dan bekerja 5 hari seminggu ini harus diperlihatkan dari sudut penggalak hubungan keluarga dan mewujudkan lebih masa bersama keluarga. Aspek produktiviti dan tumpuan kerja juga harus diperlihatkan.

3.Percaya dan amat yakin pengumuman cuti dari Ahad ke Jumaat akan memperlihatkan lonjakan sokongan kepada Kerajaan Selangor.

Tambahan

Untuk melihat keberkesanan , cara pelaksanaan dan kesanya terhadap pentadbiran tidak perlu berbelanja banyak cukup dengan pergi ke Kelantan ambil contoh dan perbagai perbagai kekurangan jika wujud.

Dari : http://chegubard.blogspot.com

TERIMA RM3500 SEHARI!!!!!!!!

"Pemimpin Umno minta Najib ‘tidak gopoh’ panggil PRU-13"

Walaupun perbuatan mengapi-apikan perkauman yang dilakukannya dengan sungguh-sungguh dan konsisten sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu berjaya membangangkan majoriti orang Melayu untuk menyokong Umno, tetapi parti pembakar api perkauman itu jelas kelihatan tidak begitu yakin untuk menghadapi pilihan raya umum sekali lagi.

Malaysian Insider hari ini melaporkan:

Pemimpin-pemimpin Umno dan para pembantu Datuk Seri Najib Razak dipercayai telah meminta beliau agar ‘menangguhkan’ idea mahu memanggil pilihan raya umum tergempar dengan menekankan, perdana menteri tidak harus menganggap peningkatan popularitinya sebagai kayu ukur parti itu sudah diterima sepenuhnya oleh rakyat.

Presiden Umno ini mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Johor kelmarin di mana beberapa pemimpin telah berkongsi keprihatinan mereka tentang populariti parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

“Datuk Seri Najib memang popular, tidak ada siapa yang boleh meragui. Bagaimanapun parti tidak popular di sesetengah negeri seperti di Johor,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider yang tidak mahu identitinya didedahkan (baca selanjutnya dalam berita bertajuk "Pemimpin Umno minta Najib ‘tidak gopoh’ panggil PRU-13").
Saya cukup bimbang dengan sikap pemimpin-pemimpin Umno yang dilaporkan itu. Susah hati sungguh saya apabila mereka sedar bahawa rakyat tidak boleh lagi dianggap anjing pecacai parti puaka mereka.

Sebabnya, bila Umno sedar diri lagu tu, saya nampak lebih lama lagilah cengkaman dan pemerintahan parti yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata sudah jadi parti perasuah itu. Kalau Umno bersikap bijak apabila ia kelihatan begitu sensitif dengan apa jua kajian dan pandangan yang orang buat terhadapnya, alamat celaka berpanjanganlah negara kita ini di bawah pemerintahan Umno.

Habislah bab Umno bijak dan sedar diri dan lebih lama lagilah negara kita dilanda celaka.

Bab dapatan soal selidik ni pula, walaupun saya amat menghormati kajian Merdeka Center dan mana-mana badan pengkaji sekalipun, tetapi saya harap saya boleh menganggap mana-mana kajian sekalipun tidak semestinya tepat dan sempurna dalam mencerminkan sentimen rakyat seluruhnya - walaupun ia memang merupakan kayu ukur yang sangat penting dan perlu diambil kira.

Pertama, bab sokongan kepada Umno. Saya rasa di kalangan orang Melayu, kita melihat pengaruh Umno makin meningkat dengan hebat. Lihat saja keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Manek Urai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Dalam pilihan raya Bagan Pinang dan Hulu Selangor, kita juga melihat orang-orang India sudah berpatah balik kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). Dari keputusan-keputusan itu, saya rasa Umno kuat la ni.

Kedua, walaupun Najib didapati popular oleh kajian Merdeka Center tetapi jangan lupa, di sebelah Najib ada Datin Seri Rosmah Mansor. Walaupun saya tidak boleh mendakwa hasil dari apa yang saya tanya-tanya selama ini memberikan gambaran yang tepat, tetapi lebih 90 peratus orang yang saya tanya termasuk remaja dan kanak-kanak menyatakan mereka sangat benci kepada Rosmah.

Ada yang malah menyatakan "tengok muka Rosmah, dengar suara Rosmah pun tak boleh". Saya pernah melihat, ketika TV menyiarkan gambar Rosmah, ada budak sekolah yang saya dengar berkata, "bodoh TV ni. Orang tengah nak makan ni dia keluar gambar ***** **** ni. Gelilah!"

Waktu itu, saya betul-betul teringat kebencian rakyat terhadap Khairy Jamaluddin ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu. Tetapi, dalam kes Khairy dulu saya hanya mendengar suara-suara kebencian yang teramat sangat terhadapnya. Tak pernah pula saya dengar perkataan-perkataan yang kini diluahkan terhadap Rosmah seperti "uwek!" atau "gelilah!" dan perkataan-perkataan lain yang saya tak nak la tulis di sini.

Saya ulangi, pandangan saya mungkin tidak tepat, tetapi hari demi hari saya melihat kebencian yang teramat benci terhadap Rosmah kian merata. Itu tidak termasuk orang yang tak berani nak kata.


Ahad, 5 September 2010

Wang 1 juta dikatakan buat bayar percetakan poster Anwar Ibrahim, tapi mengikut Sdr Lokman Adam RM890,000 hilang pada zaman Ezam..

Wang 1 juta dikatakan buat bayar percetakan poster Anwar Ibrahim, tapi mengikut Sdr Lokman Adam, dia dapati bayaran untuk percetakan itu hanya rm110,000 ribu, jadi bakinya sebanyak rm890,000 ribu lagi kemana perginya. Mungkin Ezam Md.Noor boleh jawab.

Wang 1 juta itu diterima daripada Rahman Adnan setelah melalui saat-saat cemas yang mana wang itu dibawa masuk melalui johor dari singpore, itulah serba sedikit pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam terhadap Sdr Ezam Md.Noor.

Sdr Lokman Adam sekarang ini adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, manakala Ezam Md.Noor pula adalah Senator "Boy" yang lantik oleh Perdana Menteri. Jadi apabila di belek sejarah lalu, diantara Sdr Lokman Adam dan Ezam Md.Noor, siapakah lebih jujur.

Banyak lagi cerita-cerita menarik pasal Ezam Md.Noor yang telah dicerita oleh Sdr. Lokman Adam. Sebagai seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah perlu seluruh ahli Pemuda UMNO mendengar pendedahan yang telah dicerita oleh beliau terhadap Ezam Md.Noor.

Jika perlu, buku pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam akan saya edarkan sebagai bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Sumber di sini

Khamis, 2 September 2010

Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild.

02 Sep 10 Realmild- 70% Atas Nama Dr Mahathir

Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di mahkamah tinggi KL, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya.

Hal sedemikian terbongkar semula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin. Saya bersyukur kehazrat Allah kerana fitnah terhadap saya yang sekian lama menjerat pemikiran sebahagian pendukung Umno kini terbongkar.

ANWAR IBRAHIM
Sumber: Anwaribrahim.blogspot
TERIMA RM3500 SEHARI!!!!!!!!

Rabu, 1 September 2010

Berikan kepercayaan penuh kepada PAS- Abdul Hadi

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.

"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.

Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.

Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum.

"Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya.

Sehubungan itu beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah.

PAS juga menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam.
BERMINAT BARANG CNI..

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog