Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Khamis, 30 Ogos 2018

Lavida Coin tersenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM

Lavida Coin tersenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM

SHAH ALAM: Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.

Senarai yang dikemas kini hari ini(29/8/18) menyenaraikan syarikat dan laman web tersebut tidak diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan oleh BNM.
Sebanyak 423 syarikat berserta laman web yang telah disenaraikan oleh BNM dalam Amaran Pengguna Kewangan.

Orang awam boleh menyemak senarai syarikat melalui rangkaian yang disediakan di laman web rasmi BNM.

www.astroawani.com

www,gajimasyuk.com

Rabu, 29 Ogos 2018

Keberkesanan pemasaran atas talian

mybazar

CINTAMAMA Enterprise, butik sehenti keperluan ibu dan anak, yakin mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini ke atas produk penjagaan kehamilan, serta kelengkapan ibu dan anak setelah berjaya menembusi pemasaran atas talian.

Pengusahanya, Norizan Ayob berkata, sebelum ini, Cintamama bergerak secara ‘offline’ dan jualan dicatatkan hanyalah sekitar RM3,000 hingga RM5,000 untuk sebulan.

“Ditambah pula, Cinta­mama mulai memasarkan produk di bawah program Blee kendalian platform e-dagang MyBazar awal tahun ini, sememangnya saya yakin Cintamama Enterprise mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini melihat kepada keberkesanan pema­saran atas talian,” katanya.“Bagaimanapun, setelah menyertai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) yang membantu memperkasakan peniaga tempatan untuk pertum­buhan ekonomi digital, Cintamama berjaya menca­tatkan jualan sekali ganda pada 2018.

Norizan yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak lima tahun lalu, berkata, beliau akui walaupun Cintamama Enterprise sudah berada lama di pasaran, tetapi jenama itu masih belum dikenali ramai.

“Bagaimanapun, Alham­dulillah, selepas bersa­ma MDeC dan Mybazar kini, jena­ma Cintamama Enter­prise lebih dikenali, hasil pemasaran menerusi atas talian. Sedikit sebanyak ia membantu mengukuhkan jenama sekaligus pertum­buhan jualan dapat diperting­katkan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata, selain mengeluarkan produk keper­luan ibu dan anak di bawah jenamanya, Cinta­mama turut menyediakan kepelbagaian jenama produk di bawah satu bumbung seperti keperluan bersalin antaranya barut , ubatan herba tradisional dan herba mandian.
"Produk lain yang boleh sama didapati adalah bengkung berpantang zip atau bertali, barut bayi samada bertali, berpelekat velcro atau barut gantung, tuam bayi herba, bantal kekabu, selimut bertopi atau berpelekat, nursing cover untuk ibu menyusu, kurung, jubah, dan lain-lain.

"Di samping itu, Cinta­mama turut menjadi penge­dar jenama popular termasuk Pureen, Babylove, Autumnz, Mumdreams, Spectra Pumps, Tommee Tippee, Avent dan banyak lagi.
"Bagaimanapun, Cinta­mama masih mengutamakan roduknya yang sudah ten­tunya memberi ‘nilai tambah’ kepada perniagaan contoh baju-baju menyusu yang boleh dipakai sama ada di rumah, bersantai mahupun ke pejabat.  

Sinar Harian Online

Jumaat, 17 Ogos 2018

Dua syarikat internet dan pengarahnya didenda RM20 juta




KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat perusahaan internet serta dua pengarahnya didenda keseluruhan RM20 juta oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas pelbagai tuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran wang elektronik yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM), mempromosi skim piramid dan terlibat dalam pengubahan wang haram sejak 2012.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat MFace International Sdn Bhd (Mface), Syarikat MBI Marketing Sdn Bhd (MBI), pengarah Mface, Kau Fong Seng, 35, dan pengarah MBI, Teow Wooi Huat, 52, selepas wakil syarikat tersebut dan kedua-dua lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes  hari ini.

Syarikat Mface didenda  masing-masing RM7 juta dan RM2.5 juta bagi pertuduhan mempromosikan skim piramid iaitu skim MFC Club dan pertuduhan mengeluarkan suatu instrumen pembayaran yang telah ditetapkan iaitu wang elektronik yang diperuntukkan di bawah Seksyen 24(1) Akta Sistem Pembayaran 2003.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di No 2, Avenue 1, Ampang Avenue, di sini antara 3 Jun 2012 dan 17 Mac 2018.

Pertuduhan skim piramid dikemukakan mengikut Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 27B(2)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta manakala pertuduhan instrumen adalah mengikut Seksyen 25(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.....

Bernama

www.gajimasyuk.com

Rabu, 15 Ogos 2018

Celcom, Huawei jalin kerjasama guna platform pengkomputeran

Celcom, Huawei

CELCOM Axiata Berhad telah menandatangani perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggunakan Platform Penyelesaian Operasi Pengkomputeran Awan dan Perisian Sebagai Perkhidmatan.

Menerusi perjanjian itu, Celcom menjadi yang pertama di negara ini menggunakan Perkhidmatan Sokongan Operasi berasaskan Pengkomputeran Awan sepenuhnya bagi mempertingkat kecekapan dalam automasi dan kepintaran pengurusan rangkaian, seterusnya memberi kelancaran dalam perjalanan Celcom untuk menjadi syarikat digital.  

Ketua Pegawai Teknologi Celcom Axiata Berhad, Amandeep Singh berkata, melalui kerjasama ini, Huawei berhasrat mengetengahkan penyelesaian AUTIN™ dimilikinya serta berkongsi pengalaman global dengan Celcom dalam usaha mencapai operasi rangkaian lebih divisualkan, diautomasi dan pintar.Platform Operasi Digital ini menggabungkan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan teknologi Machine Learning, dijana oleh Perkhidmatan Operasi Sesawang (Operation Web Services, OWS) Huawei, yang akan mempertingkatkan kecekapan Celcom dalam menguruskan rangkaian dan perkhidmatan yang semakin rumit sekali gus membolehkan transformasi operasi harian Celcom daripada reaktif kepada proaktif dan ramalan, serta terus mengukuhkan strateginya memberi pengalaman hebat kepada pelanggan.

"Perjanjian ini memperlihatkan komitmen Celcom memberi pengalaman rangkaian terbaik," katanya. 

sinar harian online

Khamis, 2 Ogos 2018

Pelabur jangan panik!

ASNB
AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang juga pengurus tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB), menasihati para pelabur berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi dan pelaburan dengan pihak yang tidak dikenali.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin menasihati para pelabur supaya tidak melayan sebarang panggilan yang bertanyakan mengenai butiran pelaburan walaupun pemanggil mendakwa mereka adalah pegawai bank mahupun pegawai ASNB sendiri.

"Sebagai pengurus unit amanah yang mengurus lebih 229 bilion unit dalam edaran milik lebih 13.4 juta pemegang akaun, ASNB sentiasa komited melindungi wang pelabur dengan menggunakan sistem keselamatan terbaik.“Jika menerima sebarang panggilan yang mencurigakan, pelabur disarankan jangan mudah panik dan tidak membuat sebarang transaksi membabitkan pengeluaran ASB atau unit amanah ASNB yang lain.

"Pelabur diminta untuk peka dan mengambil tahu mengenai kewujudan sindiket seperti “Macau Scam” kerana ASNB tidak boleh membantu menggantikan wang pelaburan mereka sekiranya wang berkenaan dikeluarkan oleh pelabur sendiri setelah dipengaruhi sindiket tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahntya, antara modus operandi “Macau Scam” yang telah dikenal pasti ialah pemanggil mendakwa dirinya pegawai bank memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan dadah sebagai strategi memperdayakan mangsa.
Beliau berkata, kes penipuan seumpama “Macau Scam” adalah antara tujuan ASNB menganjurkan program pendidikan berasaskan pelaburan seperti Seminar Pelaburan 360 Hari.

"Menerusi program seperti ini, kami dapat berkongsi ilmu dengan orang ramai mengenai pelaburan, perancangan kewangan, produk dan perkhidmatan ASNB.  
"Pada masa yang sama, orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat lanjut dengan ber­tanyakan terus kepada pegawai kami jika terdapat sebarang persoalan berkaitan ASNB.
"Seminar Pelaburan 360 Hari yang dianjurkan ASNB setiap hari sejak 2003, telah disertai 666,003 peserta dan dianjurkan di 6,918 lokasi seluruh negara sehingga 30 Jun lalu," katanya.

Terdahulu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad  menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati 1,000 unit Amanah Saham Wawasan 2020 kepada warga kerja salah sebuah ejen ASNB yang  berjaya membantu seorang pelabur ASB daripada diperdaya sindiket “Macau Scam”.

"Dalam kejadian berkenaan, pelabur tersebut menerima pang­gilan daripada seorang pemanggil yang menyamar sebagai pegawai bank dan mendakwa beliau terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram, serta mengarahkan beliau memindahkan wang berjumlah RM120,000 untuk mengelakkan tindakan undang-undang.

"Pelabur yang panik  pergi ke cawangan ejen ASNB berdekatan untuk mengeluarkan semua wang pelaburan ASBnya untuk dipindahkan ke akaun baharu sepertimana diarahkan pemanggil. Namun, pelabur berkenaan bernasib baik kerana keresahan beliau disedari oleh warga kerja ejen ASNB yang mengambil inisiatif bertanya lebih lanjut dan kemudiannya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis," katanya.  

Sinar Harian

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog