Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Khamis, 28 Februari 2013

Wawancara Bersama TG Harun Din

Tidak terlintas berundur dari PAS - Haron Din





Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menjadi perhatian apabila Majlis Syura Ulamak menjelaskan pendirian mengenai kalimah Allah. Untuk menunjukkan berlaku pertelingkahan pendapat yang ketara, bukan saja dalam Pakatan Rakyat, khususnya dengan DAP, malah dalam PAS sendiri, media sering mengutip pandangan beliau, ada kalanya di luar konteks.

Melalui internet, Dr Haron Din juga dihebohkan telah keluar PAS. Wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, SAIDAH HAIRAN dan jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Bangi, pada 18 Februari lalu, bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Hampir dua jam beliau berkongsi cerita. Berikut adalah petikan daripada wawancara tersebut.


HARAKAH:  Macam-macam khabar angin disebarkan, antara lain  dalam internet, kononnya, Ustaz berhasrat meninggalkan PAS. Ramai yang bertanya dengan kami, minta dipanjangkan dengan Ustaz sendiri.

DR HARON DIN: Memang banyak khabar angin tersebar. Ketika isu kalimah Allah muncul, dikatakan dua Haron akan tinggalkan PAS. Datuk Haron Taib dan saya  tidak bercakap apa-apa pun. Malah hari ini, adik ipar dari Perlis telefon isteri saya, nak pastikan benarkah Haron Din meninggal dunia?

Orang sengaja buat berita sensasi di waktu kita masih ada. Saya tidak ada niat menjelaskan kepada akhbar kerana saya percaya ia tidak akan menyelesaikan masalah, dan kadang-kadang boleh menjadi lebih buruk lagi. Sebelum ini dua tiga kenyataan saya diterbalikkan dan ini cukup memalukan.

Bagaimana muka depan Utusan Malaysia hari ini, Ustaz lawan Karpal Singh?

Selepas solat Subuh di surau, ada orang tanya, bila ustaz buat kenyataan lawan Karpal Singh. Bila pula ... itu diambil ketika saya berceramah di Taiping. Memang saya sebut akan pertahankan kalimah Allah kerana Allah tidak boleh dikufurkan kerana Allah itu Ahad. Itu keluar dalam Youtube.

Tentang keluar PAS, tidak terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS dalam menghadapi isu  ini. Melawak tidak pernah, bercakap pun tidak pernah. Selepas bersama dalam perjuangan, tidak terfikir hendak keluar PAS.

Selalu disebut beberapa penulis bahawa Haron Din nampak lembut tapi apabila buat keputusan dia amat tegas. Ketegasan saya itu dilihat sebagai permulaan untuk saya akan berkeras dengan pihak pimpinan PAS. Mungkin faktor itu menyebabkan saya ditafsirkan akan keluar meninggalkan perjuangan.

Dalam menghadapi isu kalimah Allah ini atau apa sahaja isu, saya tidak pernah, malah tidak pernah terfikir untuk meninggalkan perjuangan bersama PAS. Kalau ada orang tidak senang dengan sikap dan pendirian saya, itu cerita lain.

Dimainkan media, tentang kalimah Allah, seolah-olah pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang dibacakan selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan,  bercanggah dengan  Majlis Syura Ulamak?


Sekarang ada pihak melagakan seolah-olah Presiden PAS mengambil langkah yang silap dalam menyokong dan membuat deklarasi Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada orang yang bukan Islam.

Saya hendak betulkan, saya tengok sendiri kenyataan bertulis Tuan Guru Abdul Hadi. Dia sebut pada saya, mana-mana orang termasuk orang kafir boleh menggunakan kalimah Allah dengan syarat tidak menyalahgunakan perkataan itu.

Pemberita sengaja mengambil ayat pertama dan meninggalkan ayat kedua. Dengan lain perkataan, apabila ambil yang pertama saja, iaitu mana-mana orang termasuk orang kafir boleh menggunakan perkataan Allah, memang itu menjadi masalah.

Syarat tidak menyalahgunakan perkataan itu tidak pula disebut. Syarat itu bermakna pendirian Presiden sama dengan pendirian Majlis Syura.

Saya mengolah dan mengatakan bahawa, betul saya juga berpandangan dengan beliau, cuma ayat saya menggunakan ayat negatif dahulu, "tidak boleh dibenarkan ...." Presiden menggunakan ayat positif; "Boleh menggunakannya, tapi dengan syarat tidak menyalahgunakan."

Isu asalnya, pihak Kristian meminta pihak berkuasa agama di Malaysia ini membenarkan mereka menterjemahkan perkataan-perkataan God dalam Bible itu dengan Allah. Itu itu asalnya, kita jangan lari.

Saya sebut banyak kali, Allah menurut kefahaman, amalan dan pegangan kita, bahawa Allah itu selama-lamanya Tunggal, Esa, Ahad.

Selain surah al-Ikhlas, menjadi amalan kita dalam wirid selepas memberi salam solat, maksudnya, "Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Dia, Allah yang Esa ... tanpa ada syirik dengan-Nya." Wirid ini kita ulang selepas solat 10 kali.

Apabila sebut Allah sahaja mestilah Allah itu Esa, tidak boleh di tempat God, ia bukan yang satu, bukan yang Esa. Jadi, Presiden sudah tegaskan dari awal, tidak boleh salahguna.

Sebab itu tidak sepatutnya menjadi pertelingkahan sesama kita kerana ia adalah benda yang senang difahami.

Adakah isu kalimah Allah ini akan menyebabkan terjejasnya sokongan kepada Pakatan apabila rakyat menyaksikan bertelingkah pendapat sesama sendiri?

Saya lebih melihat  isu ini sengaja dibesar-besarkan untuk menunjukkan pimpinan Pakatan tidak bersatu, lebih-lebih lagi PRU13 sudah di ambang pintu.

Memang agenda lawan untuk melaga-lagakan kita. Kekuatan Pakatan semakin meningkat dan  boleh menggugat kerajaan BN yang ada.  Jadi bagaimana hendak mengalahkan Pakatan  supaya tidak boleh kuat sampai boleh menumbangkan BN dengan mudah? Satu sahaja caranya, iaitu pecah-belahkan Pakatan. Jika Pakatan bersatu, ia  memang ancaman besar yang boleh menyebabkan Umno-BN  tersungkur.

Mencari jalan supaya Pakatan  berpecah memang agenda utama media. Dari dulu hingga sekarang, jika ada saja peluang untuk dilagakan sesama rakan kongsi dalam pembangkang, Umno-BN akan lakukan. Kebetulan timbul, antaranya isu kalimah Allah sekarang. Memang isu ini menyentuh perasaan dan hati nadi umat Islam.

Kita berpegang kepada tahaluf siyasi, iaitu kita berkongsi dan bermuafakat menghadapi musuh politik yang sama. Hendak mengalahkan mereka memang agak sukar tapi dengan bersatu kita boleh. Di sinilah kita berpakat dan tidak berlawan sesama kita dalam pilihan raya.

Yang kedua, ada kena mengena dengan dasar bagi setiap parti komponen Pakatan. Mungkin dalam DAP ada pegangan dia dan ada perkara yang mereka tidak boleh bertolak ansur.  Dalam Pakatan Rakyat pun sama. Sama juga dalam PAS, kita ada al-Quran ada as-Sunnah. Sesuatu yang melanggar al-Quran, kita tidak boleh bertolak ansur.

Matlamat terdekat Umno-BN, untuk menghadapi pilihan raya yang sengit ini, maka Pakatan akan digambarkan  tiada persepakatan dan bertelagah sesama sendiri. Macam mana mereka hendak memerintah Malaysia jika bercakaran sesama parti komponen dalam Pakatan?

Itulah  gambaran media. Sedangkan  pertelagahan lebih teruk berlaku sesama Umno. Begitu juga Umno dengan MCA, Umno dengan Gerakan tetapi tidak diuar-uarkankan media, yang dikawal ketat parti pemerintah.

Sepatutnya rakyat Malaysia telah lama faham, ini bukan kali pertama kita menghadapi mainan media. Malah dari dulu lagi, setiap kali pilihan raya, maka  akhbar atau media arus perdana, termasuk pilihan raya kecil apatah lagi pilihan raya umum, misalnya akan disiarkan hari ini 50 orang PAS masuk Umno.

Selang sehari 100 orang PAS masuk Umno. Kalau kita kumpulkan berita orang PAS masuk Umno, mungkin dah tak ada orang dalam PAS. Tapi bila pilihan raya kita menang juga, atau kalau kalah, hanya kita kalah sedikit.

Maknanya, berita seupama itu tidak ubah sebagai perang psikologi. Nak menggambarkan betapa lemahnya parti pembangkang, tapi sebenarnya tidaklah begitu. Saya mengharapkan rakyat, khususnya ahli dan penyokong PAS boleh faham situasi sebenar dan tidak terpengaruh dengan apa yang digambarkan sebagai pertelagahan dalam PAS, begitu juga khabar angin saya atau orang lain akan tinggalkan PAS.

Bagaimana Ustaz melihat kesediaan pimpinan Pakatan Rakyat menangani perbezaan pandangan yang timbul, dengan kesedaran media sememangnya menunggu masa untuk mengeksploitasinya?

Perbezaan pandangan dan pendapat dalam suatu organisasi besar, terutama apabila tiga parti membentuk satu gabungan, tidak mungkin selama-lamanya mereka bersatu pendapat.

Hatta dalam rumahtangga, kita dengan isteri misalnya, sepatutnya tidak berlaku pergeseran kerana kita berkongsi hidup, berkongsi rumah, berkongsi anak, tapi kita berselisih pendapat juga.

Yang penting, jika timbul perselisihan pendapat, kita boleh duduk bincang dan selesaikan. Macam kita selesaikan masalah pembahagian kerusi.

Begitu juga dalam isu kalimah Allah. Kita ada landasan agama yang cukup jelas. Alasan yang kita pegang memang tidak boleh diubah. Sebab itu kita kena terima hakikat bahawa  mereka juga yang ada benda, yang akan kita jumpa nanti, yang tidak boleh diubah.

Saya lihat, ada perkara yang sepatutnya kita lebih awal duduk berbincang dan bermuafakat dalam semua masalah.  Katakanlah, kita senaraikan apa yang menjadi halangan untuk kitaterus bersatu, bukan sahaja isu kalimah Allah, malah  isu-isu lain juga.

Sebelum  keluar dalam akhbar dan akan menjadi bahan mainan media, ada eloknya kita berjumpa atau ketua-ketua parti berbincang lebih awal dan bawa balik kepada parti masing-masing terlebih dahulu supaya dapat kita buat langkah berjaga-jaga. Elok jangan dihebahkan kepada media sebelum persetujuan dapat dicapai.

Kena kerap ada perjumpaan dan perbincangan dalaman dan jika perlu dirujuk kepada Majlis Syura, rujuk dulu. Dalam politik kadang-kadang hal yang remeh pun sengaja dijadikan isu.

Sebenarnya ketetapan Majlis  Syura banyak melegakan pihak dalaman kita. Kita kata perkataan Allah tidak boleh diterjemah. Jika ia diterjemah dengan perkataan apa pun, maka ia akan rosak. Bukan rosak makna sahaja tetapi ia akan merosakkan akidah.

Dalam al-Quran ada lebih 3,000 perkataan Allah. Dalam Bible satu kalimah Allah pun tidak ada. Mereka ada God sahaja. Kenapa pulak hendak dirosakkan hubungan baik antara kedua-duanya sejak sekian lama.

Dalam organisasi kita, ada adab-adab berjemaah. Kalau dibuat keputusan oleh Majlis Syura,iaitu badan tertinggi, sepatutnya mengikut adab berjemaah, semua ahli kena sokong.  Jikayang tidak sokong kerana ada pendirian peribadi, maka sepatutnya dia diam sahaja.

Kalau timbul perpecahan dan sebagainya, takkan kita hendak ambil tindakan? Adab berjemaah itu mengkehendaki supaya kita akur apabila kita sudah ada keputusan.

Media dan Umno sendiri memang meletakkan PAS sebagai sasaran utama, bagi memalitkan imej buruk terutama pada kaca mata umat Islam. Mereka mahu gambarkan PAS sentiasa berundur ke belakang apabila timbul bantahan berkaitan Islam.

Memang menjadi mainan media hendak menggambarkan PAS dalam Pakatan Rakyat ini sentiasa berada dalam keadaan defensif. Apabila diserang kita digambarkan berundur ... sebenarnya tidak begitu. Macam kalimah Allah, kita mara ke hadapan dan tidak ke belakang. Kita pertahankan.

Sewaktu heboh dikatakan Ustaz keluar PAS, difahamkan sebenarnya Ustaz sudahpun diptuskan bertanding dalam PRU13 di Perlis. Ustaz terima tawaran itu?

Saya pernah menawarkan kepada kepimpinan PAS Perlis agar tidak disenaraikan untuk bertanding dalam PRU13 kerana tidak cukup sihat fizikal. Semua orang tahu. Tidak ada orang di Malaysia jantung dibedah lima kali, saya seorang saja (ketawa).

Umur sudah lanjut memang saya terasa banyak kekurangan. Lagi pula sibuk dengan kerja dakwah Darussyifa yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Perhubungan PAS Perlis memanggil saya bersemuka. Saya diputuskan kena bertanding Dun dan Parlimen. Malah Ustaz Hashim Jasim dan Rus'sele Eizan menawarkan Dun yang dimenangi mereka. Saya juga ditawarkan Parlimen Arau. Pada 2008 saya kalah 300 undi sahaja.  Saya tolak tawaran itu.

Mesyuarat tidak terima pandangan saya, mereka kata akan bantu dan tampung kelemahan saya. Akhirnya saya terima satu sahaja, iaitu Parlimen Arau.

Kalau saya berhasrat menarik diri daripada perjuangan, tentulah saya tidak bersedia bertanding. Lagi pun tiada alasan saya hendak meninggalkan perjuangan. Saya sendiri telah mendukungnya sejak 1975, iaitu apabila dicalonkan bertanding Jawatankuasa Agung PAS. Saya dapat undi terbanyak. Ketika itu umur saya 35 tahun.

Saya pegang jawatan sampailah pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dilaksanakan.  Auku mulanya tidak keras, masih boleh pegang jawatan. Sampailah saya  dapat surat, jika hendak bergiat politik, silakan, tapi kena bayar balik biasiswa PhD, nilainya 10 kali ganda.

Apabila  cukup umur 55 tahun pencen, saya tidak mohon bekerja  ‘part time’ seperti lazimnya. Saya aktif semula, dengan jawatan awal Ketua Penerangan PAS Pusat. Kemudiannya dilantik Timbalan Mursyidul Am, sampailah hari ini.

Ia menggambarkan saya tetap bersama dengan kepimpinan dan saya akan bagi sumbang bakti sampai Allah menentukan apa kesudahannya.

Nasihat Ustaz kepada masyarakat Islam yang masih sangsi dengan perjuangan Islam PAS?

Tidak dinafikan PAS sebagai parti Islam tidak mendapat dukungan sepenuhnya umat Islam. Keahlian PAS sendiri walaupun sudah berumur lebih setengah abad sekitar sejuta lebih.

Ini kerana masyarakat Islam di Malaysia lebih banyak termakan asakan media dan tawaran penghidupan  berasaskan nilai  kebendaan, yang meremehkan nilai kerohanian dan tidak menggambarkan Islam itu sebagai wadah yang wajib diimani dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Mesej ikrar kita dalam solat, bahawa setiap Muslim tidak boleh terpisah dengan Allah SWT dalam semua gerak kerjanya, tidak dihayati. Isu lama, agama suku politik suku sebenarnya antara yang menjadi punca besar masalah ini.

Maka PAS sebagai sebuah parti Islam, wadah perjuangan kebenaran,  tidak sampai kepada orang ramai melainkan yang dirosakkan oleh media tentang PAS memperalatkan agama untuk kepentingan diri dan sebagainya.

Kemampuan kita untuk menyampaikan mesej parti terhalang. Apapun kita tetap bersyukur, keahlian PAS makin bertambah. Bukan ahli kita sahaja bertambah, sokongan pengundi juga bertambah.

Mutakhir ini dengan adanya media baru, seperti laman web, blog, Facebook dan Youtube, ia telah mengubah persepsi masyarakat kepada perjuangan kita. Penggerak parti turut menunjukkan komitmen tinggi melaksanakan dakwah dan kerja-kerja penerangan di seluruh pelosok negara.

Masyarakat juga semakin jelas dengan propaganda murahan  Umno yang mendakwa memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu. Selama lebih 55 tahun mereka berkuasa, ternyata agama kita rugi, ekonomi kita rugi, masalah sosial bertambah parah. Kita masih terkebelakang berbanding orang lain.

Kesedaran itu kini menghambat Umno. Sekarang mereka berhempas pulas hendak mempertahankan kuasa dengan apa jua cara, tetapi rakyat semakin sedar.  Rakyat tidak mudah ditipu atau diperbodohkan lagi.

Atas asas itulah kita tidak boleh berhenti berjuang, media kita kena terus giat memberi penjelasan. Aktivis kita harus lebih proaktif bergerak. Salah faham selama ini mesti diperbetulkan. Kita akan memimpin umat Islam untuk mereka hidup bahagia dunia sampai akhirat.

Jangan lupa kita akan bangun di Padang Mashyar dan akhirnya kita akan masuk syurga. Jadi kalau kita tinggalkan penghayatan hidup beragama dan hanya pentingkan dunia sahaja, macam Umno mengajak orang kepada dunia sahaja, maka masyarakat akan rugi.

Nampaknya seperti ada pendekatan baru Umno menyerang PAS sehingga mereka berani mendakwa bahawa haram menyokong PAS. Juga dikatakan ada barisan ulama muda dalam Umno bagi berdepan dengan PAS dalam isu-isu agama.

Adanya ulama muda dan tua tidak menjadi benda yang ganjil. Sebab manusia selama-lamanya akan terpengaruh dengan kepentingan peribadi.

Orang yang mendakwa mengundi PAS itu haram dan mengundi Umno itu wajib, kita nak tengok juga alasan mereka terlebih dahulu. Mereka  menggunakan alasan PAS bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang hudud, maka dengan itu dikatakan undi PAS adalah haram.

Jika  PAS dikatakan bersekongkol dengan orang yang menentang hudud, dan dengan itu haram sokong PAS, maka bagaimana pula Umno sendiri yang menentang hudud.  Yang dikatakan wajib menyokong Umno ... sedangkan Umno itu sendiri menentang hudud, iaitu lebih teruk daripada DAP menentang hudud.

Saya masih ingat surat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 1993, ketika Kanun Jenayah  II Kelantan hendak dilaksanakan.

Surat itu memberi amaran keras jika  kerajaan Kelantan melaksanakan hudud, kerajaan Pusat tidak teragak-agak mengambil tindakan keras.

Surat itu tidak ditarik balik sampai ke hari ini. Maknanya, bukan sahaja pemimpin agungUmno yang menentang hudud, malahan orang-orang Umno juga mempermain-mainkan hudud.

Kita juga pernah dengar, misalnya ucapan siapa nak sup tangan, pergilah ke Kelantan. Jelas mereka menentang hudud.  Umno yang memegang kuasa selama 57 tahun ini, pernahkah mereka mengatakan hendak laksanakan hudud. Dengan sendirinya mereka termasuk dalam kelompok orang yang menentang hudud.

Ya, jika PAS yang masih tetap mempertahankan Islam, cuma berkawan dan bertahaluf dengan pihak yang menentang hudud, maka dikatakan haram menyokong PAS, maka  Umno yang menjadi ketua kepada BN,  dia sendiri menentang hudud, bagaimana pula? Sepatutnya kalaulah alasan itu dipakai, maka undi PAS pun haram dan undi Umno pun haram juga.

Ini yang kita bincang, dalam istilah politiknya tahaluf siyasi. Bila tahaluf siyasi, maka kita bertahaluf dengan bukan Islam.

Boleh atau tidak kita bertahaluf dengan bukan Islam? Nabi jawab boleh. Sebab Nabi bertahaluf dengan Bani Quraizah. Apabila Bani Quraizah melanggar tahaluf, baru  Nabi berperang dengan mereka.

Tahaluf itu kerjasama. Boleh atau tidak orang Islam bekerjasama dengan orang kafir? Orang kafir ini selamanya tidak akan terima Islam. Jawapannya, boleh. Nabi semasa hendak berpindah ke Madinah bekerjasama dengan orang kafir.

Kenapa Nabi bekerjasama dengan orang kafir untuk tunjuk jalan ke Madinah? Apakah Jibril tidak boleh tolong tunjuk jalan kepada Nabi? Apakah Nabi tidak boleh dapat wahyu tunjuk jalan ke Madinah. Mengapa ambil orang kafir untuk tunjuk jalan?

Nabi juga bekerjasama dengan orang kafir dalam muamalat. Nabi gadai baju besi kepada Yahudi. Sampai Nabi wafat, baju besi itu ada pada orang Yahudi itu. Adakah tidak ada orang Islam  yang boleh tolong Nabi sehingga  kena gadai baju? Tidakkah menantunya Uthman Affan kaya, bapa mentuanya, Umar Al-Khattab kaya.

Tapi ia bukan soal kaya miskin. Nabi nak beritahu umat Islam boleh bekerjasama dengan orang kafir. Jadi, dari mana datangnya haram bertahaluf dengan bukan Islam itu?

Sedangkan haram hukumnya jika kita mengharamkan benda yang tidak haram atau mengharamkan barang yang dihalalkan Allah. Tahaluf itu tetap halal disebabkan Nabi buat.  Apabila Nabi buat,  maka halallah apa yang kita buat ini kerana ia menurut tindakan Nabi.  Jika kita haramkan barang yang Allah halalkan, itu  dosa yang amat besar.

Maka sebab itu undi PAS dibolehkan, diharuskan, malah disyariatkan, dan ada masanya wajib hukumnya./HarakahDaily

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Rabu, 27 Februari 2013

Pas: Teguran Mufti Perak perlu adil

Dr Ahmad Nuri Al-Amin
Dr Ahmad Nuri Al-Amin
 
IPOH: Pas Perak kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang seolah-olah tidak berlaku adil terhadap Pas dengan menutup mata dan melupakan segala sikap prasangka buruk yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pelbagai kepincangan yang berlaku seperti  rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam pemerintahan BN namun tiada sebarang teguran dan kenyataan yang dibuat oleh Mufti itu.

“Malah Umno sebagai parti pembangkang di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) juga tidak mengiktiraf usaha kerajaan negeri memajukan rakyat, bahkan berusaha untuk menyekat sumber royalti hak rakyat negeri itu dan menimbulkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan PR di saluran-saluran perdana milik kerajaan pusat.

“Adakah mereka mengikut ajaran Islam yang sebenar? Adakah ini tidak lebih teruk dari Kafir?,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad Nuri berkata, seorang mufti mesti bersikap adil kepada semua umat dan tidak boleh prejudis pada golongan-golongan tertentu sahaja.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Harussani yang mengatakan Pas lebih teruk daripada kafir seperti mana yang disiarkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Menurutnya, seorang mufti seharusnya mendapat tasawwur dan gambaran sebenar satu-satu isu sebelum mengeluarkan hukuman.

“Kami mengambil sikap seperti mana yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan kami telah pun menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Harussani bagi menjernihkan suasana agar mendapatkan maklumat yang sebenarnya.

“Kami tidak mahu rakyat mencemuh Mufti kerana bersikap berat sebelah dan tidak adil sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam.

“Harussani perlu mendapatkan maklumat sebenar dan menilai setiap apa yang dilaporkan oleh media massa secara benar tanpa berpihak kepartian,” katanya./SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Selasa, 26 Februari 2013

Terkini!! Live ! Wacana Sinar bertajuk "Kuasa Politik Mahasiswa" (video TV)


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Pakatan sudah ada nama calon PM - Mat Sabu

akatan sudah ada nama calon PM
Anwar dan Abdul Hadi berbincang sesuatu ketika Konvensyen PR, semalam
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
SHAH ALAM – Perdana Menteri Pakatan Rakyat (PR) sudah pun ditetapkan, namun siapakah individu itu terus menjadi teka-teki dan hanya akan diumumkan pada waktu yang ‘sesuai’ sama ada sebelum ataupun selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ramai menyebut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dinobat Perdana Menteri dan ada juga mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memegang jawatan itu, malah nama Ahli Parlimen Gua Musang dari Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah turut terlibat.

Isu ini semakin kencang kedengaran apabila ketiga-tiga parti komponen PR, Pas, PKR dan DAP dilihat sedikit bercanggah apabila ada ahli Pas dalam Muktamarnya hujung tahun lalu mahu Abdul Hadi menjadi pemimpin kerajaan.

Laporan akhbar tempatan turut menyebut Majlis Syura Pas menolak Anwar sebagai Perdana Menteri, namun laporan itu disanggah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

DAP pula berulang kali menyebut Anwar menjadi Perdana Menteri. Namun tekaan siapakah calon Perdana Menteri yang dijangka diumumkan pada Konvensyen PR semalam tidak menjadi kenyataan, kerana tiada konsensus tetap yang dikeluar Majlis Kepimpinan Tertinggi.

Beberapa pemimpin tertinggi yang ditemui Sinar Harian selepas konvensyen menyatakan, mereka mengakui sudah pun menetapkan individu yang akan menjadi Perdana Menteri, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, walaupun ada percanggahan, calon Perdana Menteri bukan isu besar bagi PR, kerana ia prosedur biasa seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Sebagai contoh, ketika PR menang di Selangor, PR tidak menyebut Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar, tetapi bila menang, beliau pegang jawatan tersebut. Begitu juga halnya apabila kita mengambil alih Putrajaya.

“Ya, kita sudah ‘set’ siapa orangnya. Orang  popular dan dapat sokongan umum akan jadi Perdana Menteri, kami tiada masalah, tetapi saya tak termasuk dalam senarai,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution turut mengakui calon Perdana Menteri sudah ada, namun fokus utama PR buat masa ini adalah mahu memperkuatkan jentera pilihan raya dan menjelaskan manifesto kepada rakyat.

Katanya, PR melihat ada keperluan untuk umum calon PM kerana PRU13 kali ini adalah prospek terbaik untuk menumbangkan kerajaan sedia ada, malah ramai pihak mahu melihat siapakah calon ini.

“Pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, tiada pengumuman siapa calon Perdana Menteri, walaupun ada pada 1999, Timbalan Mursyidul Am Pas ketika itu, Idris Omar menulis surat mahu Anwar jadi Perdana Menteri.

“Namun dari sudut lain, adakah pengumuman calon Perdana Menteri itu satu pandangan umum ataupun tidak, bukan soal calon, jadi kita lihat ada keperluan (untuk umumkan), maka kita akan umumkan pada masa yang sesuai,” katanya.

Berbeza dengan pilihan raya umum sebelum ini, tiada kedengaran langsung pihak lawan memperlekeh pembangkang dengan menyebut ‘mimpi di siang hari’ atau ‘angan-angan Mat Jenin’ apabila isu Perdana Menteri dari PR ini diberi perhatian.

Persoalannya, manifesto sudah ada, calon Perdana Menteri sudah ditetapkan, tetapi di mana barisan Kabinet bayangan PR yang terus menjadi bayang-bayang.

Dalam pada itu, Lim Guang Eng berkata Anwar calon paling layak untuk jadi perdana menteri sekirang PR menang PRU13.

Katanya ia berdasarkan kebijaksanaan Anwar yang mampu memastikan ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Sudah 15 tahun negara mencatat defisit tinggi dan hutang yang makin melambung. Kali terakhir belanjawan Kerajaan Persekutuan berada dalam keadaan paling untung ialah ketika Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri./SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Isnin, 25 Februari 2013

Manifesto PR: Rakyat Malaysia dijanjikan pendapatan RM4,000 sebulan

Konvensyen Pakatan Rakyat
Konvensyen Pakatan Rakyat
 
SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menggariskan empat teras utama antaranya akan memastikan pendapatan isu rumah rakyat Malaysia meningkat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas satu penggal gagasan itu menawan Putrajaya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat juga akan memastikan sejuta peluang pekerjaan baru akan diwujudkan dengan memastikan lambakan pekerja asing di negara ini akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

Malah gagasan itu yang konsisten dengan perjuangan menuntut gaji minima menjanjikan, Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion sebagai insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima jika perikatan pembangkang itu ke Putrajaya.
"Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima member keutamaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh ditetapkan," katanya.

Malah manifesto PR katanya akan memastikan pelarasan percukaian dilakukan bagi mengelak golongan mahakaya yang hartanya beratus ribu membayar cukai yang sama dengan seorang eksekutif swasta.

"Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang," katanya.

PR juga mengulangi dasar pendidikan percuma dalam manifestonya.

Dr Dzulkefly Ahmad ketika membentangkan manifesto itu memberitahu, PR akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.

PR akan memastikan yuran pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi awam akan ditanggung kerajaan baru itu.
"Semua pelajar di institusi milik awam akan memberikan elaun sara hidup untuk menampung kso kediaman, makan minum, buku dan pengangkutan kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya," katanya selain PTPTN juga akan dihapuskan.

PR juga dalam manifestonya sekali lagi menjanjikan harga petrol dan diesel akan diturunkan.

PR mendakwa, harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dan hasil minyak.

"Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan mintak ini wajar dikongsi dengan rakyat untuk mengurangkan bebanan," kandungan manifesto itu berbunyi.

Selain itu, PR juga memberi jaminan perikatan itu akan menghapuskan tol, membatalkan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), termasuk menghapuskannya./SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

TERKINI!!! LIVE: KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE-4 (VIDEO TV)



[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ahad, 24 Februari 2013

Individu kaya di M'sia seramai 68,000 pada 2015

Bilangan individu kaya di Malaysia akan meningkat lebih sekali ganda daripada 32,000 orang sekarang kepada 68,000 orang pada 2015, dengan nilai bersih masing-masing meningkat sebanyak US$140 bilion hingga US$330 bilion.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata bilangan yang mengagumkan ini memberikan keyakinan terhadap keteguhan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Beliau juga berkata negara ini mestilah membangunkan industri pengurusan pelaburan domestiknya yang boleh mengurus bukan sahaja kekayaan domestik, malah juga kekayaan di peringkat rantau Asia Pasifik.

Ahmad Husni berkata industri pengurusan kekayaan adalah sektor perkhidmatan kewangan paling pantas berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dalam hubungan ini, penetapan 2013 sebagai tahun pengurusan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) adalah tepat pada masanya, kata beliau pada pelancaran Pengurusan Kekayaan Labuan IBFC 2013 hari ini.

Beliau berkata, inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan industri pengurusan pelaburan domestik.

Mengenai satu perkara berkaitan, Ahmad Husni berkata Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhan tinggi tahun ini kerana ia menerima banyak pelaburan.

"Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, pengguna domestik sebenarnya amat kukuh, sumber utama sebenarnya adalah daripada pelaburan orang ramai dan juga pelaburan kerajaan.

"Jadi, bagi masa depan, kita yakin kita boleh mengekalkan pertumbuhan tahun ini," kata beliau, sambil menambah bahawa kerajaan yakin dalam berhati-hati bahawa pertumbuhan ekonomi akan berlegar sekitar 4.5 peratus hingga lima peratus.

- Bernama 
 

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Sabtu, 23 Februari 2013

Amaran Al-Qassam kepada Israel

Anggota komando elit
Anggota komando elit lengkap bersenjata giat mengawal kawasan sempadan Palestin.
 
BANDAR GAZA - Komando Al- Qassam akan melakukan serangan dan menangkap seberapa ramai askar  jika Israel enggan membebaskan lebih 1,000 rakyat Palestin yang kini ditahan di penjara negara berkenaan.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Sinar Harian yang diatur Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) semalam, Komander Al-Qassam, Abu Hamzah Ismail memberitahu, serangan itu akan dilakukan pada bila-bila masa bermula sekarang.

Menurutnya, serangan yang bakal  dilakukan adalah sebagai tindakan dan langkah susulan selepas Israel dikatakan berdegil dan masih enggan membebaskan rakyat Palestin yang dipenjarakan.

Tentera berani mati yang lebih dikenali sebagai Briged Ezzedeen Al-Qassam  itu juga berjanji akan menangkap seorang tentera Israel sehari, di dalam usaha mereka untuk membebaskan tahanan Palestin yang ditahan tanpa sebab.

“Demi ALLAH, kami janji akan tangkap lebih ramai tentera Israel malah akan berusaha dengan lebih keras tahun ini  untuk membebaskan Palestin dari cengkaman dan kekejaman Israel,” katanya.

Difahamkan, mujahid sayap Hamas itu yang  turut dianggotai golongan profesional  juga  bertekad mahu memiliki semula  Masjid Al-Aqsa yang dirampas oleh Israel.

“Cukup dengan seksaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin selama  ini dan kami  juga sanggup berkorban hingga mati dan objektif kami adalah mahu mengembalikan kegemilangan Palestin,” katanya

Sinar Harian yang diberi peluang bertemu dengan anggota dan komander  Al- Qassam itu di satu tempat rahsia juga diberitahu, bahawa  kumpulan berkenaan memerlukan bantuan baju kalis peluru serta senjata..

“Setiap mujahid memerlukan kos kira-kira AS$ 1700 untuk memperolehi  peralatan seperti senapang dan kami amat bertuah jika sekiranya ada pihak yang membantu kami memperolehi dana untuk itu.
“Buat masa ini kami masih menggunakan  roket  M75 ,Fajar 5  untuk melakukan serangan selain   menggunakan roket pemusnah  jet dan kereta kebal,” katanya.
Katanya, pemilihan untuk menjadi anggota Komando Qassam perlu melalui beberapa syarat termasuk  mereka perlu solat Subuh berjemaah selama enam bulan setiap hari dan boleh menghafaz al-Quran.

Jelas Abu Hamzah, setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti mereka atas faktor keselamatan.

“Setiap mereka yang perlu mempunyai asas agama yang kuat lazimnya akan bekerja pada waktu siang sebelum keluar menjaga keselamatan Gaza pada waktu malam.

Tambahnya, beliau juga memohon agar rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kemenangan Palestin di dalam perjuangan menuntut kembali hak tanah air mereka dari Israel dan kuasa besar asing yang lain.
Bagi mereka ingin menyumbang untuk tabung Stand Up For Gaza boleh berbuat demikian menerusi akaun Dana Kompleks Al-Itisam menerusi akaun Bank Islam 12038010108647 atau Tabung Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melalui Bank Islam  08013010075820./SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Rabu, 20 Februari 2013

Sambutan wira untuk Nurul Izzah di forum UM

Sambutan wira untuk Nurul Izzah di forum UM

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberi sambutan wira di forum Universiti Malaya semalam selepas beliau digugurkan daripada bercakap di majlis itu ekoran tekanan daripada kerajaan.

NONEMenghadiri forum itu petang semalam sebagai penonton, Nurul Izzah melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan disambut  dengan tepukan gemuruh hadirin sewaktu mengambil tempat duduk di barisan hadapan.

Dewan penuh sesak dengan orang ramai yang turut memenuhi laluan masuk di bahagian belakang dewan.

Sesi petang forum itu pada asalnya dijadualkan menampilkan Nurul Izzah, bersama-sama dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan.

Selepas Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi menyuarakan rasa tidak senang dengan penganjuran forum tersebut, penganjurnya - Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), telah menggantikan ahli panel tersebut dengan ahli akademik.

Para penceramahnya terdiri daripada penyelidik Umcedel Shaharuddin Badaruddin dan Thock Ker Pong serta Profesor Datuk Mohammad Abu Bakar dari UM, dengan pengarah Umcedel,  Mohammad Redzuan Othman bertindak sebagai pemudahcara.

Sewaktu sesi soal-jawab, Nurul Izzah terpaksa naik ke pentas selepas seorang pelajar mahu beliau menjawab soalan mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, ekoran pelbagai ideologi parti-parti komponennya.

"Jika saya tidak membenarkan beliau (di atas pentas), pelajar boleh mengamuk," kata Redzuan, yang juga dekan Fakulti Seni dan Sains Sosial UM secara berseloroh sebelum menjemput Nurul Izzah naik./MalaysiaKini


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Selasa, 19 Februari 2013

Malaysia perlukan landskap politik baru - Mufti Perlis

Juanda Jaya
Dr Juanda Jaya
 
SHAH ALAM - Malaysia perlukan landskap politik baru yang lebih bertanggungjawab akibat taraf pendidikan meningkat dan rakyat semakin matang dan memilih.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, seseorang pemimpin perlu memahami aspirasi politik semasa kerana yang majoriti besar pengundi adalah terdiri daripada golongan muda.

Menurutnya, ahli politik perlu berubah dan lebih bertanggungjawab jika mahu kekal relevan.

“Satu pandangan penting daripada seseorang pemimpin muda yang memahami aspirasi politik semasa yang majoriti besarnya adalah pengundi muda.

“Semua maklum Malaysia sedang mengalami transformasi besar-besaran dalam semua perkara terutama politik, sosial dan agama,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menegaskan ulama bebas untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan./SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ahad, 17 Februari 2013

KWSP umum dividen 6.15 peratus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012.
Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.

"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya.

Menurut beliau pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.

Katanya walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.

Selain itu, beliau berkata selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.

Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya.

"Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.

"Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya.

Katanya berikutan beberapa transaksi sekali bayaran (one-off) pasaran modal pada 2012, pendapatan daripada pinjaman dan bon menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding 2011.

Pelaburan dalam kelas aset ini menyumbang RM9.68 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar, naik 33.62 peratus atau RM2.44 bilion berbanding 2011.

Selaras dengan kadar faedah yang rendah, Samsudin berkata KWSP beransur-ansur mengurangkan pendedahannya dalam aset berpendapatan tetap konvensional dan mengalihkan aset yang telah matang kepada aset yang menghasilkan pulangan lebih tinggi seperti ekuiti dan hartanah dalam had risiko yang boleh diterima.

Bersandarkan pertumbuhan stabil dalam kedua-dua pasaran ekuiti domestik dan global pada 2012, ekuiti menyumbang RM13.91 bilion pendapatan bersamaan 44.84 peratus pendapatan pelaburan kasar, katanya.

Bagi pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan bon sama taraf; hartanah dan infrastruktur; serta instrumen pasaran wang pula, masing-masing memperoleh RM6.26 bilion, RM595.63 juta dan RM574.91 juta.

Menurut Samsudin aset pelaburan KWSP setakat 31 Dis 2012 berjumlah RM526.75 bilion, melepasi setengah trilion serta meningkat 12.31 peratus daripada RM469.04 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan caruman tahunan bersih pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan dalam semua kelas aset, katanya.

Dengan peningkatan jumlah keahlian, KWSP memerlukan RM4.46 bilion untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2012, peningkatan 9.34 peratus daripada RM4.08 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2011.

Antara urus niaga utama pada 2012 ialah perluasan pelaburan hartanah KWSP dalam dan luar negara termasuk projek Battersea Power Station di London dan memuktamadkan pembelian 932 hektar tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dengan haga RM2.28 bilion untuk membangunkan sebuah kawasan perbandaran baharu.

Sejajar dengan strategi diversifikasi untuk mengoptimumkan pulangan jangka panjang kepada pencarum, jumlah pendedahan KWSP di luar negara setakat 31 Dis 2012 ialah 15.7 peratus daripada jumlah aset pelaburan, menurut kenyataan itu.

Pada 2012, tambahan US$7.1 bilion pelaburan telah dibuat dalam ekuiti global, bon global dan hartanah.

Samsudin berkata dalam menguruskan dana berjumlah lebih setengah trilion ringgit, KWSP berdepan cabaran besar untuk terus memberi pulangan kukuh di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang rendah, ketidaktentuan berterusan ekonomi global serta kekangan dalam pasaran modal domestik.

"Bagaimanapun, sebagai dana persaraan, KWSP akan terus berpandukan objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah bagi memastikan kemampanan dan pulangan konsisten untuk kesejahteraan persaraan anggotanya.

Pencarum KWSP boleh mendapatkan penyata kira-kira masing-masing bagi menyemak pengkreditan dividen 2012 sama ada di kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok.

Pencarum berumur 55 tahun dan ke atas pula boleh mengeluarkan dividen tahunan yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka yang menjadi antara pilihan bayaran di bawah skim Pengeluaran Umur 55 tahun.

- Bernama
 

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Sabtu, 16 Februari 2013

Tanah: 50 tahun tunggu janji BN, akhirnya PR tunaikan

Selangorku, 16 Feb 2013
SEPANG: Penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda akhirnya mampu menarik nafas lega apabila penantian selama lebih 50 tahun untuk memiliki tanah yang didiami selama ini tercapai.

Usaha memiliki tanah yang menempatkan kediaman 15 keluarga di kampung tersebut mula diusahakan sejak 50 tahun lalu oleh generasi sebelum ini.

Bagaimanapun menurut penduduk yang ditemui selepas majlis penyerahan Borang 5A hari ini, usaha mereka sebelum ini tidak dilayan Kerajaan Negeri yang diterajui Umno-BN.

“Lama hingga dah tiga YB dari BN bertukar, sekarang lega, memang itu yang saya tunggu-tunggu. “Lebih 50 tahun cuba usahakan, tapi bila kita kemukakan tiada apa-apa jawapan,” ujar Hussin Ahmad (gambar), 71 tahun dengan nada sebak kepada TV Selangor.

Beliau yang mengaku sebelum ini merupakan ahli Umno turut berkata beliau akan memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang ada sekarang dalam pilihan raya akan datang.

Latjiman Keman (gambar), 48 tahun pula memberitahu usaha untuk mendapatkan hak milik tanah yang didiami keluarganya sudah mula di usahakan oleh Allahyarham bapanya.

“Perjuangan ini melebihi tempoh usia saya dan hampir menemui jalan buntu, tetapi kejayaan hari ini dapat menebus semula titik peluh arwah bapa saya.

“Kegembiraan ini kami kongsikan bersama dari generasi pertama, generasi kedua dan ketiga.

“Usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini merupakan satu usaha murni yang patut diteruskan untuk terus membantu rakyat yang menghadapi masalah yang sama,” kata Latjiman.

Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari pula berkata penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda kini tidak lagi perlu bimbang kemungkinan tanah mereka di ambil oleh Kerajaan Pusat.

“Tanah yang mereka diami ini berhampiran dengan Putrajaya, wilayah Kerajaan Pusat yang pesat membangun, jadi memang terdapat risiko ia akan diambil oleh Kerajaan Pusat.

“Tetapi bila mereka dah dapat borang 5A ini, mereka tak perlu lagi bimbang, penduduk boleh hidup dengan tenang,” kata beliau.

Sebelum itu dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Kampung Datuk Abu Bakar Baginda seramai 15 penduduk kampung di sini menerima borang 5A yang disampaikan oleh Dr Yaakob yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Borang 5A adalah surat tawaran memiliki tanah dari Kerajaan Negeri kepada seseorang individu.

Borang tersebut juga diangap sebagai pengesahan pemilikan tanah oleh seseorang individu itu dengan bayaran premium RM1,000 sahaja.

Ketika di era Umno-BN mentadbir, penerima borang 5A dikehendaki membayar premium sekurang-kurangnya 20 peratus dari nilai tanah menyebabkan terdapat penerima tawaran dikalangan berpendapatan rendah terpaksa menolak kerana tidak mampu membayar premium yang tinggi./HarakahDaily


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Dato` Fadzilah Kamsah Sokong Umno...Apa komen anda video ini (video)



[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Jumaat, 15 Februari 2013

Calon PM Pakatan diumum 25 Feb?

PRU13
PRU13
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) disebut-sebut akan mengumumkan nama calon perdana menterinya pada konvenysen nasional perikatan berusia lima tahun itu pada 25 Februari ini.

Difahamkan perkara itu telah diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden PR yang lalu.

Bagaimanapun Sinar Harian Online difahamkan kata muktamad berdasarkan perkembangan semasa akan diputuskan pada satu mesyuarat yang dijadual diadakan hari ini.

"Memang ada perbincangan bahawa agenda ini (calon perdana menteri) akan diumumkan bersama pengumuman manifesto Pakatan Rakyat.

"Tetapi, oleh kerana, lazimnya agenda konvensyen Pakatan Rakyat tumpu pada soal-soal dasar, seperti disaksikan sebelum ini, kami akan bincang semula perkara ini dan beberapa agenda lain," kata seorang pemimpin kanan kepada Sinar Harian Online.

Difahamkan perkara itu diputuskan atas andaian dan pertimbangan bahawa kemungkinan pembubaran Parlimen akan diumum minggu akhir bulan ini.

"Kita pun belum pasti dan tidak tahu bila Parlimen akan dibubar... jadi kita akan bentang manifesto terlebih dahulu... saya rasa ini lebih penting," kata beliau.
PR menganjurkan konvensyen nasional sebagai persiapan terakhir menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Pada dasarnya, mesyuarat PR dikatakan telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri jika perikatan ini menawan Putrajaya.

"Ini keputusan setakat ini walaupun ada beberapa cadangan lain," katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dipetik berkata, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13.

"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya.

Ahad lalu, media melaporkan Majlis Syura Pas menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika PR menang dalam PRU13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

Laporan media turut dinafikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberitahu bahawa nama calon perdana menteri pihak PR hanya akan diumumkan selepas penamaan calon.

Ini kerana, menurut beliau, sehingga kini tidak tahu siapa yang akan bertanding kelak.

Beberapa pemimpin dan perwakilan Pas pada muktamar tahun lalu mencadangkan jawatan itu wajar diberi kepada Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang./SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Khamis, 14 Februari 2013

Radio Wau FM: LIVE Kuliah UAI

Radio Wau FM: LIVE Kuliah UAI: Jom Dengarkan LIVE malam ini, hanya di Wau FM... Jika anda mempunyai masalah untuk mendengar, Sila Refresh Blog berkali-kali sehingga ...

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Rabu, 13 Februari 2013

AGEN DSAI....:LIVE!!! LIVE!!! TERKINI!!! JELAJAH MERDEKA RAKYAT - PADANG RENGAS, PERAK BERSAMA DSAI

AGEN DSAI....: LIVE!!! LIVE!!! TERKINI!!! JELAJAH MERDEKA RAKYAT ...: Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Lokasi: Lembah Putera, Kampong Gapis, Padang Rengas 4) Barisan Penceramah: i. YB Dato’ Seri Anwar Ib...

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Selasa, 12 Februari 2013

AGEN DSAI....: Mengarut Majlis Syura tolak Anwar jadi PM - TGNA

AGEN DSAI....: Mengarut Majlis Syura tolak Anwar jadi PM - TGNA:   Nik Aziz: Mengarut Majlis Syura tolak Anwar jadi PM   Majlis Syura Ulama PAS hari ini menafikan ada membuat perbincangan bagi men...

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog