Jamal (duduk, dua kanan) bersama Hussamuddin (duduk, tiga kanan) ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
SELARAS dengan populariti Facebook di kalangan usahawan-usahawan tempatan yang menggunakan pengiklanan Facebook dalam perniagaan, melonjakkan lagi nama Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai Sifu Jamal.
Anak kelahiran Temerloh, Pahang ini memulakan langkah dalam dunia pemasaran dan pengiklanan internet apabila mendapat inspirasi daripada ikon jutawan internet, Irfan Khairi pada akhir 2008.
Jamal yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, pada mulanya dia menjadikan perniagaan internet ini secara sambilan ketika masih bekerja sebagai jurutera awam di Jabatan Kerja Raya (JKR).
Selepas membaca sebuah artikel berkaitan perniagaan internet itu, dia mula mencubanya.
“Namun, saya tidak ada modal untuk menjual produk, jadi saya bermula dengan menghasilkan e-book dalam genre panduan suami isteri.
“Ketika itu saya baru sahaja berkahwin sebab itulah datangnya idea untuk saya keluarkan e-book tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, pada mulanya, dia tidak mempunyai pembeli walaupun telah dua minggu menjual e-book itu menerusi laman web dengan hanya RM30.
Tidak mudah berputus asa, Jamal tetap yakin e-booknya itu pasti akan mempunyai pembeli sendiri kelak.
Akhirnya, doa Jamal termakbul apabila memperoleh pembeli yang pertama dan jualan e-booknya semakin meningkat saban hari.
Bermula daripada itu, Jamal kembali yakin dan melihat peluang yang cerah dalam perniagaan tersebut sehingga dia membuat keputusan untuk berkecimpung secara serius bermula April 2010.
Bergerak dengan lebih agresif, Jamal terus menghasilkan e-book keduanya, Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan pada 2009 dan begitu mendapat sambutan sehinggalah kini, walaupun hak miliknya telah bertukar tangan.
Sepanjang penglibatannya dalam bisnes internet, Jamal mempunyai tujuh e-book sendiri dan kerjasama beberapa syarikat lain.