Langkau ke kandungan utama

Jutawan Aliff Syukri terima anugerah kepimpinan

Aliff Syukri terima anugerah kepimpinan
Pengasas D'Herbs Holdings Sdn Bhd,Datuk Aliff Syukri menerima anugerah "Movers & Shakers,Small and Medium Enterprise" daripada Ahli Dewan Negara,Senator Abdul Halim Abdul Samad pada majlis iMillenium Leadership Award 2016 di Hotel Holiday Villa Subang,Subang Jaya..FOTO/AFIQ RAZALI

SUBANG JAYA - Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman antara penerima iMilennium Leadership Award 2016 bagi kategori 'Movers & Shakers Small and Medium Enterprise' di Hotel Holiday Villa Subang, sebentar tadi.

Beliau yang juga pengasas D'Herbs Holdings Sdn Bhd berkata, beliau sangat teruja dengan anugerah tersebut dan menganggapnya sebagai anugerah berganda kepadanya.

"Secara jujur anugerah saya ini adalah dalam memberi inspirasi di bidang kecantikan dan kosmetik agar terus berjaya ke peringkat global.

"Justeru saya menyarankan kepada usahawan terutama golongan muda agar teruskan usaha agar membuka mata masyarakat bahawa usahawan Melayu Bumiputera mampu untuk berjaya," katanya selepas menerima anugerah tersebut.

Pada majlis tersebut, Ahli Dewan Negara, Senator Abdul Halim Abdul Samad antara yang diberi penghormatan menyampaikan anugerah kepada barisan usahawan termasuk Aliff Syukri.

Sinar Harian
Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

Ulasan