Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Ahad, 11 Mac 2018

Tips elak Penipuan tawaran kerja di rumah

Penipuan tawaran kerja di rumah

Pernahkah anda melihat atau terbaca iklan menawarkan pekerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah? Kerja mengisi katalog dalam sampul surat memang mudah dan menarik.

Begitu juga memasang barang permainan, mengirim koleksi setem dan foto bukannya peluang untuk kita mendapatkan wang, sebaliknya peluang mereka untuk membuat wang dengan menipu kita.Kebanyakan iklan sebegini tersiar di akhbar, internet termasuk diedarkan melalui risalah yang dihantar ke peti surat rumah.

Sebahagian daripadanya terbukti benar menawarkan pekerjaan seperti yang diiklankan, namun sebahagian lagi dikesan menipu orang ramai sehingga membabitkan kerugian mencecah ratusan ringgit.

Kegiatan ini bukan perkara baru, namun ia terus berleluasa kerana sukar untuk menjejak penjenayah yang bijak berselindung di sebalik taktik licik. Ikuti kupasan modus operandi minggu ini.

Si Penipu

- Licik dan gemar ambil kesempatan terhadap orang lain
-Tahu akan proses membuka serta menguruskan akaun di bank
-Mempunyai rakan untuk kendalikan panggilan, SMS, penghantaran borang dan lain-lain

Sasaran mangsa

-Individu yang ada masa lapang

-Mahu cari rezeki sampingan
-Suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga
-Tertarik dengan tawaran lumayan
-Mudah percaya sesuatu perkara, tidak mengesyaki orang lain
-Kurang ikuti perkembangan dunia luar

Modus Operandi

-Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk tarik perhatian mangsa
-Alamat digunakan palsu - tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos- agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan
-Orang yang tertarik boleh terus hubungi melalui telefon bimbit atau SMS
-Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk kirim borang pendaftaran
-Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos
-Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem
-Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri

Tip elak jadi mangsa

-Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang meminta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS
-Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia
-Dapatkan khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
-Waspada akan teknik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan
-Jika curiga dengan tawaran yang diiklankan, buat laporan polis

Pengalaman mangsa 1

“Kejadian berlaku enam tahun lalu. Walaupun kerugian dialami tak banyak tetapi saya tetap tidak dapat lupakan pengalaman itu,” kata Rahayu ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, ketika itu dia baru menamatkan persekolahan dan bercadang mencari kerja sambilan, sementara menunggu keputusan SPM.

Dia dan adiknya cuba mencari kerja kosong melalui iklan yang tersiar dalam beberapa akhbar tempatan.

“Kami sangat tertarik dengan satu iklan yang tawarkan kerja memasang anak patung sebab ia boleh dibuat di rumah. Gajinya pun, boleh tahan.
“Kami tidak perlu masuk pejabat tapi hanya perlu buat bayaran daftar kerja  RM70 seorang,” katanya.
Rahayu berkata, dia dan adiknya bertambah yakin dengan pekerjaan itu kerana terdapat testimoni beberapa pekerja lain yang dilampirkan bersama mengatakan mereka menerima gaji lumayan dalam tempoh singkat.

Menurutnya, dia dan adiknya diminta menukarkan wang pendaftaran berjumlah RM140 kepada wang pos dan menghantar ke alamat seperti yang tertera dalam iklan. Mereka diminta menunggu selama dua minggu, sebelum anak patung dihantar ke rumah untuk dipasang.

“Namun selepas tempoh itu, kami masih tak terima anak patung. Syarikat itu tak dapat dihubungi.
“Kami sangat kecewa kerana itu adalah pengalaman pertama kami mencari kerja. Tak sangka jadi mangsa tipu,” katanya. ( Kakitangan swasta, Rahayu Kamal, 29)

Pengalaman mangsa 2

Menurut Abu Salim, dia kerugian kira-kira RM500 selepas tertipu dengan tawaran iklan kerja di rumah iaitu memasukkan katalog ke dalam sampul surat yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Katanya, dia hanya mencari kerja sambilan secara suka-suka, sebelum tertarik dengan iklan tersebut yang menawarkan gaji lebih RM3,000.
“Siapa yang tidak berminat kalau dapat gaji lumayan, kerja pula mudah dan boleh dibuat di rumah sahaja.

“Saya memang tak syak apa-apa sebab iklan tu keluar dalam akhbar terkenal,” katanya.

Menurutnya, setelah menghubungi nombor yang tertera di dalam iklan, dia diarahkan untuk memberikan nombor MyKad dan membuat pembayaran pendaftaran bekerja sebanyak RM500.

Abu Salim berkata, tanpa berfikir panjang, dia kemudiannya segera memasukkan wang dengan jumlah yang diminta ke dalam akaun bank serta diarahkan menunggu selama dua minggu untuk proses seterusnya.
Bagaimanapun katanya, selepas tempoh itu, tiada sebarang maklum balas diterima dari pihak pengiklan. Apabila dia cuba menghubungi pihak terbabit, dia mendapati nombor telefon sudah ditamatkan perkhidmatan.
“Ingatkan boleh tambah pendapatan, tapi jadi mangsa tipu pulak.
“Saya kesal sebab akhbar tu tak tapis iklan yang nak disiarkan,” katanya dengan nada kesal.
Dia percaya dan yakin mungkin sudah ramai yang terpedaya dengan iklan tersebut dan berharap ada pihak bertanggungjawab dapat menangani iklan seumpama itu. ( Peneroka, Abu Salim Hassan, 50)
 

*Sumber: ASP Foo Chek Seng Pegawai Penyelaras Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Malaya

Sinar Harian

Ahad, 8 Oktober 2017

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

online-shopping-ecommerce-ss-1920
Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai

yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan.
Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah:
1. Waktu bisnes

Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu
Bisnes offline: waktu perniagaan terhad.
2. Kos overhead

Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda.
Bisnes offline: kos lebih besar berbanding dengan bisnes online. Antara kos yang wajib diambil kira ialah kos sewa kedai, gaji pekerja, kos pemasaran dan pengiklanan offline, bil air dan elektrik.
3. Lokasi

Bisnes online: Anda bebas menjalankan perniagaan anda di mana-mana sahaja asalkan anda ada komputer/laptop, sambungan internet dan pejabat pos untuk beroperasi.
Bisnes offline: Statik. Terutamanya kalau anda membuka premis perniagaan, anda tidak boleh membawa kedai anda ke lokasi lain kecuali anda bergerak seperti stall burger, mengguna van atau motor. Cuma akan penat sedikit dan Juga jangan lupa kos minyak dan maintenance.
4. Modal permulaan

Perniagaan online: Anda bebas samada nak menyimpan stok dengan banyak atau sedikit bergantung pada permintaan. Sekiranya anda menjadi agen dropship, anda langsung tidak memerlukan stok. Dalam laman web/ blog, anda hanya perlu pamerkan gambar sahaja.
Perniagaan Offline: Anda perlu menyediakan modal yang agak besar untuk menyediakan stok di kedai anda.
5. Pekerja

Bisnes online: tidak memerlukan pekerja
Bisnes offline: perlu ada pekerja di permis.
6. Pelanggan

Bisnes online: melangkaui sempadan negara kerana pelanggan boleh datang dari mana-mana pelusuk dunia yang mempunyai kemudahan internet.
Bisnes offline: terhad pada pelanggan di sekitar kedai sahaja, dan dijangkakan pelanggan akan berkurang pada hari bekerja.
7. Pengiklanan dan pemasaran

Kedai offline: memerlukan lebih banyak pengiklanan dan pemasaran. Juga perlukan sebuah website untuk mengiklankan kedai di internet dan media sosial.
Bukti jelas menunjukkan bahawa memiliki sebuah perniagaan online sangat penting untuk memajukan dan mengembangkan sesebuah perniagaan offline.
8. Risiko

Untuk stabil dalam sesebuah bisnes, ia memakan masa. Apa yang kita dapat lakukan untuk mengurangkan risiko ialah bermula dari bawah. Sekiranya jualan anda tidak sebanyak yang anda target, dengan menjual secara kecil-kecilan bagi melalui bisnes online tidak akan memberi impak yang besar sehingga boleh merugikan kerana tidak memerlukan kos permulaan dan operasi yang banyak.
9. Masa untuk keluarga

Menguruskan kedai online cukup mudah, cuma pengurusan masa yang baik
sangat penting supaya anda boleh membahagikan masa di antara perniagaan dan peribadi.
Di atas adalah 9 senarai kebaikan dan keburukan perniagaan online vs perniagaan offline. Semoga boleh menjadi panduan buat anda yang akan memulakan bisnes nanti.
kredit : https://samsuryani.wordpress.com

Selasa, 7 Julai 2015

DIMANA ANDA BERADA SEKARANG.??

 Hasil carian imej untuk dimana anda sekarang??
KERJA MAKAN GAJI PANGKAT TAK BESAR TAPI IMPIAN BESAR

Agak-agak, lagi berapa tahun perlu kerja untuk mencapai impian yang besar itu??
Ingat, tenaga tu makin lama makin berkurangan...

KERJA MAKAN GAJI PANGKAT BESAR TAPI IMPIAN MASIH TAK TERCAPAI

Tak frust ke, pangkat besar, gaji banyak, orang sanjung tapi realitinya, impian masih tak tercapai...

BEGINIKAH ANDA SEKARANG??

tiada WANG tapi banyak MASA terbuang..

SEPATUTNYA ANDA BEGINI TAU..

ADA MASA.. ADA WANG..


Isnin, 22 Jun 2015

Akibat skim cepat kaya

  duit
 
SESEORANG kakitangan yang berpengalaman di sesuatu industri yang memerlukan kepakaran tertentu sememangnya dibayar gaji lumayan setiap bulan.

Dengan pendapatan sedemikian, mereka sudah mampu memiliki aset-aset yang diingini di samping taraf kehidupan lebih baik berbanding kebanyakan orang lain. Apatah lagi jika mereka ini pandai menguruskan aset-aset yang mereka miliki.

Namun begitu, disebabkan sifat tamak haloba yang bersarang di hati, kesenangan yang dikecapi akan hilang sekelip mata.

Seorang pegawai teknikal yang dikenali sebagai Amran (bukan nama sebenar) sebelum ini mendapat pendapatan yang lumayan di antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan. Dengan pendapatan tersebut, dia mampu memberi kebahagiaan kepada keluarganya dan kesemua anak-anaknya dihantar belajar ke sekolah swasta.

Namun, disebabkan terpikat dengan skim pelaburan emas yang dijalankan seorang rakan, kononnya menjanjikan pulangan menarik, ditambah dengan contoh rakan yang telah mendapat habuan, tanpa berfikir panjang dan merujuk mana-mana pihak, Amran melabur dengan skim tersebut.

Rabu, 3 Jun 2015

Dulu YB kini jadi pendakwah

 Dulu YB kini jadi pendakwah

BALING - Melihatkan penampilannya yang berjubah putih dan berserban, selain memiliki perwatakan umpama seorang pendakwah, siapa sangka beliau adalah bekas wakil rakyat sekitar tahun 1950-an.

Abdul Rashid Hashim, 101, atau lebih dikenali Pak Ngah Rashid atau Cikgu Rashid dalam kalangan penduduk setempat, masih sihat dan mampu berdakwah walaupun mengalami masalah pendengaran.
Di kala usianya, Pak Ngah Rashid beruntung kerana memiliki deria penglihatan yang masih baik tanpa perlu memakai cermin mata.

Ditanya apa rahsianya, beliau sekadar membalas, “Mungkin ini hasil amalan membaca al-Quran setiap hari, selain menunaikan kewajipan dan suruhan agama.”
Berkesempatan berjumpa dengan insan istimewa ini, pelbagai kisah dan pengalaman beliau dikongsi untuk tatapan pembaca supaya boleh dijadikan iktibar.

Jumaat, 15 Ogos 2014

" SYUKUR PADA MU TUHAN " kerana memilih aku menerima mesej ini..


PLATFORM BARU.. MODAL KECIL...UNTUNG LUMAYAN DAN PALING HADAPAN..

Ya Allah Ya Tuhan ku...

Aku berterima kasih kepada MU kerana telah memilih aku sebagai salah seorang daripada berbilion-bilion hamba MU untuk menerima satu peluang rezeki bagi mengubah kehidupanku ke arah yang lebih baik.

Aku hamba MU yang lemah lagi kerdil, hanya kepada MU aku merayu dan memohon bantuan serta perlindungan kerana sesungguhnya KAU MAHA PENGASIH, PENYANYANG, dan PEMURAH lagi MAHA BERKUASA.

Ya Allah, jika rezeki ini rezeki yang KAU HALAL kan, permudahkan lah juga REZEKI MU ini kepada insan yang memberikan mesej ini kepada ku...AMINNNN!!!


Ya Allah Ya Tuhan ku..
Jika rezeki ini,
BOLEH MEMBAHAGIAKAN KEDUA IBUBAPA KU..
Kau permudahkan lah ia bagi ku..
Jika rezeki ini,
BOLEH MEMBAHAGIAKAN ISTERI DAN ANAK-ANAK KU..
kau permudahkan lah ia bagi ku..
Jika rezeki ini,
BOLEH MENYELESAIKAN HUTANG-HUTANG KU..
kau permudahkan lah ia bagi ku..
Jika rezeki ini,
BOLEH MEMBUAT AKU LEBIH BERIMAN DAN BERTAQWA..
 kau permudahkan lah ia bagi ku..
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html

Rabu, 13 Ogos 2014

PENGUMUMAN!! DARI CARTA BLOG POPULAR..

Salam..
Insya Allah dalam masa yang terdekat kami akan update kembali Carta blog-blog yang popular yang hampir 2 tahun terbengkalai...atas sebab-sebab tidak boleh di elakan...



Linknya kat Sini : http://cartablogger.blogspot.com/

TQ. dari admin CBP. 




http://usahawanjutawan33.blogspot.com/2014/07/program-wang-cash-dari-kami-usahawan.html

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog