Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Rabu, 30 Mei 2012

AGEN DSAI....: Umno/bn tak ada isu kah kah kah kah... Siap sedia PRU13 ...

AGEN DSAI....: Umno/bn tak ada isu kah kah kah kah... Siap sedia ...: Azmin: Dakwaan RPK timbul semula sebab pilihan raya Timbalan preside PKR Azmin Ali berkata dakwaan berhubung siasatan ke atas pemilikan ...

Mesej Twitter: Nizar mohon maaf


Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
IPOH –  “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri./SinarHarian

Isnin, 28 Mei 2012

Kerajaan bohong, FGVH bukan milik peneroka walau beli saham – Rafizi

KUALA LUMPUR 28 Mei: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kerajaan BN berbohong apabila mendakwa FGVH akan menjadi milik peneroka jika mereka membeli saham yang diperuntukkan.
Berucap di Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal 2012 di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor, Rafizi berkata, hak membuat keputusan sebaliknya terletak di tangan ahli lembaga pengarah kerana jumlah saham yang diperuntukkan kepada peneroka hanyalah 2.5 peratus sahaja.

“Bayangkan, peneroka hanya memiliki 2.5 peratus saham daripada tanah seluas 840,000 ekar yang dicagar untuk penyenaraian.
“Malah akan berkurang apabila peneroka terpaksa menjual saham mereka untuk membayar pinjaman bank. Lama-kelamaan tiada apa lagi yang tinggal,” jelasnya.
Baki saham, katanya lagi, diperuntukkan kepada bank, KWSP dan institusi kerajaan sebanyak 40 peratus, syarikat asing sekitar 20 peratus dan penjualan melalui ‘pink form’ (17 peratus).

“Yang paling menyedihkan ialah 17 peratus ini akan diberi kepada keluarga dan kroni Umno BN, dan mereka akan makan untung ‘atas angin’ sahaja,” katanya kepada kira-kira 400 hadirin di konvensyen bertema ‘Bersama Memacu Perubahan’.

Beliau menegaskan, kerajaan sepatutnya membahagikan semua RM5.6 bilion hasil dana yang diterima selepas penyenaraian.
“Kerajaan hanya gunakan kira-kira RM1.6 billion untuk agihkan RM15,000 kepada setiap keluarga.
“Itu yang diumum sebagai ‘durian runtuh’. Tetapi, (baki) RM4 bilion tidak disebut. Ke mana perginya wang ini?” soalnya lagi./KeadilanDaily
 

Halaqah 2011 - Wasiat Terakhir Rasulullah (video)



Sabtu, 26 Mei 2012

Johan Raja Lawak diboikot?


Johan
Johan

Nama, Johan Raja Lawak bukan lagi asing dalam industri hiburan.Tidak hairanlah jika dia mampu menyandang gelaran Pelakon Komedi Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.

Namun, dalam kerancakan mengejar kerjaya seninya, timbul pula pelbagai kontroversi yang membabitkan pelawak kegemaran ramai ini.

Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 28, dikecam hebat apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, membangkit kemarahan penyokong perhimpunan Bersih.

Isu ini turut dipanjangkan menerusi satu akaun, Facebook, 'Kami Boikot Johan Raja Lawak', sebagai tanda tidak puas hati segelintir pihak terhadap pelawak tersohor ini.

Rata-rata membuat permohonan agar Johan tampil memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap menyentuh isu sensitiviti masyarakat. Zass cuba mendapatkan Johan, namun gagal. Bagaimanapun, isterinya Ozlyn, sedia memberikan
kerjasama.

Terkejut dengan berita itu, Ozlyn yang juga merupakan pelakon, memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan.

“Kami tidak tahu apa-apa pun kerana kami baru sahaja pulang bercuti daripada Australia. Johan tidak pernah bagi tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui isu ini. Jadi, saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan. Lagipun kami tak tengok lagi video itu.

“Kami tidak memerlukan sebarang kontroversi, namun, jika ada ketelanjuran dan silap yang Johan lakukan semasa ‘on air’, itu tidak disengajakan,” katanya yang juga bertindak sebagai pengurus Johan.

Ozyln berkata, dia sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan ketika membuat persembahan. Namun ada kalanya, suaminya gagal mengawal keadaan apabila membuat persembahan secara langsung. Namun dia yakin, Johan tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk menghiburkan peminat.

Berhent i berlako n?

Tidak berkesempatan untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa, Johan terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berlakon untuk sementara waktu.

Menurut Ozlyn, Johan masih terikat dengan banyak perkara yang memerlukan dia menolak sebarang tawaran untuk berlakon buat sementara waktu.

“Johan tengah sibuk dengan Super Spontan dan juga stesen radio, Era FM. Jadi, jadualnya sangat padat buat ketika ini. “Selain itu, kami juga bakal menghasilkan program komedi sendiri yang bakal disiarkan di televisyen.

Namun, ia masih di peringkat perbincangan lagi. “Kami tidak boleh menguaruarkan perkara itu kerana masih di peringkat awal,” katanya./SinarHarian

Jumaat, 25 Mei 2012

Ikuti secara live Pidato DSAI Perdana MERDEKA RAKYAT peringkat Johor (video)

AGEN DSAI....: Ikuti secara live Pidato DSAI Perdana MERDEKA RAKYAT...: Live streaming by Ustream KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 ( SOKONG SILA KLIK )             Artikel Yang Wajib Di Baca O...

BERUK-BERUK PENYOKONG UMNO GANGGU CERAMAH ANWAR DI LEMBAH PANTAI (VIDEO)



Amaran!!!!! PKR: Tanah lapang Felda terancam

Amaran PKR: Tanah lapang Felda terancam

Kawasan lapang peneroka tidak akan selamat apabila Felda Global Venture Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia, kata PKR.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, sebaik sahaja peneroka hilang kawalan terhadap FGVH, tiada apa lagi yang dapat menyekat syarikat itu daripada mengambil alih tanah terbuka atau rumah kedai di kawasan Felda.

NONEWalaupun tanah 10 ekar dan tanah yang dimiliki peneroka tidak dapat disentuh, tetapi kawasan tanpa geran tanah boleh diambil, dakwanya.

Bercakap di konvensyen berhubung hak masyarakat Felda dan Orang Asli, Rafizi memberi amaran, apabila pengambilalihan berlaku, perubahan drastik dalam persekitaran dan kehidupan sosial mereka akan berlaku./MalaysiaKini



Selasa, 22 Mei 2012

Tindakan dakwa Anwar Ibrahim, 2 lain motif politik


Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - PKR menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa tiga pemimpin parti itu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara pagi ini sebagai satu tindakan terdesak yang bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain Ketua Umum PKR itu, dua lagi akan didakwa di Mahkamah Majistret ialah Timbalan Presidennya, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin.

"Peguam Negara sekali lagi bertindak atas perintah  Barisan Nasional. Selepas gagal dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, mereka cuba sekali lagi," kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga pemimpin itu menerima notis saman agar hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Mereka akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"(Nampaknya) sesuatu ketara apabila pendakwaan pertama di bawah Akta Perhimpunan Aman dituju ke atas Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang.

"Jadi, dakwaan terbaru ini yang bermotifkan politik sangat jelas," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Subang dan seorang peguam.

Malah kata beliau, tindakan terbaru ini juga usaha pihak kerajaan untuk menghalang misi Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putarajaya dalam PRU13.

"PKR memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pendakwaan ini sekali lagi memperlekehkan dakwaan beliau bahawa mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia (dengan mengadakan Akta Perhimpunan Aman).

"Kami akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membantah penyalahgunaan yang ketara dan manipulasi institusi-institusi kita," katanya lagi./SinarHarian

Isnin, 21 Mei 2012

HOT!! KISAH ANAK DARA 17 vs 70 - Ustaz Azhar Idrus (video)



Tolak salah laku Umno/BN, kata veteran MCA

Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.

"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.

NONE"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak
kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.

"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu.

Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.

"Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut?

"Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian./MalaysiaKini



Sabtu, 19 Mei 2012

Akhbar Umno tidak layak cakap soal etika - Abim


KAJANG: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia atau Kosmo tidak layak untuk bercakap soal etika kewartawanan.

Ini kerana, menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan akhbar berkenaan dengan jelas telah mencabul etika kewartawanan berdasarkan laporan yang bukan sahaja tidak adil bahkan memperbodohkan pembaca.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab asakan wartawan yang mempersoalkan mengapa Abim selaku penganjur Seminar Media Arus Perdana: Etika Kewartawanan dan Masa Depan tidak menjemput wakil akhbar arus perdana seperti Utusan atau Kosmo.

"Kita tidak jemput Utusan atau Kosmo sebab mereka dengan jelas cabul etika kewartawanan. Kita panggil mereka (akhbar) yang beretika sahaja," katanya dalam sidang media.

Malah katanya, etika kewartawanan telah dimusnahkan oleh akhbar berkenaan kerana tiga perkara iaitu pemilikan media, 'political master' dan iklan yang disiarkan.

Seminar yang diadakan di Kompleks Dar Al-Hikmah Sungai Ramal membariskan tiga orang panel iaitu, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali, Ketua Editor Malaysiakini Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman.

"Kalau kita hendak berhujah dalam hal ini, orang yang kita panggil adalah jelas etikanya. Kita beri keadilan kepada mereka untuk bercakap soal etika," tegasnya.

Tambahnya, seminar ini adalah satu peluang yang adil untuk mendidik masyarakat apakah etika kewartawanan yang sebenar.

"Contohnya, kita jumput di kalangan mereka adalah perompak dan bercakap dalam soal rompakan," tegas beliau yang mempertahankan tindakannya, tidak menjemput akhbar arus perdana dalam seminar itu.

Justeru, Abim dan beberapa Ngo yang lain menyatakan pendirian tentang etika kewartawanan pada masa depan dengan menolak segala laporan berbentuk lucah, mengaibkan seseorang di ruang awam, 'Character assassination' dengan menginjak-injak maruah, memalukan seseorang secara sewenang-wenangnya bukan sahaja tidak beretika tetapi mencabul hukum agama.

Abim juga menyeru pihak pemerintah dah oposisi mengambil kira akan prinsip asas media dan kewartawanan wajib berdasarkan fakta, kebenaran dan sumber yang sah.

Dan, Abim menyeru masyarakat untuk menolak dan menyatakan bantahan secara terbuka terhadap laporan dan pemberitaan yang melanggar nilai dan etika kewartawanan.


Resolusi



Seminar yang berlangsung setengah hari itu turut menggariskan empat resolusi iaitu:

Etika kewartawanan yang berasaskan cita-cita bagi menegakkan kebenaran, ketelusan dan keadilan dalam masyarakat dan negara hendaklah menjadi falsafah dan dasar utama industri media negara.
Seluruh saluran media terutama media arus perdana digesa lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan dan menyebarkan berita dan maklumat kepada masyarakat.

Pengamal media dituntut untuk sentiasa berpegang teguh kepada etika kewartawanan yang mementingkan nilai-nilai moral dan akhlak dalam usaha menyampaikan berita dan mendidik masyarakat.

Ini memastikan industri media menjadi ejen pencerdasan dan pembudayaan pemikiran dan nilai hidup bertamadun dan bukan sebagai organ yang dilihat cuba untuk merendahkan kualiti hidup dan pemikiran masyarakat menerusi sumber maklumat yang tidak tepat, berbahasa kesat, berunsur lucah menjadi punca perbalahan sesama rakyat.

Media hendaklah meningkatkan tahap integriti sebagai organ yang berdikari dan berwibawa dan memastikan tidak terjebak sebagai penyebar ghibah dan fitnah dengan sengaja menerusi pemberitaan yang mengaibkan dan memalukan dan mencemarkan nama baik serta mencabul kesucian maruah manusia.

Pengamal media hendaklah menghormati hak rakyat untuk memperoleh berita yang benar dan beretika.

Oleh itu, media perlu bersikap sensitif dan memberikan perhatian serius terhadap kegelisahan dan penolakan masyarakat terbanyak terhadap budaya arus perdana hari ini dengan jelas melakukan pelanggaran berterusan terhadap etika dan niali-nilai murni yang dipaparkan kepada masyarakat./HarakahDaily
 

Khamis, 17 Mei 2012

Imej teruk: PAS simpati kepada polis baik

Harakahdaily, 17 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS melahirkan rasa simpati kepada polis yang baik sehingga malu untuk mengaku bekerja sebagai polis ekoran imej pasukan itu semakin teruk pada padangan masyarakat awam.


“Ini semua angkara ‘nila setitik susu sebelanga binasa’,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Justeru, ujarnya sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan segera untuk membendung tindakan liar polis.

“IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Tun Abdullah Badawi, ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang,” ujarnya.

Katanya, polis menentang kerana mereka tidak mahu disiasat oleh badan lain kecuali oleh polis sendiri.

Beliau merujuk laporan terbaru daripada pihak Bersih 3.0 yang melaporkan seorang peserta Bersih 3.0, Mohd Safuan Mamat @ Nordin tampil menyerah diri membantu siasatan di balai Polis Dang Wangi namun dicederakan menggunakan batang paip hitam di dalam lokap.

Lebih mengejutkan, katanya seorang tahanan turut menampar beliau sebanyak empat kali dan polis hanya memerhatikan tindakan berkenaan.

Beliau diminta untuk mengaku bersalah atas kejadian memusnahkan kereta polis dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Sehubungan itu, Idris mempersoalkan apa sudah jadi dengan institusi polis.

Baginya, jika itu yang berlaku, maka tidak hairanlah samseng Jalan Kebun Klang bebas memukul orang yang hadir mendengar ceramah Pakatan Rakyat.

“Jika di dalam balai polis tidak selamat, tempat mana lagi yang rakyat selamat.

“Apakah masih ada lagi sisa-sisa peninggalan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor yang mencederakan Datuk Seri Anuar Ibrahim ketika berada di dalam lokap,” ujarnya lagi.

Katanya, IPMC hanya melibatkan polis yang jahat sahaja.

“Polis yang baik dan profesional kenapa perlu takut,” katanya.

Menurutnya, keganasan polis memang diakur oleh siasatan Suhakam ketika Bersih 2.0 tetapi malangnya suruhanjaya itu hanya boleh menyiasat tetapi tidak boleh mendakwa.

Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan hangat nombor pendaftaran "WWW"

15 Mei 2012
PUTRAJAYA - Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada pukul 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini.

Beliau berkata pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan.

"Ini memang di luar jangkaan kita. Sehubungan itu, ia akan mengambil masa untuk memproses dan menganalisis bidaan yang diterima. Para pegawai kami sedang bertungkus-lumus. Kita tidak mahu ada bidaan yang tertinggal. Kami harap orang ramai faham.

"Keputusan (bidaan) dijangka diumumkan pada 24 Mei nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan 2011-2015 di sini hari ini.

Bidaan bagi nombor pendaftaran siri itu yang dibuka pada 30 April lalu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 12,805 bidaan diterima di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, JPJ Bandar Seri Permaisuri (2,362), JPJ Maju Juntion (926) dan Pos (2,150).

Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" dijangka mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.

Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - Bernama

Ceramah Terkini!!! Chegubard Power dan Berapi!! (video)



Isnin, 14 Mei 2012

Ceramah Power!! SITI AISYAH SRIKANDI PKR - Markas Pas Kg Mengkasar, Pekan (video)



PKR berhimpun desak Aziz, Wan Omar letak jawatan

Sekumpulan kecil ahli PKR mengadakan demonstrasi di luar ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pagi ini menuntut peletakan jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi suruhanjaya itu  atas dakwaan mereka adalah ahli Umno.

NONEKumpulan 13 ahli akar umbi yang diketuai Anggota Majlis Bandaraya
Subang Jaya, Michael Tamil membawa kain rentang serta melaungkan slogan selama kira-kira lima minit di pintu pagar Pusat Pentadbiran Kerajaan (Kompleks C), di mana beberapa agensi kerajaan yang lain turut ditempatkan.

Kain rentang itu bertulis 'Rakyat mencintai demokrasi hendak pengerusi dan timbalan pengerusi SPR letak jawatan', manakala mereka melaungkan 'resign (letak jawatan), bersihkan SPR'.

Mengulas mengenai kehadiran yang tidak ramai, ADUN Port Dickson, M Ravi memberitahu sidang akhbar bahawa perhimpunan tersebut hanyalah satu permulaan kepada 'apa yang akan datang'.

Beliau berkata, mereka bukan sekadar satu kumpulan kecil tetapi adalah sebagai satu amaran, "jika mereka tetap degil, kami akan bawa puluhan ribu orang berkumpul di sini," katanya sambil menambah pihaknya akan menyediakan satu memorandum dan berkumpul di situ beramai-ramai.

NONEDitanya mengapa mereka mengadakan perhimpunan tersebut
walaupun Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kanan) telah menafikan dakwaan itu, bekas timbalan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, R Suresh Kumar memetik kenyataan akhbar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin sebagai bukti.

Suresh mendakwa, sehingga hari ini, pengerusi SPR dan timbalannya itu hanya memberi alasan, tetapi tidak menafikan mereka adalah ahli Umno.

Saifuddin dalam kenyataannya bertegas bahawa Abdul Aziz masih ahli Umno walaupun dia tidak membayar yuran tahunan. Ini adalah kerana beliau tidak dipecat tetapi hanya dihalang menghadiri mesyuarat agung tahunan./MalaysiaKini


Ceramah Terbaru!!! Anwar Ibrahim di Selangor "Istimewa Untuk Orang India" (Video)

AGEN DSAI....: Ceramah Terbaru!!! Anwar Ibrahim di Selangor "Istimewa untuk orang India....: KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 ( SOKONG SILA KLIK )  
         Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!! ...

Demo hapuskan tol....5 minit tol percuma di Batu Tiga (video)



Sabtu, 12 Mei 2012

KEADILAN bantu selamatkan ahli Umno yang kemalangan bas

NEGERI SEMBILAN 12 Mei: Demi keselamatan nyawa, sekumpulan pemimpin dan ahli KEADILAN cabang Rembau, melupakan perbezaan politik.

Mereka membantu menyelamatkan penyokong Umno yang terlibat dalam kemalangan bas kira-kira jam 4 pagi tadi sementara menunggu ambulans dan bomba tiba di lokasi kejadian.

Mereka diketuai Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Baharin atau Chegubard yang juga ketua cabang KEADILAN Rembau.

Kemalangan dipercayai berlaku berhampiran susur keluar Plaza Tol Rasah membabitkan dua bas yang membawa penyokong Umno Terengganu ke perhimpunan di Bukit Jalil.

Bas itu dikenal pasti membawa penyokong Umno berdasarkan pelekat berlogo parti pemerintah pada kenderaan berkenaan.
Mengikut Badrul Hisham, bas berkenaan dikatakan melanggar belakang lori yang bergerak perlahan, menyebabkan sebahagian mangsa tercampak.

“Ambulan dan bomba baru tiba. Ada yang tercampak keluar bas. Kami antara yang membantu juga panik banyak darah. Banyak bas Umno lain turut berhenti,” tulisnya melalui twitter.
Beliau menyedari kemalangan itu ketika pulang dari program Pakatan Rakyat di Johor.

Sebaliknya, mereka dimaki hamun kerana mempertikai bas berkenaan  dinaiki penyokong  Umno tetapi ditempelak Chegubard: “Ya kami lawan dan benci Umno tapi peribadi kemanusiaan kami tak hilang…”
KeadilanDaily

Jumaat, 11 Mei 2012

Bersih 4.0 Duduk dan Debat?

Bersih 4.0 Duduk dan Debat?
Bersih 3.0


Nasrudin Hassan
11 Mei 2012

FOKUS Bersih sama ada edisi 1.0, 2.0 dan juga 3.0 adalah menuntut keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara kita, ekoran terlalu banyak kesangsian, kekeliruan serta ruang yang terdedah kepada manipulasi dalam sistem peraturan, pengurusan dan pengendaliannya.

Bertolak dari Daftar Pemilih yang tidak bersih malah masih dikotori dan berlumut dengan senarai pengundi yang tidak layak mengundi serta beberapa kekeliruan yang perlu kepada pemurnian awam oleh pihak SPR.
Pelbagai peraturan dan undang-undang pilihanraya yang tidak konsisten, membuka peluang berlakunya penyelewengan dan manipulasi. Media yang tidak seimbang dan berat sebelah, dilagang pula dengan pelbagai fitnah yang jijik dan memualkan.
Maka pihak Bersih telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti laporan ke Suhakam, laporan PDRM, Laporan SPRM, memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Himpunan Aman. Malangnya,  sehingga kini pihak kerajaan dan SPR masih tidak memenuhi tuntutan Bersih tersebut.
Kerajaan Umno dan BN sebaliknya mendakwa  Bersih menganjurkan keganasan, rusuhan dan sebagainya. Lalu mereka menempelak usaha suci Bersih dengan pelbagai tindakan seperti menggunakan FRU untuk melepaskan tear gas dan air kimia, PDRM untuk tangkap dan belasah, DBKL untuk menaksirkan jumlah timbunan sampah, Majlis Fatwa bagi mengharamkan himpunan Bersih, media arus perdana supaya memutar alam menjadi separa realiti.

Kini kedengaran pelbagai pihak bercakap mengenai edisi berikut bagi kelangsungan tuntutan Bersih supaya Bersih 4.0 direalisasikan sehingga kerajaan Umno dan BN akur tuntutan rakyat. Kerana pilihanraya umum tidak boleh diadakan atau disertai dalam keadaan ia tiada jaminan dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih dari sebarang penyelewengan.
Sementara hari ini dan saya percaya ia akan terus berlangsung ke hari pilihanraya, mereka memburukkan Bersih 3.0 kononnya ganas lalu membina persepsi buruk masyarakat terhadap Bersih sedang pihak Bersih tidak diberi ruang serupa melalui televisyen dan media arus perdana yang lain untuk menjawab dan memberi penjelasan.

Maka saya mencadangkan agar Bersih 4.0 ini direalisasikan melalui format baru pula iaitu Duduk dan Debat. Sekali lagi saya cadangkan panelnya ialah terdiri dari Presiden Pas  Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan YAB Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Seluruh rakyat dikerah hadir secara aman untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
Saya menegaskan demikian melalui cadangan Duduk dan Debat adalah sesuai dengan iklim politik baru yang hendak kita bawa iaitu berteraskan kekuatan hujjah bukan hujah kekuatan. Saya harap pihak kerajaan dapat menerima cadangan ini dengan baik dan terbuka jika mereka juga benar mahukan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan pula aktiviti itu berlangsung dalam suasana aman.

Ia pastinya akan menjadi rekod sejarah. Masa depan negara akan dibentuk dan dibina melalui kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat melalui penerimaan terhadap hujah yang dikemukakan, bukan sokongan yang dipaksa dengan cota, tear gas dan air kimia.

Iklim politik baru mesti dibina segera oleh kedua-dua parti komponen besar negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Politik berteraskan hujah dan hikmah. Bukan politik tangkap dan belasah. Sebaliknya jua ke arah politik rasional, lapang dada dan kasih sayang tanpa permusuhan dan kebencian sesama agama dan bangsa yang ditanam melalui provokasi dan doktrinisasi yang negatif.

Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat

Rabu, 9 Mei 2012

Ceramah Terkini!!! Dato'Nasarudin Daud nRusila Isu Bersih 3.0 (video)



Peneroka patut dapat RM50,000 bukan RM15,000

KUALA LUMPUR 9 Mei: Peneroka Felda sepatutnya menerima ganjaran RM50,000 bukannya RM15,000 seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion dan ia adalah hak 112,635 keluarga peneroka Felda di seluruh negara.

“Namun, hanya 30 peratus (RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip diagihkan kepada peneroka dan ia berjumlah RM1.689 bilion. Najib mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rafizi, jumlah RM5.6 bilion itu diperoleh melalui penjualan 59 peratus pegangan sedia ada Felda dalam Felda Global Venture (FGV) berjumlah 1.2 bilion unit saham. Manakala FGV pula akan turut menerbitkan saham baru berjumlah hampir 1 bilion unit.

Katanya, terbitan saham Felda dan FVG berjumlah lebih dua bilion unit itu bernilai RM4.65 sesaham.
Jelas beliau, proses penyenaraian dibuat kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan Felda Plantatians Sdn Bhd dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian.

“Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal,” katanya menjelaskan kajian dibuat berdasarkan analisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga saham apabila disenaraikan.

Justeru, beliau mencabar Najib untuk mengumumkan agihan RM50,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda, berbanding RM15,000.

“Ini bukanlah kali pertama Datuk Seri Najib Razak berpura-pura mendahulukan rakyat. Sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat,” tegas Rafizi./KeadilanDaily

Selasa, 8 Mei 2012

Temuramah Terkini!!! YB Dato Ngeh Koo Ham (video)



SU Agung PKR kekal pendirian, enggan minta maaf

Wartawan Sinar Harian
8 Mei 2012
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
 
SHAH ALAM – “Tidak. Saya tidak akan minta maaf,” tegas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ditanya sama ada beliau akan berbuat demikian setelah kenyataannya mendakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan terbukti tidak benar.

Saifuddin sebaliknya menuntut Wan Ahmad menjelaskan Umno cawangan mana yang disertainya berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR itu bahawa namanya mungkin pernah didaftarkan oleh pihak lain sebagai ahli parti itu yang beliau sendiri pun sudah tidak ingat bila dan di mana.

“Saya tak perlu nak minta maaf sebab dia (Wan Ahmad) cakap pernah jadi (ahli Umno). Jadi, jelaskan cawangan mana,” kata Saifuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Akhbar ini kelmarin melaporkan kenyataan seorang peniaga kedai makan, Wan Ahmad Wan Omar bahawa nombor kad pengenalan miliknya telah dikaitkan oleh pemimpin PKR itu sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR untuk mendakwa Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor.

“Yang jadi ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR,” kata Wan Ahmad, si peniaga kedai makan.


Isnin, 7 Mei 2012

Majlis Fatwa bercanggah dengan Dr Yusuf Qardawi


Isnin, 07 Mei 2012 17:54
KUALA LUMPUR, 7 Mei: PKR berpendirian tegas bahawa pandangan Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul Shukur Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti yang disiarkan dalam media semalam adalah sangat bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang sangat berautoriti, Dr Yusuf al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia seperti yang tercatat dalam buku yang berjudul Thawrah al-Sha’b (Revolusi Rakyat).


Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, Dr Yusuf berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman.

“Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan Umno yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merujuk dahulu kepada beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat bagi mendapat fakta yang sebenar apa yang telah berlaku pada 28 April yang lalu.

“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak wajar berat sebelah. Yang jelas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah gagal melihat insiden 28 April secara menyeluruh,” ujarnya lagi.

Katanya, PKR yakin bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 sejak dari awal lagi mempunyai tujuan yang jelas itu perhimpunan secara aman demi untuk mempastikan berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia.

Justeru, ujarnya kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai sebuah badan tertinggi dalam pembuatan fatwa amat diragukan kredibilitinya.

“Kita ingin bertanya di manakah pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap amalan budaya fitnah jahat,  perbuatan mengaibkan individu Muslim serta penyebaran video seks yang begitu berleluasa penyebarannya serta mendapat perlindungan dari pemerintah?

“Apakah pandangan Jawatankuasa Fatwa terhadapan keganasan fizikal yang telah dilakukan oleh pasukan PDRM ke atas demonstran dalam demonstrasi Bersih 3.0?” tanya beliau.

Katanya, rakyat berhak mendapat jawapan-jawapan yang ikhlas dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu tersebut demi kebenaran dan keadilan sejagat.

“Sesungguhnya peranan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah untuk mempastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan memenuhi ciri-ciri kesahihan sesuatu fatwa seperti yang dikehendaki dalam Islam iaitu mempastikan fakta yang diperolehi adalah benar bukan artificial atau penuh dengan sangkaan buruk (su’ al-zann), mempunyai sandaran hukum yang berpaksi kepada al-Qur’an, Sunnah dan lain-lain sumber yang muktabar, serta adil.

“Adalah jelas bahawa fatwa Jawatankuasa Kebangsaan lebih berbaur ‘politik murahan’ dari kewibaan fatwa yang dibahaskan oleh alim ulama yang berautoriti,” katanya lagi./HarakahDaily

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog