Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Sabtu, 30 April 2011

Nik Aziz: Gesaan Umno minta PAS keluar Pakatan isu lama

April 30, 2011

KOTA BARU, 30 April – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.

Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.

“Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama,” kata Nik Aziz di sini hari ini.

Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.

“PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.TheMalaysiaInsider


PKR Persoal Intergriti Polis.!!(video)

TVSelangor09 29042011 VIDEO LUCAH - PKR Persoal Intergriti Polis.mpg


Anak Bongsu Dato' Mui (Jamaluddin) Kemalangan maut awal pagi tadi

Anak Bongsu Dato' Mui Kemalangan


Alfatihah.......

Anak bongsu kepada bekas senator Dato' Jamaluddin (Mui) kemalangan maut awal pagi tadi.

Nurul Huda Jamaludin merupakan seorang pengacara Tv " Pesona" aktif dalam sukan lasak berkuda dan Jet ski, meninggal ditempat kejadian setelah terbabas merempuh besi pembahagi jalan di lebuhraya raya karak-Genting.

Jenazahnya dijangka disemadikan di tanah wakaf kampung ibunya (Kak Mon) Kg Sawah lebar selepas solat asar.

Kami warga PR Juasseh/Jemapoh mendokan agar arwah ditempatkan bersama2 orang2 yg beriman dan kepada Dato' Mui......Takziah dan tabah menghadapi ujian Tuhan ini.

Sumber:

KM 25.4 Lebuhraya Karak arah Genting Sempah Gombak., Selangor 29 April, 2011 8.30 pagi Nama mangsa: Nurul Huda Jamaludin, 26 tahun dari Jalan Melang, Kuala Pilah

[PANAS] Pegawai Imigresen disogok sehingga RM60,000 sebulan

Jumaat, 29 April, 2011-KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pegawai penguat kuasa termasuk pegawai Jabatan Imigresen merupakan antara punca kebocoran di pintu masuk negara.

Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan disyaki menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.

"Apabila terdedahnya penglibatan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam di Pelabuhan Klang, Selangor.

"Terdapat juga penguat kuasa dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram tanpa izin (PATI)," demikian menurut laporan itu.

Laporan tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamad kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad di Parlimen semalam.

Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada dokumen perjalanan.

Berdasarkan laporan itu, daripada risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 PATI masuk ke negara ini setiap hari dan kira-kira 35 peratus daripada jumlah PATI itu membayar wang sogokan antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelak prosedur pemeriksaan Imigresen.

Kadar bayaran levi pekerja asing Jabatan Imigresen adalah antara RM360 hingga RM1,800 setahun mengikut sektor pekerjaan. Yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60 hingga RM110 seorang.Sumber : SINI


Jumaat, 29 April 2011

PAS pertikai politik Perkasa dalam RELA(video)



Mat Sabu: Video seks isu peribadi, PAS tetap bersama Pakatan

April 29, 2011
Mat Sabu: Kita tunggu siasatan polis selesai dulu, selepas itu baru kita akan berbincang. Lagipun Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah kerana dalam Islam kita perlu empat saksi.
KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat jika pun rakaman video seks yang melibatkan pemimpin kanan parti perikatan itu terbukti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi, Mohamad berkata sekiranya rakaman video itu Anwar, PKR perlu membuat keputusan berhubung pendirian parti itu dan kedudukan Ketua Umum PKR itu.

“Ini masalah parti, apa kena dengan Pakatan Rakyat pula? PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat, ini pandangan peribadi saya tapi keputusan itu hanya akan kita buat lepas siasatan polis selesai.

“Ini melibatkan individu, bukan Pakatan Rakyat. Kalau betul, parti yang terlibat perlu buat keputusan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun tegas bekas naib presiden PAS itu, pendirian rasmi parti itu berhubung rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu hanya akan diputuskan selepas siasatan kes itu selesai.

Tambah Mohamad, Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah dalam kes itu kerana rakaman video seks tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

“Kita tunggu siasatan polis selesai dulu, selepas itu baru kita akan berbincang. Lagipun Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah kerana dalam Islam kita perlu empat saksi.

“Saya tidak mahu ulas mengenai perkara ini. Apa yang berlaku sekarang adalah spekulasi dan kita tak mahu percaya kepada spekulasi.

“Kita tunggu siasatan keseluruhan, hasil siasatan yang dilakukan pihak berwibawa yang kita boleh terima,” katanya.

Tambah beliau, pendirian PAS dalam isu itu akan dibincangkan dalam Majlis Syura.

“Bukan saya yang buat keputusan, tentang ini ia akan dibincangkan dalam Majlis Syura... kena dapatkan pendangan mereka,” katanya.

“Datuk T”, terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Sehari selepas pendedahan itu, Anwar telah membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video seks itu.

Palam sidang media itu juga, Mohamad turut menyentuh kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu.

Kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu, keluarga Ahmad Sarbaini perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM ekoran kematian bapa lima anak itu yang disifatkan beliau tidak mendapat keadilan.

“Setelah saya menemui keluarga Allahyarham, kami daripada PAS berharap agar keluarga ini mengambil tindakan mahkamah di atas kematian seorang pegawai yang meti dalam siasatan SPRM dan tidak tahu penyebab.

“Kita berpegang Allahyarham tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, kita memandang serius siasatan yang dilakukan SPRM ini,” katanya.

Mohamad juga menasihatkan SPRM supaya lebih profesional menjalankan siasatan dan belajar daripada negara-negara yang berjaya mengurangkan kadar rasuah.

“SPRM perlu profesional, belajar dari negara-negara yang berjaya kurangkan rasuah, saya harap keluarga Allahyarham lebih aktif dan bukan semata-mata serah kepada takdir.

“Keluarga Allahyarham perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM dan kita serah kepada peguam keluarga itu untuk menentukannya,” katanya.

Ahmad Sarbaini merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.TheMalaysiaInsider


PAS: Jangan permainkan sumpah laknat

PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya, lapor Harakahdaily.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manNaib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya.

NONEBeliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Harussani ZakariaSebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya.MalaysiaKini

Khamis, 28 April 2011

Bila Orang Dah Mula Tak Percaya, Terpaksalah Bersumpah!!

Seperti juga kes Saiful, puak2 yang cuba memfitnah Anwar Ibrahim menggelabah dan berpeluh dgn peluh jantan. Usaha mereka tiada siapa yang percaya.

Sewaktu Saiful mula-mula keluar tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim dulu, boleh dikatakan 80% ahli UMNO tidak mempercayai tuduhan tersebut. Orang yang bukan ahli UMNO lagilah tak percaya.

Sapa boleh percaya seorang lelaki muda seperti Saiful Bukhari boleh diliwat secara paksa oleh Anwar Ibrahim yang sudah tua dan pernah menjalani pembedahan tulang belakang kerana kecederaan yang serius.

Pihak UMNO menyedari penipuan mereka semakin ditolak rakyat jelata. Maka, mereka merancang dan melaksanakan rancangan mereka supaya Saiful Bukhari pergi ke Masjid Wilayah dan membuat sumpah laknat.

Maka pergilah Saiful ke Masjid Wilayah bersama jurugambar2nya merakamkan adegan Sumpah Laknat Saiful ke atas Anwar Ibrahim.

Kebetulan pula berlaku Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Seluruh warga Permatang Pauh menyaksikan sumpah laknat Saiful kerana ditayangkan di layar layar besar seluruh Permatang Pauh. Bila keputusan keluar, UMNO kalah menyembah bumi.

Ertinya, kalau si Saiful tidak bersumpah, ada harapan UMNO mungkin akan hilang deposit. Ini kerana ahli2 dan penyokong mereka pun menyampah nak sokong UMNO.
Namun, sumpah Saiful diperlukan untuk menyelamatkan UMNO itu sendiri dari hancur berkecai-kecai dek kerana drama Liwat Saiful yang tidak laku tersebut.

Minggu ini, pendakwaraya dalam kes Liwat Anwar sendiri tidak menafikan yang Saiful telah berbohong. Mereka tidak larat untuk menafikan perkara tersebut di dalam mahkamah yang mereka punyai dan kawal

Senario yang sama berlaku sekarang ini. Video Blue Rahim Thamby Chik (VBRTC) semakin lama semakin tidak laku dan tidak diterima orang. Ianya dilayarkan kepada umum bagi membantu jentera Barisan Nasional di Sarawak.

Namun, VBRTC tersebut gagal menghalang kemaraan PKR serta Pakatan Rakyat di Sarawak. Walaupun BN menang, tapi undi popular mereka jatuh di seluruh Sarawak.
Selepas PRN Sarawak, UMNO dapat merasa rakyat semakin tidak mempercayai Video Blue tersebut. Semakin hari semakin rakyat Malaysia dan orang Melayu meluat untuk mendengar pasal video blue tersebut.

Maka, demi untuk menyelamatkan UMNO dari hancur, Eskay dan Rahim Thamby Chik akan mengadakan majlis sumpah laknat di Sentul besok.

Perbuatan sumpah itu sendiri satu Bidaah Dhalalah sebab tak pernah dilakukan dalam 1400 tahun sejarah system jinayah Islam.

Dan apa perlu sumpah kalau video blue Rahim Thamby Chik tu mengandungi imej, bunyi dan warna yang cukup jelas bagi mendapat kepercayaan rakyat.

Hakikatnya, mereka terpaksa membuat sumpah palsu ini kerana mereka melihat majoriti rakyat Malaysia tidak percaya dengan Video Blue Rahim itu.

Tulang Besi

Pendedahan seks di media: PIBG seluruh negara diseru bantah

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negara, Persatuan Guru-guru, pertubuhan pendidikan NGO Islam dan pelbagai pertubuhan lain membantah pendedahan isu seks secara berleluasa di media.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat, berkata, ia berikutan pendedahan seperti isu liwat, video lucah, berita bersekedudukan, rumah urut, ‘ubat kuat’ dan sebagainya melalui media yang dilihat semakin tidak terkawal.

Ia katanya, memberi kesan negatif kepada remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Media arus perdana dilihat sangat gemar menayangkan sedutan VCD seks, gambar hubungan seks dan menceritakan isu-isu hubungan seks yang sangat memalukan,” ujar beliau.

Katanya, terbaru, sedutan rakaman video seks fitnah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semalam, episod pendedahan yang memualkan diteruskan melalui siri video seks kedua. Keadaan ini umpama mendapat lesen dan lampu hijau dari pihak berkuasa, tidak ada sebarang amaran atau larangan yang ditegaskan berhubung penyebaran video ini.

“Lebih serius lagi video tersebut mendedahkan bahagian-bahagian badan pelakon yang sulit.

Tambah beliau, tidak mustahil babak yang lebih memualkan akan didedah dan disebarkan, sekiranya kerajaan tidak melakukan tindakan dan segera menyiasat serta menghukum penyebar video berkenaan.

“Sekiranya isu yang meloyakan ini, dibiarkan dan dianggap remeh, Dewan Pemuda PAS Pusat percaya ini akan menjadi satu lagi episod buruk kepada masalah moral dalam masyarakat kita yang sememangnya sedang kritikal pada masa ini.

“Lebih menakutkan ia mungkin akan menjadi suatu kebiasaan dan budaya di dalam negara kita.

“Anak-anak kita yang sekarang ini telah terdedah dengan dunia IT tanpa sempadan tidak mustahil akan terjebak dan melayari gambar-gambar dan video-video lucah selain fitnah-fitnah yang telah di sebarkan di dalam internet. Semua ini bertentangan dengan agama Islam dan budaya masyarakat timur,” tegas beliau.KeadilanDaily


Polis!!! Bersekongkol, Kata Saifuddin

Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin


SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.

Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.

" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T,” kata Saifuddin kepada TVSelangor.

" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.

Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.

" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka,” kata beliau.

Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk “memperketatkan” fakta kes.

Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.

Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.

Gandingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara” .

Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.

Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.

Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.

" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri,” kata Saifuddin.

Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, “ kata Saifuddin.

Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.TVSNEWS


Rabu, 27 April 2011

Kesian!!! Umno DAP Tolak Untuk Berkerja sama(video)

DAP tolak kerjasama dengan Umno


Video Seks Anwar Ibrahim bahagian kedua!!! Panas!!

Video Seks Anwar Ibrahim bahagian kedua! - MiLo SuaM

Dua tahun di bawah Najib: Politik samseng semakin ketara

Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi kapal selam pertama negara kita - terapung dengan stabil di permukaan lautan. Slogan dan logo 1Malaysia di merata-rata - menggantikan "senyuman Pak Lah". Suasana "feel good" kini menyelubungi zaman Najib.

Suasana "feel good" kembali semula. Mahathir yang mendominan dari segi kepimpinannya memberi penilaian sedemikian, "Pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi", direstui rakyat yang sudah membiasakan diri dengan pimpinan dominan. Namun, seperti era Mahathir yang sarat dengan projek mega, suasana "feel good" dalam zaman Najib juga diwujudkan dengan taburan wang.

Setahun sebelum ini kita masih memberi penilaian sebegini, "UMNO di bawah pimpinan Najib pada hakikatnya tidak berbeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi". Setahun kemudian, pada hari ini, kita perlu memberi penilaian bahawa UMNO di bawah pimpinan Najib lebih teruk daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perhimpunan UMNO di mana Najib mengambil alih tampuk pimpinan, dengan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "berubah atau rebah". Namun, dua tahun selepas itu, kita mendapati janji Najib untuk berubah hanyalah hiasan, seperti gagasan 1Malaysia-nya, hanya mewujudkan suasana baik secara kolektif tanpa makna yang konkrit.

Pada hakiktnya, dasar perkauman tetap kekal sementara slogan 1Malaysia berkumandang. Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengandungi program transformasi ekonomi dan kerajaan hanyalah lanjutan daripada Dasar Ekonomi Baru.

Ketika MEB diketengahkan, media terutamanya akhbar Cina telah menari mengikut rentak kerajaan Najib - memansuhkan DEB, kuota bumiputera, membantu 40% rakyat termiskin - namun akhirnya ia meleset. Bukan sahaja kuota bumiputera tidak dimansuhkan, sebaliknya membincangkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera, bagaimana untuk menambah ekuiti saham bumiputera. Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang menentukan lima tahun akan datang mencadangkan agar menggariskan matlamat 30% saham bumiputera, malah menggerakkan lima agenda bumiputera. Seterusnya, TERAJU yang menggerakkan agenda bumiputera ditubuhkan pada Februari, untuk memantapkan lagi agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Ketika Najib memujuk kaum lain dengan topeng "1Malaysia"-nya, dengan "budi yang sedikit seperti peruntukan kepada sekolah" dan sebagainya, beliau giat menggerakkan dasar perlindungan bumiputera - untuk memastikan undi Melayu kekal bersama UMNO. Persoalannya adalah dasar affirmatif kaum ini melanjutkan semangat kronisme sejak zaman Mahathir, terus menyalurkan kepentingan kepada kroni UMNO.

Semasa membentangkan RMK10 pada tahun lalu, kerajaan Najib berjanji agar sektor swasta menjadi peneraju dalam bidang ekonomi. Ia berakhir sebaliknya, di mana GLC semakin berkembang, misalnya Kumpulan Wang Persaraan mengambil alih saham dari syarikat seperti WCT, IJM, UMW Holding dan PLUS, menjadi pemegang saham yang besar di syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, keadaan monopoli masih kekal, dan kerajaan Najib tidak menyediakan gelanggang yang sama rata untuk persaingan syarikat swasta.

Lebih teruk dari zaman Abdullah

Dua tahun yang lalu, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ahli politik dari pelbagai peringkat ke mahkamah, namun politik wang masih berleluasa, dan korupsi terus bermaharajarela. Ketika bekas PM Abdullah ditanya mengapa beliau meluluskan peruntukan ketika pilihan raya, beliau masih cuba membela tindakan kerajaan menyogok pengundi dengan pelbagai alasan. Namun, Najib lebih berterus-terang, tanpa berselindung untuk mengungkapkan "You help me, I help you".

Melainkan PRK "3 dalam 1" ketika Najib baru mengambil alih teraju sebagai PM, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - pentadbiran Najib selama dua tahun ini telah melalui 11 PRK, iaitu Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Dalam 11 PRK ini, BN tidak berhenti daripada perbuatannya untuk menyogok pengundi.

Menjelang PRK, pelbagai peruntukan dari pelbagai peringkat kerajaan disalurkan ke dalam kawasan pengundian. Masalah yang dilonggok bertahun-tahun diselesaikan dalam sekelip mata. Jalan diturap, warga emas diberi kebajikan. Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, pegawai dari pelbagai jabatan dihantar untuk berkhidmat di kawasan pengundian - membuka kaunter rawatan, perkhidmatan pemeriksaan tubuh, ceramah keselamatan di jalan raya dan sebagainya - cubaan untuk menggulakan pengundi.

Selain daripada jamuan yang disediakan, orang parti politik terus menyogok pengundi dengan hadiah, wang tunai dan sebagainya. Ketika PRK Merlimau, pemimpin akar umbi MCA ditemui (kantoi) wartawan semasa memberi duit kepada pengundi, namun polis dan SPRM yang menerima aduan hanya berpeluk tubuh.

Menyedari imej MCA dan Gerakan yang gagal diselamatkan, Najib mula menggunakan "1Malaysia" sebagai jenamanya. Sejak PRK Galas, pertubuhan 1Malaysia mula memasuki kawasan pengundian untuk memikat hati pengundi Cina. Mereka menyediakan jamuan atas nama "1Malaysia" - tarian selain cabutan tuah - menukarkan pilihan raya yang serius kepada karnival yang meriah. Gambar Najib yang besar pada pentas seolah-olah mengingatkan pengundi, "You help me, I help you".

Keganasan dalam PRK

Selain mendodoikan pengundi dengan wang, PRK yang diadakan dalam pemerintahan Najib juga memperlihatkan peningkatan tahap keganasan. Dalam PRK Bagan Pinang, bulan ketujuh selepas Najib memegang tampuk kerajaan, berlakunya satu kes berdarah dalam kawasan pengundian. Beberapa orang pekerja PAS diserang, dibelasah sehingga cedera, malah salah seorang daripadanya dicederakan senjata tajam. Walaupun kejadian ini berlaku di depan Balai Polis Teluk Kemang, namun anggota polis tidak mengambil tindakan untuk menghalang tragedi ini.

Sesungguhnya, "budaya samseng" dalam pilihan raya telah wujud sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada PRK Ijok mahupun Permatang Pauh, kita telah menyaksikan kejadian keganasan terhadap pekerja yang berkempen. Namun, mencederakan orang dengan senjata, adalah sesuatu yang baru.

Keganasan yang membeliakkan berulang dalam PRK seterusnya. Ketika PRK Merlimau dan Kerdau, kereta Anwar dihalang oleh kira-kira 30 orang anggota kempen BN, dibaling batu dan diketuk bendera. Meskipun aduan polis telah dibuat oleh anggota PKR, namun tetap tidak dipedulikan.

Selain itu, meskipun samseng BN menyerang pekerja pembangkang, namun sekurang-kurangnya orang awam berada dalam "zon selamat" - ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi. Dalam zaman Najib, orang awam pula dijadikan sasaran.

Dalam PRK Merlimau dan Kerdau, orang awam yang hadir ceramah pembangkang diserang cermin kereta, dipancitkan motorsikalnya, diconteng keretanya. Malah, tersebar sms ugutan untuk memberi amaran agar orang awam tidak menghadiri ceramah pembangkang seandainya tidak mahu kenderaan mereka dirosakkan.

Pilihan raya seharusnya gelanggang sama rata untuk semua parti politik yang bertanding. Namun demikian, sikap Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis berpeluk tubuh untuk membenarkan kejadian keganasan berlaku telah menjejaskan keadilan pilihan raya. Daripada apa yang berlaku di atas, pilihan raya dalam zaman pentadbiran Najib jauh lebih kotor daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Fenomena ini mungkin akan dibuktikan dalam PRN Sarawak yang bakal diadakan.

*Chan Wei See ialah pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 3 April 2011 (iaitu sebelum PRN Sarawak 2011), sempena ulang-tahun kedua Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.MerdekaReview


Haram baca Utusan..!!!

23 Jamadilawwal 1432H,


KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.-Kd Sumber : SINI


Bersatulah Melayu..!!!!!

Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai UMNO khususnya Utusan Malaysia dengan slogan ‘Bersatulah Melayu’ mereka. Ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat. DAP dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP!

Dengan gaya pemikiran perkauman sempit yang menguasai minda UMNO, maka tidak pelik bagi kita apabila kejayaan DAP untuk meraih undi Cina ditafsirkan sebagai penyatuan Cina untuk ‘menentang Melayu’. Pemikiran perkauman yang menguasai minda UMNO, yang diluahkan melalui lidah tidak rasmi mereka, iaitu Utusan Malaysia, tidak berkemampuan memikirkan sebab dan alasan yang lain mengapa masyarakat Cina secara padu menyokong DAP. Mata mereka dikaburi perkauman dan telinga mereka didendangkan dengan sorakan-sorakan perkauman. Tiada yang mereka mampu lihat dan tiada yang mereka mahu dengar melainkan perkauman.

Hakikatnya, masyarakat Cina telah menyokong calon DAP dan menolak calon SUPP. Kedua-duanya adalah berbangsa Cina. Persoalannya, mengapa masyarakat Cina menyokong seorang calon Cina dan menolak calon Cina yang satu lagi? Ianya tidak boleh dijawab dengan alasan perkauman kerana pada hakikatnya dua-dua calon adalah berbangsa Cina. Yang berbeza adalah seorang calon (SUPP) berdiri bersama BN dan seorang lagi (DAP) berdiri bersam PR. BN melambangkan kerajaan yang tenggelam dengan rausah dan kronisma sambil PR pula melambangkan kerajaan yang bebas rasuah, telus dan berkebajikan. Keadaan Taib Mahmood sebagai pemimpin yang kaya raya hasil rasuah jelas terukir dipemikiran masyarakat Sarawak dan oleh itu masyarakat Cina menolak BN dan sekutu-sekutunya!

Kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada DAP dan kumpulan NGO Cina yang telah berjaya mendidik masyarakat Cina untuk menolak pemimpin Cina yang rasuah ataupun yang bersubahat dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah. Penolakan menyeluruh oleh masyarakat Cina terhadap amalan rasuah adalah berdasarkan kefahaman yang telah dibina bertahun-tahun melalui proses pendidikan formal dan tidak formal yang menyakinkan mereka bahawa rasuah ini akan memusnahkan Negara.

Oleh itu, saya sememangnya bersetuju bahawa masyarakat Cina telah bersatu, tetapi bukan untuk menentang Melayu, mereka bersatu untuk menentang rasuah dan penyelewengan. Mereka telah berjaya membuktikan di Sarawak bahawa mereka akan menolak mana pemimpin Cina, walau ‘BESAR’ mana sekalipun, walaupun Presiden pada sebuah parti, sekiranya pemimpin itu mengamal atau bersubahat dengan rasuah.

Sememangnya, orang Melayu juga wajib bersatu seperti mereka! Tetapi bukan bersatu di atas dasar perkauman seperti seruan Utusan Malaysia dan PERKASA. Orang Melayu harus bersatu di atas prinsip menolak pemimpin yang rasuah. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa orang Melayu beragama Islam dan Rasulullah (SAW) telah menyatakan dengan jelas bahawa “pemberi dan penerima rasuah berada di dalam api Neraka”. Sepatutnya, kita yang menunjukkan penolakan dan penentangan terhadap rasuah dan pemerintahan yang menyeleweng ini jauh lebih awal dari masyarakat lain. Sepatutnya kita yang berada di depan mendahalui yang lain, menjadi ummat yang boleh dicontohi, tetapi malangnya kita tetap berada ditahap lama, ditinggalkan masyarakat lain, khususnya masyarakat Cina pada ketika ini.

Ini berlaku kerana malangnya, orang Melayu Islam di bawah pengaruh UMNO; dan UMNO di atas sebab kejahilan mereka, telah mengharuskan rasuah di dalam alam politik dengan menganggap pengampunan Allah akan terjamin apabila dilakukan umrah sekali sekala! UMNO yang menakut-nakutkan masyarakat Melayu sehingga terus menyokong perasuah dan perompak rakyat dari UMNO kerana sekiranya tidak, maka Cina akan mengambil-alih kuasa. UMNO yang memperbodohkan masyarakat Melayu sehingga mereka terus tidak sedar bahawa pada hakikatnya bila UMNO kalah yang menang bukan DAP; tetapi PAS atau calon Melayu dari PKR.

Dalam suasana kejahilan, ketakutan dan kebodohan ini UMNO meraih kemenangan demi kemenangan dengan sokongan Melayu. Oleh itu, UMNO ingin suasana sebegini terus kekal di kalangan masyarakat Melayu, supaya mereka akan terus berkuasa. Dan inilah cabaran yang perlu diharungi PAS, khususnya. Untuk membebaskan masyarakat Melayu yang beragama Islam dari belenggu kejahilan, ketakutan dan kebodohan yang dipasang oleh UMNO ke atas mereka. Sehingga, satu hari kelak, masyarakat Melayu Islam akan bersatu, bukan untuk menentang Cina, tetapi untuk menentang rasuah dan menolak pemimpin yang rasuah dan parti yang membudayakan rasuah.

Kalau DAP boleh berjaya dengan masyarakat Cina, mengapa tidak kita, masyarakat Melayu yang beragama Islam? Sekiranya tidak maka kita akan ketinggalan dan masyarakat lain akan menjadi jauh lebih maju dari kita. Bukan sekadar lebih maju dari sudut material, tetapi lebih maju dari sudut nilai ketamadunan juga. Maka akhirnya apa yang akan ada dengan masyarakat Melayu Islam? Seperti yang dikatakan TGNA, "sudahlah tiada wang, tiada ilmu, tiada akhlak pula!". Naudzubillah-himin dzalik.

Pada hakikatnya, UMNO mahu menutup kelemahan dan kegagalan mereka dengan melaungkan kembali laungan zaman jahiliyyah. Korupnya mereka, tidak cekapnya mereka, menyelewengnya mereka, semua ini ingin mereka tutupi dengan laungan jahiliyyah perkauman. Supaya Melayu terus sokong mereka walaupun mereka telah gagal dalam semua aspek. Semoga kita tidak tertipu dengan laungan ini dan kita ingat kembali saranan Rasulullah (SAW);
“Tidak dariku, mereka yang menyeru atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang berperang atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang mati atas dasar assobiyyah”.
Maka apabila ditanya oleh sahabat Baginda apa itu assobiyyah, maka dijawabnya “menyokong kaummu atas dasar yang zalim”. Rasuah itu zalim, penyelewengan itu zalim, pemborosan wang rakyat itu zalim dan perkauman itu zalim. Yang dizalimi adalah rakyat yang akhirnya dinafikan hak mereka dan diadu-domba atas dasar perkauman sehingga persoalan kebenaran dan keadilan menjadi kabur dan tidak diutamakan.

Semoga kita dibebaskan dari belenggu UMNO dan masyarakat Melayu juga akan turut bersatu menolak calon dari UMNO dan BN yang merupakan lambang pemerintahan rasuah dan penyelewengan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Selasa, 26 April 2011

ADUN BN MENCARUT!!! Panas!!!!

Hari ini 26 April 2011, sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan telah dicemarkan dengan tindakan seorang ADUN BN bergelar Datuk yang bangun menjerit dan mencarut dengan melaungkan perkataan "PUNDEK"

Ini berlaku ketika YB Teo Kok Seong (DAP-Bahau) sedang membahaskan titah Di Raja. Gagal berhujah Adun Bn-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah yang membawa maksud 'alat sulit wanita dalam bahasa Tamil'.

Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang ADUN Bn dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan ADUN Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi.

Ini bukan kali pertama Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut, tahun lepas dia juga melakukan benda yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan perkataan tamil kepada salah seorang ADUN dalam berbangsa India.

Ini semua membuktikan
  • ADUN Bn Negeri Sembilan derhaka terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Prtuan Besar N.Sembilan kerana mencarut dan mempermainkan perbahasan titah di Raja dalam dewan yang mulia.
  • ADUN Bn gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut, tidak serius dan speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang dengan berkesan.
  • ADUN Bn bukan sekali mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, jelas ADUN Bn tidak sensitif dan menghina wanita lebih lagi secara sengaja mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa Tamil dalam dewan yang mulia dan dilindungi dari tindakan boleh dilihat dengan sengaja menghina orang India. Tindakan ini dilihat disengajakan untuk menghina orang India, jika tidak sengaja termencarut tidak mungkin dengan senagaj guna perkataan Tamil yang jelas bukan bahasa ibundanya.
Selaku anak muda dan warga Negeri Sembilan saya merasa amat sedih dan kali ini merasakan benar - benar ADUN Bn sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

Saya juga melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merafak sembah agar DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dapat mengambil tindakan tegas terhadap penghinaan dewan khususnya ketika membahaskan titah di Raja.

Ini membuktikan juga kemunafikan Umno, media dan organisasi kononya pembela raja dan Melayu. Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui Bn sudah tentu heboh dan kecoh, tetapi oleh kerana ia negeri dibawah cengkaman Bn maka ia ditutup sahaja. Makin jelasnya sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata.
Sumber : SINI

Semua kaum, bukan Cina saja beralih ke Pakatan rakyat

PKR mendakwa keputusan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu menunjukkan bukan hanya masyarakat Cina tetapi semua kaum mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan statistik, di 26 kerusi pelbagai kaum yang ditandingi mereka menunjukkan peralihan sokongan yang besar.
NONE
"Di Meluan, kawasan majoriti Iban contohnya, peralihan sokongan daripada BN kepada PKR sebanyak 31.4 peratus.

"Ini lebih tinggi daripada kawasan yang ditandingi DAP yang peralihan sokongannya kira-kira 4 peratus," kata Rafizi (kiri).

Tambahnya, di 26 kawasan itu, berlaku peralihan daripada BN kepada PKR dari serendah 0.1 peratus (di Machan) kepada Meluan yang tertinggi.

Selain Meluan, peralihan sokongan tertinggi dilihat di Kakus (25.9 peratus), Senadin (24.6 peratus) dan Krian (24 peratus).

Bagaimanapun, di banyak tempat, walapun peningkatan sokongan agak tinggi masih belum mampu menumbangkan penguasaan sedia ada BN.

Pola sokongan Iban berbeza

Dalam pilihan raya Sarawak sebelum ini, DAP menang di 12 daripada 15 DUN yang ditandinginya. Hampir kesemua DUN yang direbutnya terletak di kawasan bandar dengan peratusan pengundi Cina yang tinggi.

NONEDalam masa yang sama, PKR dan PAS yang bertanding di kawasan Melayu/Melanau dan Dayak kalah teruk, menyebabkan terdapat anggapan bahawa hanya masyakat Cina yang beralih kepada parti pembangkang.

Sementara itu, menyentuh soal sokongan pada Pakatan berdasarkan kaum, Rafizi memberitahu, msyarakat Iban menunjukkan pola sokongan yang berbeza apabila terdapat julat sokongan yang besar antara satu-satu DUN.

Menurut statistik yang diedarkan dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Iban memberikan sokongan kepada PKR antara 3 hingga 60 peratus di pelbagai kawasan.

"Ini menunjukkan mereka mengundi berdasarkan pelbagai isu," katanya.MalaysiaKini

Peguam bidas ‘kepakaran’ doktor dan kredibiliti saksi

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Karpal Singh hari ini dalam hujah penggulungan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menegaskan beberapa persoalan berkenaan kredibiliti dan kepakaran saksi yang dipanggil pendakwaraya.

Ia, menurut Karpal secara sengaja dilakukan pendakwa bagi mengelakkan motif konspirasi politik terdedah di mahkamah.

Menurut Karpal, pada 27 Jun iaitu sehari selepas kejadian liwat didakwa berlaku, Saiful tetap pergi ke ibu pejabat KEADILAN, malah ke rumah Anwar.

Saiful juga katanya turut bertemu pembantu khas kepada isteri perdana menteri, Datuk Mumtaz Jaafar dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Noor.

“Mumtaz dan Ezam tidak dipanggil. Malahan, terdapat keterangan dari Saiful kononnya Mumtaz melarang beliau daripada membuat laporan itu,” kata Karpal.

Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair pula sewaktu hujah penggulungan balasnya membidas pendakwa raya yang mengatakan doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful adalah pakar.

Menurut Sankara, Dr Siew Sheue Feng merupakan seorang ahli forensik pathologi yang sememangnya tiada kepakaran dalam mengendalikan kes berkaitan rogol atau pun liwat.

“Dia seorang ahli forensik patologi, berurusan dengan mayat yang tidak bernyawa. Cuma sekali sekala sahaja dia memeriksa orang yang hidup. Anda tidak boleh memanggil itu sebagai pakar,” kata Sankara.

Beliau turut menegaskan bahawa Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam juga tidak pernah dilatih secara forensik untuk mengendalikan kes-kes membabitkan serangan seksual.

Berhujah lebih lanjut, Sankara menegaskan terdapat percanggahan di antara laporan perubatan HKL dan kenyataan saksi pertama, Saiful Bukhari. Justeru, ia membuktikan Saiful sebenarnya seorang saksi yang tidak berwibawa untuk memberi keterangan.

“Laporan perubatan menyatakan kononnya walau pun kejadian liwat itu berlaku, dubur Saiful tidak mengalami sebarang kesan koyak kerana hanya sedikit daya digunakan sewaktu penetrasi berlaku.

“Namun, saksi pendakwa pertama, sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi mendakwa “ia dilakukan dengan rakus sehingga saya sakit dan senak di perut,” kata Sankara.

Beliau juga berkata barang bukti karpet dan duvet yang dibawa ke mahkamah diragui sama ada ia benar-benar barang bukti yang sama yang berada di unit kondominium 11-5-1 Kondominium Desa Damansara.

“Adakah ia karpet yang sama? Tiada siapa tahu. Adakah ia duvet yang sama? Tiada siapa tahu,” kata Sankara.

Perbicaraan kes Fitnah II yang menyaksikan kedua-dua peguam bela dan pendakwa raya membentangkan hujah penggulungan mereka ditangguhkan hari ini dan akan bersambung semula pada 16 Mei.

Peguam bela dan pendakwa raya diberikan sehingga Jumaat ini untuk menyerahkan hujah penggulungan bertulis mereka kepada Hakim Zabidin untuk membolehkan beliau membuat keputusan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan memberikan keputusan beliau sama ada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri pada tarikh 16 Mei depan.KeadilanDaily


Terkini!! CERAMAH UMUM: SDR SAIFUDDIN NASUTION(video)

CERAMAH UMUM: SDR SAIFUDDIN NASUTION & DS NIZAR (20.02.2011)


Isnin, 25 April 2011

Pnas!!!!! Wajah kekasih pertama Najib Tun Razak - MiLo SuaM

Wajah kekasih pertama Najib Tun Razak - MiLo SuaM

Kaedah pemadanan Anwar sebagai Lelaki Y meragukan – Peguam


KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai ‘Lelaki Y’ yang disebut-sebut sebelum ini.

Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli.

“Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam.

“Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam),” kata Sankara.

Sankara seterusnya menyatakan tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik.

Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya semula.

Mengulas lanjut, Sankara berkata sepanjang perbicaraan berlangsung, pendakwa juga gagal membuktikan Saiful berada dalam kondominum yang didakwa tempat kejadian berlaku.

“Tiada bukti ditunjukkan Saiful memasuki bilik berkenaan mahu pun kondominium itu.

“Tiada sesiapa melihat Saiful masuk ke kondominium itu. Malah, pemilik kondominium itu, Hasanuddin tidak melihatnya di kondominium itu,” kata Sankara.

Kata Sankara, berdasarkan rakaman CCTV, pendakwa hanya menunjukkan Saiful keluar dan masuk dari lif kondominium itu – satu perkara yang sememangnya sudah dirancang dari awal lagi.

“Pendakwa perlu membuktikan Saiful sememangnya berada dalam kondominium itu.

“Dia hanya menunjukkan dirinya di kamera kerana ia sudah dirancang. (Dia tahu) Anwar berada di kondominium itu dan dia hanya perlu menunjukkan dirinya di kamera.

“Malah, Saiful sendiri tidak pernah diminta secara khusus oleh Anwar untuk datang ke kondominium itu pada hari berkenaan,” kata Sankara.

Lebih meragukan, Saiful sendiri mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke kondominium itu pada hari kejadian didakwa berlaku, kata Sankara.KeadilanDaily


PAS memberi jaminan mempertahankan semua pimpinan Pakatan Rakyat

Ismail Hashim

SEREMBAN, 25 April: PAS memberi jaminan mempertahankan semua pimpinan Pakatan Rakyat, yang seorang demi seorang ditohmah oleh BN mutakhir ini, sehinggalah mereka dibuktikan bersalah.

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata, atas semangat Pakatan Rakyat, PAS tetap pertahankan sesiapa sahaja yang belum dibuktikan bersalah.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, terkini media pro-BN menyerang peribadi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sedang dicari kelemahannya bagi memburukkan DAP dan kredibiliti Pakatan.

Beliau berucap demikian dalam program pidato umum anjuran Keadilan Seremban, dekat sini malam tadi.

Turut berucap adalah Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Penerangan Keadilan, Dr Mohd Nur Manuty, Ketua DAPSY yang juga Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Cikgu Bard.

Majlis berjalan dalam keadaan hujan lebat namun hadirin tidak meninggalkan lokasi dengan terus mendengar ucapan pimpinan.

Bercakap tentang 1Melayu 1Bumi, Dr Hatta menegaskan isu terbaharu ini menunjukkan ada pihak cuba menimbulkan suasana tidak kondusif dalam kalangan rakyat berbilang kaum dalam negara ini.

Beliau mencabar Perdana Menteri Najib Razak segera mengambil tindakan menyiasat dan membicarakan mereka yang dengan mudah merangsang isu perkauman di negara ini.

"Jika Najib tidak mengambil tindakan segera terhadap golongan yang membangkitkan soal bahaya ini, bererti beliau juga bersetuju dengan isu perkauman ini," tegasnya dengan mendapat sambutan hadirin.

Jika Anwar tumbang


Sementara itu, Dr Wan Azizah yakin jika seorang Anwar tumbang, ramai lagi Anwar dalam kalangan anak muda akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dalam negara ini.

Beliau yang menceritakan semula rentetan peristiwa sejak 1998 dulu yang banyak menguji perasaan hatinya.

Menurutnya, selepas Anwar bebas, beliau terus berkempen dengan semua sahabat seperjuangan sehingga Pakatan menang besar pada Mac 2008.

"Sekarang Kak Wan rasa cukup kuat, berapa lama dah, cukuplah, sudahlah...," ujarnya lagi.

Sementara itu, Cikgu Bard berkata, pengundi Negeri Sembilan perlu berubah untuk membolehkan seluruh rakyat mendapat nikmat hidup lebih selesa di bawah pentadbiran Pakatan nanti.HarakahDaily


Surendran: Haramkan parti politik dan pertubuhan yang berdasarkan kaum

Saya merujuk kepada kenyataan meracau baru-baru ini oleh Mahathir terhadap DAP, di mana beliau tergamak untuk menuduh DAP melaksanakan politik rasisme. Ini adalah suatu kenyataan yang mengejutkan apabila datang daripada bekas pemimpin gabungan politik pemerintah yang terdiri daripada parti-parti politik yang eksklusif kepada satu kaum. Di kebanyakan negara bertamadun sekitar dunia, UMNO-MCA-MIC akan didakwa mahkamah kerana mempunyai kriteria keahlian yang mendiskriminasi atas dasar kaum. Bahawa parti-parti politik satu kaum ini membentuk kerajaan pusat di Malaysia adalah sesuatu yang amat memalukan negara kita. Ia merupakan titik hitam yang amat besar dalam sejarah negara kita setelah Merdeka.

Adalah sukar bagi kita menamakan mana-mana negara lain di dunia yang membenarkan kewujudan parti perkauman seperti di sini. Hanya satu contoh iaitu National Party di Afrika Selatan yang eksklusif kepada kulit putih dan yang mengamalkan apartheid, menindas rakyat berkulit hitam dan menjadi sampah masyarakat dunia. Untuk tempoh setengah kurun, mereka memukul, menyeksa dan memenjarakan rakyat berkulit hitam yang tidak bersalah. Sekarang National Party tersebut tidak lagi wujud. Kecuali mereka berubah secara dasar, UMNO-MCA-MIC ditakdirkan juga menjadi sampah sejarah, diingati hanya oleh organisasi seperti PERKASA.

Apa yang paling membimbangkan adalah bahawa kerajaan bukan sahaja membenarkan parti seperti ini wujud, tetapi memelihara, memupuk dan menyokongnya. Ini adalah disebabkan kerajaan sendiri adalah manifestasi organisasi eksklusif kaum ini. Kerajaan juga sanggup menjalankan kegiatan korup bagi pihak mereka; sebagai contoh mantan Perdana Menteri Mahathir mendapatkan kewangan bagi pembinaan PWTC, ibupejabat UMNO, dengan memaksa bank-bank yang dimiliki negara untuk membatalkan hutang UMNO sehingga sejumlah RM140 juta.

Perhimpunan tahunan UMNO yang disiarkan langsung ke seluruh negara adalah seolah-olah sesuatu dari dunia yang terbalik; iaitu suatu pameran satu kaum yang jijik. Tetapi pasti pesudo-intelektual dari Oxford seperti Khairy Jamaludin akan membela kewujudan parti satu kaum dan memberi justifikasi bagi keahlian mereka dalam parti seumpama itu.

Soal pokoknya, bagaimana kita dapat menjelaskan kepada anak-anak negara ini kenapa sesetengah parti boleh dianggotai oleh satu kaum sahaja? Bukankah kita menyuntik racun rasisme ke dalam tubuh mereka? Bagaimana perkara ini telah dibenarkan berlaku selama lebih 50 tahun? Bukankah sukar dipercayai?

Untuk kebaikan negara dan anak -anak kita, saya menuntut UMNO-MCA-MIC menolak kaum sebagai kriteria keahlian dan membuka parti masing-masing kepada rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum. Jikalau mereka tidak mahu berbuat demikian, maka mereka tidak layak memimpin negara ini. Undang-undang mesti di pinda untuk mengharamkan kesemua parti-parti politik dan pertubuhan yang berdasarkan kaum.

*Kenyataan media oleh N.Surendran (gambar kanan) selaku Naib Presiden PKR pada 24 April 2011.MerdekaReview


Kes Fitnah Kedua : Sesi Penggulungan Berlangsung (TERKINI)


KUALA LUMPUR 25 APRIL: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar penggulungan kes fitnah kedua membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguambela Karpal Singh memulakan pengulungan bagi pihak tertuduh.

Karpal dalam hujahnya berkata, bahawa timbul keraguan oleh pihak pendakwaan apabila doktor pakar Hospital Pusrawi, Dr. Mohd Osman tidak dipanggil memberi keterangan dalam kes tersebut.

Justeru peguam vateran itu mengingatkan mahkamah supaya bergantung kepada apa yang dikemukakan di mahkamah dan bukannya terpengaruh dengan anasir luar.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya.

Karpal juga berkata, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan turut menemui bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Nor pada hari yang sama beliau membuat laporan polis di mana tindakannya itu mengundang pelbagai spekulasi.

Terdahulu Karpal dalam hujahnya berkata, pada hari kejadian bertempat di unit kondominium Desa Damansara, pengadu yang juga bekas pembantu peribadi Anwar, berpeluang untuk meninggalkan lokasi sebelum Anwar dituduh memaksa beliau melakukan seks luar tabii tanpa rela.

Namun kata Karpal, Saiful mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.

Kata Karpal pengadu sebaliknya hanya menuruti permintaan Anwar walaupun beliau mengakui dipaksa tertuduh.

Seterusnya Karpal berkata, adalah penting bagi mahkamah untuk mengambilkira kredibiliti testimoni saksi yang diperhatikan tidak konsisten.

Katanya, sebarang bukti atau kenyataan lisan yang tidak kukuh harus ditolak mahkamah.

Seterusnya, Ram Karpal Singh mengambil giliran mengemukakan penghujahan berasingan berhubung keterangan saksi pakar DNA, Dr Seah dan pengalisis Nor Aidora Saedon.

Ram menjelaskan kepada mahkamah bahawa ujian DNA yang dijalankan oleh kesemua pakar Jabatan Kimia Malaysia berhubung sampel yang ditemui pada tuala muka "Good Morning", berus gigi dan botol air mineral tidak konsisten.

Ini katanya tidak menuruti garis panduan antarabangsa selain bersifat bias dan tidak sahih.

Malah tegas beliau, tugas pakar DNA adalah untuk memberikan pandangan yang jujur kepada mahkamah selain analisis tersebut haruslah dibekalkan kepada pihak peguambela.

"Bukti adalah untuk membantu mahkamah untuk membuat kesimpulan. Namun ianya (analisis) membuatkan perkara lebih rumit," ujar beliau.

Peguambela Sankara Nair kemudian mengambil giliran mengemukakan penggulungan di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berhubung keterangan saksi doktor Hospital Kuala Lumpur.

Anwar berhadapan dengan dakwaan meliwat Saiful Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.TVSNEWS


PAS mesti terus maju ke depan - Husam

Ismail Hashim

GOMBAK, 25 April: Pendekatan lunak PAS dengan semua organisasi masyarakat sebelum ini telah membawa PAS ke satu era baru di mana semua pihak menerima PAS dengan baik, kata Datuk Husam Musa.

Justeru itu tegasnya, pimpinan dan ahli PAS jangan mengambil sikap mundur ke belakang setelah berjaya menawan hati sebahagian besar rakyat dan pengundi mutakhir yang memberikan sokongan dan dokongan mereka.

(Gambar kanan: Husam berucap merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Batu)

Bagi beliau, pendekatan ini adalah kesinambungan warisan perjuangan yang pernah dibawa Baginda Nabi Muhammad SAW.

Husam yang juga AJK PAS Pusat berkata, dengan menggunakan pendekatan itu, terdapat ramai dalam kalangan anggota organisasi masyarakat dapat menerima Nabi dan begitu juga dengan gerak kerja dakwah dan politik PAS.

Husam yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, hasil awal sudah dapat dikecapi sehingga kini dengan pembentukan Pakatan Rakyat (Pakatan), perjuangan untuk menegakkan keadilan telah diterima oleh masyarakat terbanyak.

Menurutnya, paling jelas di dalam keputusan pilihan raya ke 12 (PRU12) lalu memperlihatkan kecenderungan nyata dan jelas dengan memberikan sokongan dan undi mereka kepada parti-parti teras yang hari ini berada dalam Pakatan.

"Jika PAS mundur kembali, sudah pasti tindakan itu bakal mengelirukan rakyat dan pengundi," tegasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu kali 26, di sini pagi tadi.

YDP kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin mengkisahkan semula sedikit sebanyak bagaimana perjuangan rakyat yang disertainya dalam usaha menuntut kemerdekaan negara dahulu.

PAS Batu telah membuat satu pembaharuan di mana dalam acara pra-perasmian, diadakan slot pidato khas yang disampaikan oleh pimpinan NGO dan bukan PAS dalam usaha mendekatkan hubungan sesama aktivis masyarakat.

Sesi pidato itu melibatkan tetamu khas Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden Keadilan yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Naib Presiden PRM, Koh Swee Yong, Setiausaha Agung PSM, Arutcelvan dan tokoh NGO Jerit, Kohila.

Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah, Ustaz Dr Mohd Ali Jamil pula melancarkan tujuh cawangan baru PAS dalam kawasan Batu dan menyerahkan bendera lambang perjuangan bergerak terus kepada mereka.

Tetamu lain yang hadir adalah bekas Menteri Tanah dan Wilayah, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Setiausaha GMP, Hasni Abbas, YDP Jim Batu, Hassan Unir, wakil Gerakan Mansuhkan ISA, Aliza Jaafar, wakil Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN) Wilayah Persekutuan, Zakaria Aziz dan Penulis Terkenal Negara, Haji Subky Latif.

Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Pusat yang juga bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Cikgu Normala Sudirman turut hadir dan berucap mengenai isu penindasan minda dan perasaan terhadap golongan pendidik di negara ini.

Dalam mesyuarat itu, tiada sebarang pencalonan jawatan untuk pimpinan Pusat kerana diserahkan kepada kebijaksanaan Jawatankuasa PAS Kawasan Batu yang baharu dipilih.

Sementara itu, Haji Subky telah diberikan Anugerah Jasa Baktimu Dikenang (gambar atas) memandangkan penglibatan besar, kuat dan mendalam beliau sejak PAS belum dikenali hingga kini terus menulis dalam usaha mengambangkan pengaruh perjuangan Islam dalam negara ini.HarakahDaily

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog