Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Yahaya menang RM1 juta

KUALA LUMPUR: “Bila saya ternampak nama ‘Yahaya Abdullah” pada skrin TV yang sedang menyiarkan berita, terus terdetik di hati adakah itu nama saya yang diumumkan sebagai pemenang RM1 juta Cabutan BSN SSP,” kata Yahaya Abdullah, 61, dari Hulu Trengganu. Beliau adalah pemenang utama Cabutan Istimewa BSN SSP bulan Disember 2018, sekali gus mengakhiri pencarian jutawan ke-12 bagi kempen BSN SSP tahun 2018 “Alhamdulillah, memang nama saya dan esoknya sebelum saya pergi untuk mengesahkannya di pejabat BSN berhampiran tempat tinggal saya di Kampung Lubuk Periuk, saya dihubungi pegawai dari BSN Kuala Terengganu minta saya datang ke sana,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan replika cek di Wisma BSN hari ini. Yahaya yang juga pengusaha limau madu berkata, beliau mula menyimpan di BSN SSP sembilan tahun lalu dan tidak pernah menyangka akan menjadi seorang daripada pemenang utama cabutan itu. “Saya belum ada perancangan dengan wang yang dimenangi kerana saya memang tak jangka akan …