Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Nokia 3310 kini sudah kembali

Perbezaan Nokia 3310 lama dan baharu. - Foto The Telegraphy

SETELAH 17 tahun menyepi diri, kini peranti Nokia 3310 akhirnya kembali 'dilahirkan' semula.
Dengan versi yang moden, peranti ini ditambah dengan kelengkapan teknologi baharu antaranya mempunyai tahap ketahanan bateri yang luar biasa iaitu mampu bertahanan sehingga 30 hari dan tempoh masa bercakap sehingga 22 jam.
Bagi mengekalkan keasliannya difahamkan rekaannya masih bercirikan rekaan klasik Nokia 3310 tetapi ditambah dengan sentuhan moden.
Versi Nokia baharu ini dilancarkan secara rasmi semalam, oleh MD Global, iaitu sebuah syarikat Finland yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada bekas pekerja Nokia, yang telah memperoleh hak untuk jenama Nokia.
"Kami mahu memberi 'ganjaran' kepada peminat setia telefon Nokia, ia menggamit memori lama," kata Ketua Pegawai Produk HMD Juho Sarvikas petik The Telegraph.
Apa yang lebih menarik permainan 'snake' yang popular bagi pengguna peranti ini tur…

Hidangan baharu KFC

KFC Malaysia menjangkakan hidangan baharunya, KFC Twister akan menyumbang sehingga 10 peratus hasil jualan daripada keseluruhan jualan produknya tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Pemasarannya, Angelina Villanueva berkata, hidangan terbaharu itu sesuai untuk penggemar muda termasuk pelajar yang boleh merasai hidangan itu di mana sahaja dengan cepat.
Menurutnya, KFC Twister diperkenalkan dalam dua pilihan rasa berbeza, Hot & Zesty Twister dan Cheezy Twister.
"Ia akan menjadi pilihan penggemar kerana harganya lebih berpatutan iaitu RM6.50 setiap satu, justeru percaya hidangan ini akan membantu menyumbang lima hingga 10 peratus hasil jualan.
"KFC Twister ini juga padat dengan kepingan Zinger rangup, salad, timun dan tomato lazat, semuanya dibalut di dalam tortilla hangat," katanya pada majlis pelancaran hidangan baharu itu di KFC Pavilion.
KFC Twister boleh didapati secara ala carte atau bersama hidangan kombo dan setiap hidangan kombo di datangkan bersama Crispier Fries …

‘Mat Tere’ ucap terima kasih kepada TMJ

KOTA BHARU - Lelaki yang dikenali dengan karakter lurus bendul, Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau ‘Mat Tere’ mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas layanan baik baginda kepadanya walaupun sebelum ini dia mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Institusi Diraja Johor menerusi rakaman video di Facebook.
“Alhamdullilah saya dilayan baik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun saya mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepadanya.
"Saya janji tidak akan mengulanginya lagi dan meminta semua orang tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dendang, Ketereh, di sini hari ini.
Menurutnya, pengalaman ditahan dan tinggal dalam penjara juga cukup menginsafkannya dan dia berjanji tidak akan melakukan perkara seumpama itu lagi jika di suruh oleh pihak tertentu.
“Saya tak kenal dengan orang yang suruh saya buat video tu. Cuma saya tahu dia ada dua orang. Saya harap l…

Dana Mudahcara RM400 juta tahun ini

Megat M Yatim UNIT Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyasarkan peruntukan RM400 juta untuk salah satu programnya, Dana Mudahcara sepanjang tahun ini.
Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan Usahawannya, Megat M Yatim Megat Hamid berkata, Dana Mudahcara sehingga tahun lalu, telah meluluskan sejumlah RM1.6 bilion sejak ditubuhkan pada 2012. “Tahun ini, kami sasar kelulusan dana bernilai RM300 hingga RM400 juta dalam bentuk geran untuk sekurangnya 100 projek.
“Ia berikutan kejayaan tahun lalu apabila Teraju merekodkan kelulusan dana untuk 125 projek bernilai RM400 juta,” katanya.
Menurutnya, syarikat yang mendapat dana tersebut terdiri daripada pelbagai sektor termasuk gas dan minyak, pembinaan dan hartanah, pelancongan serta perkhidmatan perniagaan. “Setiap tahun, kerajaan melalui Teraju memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu usahawan Bumiputera meluaskan perniagaan.
“Oleh itu, sejak ditubuhkan hingga tahun lalu, sebanyak 485 projek telah Teraju luluskan, kepada 405 syarikat menj…