KANTOI!!! Bekas anggota KAGAT dedah tembelang Jamil Khir
Berita pembinaan rumah Jamil Khir yang menelan harga jutaan ringgit telah mendorong saya untuk menulis artikel ini. Meskipun saya telah meninggalkan KAGAT sejak beberapa tahun lalu namun rasa sayang dan cinta saya kepada KAGAT tetap bersemarak justeru itu saya mengemukakan pandangan ini untuk perhatian pimpinan tertinggi ATM agar tidak memperjudikan nasib KAGAT dan menyebabkan KAGAT hancur ditangan golongan yang mencari kepentingan peribadi.
Anggota KAGAT dan ATM sememangnya sedar tentang kemelut perlantikan pengarah KAGAT yang sama ceritanya seperti JKR. Namun perkara ini berjaya dikawal sehingga pihak media tidak mengetahuinya. Mengikut cerita teman-teman yang masih berkhidmat bahawa perlantikan Bgd Jen Mustafa adalah konspirasi yang dimainkan oleh Jamil Khir dan pengikut setianya. Untuik mengetahui benar atau tidak perkara ini maka kita tunggulah bagaimana kedudukan orang kuat Jamil Khir terdiri daripada Lt Kol Latif, Lt Kol Saudi, Lt Kol Ibrahim, Mej Husin, Mej Kamil, Mej Nasir, Mej Titan, Mej khairul dan paling utama orang yang dianggap sebagai "buah hatinya" iaitu Ustazah Kama.
Mereka yang disebutkan diatas adalah tulang belakang Jamil Khir yang sama-sama bertahajjuud dan beriktikaf di atas padang GOLF SEHINGGA KERJA UTAMA PEJABAT dibiarkan kepada anggota bawahan untuk dibereskan. Mereka inilah yang akan dilantik sebagai TPP dan Lt Kol baru manakala Ustazah Kama pula semua tahu tentang kes beliau satu persatu tetapi oleh kerana beliau merupakan nadi Jamil Khir di KAGAT justeru itu kes beliau tidak diambil sebarang tindakan dan mungkin juga beliau akan dianugerahkan hadiah jawatan pegawai KAGAT.
Kalaulah benar perkara ini berlaku maka Menteri Pertahanan kena tahu bahawa pengaruh Jamil Khir masih menguasai KAGAT mengatasi bidang kuasa beliau sendiri sebagai Menteri Pertahanan. Mana Jamil Khir dapat duit untuk bina istananya itu tidak heran bagi anggota Kagat kerana kami tahu tentang hal beliau.
Kerengga
tak sangka yer....kalau lah betul cerita ini...rupanya ayat Quran yang disebut , hadis yang dilontarkan dalam program tv tu rupanya track deme nak "melahap" rupanye
BalasPadamAbang aku meninggal dunia ketika bertugas di gubir pada awal 80an. Aku dibesar dan disekolahkan dengan pencen yang jumlahnya mungkin sama macam duit poket sekolah selama seminggu anak menteri. Namun itulah keberkatan hasil pengorbanan anak melayu. Sehingga kini bapaku masih mendapat pencen ciput tu. Jangankan nak buat banglo nak buat plan banglo pun tak cukup. Tapi apa pun kami redha dan bersukur..........
BalasPadamhanya allah yang mengetahui ..allahhuakbar
BalasPadam