Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Rabu, 31 Ogos 2011

Akibat UMNO Tolak Merdeka - Tulang Besi

Akibat UMNO Tolak Merdeka, Melayu Ramai Masuk Komunis

Ramai terkejut Mat Sabu menyatakan Ahmad Indera yang menyerang Rumah Pasung Bukit Pasung sebagai pejuang kemerdekaan.

Ini kerana ramai tidak tahu mengapa pejuang2 melayu seperti Mat Indera, Rashid Mydin. Shamsiah Faqih, Abdullah CD dsbnya menyertai usaha bersenjata tajaan Parti Komunis Malaya.

Semuanya berpunca dari sikap UMNO yang menolak kemerdekaan pada tahun 1946. Setelah mengagalkan Malayan Union, rakyat Malaysia keseluruhannya ternanti-nanti langkah seterusnya.

British telah menarik kembali cadangan Malayan Union. Mereka telah menggantikan Malayan Union dgn Pejanjian Federasi (Persekutuan).

Tiba-tiba UMNO ambil keputusan mereka tidak mahu MERDEKA. Alasan yang biasa mereka guna adalah:
"....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."


Parti2 Melayu lain yang telah menyertai usaha menentang Malayan Union sebelum ini menjadi marah. UMNO pada masa itu berada dalam keadaan amat tertekan kerana kemungkinan orang2 Melayu seluruh Malaya akan menolak mereka.

Namun, British telah mengambil langkah pantas melindungi UMNO dengan mengharamkan semua parti2 yang menuntut kemerdekaan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), API, PUTERA, Hizbul Muslimin, AMCJA dll lagi.

Oleh kerana UMNO tidak menuntut kemerdekaan pada tahun 1946, maka UMNO diizinkan beroperasi dan bergerak oleh British dengan sepenuh kebebasan.

Akibat dari pengharaman PKMM dan parti2 lain ini, setengah2 dari kepimpinan PKMM seperti Rashid Maidin, Mat Indera dsbnya telah menyertai usaha Parti Komunis Malaya kerana pada waktu itu, PKM sahaja yang masih aktif menjalankan usaha menuntut kemerdekaan dari British.

Maka, wujudlah kumpulan2 Melayu dalam Parti Komunis Malaya yang kemudiannya membuahkan peristiwa seperti Bukit Kepong dsbnya.

Dengan kata lain, sekiranya UMNO tidak khianat kepada kehendak orang Melayu untuk Merdeka, sudah tentu tidak akan berlaku penyertaan beramai-ramai orang Melayu ke dalam Parti Komunis Malaya.

Pengkhianat sebenar adalah UMNO kerana menjadi alat kepada penjajah dan menolak hasrat orang Melayu pada masa itu yang mahukan kemerdekaan

Tulang Besi

20,000 Hadir Di Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM 31 OGOS : Lebih 20 ribu hadirin membanjiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Rata-rata rakyat yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat hadir dengan gembira serta tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama dengan Pemimpin Negeri Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis turut dihadiri dengan kehadiran pelbagai pimpinan kanan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR yang juga penasihat ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir memeriahkan majlis dan bertemu rakyat.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Exco-exco negeri Selangor serta tidak ketinggalan Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Keluarga yang hadir turut mendapat sumbangan duit raya dan bantuan dari Kerajaan Negeri.

Dalam sidang media majlis tersebut Khalid menyatakan program itu ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai sumbangan sosial selepas mencatatkan keuntungan yang menggalakkan tahun ini.

"Mereka diberi tanggungjawab kerana mereka dapat keuntungan tahun lepas dan digunakan sedikit untuk program ini...kita buat program ini hanya jika ada untungan. hasil keuntungan inilah yang boleh kita agihkan," kata Khalid

Khalid turut menyatakan Bangungan SAAS dipilih kerana kawasan luas memudahkan hadirin dan tidak perlu bersesak seperti sebelumnya.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor yang begitu ramai datang atas jemputan kita..Perayaan ini lebih meriah kerana tempat kita ini boleh muat 25 hingga 30 ribu orang, jadi ia lebih mudah dikelolakan," ulas beliau

Khalid turut berkesempatan melahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat meraikan kemerdekaan hari ini kepada rakyat negeri Selangor.

"Bagi pihak kerajaan Negeri sekali lagi saya ucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin dan sekali lagi ingatkan kepada rakyat Malaysia kita turut menyambut kemerdekaan ke 54 dan kemerdekaan ini sangat penting kerana ia bagi kita harapan masa depan bahawa rakyat selangor dan Malaysia mempunyai jati diri untuk bangunkan negeri dan negara kita," kata beliau.TVSNEWS

Jiwa kaya, iman kuat bangkit jatuhkan rejim zalim

Jiwa kaya, iman kuat bangkit jatuhkan rejim zalim

MARANG, 30 Ogos: Walaupun rejim Tunisia, Mesir dan Libya dibantu oleh kuasa-kuasa Bart namun tumbang kerana kebangkitan rakyat yang kaya jiwa dan iman yang kuat.

“Kebangkitan rakyat yang berani, yang bersedia untuk mengorbankan diri mereka di jalan raya, yang tidak tunduk pada kezaliman kerana jiwa yang kaya bukan jiwa yang miskin dan papa kedana,” tegas Presiden PAS ketika menyampaikan khutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Katanya, kebangkitan dengan jiwa yang kaya dan iman yang kuat boleh menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang zalim.

“Sekiranya kita berpegang dengan Islam kita akan diberikan kemuliaan oleh Allah SWT,” katanya.

Justeru, katanya puasa mengajar umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT yang bersedia untuk mengorbankan diri, sanggup berlapar, berdahaga, letih dan menahan diri menghadapi kesusahan dan kepayahan.

Tambahnya, mereka meninggalkan nikmat dunia kerana taatkan kepada Allah SWT. “Begitulah kewajipan kita untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi Allah ini,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, orang-orang munafik didedahkan oleh Allah bahawa mereka golongan berpura-pura Islam, hatinya tidak percaya dengan Islam.

Katanya, orang-orang yang lemah imannya menganggap janji kemenangan yang disebut oleh Allah dan Nabi s.a.w. hanyalah tipu daya sahaja.

Justeru, ujarnya adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam yang dilatih oleh Allah SWT dengan puasa Ramadan untuk membebaskan diri daripada tipu daya syaitan.

“Marilah kita berhari raya dengan semangat yang baru, jiwa yang baru, bercita-cita untuk menemui Allah SWT dan hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia,” ujarnya lagi.



Ust Azhar BAHASA ULU (video)

Isnin, 29 Ogos 2011

Carta Blog Popular Hari Sabtu 27/08/2011 Minggu 17...

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sabtu 27/08/2011 Minggu 17...: CARTA BLOG POPULAR MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA DAN HARI MERDAKA!!!! 2011
Senarai Blog 27/8/2011 Ranking Dunia Ranking Cart...

Kajian - Rakyat Tidak Percaya Najib Dan Umnobn Lagi....Peluang Cerah Pakatan Rakyat..!!

Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata

Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.azlanHasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini.

NONEHanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 peratus), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68 peratus), penggunaan dakwat kekal (70 peratus) dan pembersihan daftar pemilih (88 peratus).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratus Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

azlan"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial - 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ketiga dengan 9 peratus dan berkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan agihan kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Mereka dipilih mengikut metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh semenanjung.MalaysiaKini

ustaz azhar-bahasa tganu bahasa no 2 dunia(video)

Ahad, 28 Ogos 2011

Khianat: Wajah Nik Aziz Diconteng Salib Oleh Puak-Puak Jahat..!!

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib.

Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

"Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut.

"Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.

"Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.HarakahDaily

ustaz azhar- Hari raya(video)

Sabtu, 27 Ogos 2011

Laporan Polis Untuk TV3 Jahanam..kah kah kah (ada video) ...kah


SUSULAN daripada pendedahan penipuan TV3 di laman blog dan facebook tentang Surau Al-Musyrikin sebelum ini, rujuk sini [Al-Musyrikin] pelbagai pihak sudah mula memandang serius hal ini.

Jingga 13 hari ini membuat laporan Polis terhadap TV3 berhubung laporan berita palsu yang disiarkan di Buletin Utama pada 21 Ogos 2011. Kami Jingga 13 meminta pihak Polis mengambil tindakan ke atas TV3 kerana menyiarkan berita propaganda berniat jahat untuk mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum yang jelas boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman rakyat. TV3 juga didapati mempermainkan agama Islam melalui laporannya yang dilihat begitu jelas sengaja diada-adakan.

Kami turut menyerahkan bukti video rakaman laporan Buletin Utama yang disiarkan pada 21 Ogos 2011 yang lalu kepada pihak Polis untuk membantu siasatan.

Pada 21 Ogos 2011 yang lalu, Buletin Utama telah menyiarkan laporan berita tentang sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang Lama, yang didakwa menyebarkan agama Kristian kepada para pelajarnya yang beragama Islam. Laporan itu turut menyiarkan rakaman kononnya sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (golongan yang menyekutukan Allah) yang diketuai oleh Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof serta kira-kira 50 orang Qariah surau berhimpun di hadapan kelas tuisyen itu kononnya untuk membantah penyebaran agama Kristian.

Laporan Buletin Utama itu menggambarkan kononnya ada usaha menyebarkan Kristian melalui kelas tuisyen kepada pelajar yang beragama Islam sehingga mendapat bantahan Qariah Surau Al-Musyrikin.

Hasil tinjaun Jingga 13 di lokasi kelas tuisyen di kawasan setinggan Jalan Klang Lama seperti yang dilaporkan, dan temubual bersama penduduk setempat, mendapati tiada satu pun surau yang wujud berdekatan kawasan tersebut. Pusat Tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh kebanyakkannya kaum Cina dan India serta pendatang asing warga Indonesia. Jelas sekali qariah dan nama surau yang dilaporkan tidak wujud.

Selain itu nama surau Al-Musyrikin yang disiarkan juga dilihat sengaja direka dan diada-adakan. Adalah mustahil jika penduduk setempat menamakan rumah Allah (surau) dengan nama Al-Musyrikin (orang yang menyekutukan Allah). Jelas sekali TV3 mencipta berita palsu malah mempermainkan rumah ibadat orang Islam (surau) dengan nama Al-Musyrikin.

Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa tuisyen tersebut sudah wujud sekian lama untuk mengajar agama Kristian kepada anak-anak penduduk kawasan setinggan tersebut yang beragama Kristian. Mereka terdiri daripada pelajar berbangsa Cina, India dan segelintir Indonesia yang beragama Kristian. Tiada pelajar Melayu Islam yang mengikuti pembelajaran Agama Kristian di situ.

Kami Jingga 13 memandang serius perbuatan jahat dan biadap oleh TV3 ini kerana ia boleh menimbulkan ketegangan agama selain melanggar etika kewartawanan. Di atas prinsip menjaga keharmonian dan perpaduan, kami menggesa pihak Polis dan pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap TV3 agar perkara seperti ini tidak berulang di masa akan datang.

Kami juga mahu TV3 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas laporan palsu ini serta kebiadabannya menamakan rumah ibadah umat Islam dengan nama Al-Musrikin.

Fariz Musa,
Koordinator Jingga 13.




Sumber : SINI

Bukti Lagi!!! SPR Anjing Umno Penipu Besar..!!!

Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih

Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant electoral roll recordHasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara.

Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru.

Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant green cardSemakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu

Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap.

Malaysiakini
telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti.

azlanSebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat "kecuaian teknikal".

NONEPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan.

Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap.MalaysiaKini

Pakatan Rakyat Minta SPR Tunai Janji


SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merealisasikan janji untuk mempertimbangkan dengan teliti penggunaan dakwat kekal, bukannya disebabkan mahu meredakan kemarahan rakyat.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Azmin Ali (gambar) berkata, pihaknya menyambut baik komitmen yang ditunjukkan SPR walaupun terdapat keraguan sama ada SPR memiliki kekuatan dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.

“Kita tidak mahu perkara lama berulang kembali, misalnya tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), mereka membatalkan penggunaan dakwat kekal atas pelbagai alasan walaupun ketika itu dakwat sudah dibeli,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang boleh dilaksanakan tanpa menunggu kajian daripada Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

“SPR jangan sekadar bercakap, lebih baik mereka menjalankan tugas dengan telus supaya sistem pilihan raya kita semakin bersih,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, SPR sepatutnya lebih menumpukan penggunaan dakwat kekal berbanding mahu menggunakannya bersama sistem biometrik.

“SPR sendiri mengakui dapat mengenal pasti beberapa kelemahan sistem biometrik setelah membuat simulasi penggunaan sistem ini, malah kelemahan itu yang ditekankan sebelum ini.

“Kita percaya, biometrik masih tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi hantu. Jadi, SPR perlu mengembalikan keyakinan rakyat dengan memilih satu mekanisme yang mampu menjadikan sistem pilihan raya negara ini telus dan adil,” katanya.

Beliau berkata, terdapat satu lagi kelemahan sistem biometrik yang belum disebut SPR iaitu infrastruktur.

“Sekiranya mereka mahu laksana biometrik ia melibatkan saluran sistem di seluruh negara. Pangkalan data di Putrajaya perlu disalurkan untuk dihantar ke semua tempat, ini yang akan memakan masa dan kos,” katanya.

Timbalan Presiden DAP, Tan Seng Giaw berkata, setiap sistem tidak akan menunjukkan perubahan positif sekiranya pelaksana tidak amanah dan bertanggungjawab.

“Setiap sistem yang hendak dilaksanakan perlu menggunakan cara yang bersih dan adil termasuk penggunaan biometrik dan dakwat kekal. Ia hanya medium, yang penting orang yang melaksanakan sistem ini,” katanya.SinarHarian

Amaran!!! Pakatan Rakyat Jangan Di tipu lagi.... Bersih 3.0 perlu digerakan dari sekarang.....

Jumaat, 26 Ogos 2011

Media perdana perlu bebas dari cengkaman politik

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa kerajaan membebaskan media perdana khususnya media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah.

Apatah lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon sebelum ini mendakwa bahawa media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran generasi lama dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata.

Media perdana milik rakyat kini seolah-olah dimiliki parti politik tertentu sehingga laporan mereka tidak lagi bersifat merakyat.

Pergantungan generasi lama terhadap media cetak sebagai sumber berita sangat tinggi kerana akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung.

Namun keadaan itu telah diambil kesempatan parti pemerintah meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar perdana negara.

"Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang," katanya.

Di negara maju ujarnya, media dibebaskan dari sebarang campurtangan politik parti pemerintah sehingga media bebas mengkritik mana-mana pemimpin negara yang tidak adil dan menyeleweng.

Faktor tersebutlah katanya telah mengangkat integiriti media cetak barat sebagai media yang berpengaruh dan dipercayai.

Justeru itu, bagi mengembalikan kredibiliti media cetak di negara ini, kerajaan harus membebaskan media cetak dari kongkongan politik kepartian mereka.

"Jika tidak, rakyat semakin jemu untuk membaca kempen politik parti pemerintah dan menghukum Pakatan Rakyat dalam media cetak.

"Jangan disesali apabila jualan akhbar akan merudum jatuh dan alami kerugian serta syarikat mereka ‘gulung tikar’ ekoran boikot rakyat terhadap media cetak nanti," tegasnya.HarakahDaily

North Malay Basin: Petronas tak patut nafi hak Kelantan, kata Husam

August 26, 2011


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Kerajaan negeri Kelantan kesal dengan tindakan Petronas yang mahu melaksanakan projek huluan baru bernilai RM15 bilion membuat sebarang rundingan dengan negeri itu.

Projek itu dikenali sebagai North Malay Basin.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Paduka Husam Musa (gambar) menegaskan, projek untuk membangun dan mengeluarkan simpanan gas dari kelompok medan gas yang ditemui di luar pesisir pantai Semenanjung turut melibatkan Kelantan yang telah dinafikan hak mendapatkan royalti.

“Suka diingatkan bahawa projek North Malay Basin dengan blok-blok yang disebut iaitu PM 301, PM 302 serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara lain.

“Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150km dan paling hampir berbanding Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru kata beliau, adalah satu perkara yang tidak wajar apabila Petronas mengetepikan Kelantan dalam projek yang turut akan melibatkan rakan kontrak perkongsian pengeluarannya (PSC) Petronas.

“Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya,” katanya.

Menurut Husam, pihaknya meminta Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri Kelantan supaya hasil pengeluaran gas itu didaratkan di Bachok.

“Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini.

“Kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja insya-Allah supaya hasil Kelantan ini tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan,” katanya.

Projek North Malay Basin adalah salah satu inisiatif dan usaha Petronas dan rakan PSCnya untuk mengekstrak dan mengosongkan gas dengan kandungan CO2 yang tinggi daripada rizab telaga minyak kecil untuk memenuhi permintaan gas di Semenanjung.

Ia akan membabitkan sembilan medan gas yang ditemui, iaitu terletak di dalam Blok PM301 dan PM302, dan di kawasan kontrak Bergading, iaitu kira-kira 300km di luar pantai Semenanjung.

Bagi memindahkan sumber gas yang dihasilkan dari medan gas berkenaan projek itu akan turut membabitkan pembinaan saluran paip baru sepanjang 200km menghubungkan lokasi projek ke Kerteh, Terengganu.TheMalaysiaInsider

Pendirian Harussani bukti BN lemah, dakwa PAS Perak

August 26, 2011


KUALA LUMPUR, 26 Ogos ─ PAS Perak menyifatkan pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perpecahan Melayu mempunyai asas dan keadaan itu akan terus berlaku sekiranya pentadbiran Najib tidak berusaha memperbaiki keadaan.

Ketua Penerangannya Perak Ahmad Nuri Al-Amin berkata, tiga perkara asas yang dibangkitkan Harussani mengenai perpecahan orang Melayu perlu menjadi intipati rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani (gambar) berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

“Kenyataan tersebut sewajarnya perlu dijadikan intipati dan teras pertimbangan rakyat dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memelihara amanah rakyat dalam ruang dan peluang yang ada semasa pilihan raya umum ke-13.

“Peringatan itu jelas membawa mesej agar jika pemimpin yang lemah, tidak amanah dan rasuah masih dipilih untuk memerintah maka ia akan hanya menjadikan bangsa Melayu makin berpecah dan sentiasa mundur,” kata Ahmad Nuri dalam satu kenyataan.

Merujuk pula kepada kes penyelewengan yang berlaku di Perak, Ahmad Nuri berkata gejala rasuah dalam kepimpinan arisan Nasional (BN) tidak dapat dibendung lagi.

“Kenyataan Harussani bertepatan dengan apa yang telah didedahkan oleh PAS Perak sejak dari dulu lagi. Antaranya apa yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak Februari lalu berkaitan seorang exco kerajaan negeri Perak yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hal yang sama juga dapat diperhatikan dari pendedahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April lepas berkenaan satu dokumen membabitkan penyalahgunaan kuasa yang berunsur rasuah oleh seorang exco kerajaan negeri Perak,” katanya.

Tambah beliau, pendedahan penyelewengan yang berlaku di Perak membuktikan kesahihan kenyataan Harussani.

“Gambaran-gambaran ini jelas menunjukkan kesahihan kenyataan Tan Sri Harussani tentang kelemahan, pengkhianatan dan amalan rasuah kerajaan BN yang tidak mampu dibendung oleh ulama kerajaan dari terus berleluasa.

“Gejala rasuah ini masih menular di dalam BN yang memerintah termasuk di Perak. Kami yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani,” katanya.TheMalaysiaInsider

Harussani: Saya hanya nasihat Najib, tak dipengaruhi sesiapa..... Ada Geng Umno Panas!!!!! kah kah kah..kah...

August 25, 2011


KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan beliau hanya memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menyatukan kembali orang Melayu dan langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.

Mufti Perak ini berkata, teguran terhadap pentadbiran Najib berhubung perpecahan orang Melayu dibuat berdasarkan realiti dan persekitaran politik semasa.

“Saya hanya beri nasihat kepada Najib supaya perbetulkan semula perkara ini, sebab perpecahan Melayu memang berlaku sekarang.

“Kita mesti pertahankan bangsa kita dan Najib perlu cari jalan untuk satukan semula orang Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beberapa blog pro-Najib dan mesej-mesej menerusi Twitter mempersoalkan kenyataan terbuka beliau semalam. Ada yang mendakwa kenyataan beliau itu seolah-olah cenderung dan memihak kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider hari ini, Harussani (gambar) juga mengakui ada menerima teguran dan kritikan mengenai kenyataannya itu.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan pihak yang membuat teguran.

Apabila ditanya sama ada kenyataan beliau ada kaitan dengan Umno atau memihak Muhyiddin, Harussani berkata: “Itulah bila saya bercakap, orang hentam saya.”

“Perpecahan Melayu memang berlaku, anda sendiri boleh tengok sendiri. Saya tidak akan berhenti daripada memberikan nasihat kepada sesiapa termasuk perdana menteri, apa yang perlu saya akan sampaikan,” katanya.

Justeru jelas Harussani, beliau kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang bertindak menghentam apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak menyokong kerajaan.

Semalam dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.

“Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.

“Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu,” katanya.

Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.

Tegas Harussani, perpecahan Melayu yang berlaku sejak sekian lama berpunca dari pentadbiran negara yang lemah selain terlalu banyak penyelewengan yang berlaku.

Justeru beliau menasihatkan Presiden Umno itu agar melaksanakan pentadbiran negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan jadi lemah kerana tak jaga Perlembagaan Persekutuan dengan betul, kalau jaga insya-Allah rakyat akan jadi kuat.

“Kerajaan yang lemah, tidak jujur berlaku sebab tidak ikut Perlembagaan dan rasuah itu kita tak perlu sebutlah, dari dulu heboh orang kata... perlembagaan ada tapi kerajaan tak laksanakan dengan betul,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, sekiranya pentadbiran Najib melaksanakan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan orang Melayu akan kembali bersatu.

“Kalau ikut Perlembagaan, orang Melayu tidak akan berpecah, keistimewaan Perlembagaan perlu dijaga.

“Jadi Najib kena fikirkan jalan untuk satukan semula orang Melayu, kalau orang India, orang Cina boleh bersatu, mengapa tidak orang Melayu,” katanya.

Sebelum ini isu perpecahan Melayu acap kali dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.TheMalaysiaInsider

Khamis, 25 Ogos 2011

Pecah..!!! SPR Sendiri Dedahkan Kejahatan Umno??? Kah kah kah kah....

'Parti dakwa senarai kotor tapi cuba daftar si mati'

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengesahkan bahawa kira-kira separuh daripada mereka yang cuba untuk mendaftar sebagai pengundi, adalah tidak layak.

Malah, menurutnya, parti-parti politik yang sering mengadu daftar pemilih kotor, cuba untuk mendaftar "orang mati, orang bawah umur dan penduduk tetap".

"Parti-parti politik ini sepatutnya menapis terlebih dahulu orang yang mereka cuba daftar," katanya.

voter registration campaign 110707 registrationAbdul Aziz memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditanya
mengenai surat yang dikeluarkan pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman pada 22 Ogos yang mengkehendaki salinan MyKad pemohon disertakan bersama borang pendaftaran pengundi.

Dalam surat itu, Dzulkifli berkata "hampir 50 peratus" permohonan pendaftaran ditolak kerana pemohon telah meninggal dunia, mempunyai alamat tidak sama dengan kad pengenalan, telah mendaftar sebelum ini, bahkan ada yang merupakan penduduk tetap".

Untuk mengatasinya, mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan dengan salinan MyKad pemohon, akan terus ditolak.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Aziz berkata, syarat tersebut hanya boleh digunakan di Selangor kerana masalah tersebut paling teruk di negeri tersebut.

"Selangor mempunyai permohonan paling banyak daripada mereka yang tidak layak," katanya.

'PAS perlu semak dengan JPN'


Mengenai perkara yang berasingan, Abdul Aziz menjelaskan, caj RM200 jika bantahan terhadap daftar pemilih tidak berjaya, bukanlah satu "penalti' tetapi adalah satu bentuk "pampasan".

NONE"Apabila bantahan dibuat, pendengaran dijalankan untuk pembantah
dan orang yang statusnya dibantah.

"Jika bantahan itu tidak berjaya, maka orang yang statusnya dibantah akan diberi pampasan kerana perlu menghadiri pendengaran tersebut," katanya.

Jumlah maksimumnya adalah RM200 dan ia diputuskan berdasarkan kepada kes-kes, kata Abdul Aziz ketika ditanya sama ada PAS perlu membayar penalti RM200,000 untuk 1,000 bantahan yang dikemukakannya.

MalaysiaKini

PAS akan saman Felcra besar-besaran

PAS sedang merancang menyaman Felcra secara besar-besaran kerana didakwa mengagihkan jumlah dividen yang tidak masuk akal kepada penerokanya.

Pengerusi lajnah tanah dan pembangunan Wilayah parti Islam itu Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat aduan terdapat peneroka yang hanya mendapat RM200 sahaja untuk tempoh tiga bulan.

pas to sue felcra 250811 press conference panellists"Jumlah ini terlalu rendah dan tidak masuk akal. Biasanya kalau 5 ekar tanah, boleh dapat keuntungan RM2,000 sebulan," katanya.

Felcra membayar dividen - pendapatan yang ditolak kos perladangan - kepada penerokanya empat kali setahun atau setiap tiga bulan.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, aduan yang sama diterima daripada enam negeri dengan kes yang paling banyak di Perak.

Jumlah peneroka yang akan tampil ke mahkamah bagi tujuan itu tidak didedahkan buat masa ini.

"Kita jangkakan saman itu akan dibuat selepas raya ini," katanya lagi.

Menurut Mazlan, saman itu akan menjadikan kes Mohamad Ramli Sanji lawan Felcra yang menyaksikan peneroka di Perak itu menang dalam samannya dua minggu lalu.MalaysiaKini

Ustaz Azhar Idrus - Umat Melayu Lebih Takut Pada Perdana Menteri Berbanding Rasulullah (video)

Rabu, 24 Ogos 2011

Pecah..!!!! Mufti: Melayu berpecah kerana kerajaan rasuah


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

ulama politik forum at sinar harian 240811 harussani zakaria"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi.

Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu.

Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan.

azlanPerkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.

Tak ingat

"(Nasihat) kedua, kalau nak pecat, buat rombakan kabinet dulu. Letakkan dia (Anwar) sebagai menteri biasa (baru pecat).

"Satu lagi (nasihat) saya tidak ingat," kata Harussani.

abdullah badawi leaving palacePada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan apa tiga nasihatnya kepada Abdullah itu.

Harussani tegas mengulangi pendiriannya bahawa Melayu-Islam bersatu-padu, termasuk melalui pembentukan kerajaan campuran antara Umno-PAS kerana dalam al-Quran umat Islam diperintah berkasih-kasihan antara satu sama lain dan bukannya dengan orang kafir.

"Dalam al-Quran disebut orang kafir zalim. Tak pernah lagi disebut orang Islam itu zalim," katanya merujuk kepada kerjasama politik parti Melayu dengan parti yang didokong bukan Islam.

NONEDua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata:

"Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri."

Ketawa besar

Kata-kata itu nyata mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.

Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi).

NONE"Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya.

Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat.

"Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan".MalaysiaKini

Reformasi Segera Atau BERSIH 3.0

Pemuda PAS menyokong pimpinan Pakatan Rakyat yang bertegas tidak akan menyertai jawatankuasa khas parlimen yang dibentuk kerajaan kerana ia sekadar gimik politik perdana menteri semata-mata.

Bagi Pemuda PAS penubuhan jawatankuasa yang tidak tertakluk dengan tarikh pilihan raya umum ke- 13 tidak akan membawa apa-apa makna terhadap sistem pilihan raya yang sedang dibualkan sekarang.

Pemuda PAS mahukan kerajaan konsisten terhadap semua lapan tuntutan BERSIH dan tidak bersikap retorik dalam menghadapi kemarahan rakyat.

Jika pilihan raya umum dilangsungkan dalam keadaan jawatankuasa khas parlimen tidak sempat membuat apa-apa resolusi, apakah maknanya penubuhan jawatankuasa ini? Ini lebih membawa maksud penghinaan terhadap parlimen itu sendiri.

Tidak ada ertinya Pakatan duduk dalam jawatankuasa itu jika semua tuntutan tidak dilaksanakan dalam pilihan raya umum nanti. Pemuda PAS mempersoalkan bilakah kerajaan akan melaksanakan reformasi pilihan raya jika pada pilihan raya depan tidak sempat dilaksanakan?

Adakah kerajaan mahu rakyat menunggu sehingga pilihan raya umum ke-14, atau lebih lama dari itu? Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak ikhlas dalam melakukan usaha pemulihan sistem pilihan raya.

Jawatankuasa khas parlimen sekadar tempelan bagi mengambil hati rakyat yang masih terluka.

DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana sistem pilihanr aya di Malaysia menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa - daftar pemilih yang meragukan; pengundi klon di mana-mana; pemastautin tetap mendapat hak kewarganegaraan sekelip mata dan diberikan kelayakan mengundi; serta undi pos yang terdedah tembelangnya dengan beberapa pendedahan bekas anggota tentera.

Apakah alasan paling konkrit untuk diberikan melainkan reformasi keseluruhan dalam sistem pilihan raya?

Rakyat keseluruhannya amat mengharapkan perubahan drastik dan total dalam sistem pilihan raya yang semakin pincang. Sistem pilihan raya di Malaysia sudah tidak dipercayai lagi untuk dijadikan sandaran.
Menunggu sehingga selepas pilihan raya umum ke-13 akan menghilangkan kesabaran rakyat. Pemuda PAS bimbang rakyat akan melakukan sendiri reformasi tersebut tanpa menunggu pilihan raya.

Pemuda PAS mengingatkan kerajaan bahawa zaman retorik politik sudah berlalu kerana rakyat semakin cerdik membaca permainan politik BN.

Tiga bulan yang dijanjikan oleh BERSIH masih ditagih dan masa semakin suntuk buat kerajaan BN melakukan usaha.

Laksanakan segera reformasi pilihan raya sebelum pilihan raya ke-13 jika tidak mahukan hukuman rakyat dalam BERSIH 3.0.


Riduan Mohd Nor merupakan ketua penerangan Pemuda PAS.

Ceramah Terkini!!! Sdr Badrul Hisham Shahrin (CheGubard)

Ceramah 21.7.2011


Sdr Badul Hisham Shahrin
Pekan Bukit Payung
Marang,Terengganu.
Video :
Streaming , Download

Selasa, 23 Ogos 2011

Ceramah Terkini!!! YB Saifuddin Nasution

Ceramah 22.7.2011






YB Saifuddin Nasution
Kg.Kolam ,Kuala Ibai
KualaTerengganu.
Video :
Streaming , Download

Anwar: Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.

(Anwar dengan ditemani isteri dan anak-anaknya di mahkamah semalam)

“Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.

"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik,” dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh.

Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar.

“Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah,” serang Anwar.

Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam.

Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat.

“Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet.

"Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab,” kata beliau.

Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti.

“Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa,” tegas Anwar.

Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini.

“Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan.

"Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: ‘Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil’,” tambah Anwar.

Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.HarakahDaily

PKR: Najib tunduk kepada Muhyiddin?

Beberapa kejadian berdolak dalih dalam dasar kerajaan, membuat pemimpin PKR tertanya-tanya mengenai kemungkinan rancangan reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba digagalkan oleh timbalannya dengan tidak memberikan kerjasama.

muhyiddin yassin and najib and umnoKes terbaru, menurut pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, membabitkan pembentuk jawatankuasa khas parlimen bagi meminda undang-undang pilihan raya di negara ini.

"Tetapi penyakit dolak dalih ini terus menular dalam jawatankuasa pilihan khas pembaharuan pilihan raya apabila PM tunduk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada jawatankuasa pilihan khas tersebut," kata Nik Nazmi semasa sidang akhbar hari ini.

Menurut Nik Nazmi, setiap pelajar undang-undang dan perlembagaan Malaysia tahu kuasa membubarkan Dewan Rakyat adalah tertakluk kepada nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Mengapa PM harus mengalah kepada TPM dalam hal ini?” soalnya.

Najib pada 15 Ogos lalu berkata jawatankuasa khas itu bertujuan memastikan integriti pilihan raya umum yang akan datang tetapi menolak desakan supaya pilihan raya umum berkenaan ditangguhkan sehingga selepas jawatankuasa itu selesai menjalankan tugasnya.

Tidak berpuas hati dengan teori Nik Nazmi itu, wartawan meminta pemimpin PKR itu memberikan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya itu dan beliau berkata hipotesis itu adalah berdasarkan "logik".

NONE"Apabila Najib berkata mana-mana stadium (boleh digunakan untuk perhimpunan BERSIH), kementerian dalam negeri berkata hanya stadium di Selangor boleh digunakan dan ini dituruti. Sekarang Muhyiddin berkata sesuatu, dan kemudian Najib berkata pilihan raya yang boleh dipanggil pada bila-bila masa."

Sehari selepas pengumuman Jawatankuasa Khas parlimen itu, Muhyiddin berkata tidak ada masalah dengan sistem pilihan raya di negara ini dan jawatankuasa itu hanya bagi memperkasakan sistem sedia ada.MalaysiaKini

Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat..!!

Melayu sertai DAP, Umno susah main isu perkauman

PETALING JAYA, 23 Ogos: Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan Umno lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.

Menurutnya, Umno cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan, lapor Roketkini.

Beliau menjelaskan ini tidak bermakna beliau menyeru orang Melayu menyertai DAP kerana ia terpulang kepada hasrat hati masing-masing dalam arena demokrasi sebenar yang memberi kebebasan memilih parti.

Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu.

“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini.

Tambahnya, ketelusan dan kejujuran wakil-wakil rakyat DAP dapat dilihat apabila mereka hanya bergantung kepada elaun wakil rakyat semata-mata tanpa meminta-minta projek.

“Apabila memerintah, mereka tidak mengambil peluang untuk mencuri duit rakyat seperti mana pemimpin Umno buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan makan malam DAP Selangor bersama Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi.

Hubungan erat yang terjalin antara Mohamad dan Guan Eng bermula apabila kedua-duanya ditahan oleh kerajaan BN mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1987.

Menurut Mohamad, hubungan akrab mereka begitu kukuh sehingga beliau dan Guan Eng membahasakan diri sebagai abang dan adik.

Bagaimana pun, jelas beliau, bukanlah bermakna beliau mengagungkan DAP atau merendahkan PAS, seperti mana yang dimainkan media milik Umno serta blogger upahan mereka.

“Saya hanya katakan yang benar. Dalam DAP dan PAS, ada orang baik, ada orang kurang baik. Ramai yang baik dari yang kurang baik.

“Dalam PAS, kita ada pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau juga mementingkan rakyat, membina masyarakat, bukan mengaut kekayaan peribadi.

“Kita mahu suatu hari nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Nik Aziz dan Guan Eng,” katanya.HarakahDaily

Doktor Pusrawi dan pakar asing akan beri keterangan


Perbicaraan membela diri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kes liwat yang dihadapinya memasuki hari kedua dengan pihak pembelaan dijangka mendengar keterangan daripada doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan dua orang pakar asing.

Pakar asing dari Australia itu adalah pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald. Mereka telah bersama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan juga telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia.

Perkara menarik yang dijangkakan hari ini - adalah sama ada pihak pendakwaan akan memohon untuk memeriksa balas Anwar, yang semalam membaca satu kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh yang mengejutkan banyak pihak.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah, bahawa beliau "teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar". Ini di sebalik kelazimannya bahawa keterangan dari kandang tertuduh oleh seseorang tertuduh pada dasarnya tidak boleh diperiksa balas.

"Saya perlu mengkaji kes-kes yang lalu kerana saya teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar, yang dalam pembelaannya semata-mata memberi kenyataan politik," kata Yusof.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau kemudian memperincikan konspirasi yang didakwanya didalangi oleh timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika itu, sejurus sebelum beliau kembali aktif dalam politik dengan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh.

Menurut Anwar walaupun bukti-bukti dikemukakan terhadap pihak pendakwaan, namun, mahkamah tetap mengarahkan beliau untuk membela diri.MalaysiaKini

Isnin, 22 Ogos 2011

Tahniah..!!! Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Penasihat Syura..!!


S'gor tubuh majlis syura untuk selesai isu JAIS-DUMC

Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Penasihat Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Majlis tersebut akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.

azlanMenurut menteri besar, idea penubuhan majlis syura tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika mereka mengadakan perbincangan minggu lalu.

"Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

“Saya juga telah berjumpa dengan mufti negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, majlis tersebut akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garispanduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti.

"Sekiranya perlu. Majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan," tambahnya.

Majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

“Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti,” kata menteri bBesar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.MalaysiaKini

Chegubard : Tidak Sedia Jadi Calon, Khairy Pengecut..!!!!

SHAH ALAM 22 OGOS : Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan kesedianya menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang disifatkan sebagai tidak wajar.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, ini kerana apa yang dilakukan Khairy adalah amalan lazim dalam parti Umno yang tidak memahami demokrasi dan kehendak rakyat sebenar.

"Sebenarnya mereka tidak memahami demokrasi dan kehendak rakyat, seharusnya selaku ketua Pemuda Umno dan bertaraf Naib Presiden Umno, Khairy sepatutnya menunjukkan sikap bahawa Umno itu menghormati demokrasi akar umbi"katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Khairy sepatutunya yakin dengan kuasa akar umbi dalam menentukan dirinya kekal bertanding di kerusi Rembau dan bukannya membuat kenyataan akur dengan segala keputusan pucuk pimpinan sekaligus menafikan amalan demokrasi akar umbi.

"Dia (Khairy)tidak seharusnya menunjukkan sikap akur dengan teruja pada kedudukan presiden Umno dengan keadaan sedemikian rupa, sebaliknya dia harus memberi kenyataan bahawa dia yakin dengan jentera akar umbi di peringkat Rembau yang mahukan dia bertanding dengan khidmat yang dilakukan selama ini,"ujarnya.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

Beliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Kota Bharu malam tadi, lapor Bernama Online.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Chegubard menjelaskan kenyataan seumpama itu adalah amalan lazim calon Umno dalam memastikan kedudukan mereka terus kekal walaupun menafikan hak akar umbi dalam sistem demokrasi yang sihat.

"Ini hanyalah pengulangan episod-episod lama yang mana kisahnya terpulang kepada presiden, "putih bagi presiden, putihlah kepada kami", hitam bagi presiden, hitamlah bagi kami", tetapi kepada rakyat apa jadi, kepada orang bawahan Umno apa jadi? Apa yang jelas pihak tertinggi tidak akan dengar dan peduli dengan suara mereka," jelasnya.

"Inilah yang pada akhirnya apabila selepas pilihanraya semua perkara adalah betul dan tidak boleh ditegur oleh akar umbi, saya lebih saya lebih suka menarik perhatian rakyat kearah itu daripada menyetuh isu polimik dalam Umno yang tidak pernah sudah da semakin meruncing sejak multakhir ini." tambahnya.TVSNEWS

Al Quran di Malaysia hanya sekadar dimusabaqah -Zawawi Yusof.

KOTA BHARU, 21 Ogos: Setiap kali tiba 17 Ramadan umat Islam di seluruh dunia diingatkan peristiwa Nuzul al Quran, turunnya kitab suci kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tidak terkecuali juga di Malaysia, malah dijadikan cuti umum di kebanyakan negeri.

Biar pun lebih 1400 tahun al Quran diturunkan sebagai panduan bagi kehidupan manusia, malangnya di negara kita ia hanya sekadar dimusabaqahkan saban tahun.

“Musabaqah yang dianjurkan kerajaan sekadar untuk berlagu sahaja. Musabaqah hendak amalkan ajaran al Quran tidak ada,” kata pendakwah terkenal, Datuk Zawawi Yusof.

Menurutnya kesilapan yang berlaku itu berterusan sehingga ke hari ini.

Berlainan di Kelantan apabila kerajaan negeri bersungguh-sungguh mahu amalkan ajaran yang terkandung dalam al Quran.

Berbicara pada program Nuzul al Quran anjuran kerajaan negeri di Qaryah Ramadan baru-baru ini katanya juga, umat Islam sekarang lebih suka berbicara perkara-perkara yang kecil seperti memperdengarkan bacaan al Quran melalui pembesar suara sebelum solat Subuh.

“Sedangkan tuntutan yang lebih besar iaitu kewajiban melaksanakan Hudud dibiarkan. Sikap umat Islam sekarang perkara yang betul tidak dibuat secara betul-betul.

”Sebaliknya perkara tidak betul dibuat secara betul-betul (bersungguh-sungguh). Contohnya banyak berlaku dalam masyarakat sekarang,” ujarnya.

Hujah kepentingan penghayatan al Quran dalam kehidupan manusia dipertegaskan lagi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan mengatakan al Quran bukan sekadar untuk dibaca, sebaliknya diamalkan dalam kehidupan manusia.

”Manakala bagi mereka yang membaca al Quran hendaklah meningkatkan lagi darjah dengan belajar memahami dan mengamalkan segala ajaran yang terkandung dalam al Quran,” katanya.

Sementara itu pada program pengkisahan Badar Qubra di lokasi sama malam tadi Speekar Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, mereka yang melawan perjuangan Islam melakukan pelbagai cara dan muslihat.

”Kalau kita baca sirah di mana tentera kafir Quraisy menggunakan khidmat penyanyi-penyanyi wanita bagi membangkitkan semangat perajurit ketika berperang dengan tentera Islam di Badar.

”Maka tidak hairanlah apa yag berlaku pada zaman Abu Jahal turut berulang sekarang apabila artis wanita digunakan bagi mengganggu ceramah-ceramah PAS,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Fauzi Mat dan wakil Palestin, Dr Asyraf Abu Mahadi.HarakahDaily

Azmil Mustapha nafi menghina Agong..!!

Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.MalaysiaKini

ustaz Azhar - takbir ultraman (video)

Sabtu, 20 Ogos 2011

Zulkifli Nordin kantoi tipu sirah Sahabat (ada video dalam)

KISAH Syaidina Umar Al-Khatab masuk melawat sebuah gereja besar di Juruselam merupakan satu kisah yang sangat popular di dalam Sejarah Islam.

Peristiwa ini menjadi tauladan kepada seluruh umat Islam apabila sahabat nabi itu menolak untuk bersolat di dalam gereja walaupun dipelawa oleh paderi besar Baitulmuqadis, Sophronius.

Merujuk kepada buku novel sejarah Islam, UMAR AL-KHATTAB Reformis Dunia Islam, muka surat 265, tulisan Abdul Latip Talib, diceritakan secara jelas bahawa Syaidina Umar telah mengunjungi sebuah gereja besar di Baitulmuqaddis namun menolak untuk bersolat di dalamnya.


Namun begitu, demi mempolitikkan isu gereja untuk menunjukkan kononnya dia pejuang Islam, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin, sanggup memutar belitkan Sirah Sahabat dan menipu di khalayak ramai.

Ahli Parlimen bebas itu menipu dengan mengatakan bahawa Syaidina Umar telah dijemput ke gereja tetapi beliau tidak mahu masuk ke dalam gereja.

Fakta sebenar, Syaidina Umar tidak mahu bersolat di dalam gereja, bukan tidak mahu masuk. Lihat penipuan terang-terangan Zulkifli dalam video di bawah.



Mat Sabu: Jangan heret tentera ke politik

Terdapat cubaan sesetengah pihak mengheret pihak tentera kepada politik partisan dan ini suatu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, dakwa timbalan presiden PAS.

Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pasukan keselamatan sejak merdeka memainkan peranan baik menjaga keselamatan negara tanpa terlibat dalam politik partisan.

NONEBagaimanapun, tambahnya, sejak perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, pihak tentera ditarik ke kancah politik dengan pelbagai cara, termasuk melalui latihan bersama mengawal orang ramai dengan polis.

Bercakap kepada pemberita di Komtar, Pulau Pinang, Mohamad mahukan semua usaha itu dihentikan kerana ia tidak sihat dan tentera sepatutnya mengekalkan sikap neutral sepanjang masa.

Mohamad merujuk kepada pengakuan empat bekas tentera pada Rabu yang mengaku pernah terlibat dalam manipulasi undi pos semasa berkhidmat.MalaysiaKini

Pemuda PAS edar sampul duit raya Bersih..Tahniah...!!!

RAWANG, 20 Ogos: Kempen untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil dijangka semakin bersemarak di hari raya Aidil Fitri ini dengan pelbagai pendekatan.

Pemuda PAS Gombak misalnya mencetak dan menjual sampul duit raya Bersih. Ia memaparkan lapan tuntutan Bersih di belakang sampul itu.

Dua malam lalu, hampir 1,000 sampul itu dijual oleh Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir.

"Malam ini saya bawa 300 je, harap semuanya habis malam ini. 3 bungkus RM10 je," kata Salahudin ketika memberikan tazkirah di sebuah surau dekat sini.

Bagi beliau, masih ramai yang tidak tahu lagi apa tuntutan Bersih. Oleh itu, dengan menggunakan kad ini bermakna tuntutan ini diberitahu kepada lebih ramai orang, katanya.

Malam kelmarin, Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mengajak semua jamaah surau itu agar memakai baju kuning untuk hari raya tahun ini.

Beliau juga mencadangkan agar kuih muih dibuat dengan warna kuning "dan jangan lupa kita buat juga pulut kuning,"
kata beliau.

Dengan cara ini, kata beliau ia akan mengingatkan semua orang tuntutan Bersih agar pilihan raya di negara ini dijalankan dengan bersih dan adil.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai masalah berkaitan dengan daftar pemilih dan penyelewengan sistem pilihan raya didedahkan kepada media.

Baru-baru ini empat bekas tentera mendedahkan mereka diarahkan membuang undi bagi pihak anggota tentera yang lain.

Ekoran itu, panglima angkatan tentera menyifatkan mereka melanggar etika tentera dan boleh disifatkan sebagai pembelot.

Namun kenyataan ini dibantah oleh pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media bekas tentera itu.HarakahDaily

Jumaat, 19 Ogos 2011

Umno Dah Tak ada Isu... Orang Bukan Islam Perlu Bersabar Sedikit Lagi Jeee....!!!

Umno ni dah habis isu laa.... wahai orang2 melayu islam.. kita perlu bersatu bersama islam yang di bawa oleh parti PAS (PR) Sudah sampai masanya kita tinggalkan umno.... dan jatuhkan pada PRU13 ni.... Jangan di tipu lagi.........Orang Bukan Islam Perlu Bersabar Sedikit Lagi Jeee....!!! Lepas ni Kita Hidup aman tanpa umno......

KM kecam Umno politik insiden simbah cat


Umno Pulau Pinang hari ini dikecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana cuba mempolitikkan insiden ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat Ahad lalu.

NONEBeliau menolak tuntutan pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal
Abidin Osman supaya menarik balik kenyataannya, yang didakwa menjadikan insiden tersebut sebagai isu perkauman.

Sebaliknya, Lim berkata, beliau tidak ada masa untuk melayan "ekstremis seperti Umno" yang menurutnya cuba mempolitikkan insiden tersebut.

Lim yang juga setiausaha agung DAP menegaskan demikian ketika
meninjau ibupejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon yang menjadi Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chiefsasaran cubaan dibakar pada awal pagi Ahad lalu.

Beliau diminta mengulas desakan Zainal supaya ketua menteri Pulau Pinang itu menarik balik dakwaannya yang mengaitkan umat Islam dengan insiden ibupejabat DAP itu disimbah cat.

Bernama memetika Zainal sebagai berkata kenyataan Lim itu membayangkan seolah-olah cat tersebut disimbah oleh orang Islam.MalaysiaKini

Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong - Aziz Bari


Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

NONEAbdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

NONEZulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

NONEAbdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".MalaysiaKini

Sumpah Laknat Penjelasan Ustaz Azhar..(video)

Khamis, 18 Ogos 2011

Panglima Tentera Malaysia Buat Kenyatan Tidak Cermat..!!

Siapa yang pengkhianat sebenarnya, rakyat tak bodoh sekarang!!! Mari semua rakyat malaysia kempen jatuhkan kerajaan umno bn.... untuk merasai kemerdekaan yang sebenar..!!!!

Panglima Tentera tidak cermat

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tindakan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.

“Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat, semalam,” kata Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Mohd Adram Musa dalam satu kenyataan.

Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamed Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim.

Katanya, sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa Abu Kassim di hadapan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.

“Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.

“Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan,” ujarnya.

Menurutnya, mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.

Katanya, mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan.

Secara tidak langsung, ujarnya Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut.

Beliau penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil ke hadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang.

Katanya lagi, Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.

Sepatutnya, ujar beliau selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tentera terbabit.

“Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan, menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat,” ujarnya.

Jelasnya, sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos.

“Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos,” katanya.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Zulkifeli.

“Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera,” tegasnya.

Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita.

“Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihan raya,” ujarnya lagi.HarakahDaily

Pecah.!!!! Parlimen Malaysia Bubar 29 Oktober ini-Husam Musa

Dalam taklimat YB Husam Musa kepada pimpinan PAS Negeri dan PAS Kawasan kelmarin 17 Ogos,YB Husam Musa,Naib Presiden PAS menyatakan parlimen kemungkinan dibubarkan pada 29 Oktober ini.Dengan mengambil kira sidang bajet Najib pada 7Oktober.

Dengan itu kita hanya mempunyai masa sekitar 72 hari lagi untuk membuat persiapan Jentera Pilihanraya. Sumber : SINI

Khuatir Bukti Dipelopori Blog Pro-Umno, Pas Desak Jais Keluar Laporan Segera

SHAH ALAM 18 OGOS : Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melengah-lengah isu siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu berhubung laporan murtadnya hingga menimbulkan polemik umum, tidak mendatangkan kebaikan kepada semua.

Malah, katanya, ia diburukkan lagi apabila pada waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.

“Kini, rakyat tengah menanti tindakan JAIS, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

“Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, satu laporan yang didakwa ditulis oleh seorang pegawai kanan JAIS berhubung pemeriksaan di premis gereja itu telah disebarkan di internet, dengan beberapa blogger mendesak mengapa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih belum menyatakan pendirian berhubung kontroversi tersebut.

Laporan itu juga menyenaraikan nama penuh dan kad pengenalan 12 orang Islam yang dikatakan hadir di majlis makan malam itu.

Menurut Tuan Ibrahim, timbul beberapa persoalan berhubung reaksi dan tindakan Umno sejurus selepas cetusan isu JAIS menyiasat gereja yang beliau sifatkan sebagai amat mencurigakan.

Katanya, yang paling aneh adalah semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar dan dipelopori oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh JAIS, sedangkan bukti berkenaan adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya didedahkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Tegasnya, ini termasuklah kertas soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan JAIS yang sepatutnya dipersembahkan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu.

“Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini semakin hangat diperkatakan terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini.

“Dengan ledakan sedemikian di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini. Kenapa perkara ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?” soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata lebih mencurigakan lagi ialah kepantasan media arus perdana milik Umno dan BN yang terus melonjakkan isu itu dengan membuat serangan ke atas menteri besar Selangor dan kerajaan negeri.

Begitu juga demonstrasi yang dilakukan oleh Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor yang diadakan di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk membawa penyapu tandas, mangkuk tandas untuk dihantar ke pejabat menteri besar.

“Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses Kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?” soal Tuan Ibrahim lagi.tvsnews

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog