Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Sabtu, 30 September 2017

76% rakyat Malaysia beli-belah online sekali sebulan

beli-belah online



KUALA LUMPUR - Kepopularan beli-belah dalam talian dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat sembilan peratus berbanding tahun lepas, dengan 76 peratus rakyat Malaysia menyatakan mereka membeli-belah dalam talian sekurang-kurangnnya sekali dalam sebulan.
“Trend ini lebih tinggi dalam kalangan millennial, dengan 82 peratus daripada mereka membeli-belah dalam talian sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan," demikian menurut Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa.

Kajian itu juga menunjukkan kategori teratas untuk belian dalam talian adalah pembayaran bil (58 peratus), fesyen dan aksesori (52 peratus) dan perjalanan, 52 peratus.
Ia sama dengan data daripada VisaNet, di mana kategori teratas perbelanjaan oleh rakyat Malaysia adalah untuk perjalanan, pembayaran insurans dan telekomunikasi, katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Negara Visa untuk Malaysia, KB Ng berkata, kepopularan beli-belah dalam talian dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat, di mana lebih 20 peratus pertumbuhan dalam perbelanjaan dalam e-dagang telah dicatat.
“Wujud peningkatan trend di mana lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan peranti mudah alih mereka untuk membeli-belah dalam talian. Kajian itu menunjukkan 57 peratus rakyat Malaysia menggunakan telefon mudah alih mereka untuk membeli-belah sekurang-kurangnngya sekali sebulan dalam talian," kata Ng.

Membeli-belah dalam talian juga telah berubah dengan pengenalan penyedia perkhidmatan atas permintaan seperti Uber, Grab dan Food Panda, kata Ng.
Ng berkata, 54 peratus rakyat Malaysia telah menggunakan perkhidmatan tersebut tahun lalu dan kemudahan adalah sebab utama untuk mereka menggunakannya, diikuti dengan boleh membeli-belah dengan selesa di rumah sendiri.
Pengalaman pembayaran tidak kelihatan ini telah merubah pengalaman pemegang kad kerana mereka tidak perlu mengeluarkan kad pembayaran atau tunai untuk membayar produk atau perkhidmatan yang dibeli kerana butiran pemegang kad disimpan menggunakan penyelesaian kad pada fail, kata Ng.

“Kami percaya pengalaman pembayaran pengguna akan terus berubah kepada yang lebih baik kerana kita melihat lebih banyak penyedia pembayaran berusaha keras meningkatkan pengalaman pembayaran untuk rakyat Malaysia," kata Ng.
Sementara itu, Ng berkata, perkhidmatan atas permintaan juga telah meningkatkan harapan pengguna kerana mereka mengharapkan masa penyerahan yang lebih pantas.
Ng berkata, 52 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan atas permintaan sekurang-kurangnya sekali sebulan dan 53 peratus mengharapkan tempahan makanan mereka untuk sampai kepada mereka dalam 30 minit.
Mengenai kaedah pembayaran pada masa depan, Ng berkata, 57 peratus daripada pengguna yang mahu membayar perkhidmatan penghantaran makanan melalui perkhidmatan atas permintaan berkata, mereka ingin membayarnya melalui dompet mudah alih, 47 peratus menggunakan peranti yang boleh dipakai, 36 peratus daripada mereka menggunakan kad pembayaran pradaftar dan 17 peratus melalui WhatsApp. - Bernama

Khamis, 28 September 2017

Amalan memberi adalah kunci kejayaan

Amalan memberi adalah kunci kejayaan
PADA 23 Ogos lalu, saya berpeluang untuk mewakili MyBazar Malaysia sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam sesi Inclusive Business di Bangkok bersama-sama wakil dari Filipina, Laos dan Thailand.
Ini adalah sebahagian daripada acara perniagaan sektor swasta yang dianjurkan oleh OECD, badan dunia yang berpangkalan di Paris, Perancis yang mempromosikan kemajuan ekonomi dan perdagangan dunia melalui perbandingan dasar antara negara. Sesi ini merupakan permulaan kepada Forum Serantau Asia Tenggara OECD yang berlangsung pada 24 Ogos di bandar sama.
Inti pati utama Inclusive Business adalah untuk mewujudkan peluang tanpa mengabaikan golongan yang berada di 'dasar piramid'.  Idea ini adalah untuk menyediakan barangan, perkhidmatan dan mata pencarian secara komersial secara menyeluruh. Inclusive Business menjadikan golongan berpendapatan rendah sebagai sebahagian daripada teras rantaian nilai perniagaan sebagai pembekal, pengedar, peruncit atau pelanggan.
Berbeza dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang hanya tertumpu kepada impak sosial, Inclusive Business adalah segalanya tentang membuat keuntungan yang mempunyai tujuan. Haluan utamanya adalah untuk menegaskan bahawa anda hanya akan mampu membantu orang lain secara berterusan sekiranya anda dapat menjana keuntungan untuk diri sendiri dan tentu saja; wang pelaburan untuk perkembangan perniagaan dan dengan itu, anda akan dapat membantu lebih ramai orang. 
Sebagai contoh, syarikat pengangkutan Indonesia – Gojek, membantu orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke satu destinasi dengan hanya menggunakan aplikasi mobil. Gojek telah berjaya mengubah ribuan penunggang motosikal di Jakarta kepada prasarana yang menguntungkan pelbagai pihak.
Syarikat yang bernilai jutaan dolar ini telah memberi kesan positif yang mendalam kepada masyarakat Indonesia dengan membantu golongan berpendapatan rendah untuk keluar dari kelompok kemiskinan serta mengurangkan kadar jenayah di samping memberi harapan baharu kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Tambahan pula, kadar trafik yang sesak di Jakarta menjadikan perkhidmatan seperi Gojek suatu keperluan dan bukan kemewahan.
Manakala Jollibee; salah satu daripada rangkaian makanan segera popular di Filipina, mendapatkan bekalan pertanian seperti ayam dan sayuran daripada petani dan peladang kecil-kecilan dari seluruh negara dan menjadikan mereka sebahagian daripada rangkaian pembekal utama. Dengan itu, Jollibee dapat membuat keuntungan di samping membantu petani dan peladang untuk sama-sama mendapat faedah dari amalan ini.
Contoh-contoh di atas membuktikan bahawa bantuan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah mampu memberikan faedah kewangan yang baik akan tetapi ianya hanya akan dapat direalisasikan sekiranya dijalankan secara berkumpulan. Petani dan peladang kecil hanya akan dapat menuai faedah bersama jika mereka menjadi pembekal secara berkelompok. Pemuda-pemuda bermotosikal di Indonesia juga menubuhkan satu kumpulan pekerja untuk Gojek.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersatu untuk sama-sama kekal teguh melalui kerjasama yang mantap demi mencapai kejayaan yang lebih besar. Penambahbaikan diri di samping keinginan untuk memperbaiki orang lain adalah satu syarat penting dalam menjayakan Inclusive Business atau Perniagaan Menyeluruh ini.
Sebagai contoh, sekiranya saya adalah seorang usahawan keropok, saya hanya akan mendapat faedah yang minima jika mengamalkan penjualan secara individu, tetapi bayangkan faedah yang menanti sekiranya satu kelompok atau konsortium ditubuhkan untuk menjadi pembekal untuk satu kumpulan pembeli yang sama.
Di samping itu, konsortium ini juga dapat sama-sama berkongsi sumber pelaburan untuk pemasaran dan penyelidikan bersama. Hasilnya, satu peluang keemasan akan terbuka untuk semua melalui kapasiti yang lebih menyeluruh bagi menjalankan aktiviti eksport sekali gus membolehkan pasaran berkembang ke luar negara!
Ini merupakan salah satu matlamat utama MyBazar dalam kerjasama bersama usahawan tempatan melalui pembangunan alat digital demi meningkatkan mutu pasaran mereka. Sokongan kami bukan sekadar ke atas pertumbuhan perniagaan di dalam negeri malahan ke peringkat antarabangsa dengan menjalankan aktiviti eksport ke luar negara. Dengan pangkalan operasi di pelbagai negara, bermula dengan Arab Emiriah Bersatu dan Pakistan, usahawan MyBazar akan memperoleh peluang untuk mengeksport barangan mereka ke pasaran global melalui platform e-dagang yang kami sediakan.
 Saya berharap agar kita sama-sama memulakan perjalanan ini demi mewujudkan peluang baru untuk masyarakat setempat. Ayuh, kita mulakan sekarang.

Fazil Irwan Som,  Ketua Pegawai Eksekutif MyBazar Malaysia

Sinar Harian

Rabu, 27 September 2017

Digi Cybersafe pertingkat keselamatan siber

Digi Cybersafe pertingkat keselamatan siber



DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi), meneruskan misinya meningkatkan kesedaran keselamatan siber melalui program Digi Cybersafe dengan mengadakan Hari Pertama Pelanggan di lokasi terpilih. 
Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty berkata, Digi memandang serius terhadap ancaman siber dan berusaha memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk mengatasi jenayah tersebut. 
"Menerusi program Digi Cybersafe, seramai 1,200 pekerja Digi (Digizan) seluruh negara digerakkan untuk mendekati pelanggan di enam lokasi berbeza.
“Objektifnya untuk menarik pelanggan, meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber dan bagaimana untuk menikmati Freedom To Internet dengan rangkaian 4G Plus dengan konsisten," katanya yang menjalankan kempen tersebut di semua pusat utama Digi seluruh Malaysia.

sinar harian

Selasa, 19 September 2017

9 Langkah Terbaik Mulakan Bisnes Internet

9 Langkah Terbaik Mulakan Bisnes Internet
Anda nak mula bisnes internet tapi tak tahu nak mula dari mana?
Ni saya berikan anda 9 langkah cara nak mulakan bisnes internet
Saya sudah lihat ramai orang yang baru bermula berjaya kembangkan bisnes internet mereka dengan melakukan perkara berikut:
  1. Cari permintaan, masalah dan penyelesaian prospek.
  2. Tulis ayat jualan yang POWER.
  3. Bina website yang menarik dan mudah digunakan.
  4. Gunakan enjin carian untuk tarik trafik ke website anda.
  5. Gunakan media sosial untuk penjenamaan.
  6. Tingkatkan kredibiliti anda, jadi seorang yang pakar.
  7. Follow Up pelanggan anda menggunakan pemasaran emel.
  8. Tingkatkan jualan anda melalui Back-End Sales dan Upselling.
  9. Fokus dan konsisten.
ok, anda dah tahu langkah-langkah yang perlu anda lakukan. Sekarang, saya akan jelaskan satu per satu langkah-langkah ini di bawah..

Langkah 1: Cari Permintaan, Masalah dan Penyelesaian

Kebanyakkan kesalahan orang baru adalah mereka mencari produk dulu, kemudian baru pasaran.
Untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya, mulakan dengan pasaran dulu. Caranya adalah dengan mencari sekumpulan orang yang sedang mencari penyelesaian kepada masalah. Anda boleh lakukan kajian ini dengan:
  • Masuk ke forum dan lihat apa soalan yang ditanya dan apa masalah yang ingin diselesaikan.
  • Lakukan kajian keyword untuk mencari keyword yang ramai orang sedang mencari, tetapi tidak banyak persaingan.
  • Kaji pesaing anda dengan melawat website mereka dan lihat apa yang mereka lakukan untuk mengisi permintaan.
Kemudian, anda boleh gunakan apa yang telah anda kaji dan cipta produk untuk pasaran yang telah wujud. Bina USP anda. Dengan cara ini, anda boleh buat produk yang lebih baik daripada pesaing.

Langkah 2: Tulis Ayat Jualan Yang POWER

Anda perlu tulis ayat jualan mengikut turutan;
  • Tulis tajuk headline yang menarik perhatian.
  • Huraikan masalah yang produk anda selesaikan.
  • Bina kredibiliti anda sebagai penyelesai masalah.
  • Tambah testimoni dari pelanggan yang pernah gunakan produk anda.
  • Huraikan manfaat produk kepada pengguna.
  • Beri tawaran yang hebat.
  • Beri jaminan yang kuat.
  • Guna ayat Urgency.
  • Beri arahan untuk buat tempahan.
Dalam menulis ayat jualan, anda perlu beritahu bagaimana untuk jadikan produk anda unik dan dapat menyelesaikan masalah prospek. Beritahu pada prospek yang produk anda boleh jadikan kehidupan mereka jadi lebih baik.
Anda perlu berfikir seperti pelanggan dan bertanya “Apa yang yang saya dapat jika saya beli produk ini?”

Langkah 3: Bina Website Yang Menarik dan Mudah Digunakan

Sebaik saja anda dah jumpa pasaran dan produk anda. Anda perlu bina proses jualan untuk prospek buat pembelian.
Jangan lupa untuk pastikan ia mudah. Anda mempunyai kurang dari 5 saat untuk tarik perhatian prospek. Jika tidak, mereka pergi tak kembali.
Ini beberapa tips penting yang perlu anda buat dalam website:
  • Gunakan satu atau dua font biasa dan berlatar belakang putih.
  • Menu navigasi anda mestilah jelas dan mudah.
  • Gunakan grafik, audio atau video jika ia dapat bantu sampaikan mesej anda dengan efektif.
  • Beri free gift supaya anda boleh kumpul alamat e-mel.
  • Jadikan ia mudah untuk membeli, tak lebih daripada 2 klik antara potensi pelanggan dancheckout.
  • Website anda adalah seperti kedai online, jadikannya mesra pelanggan.

Langkah 4: Gunakan Enjin Carian Untuk Tarik Trafik ke Website Anda.

Iklan Pay Per Click (PPC) adalah antara cara yang paling mudah untuk dapatkan trafik ke website untuk jenama baru. Cara ini mempunyai 2 kelebihan berbanding menarik trafik secara organik…
Pertama, iklan PPC muncul pada hasil carian dengan serta-merta.
Kedua, iklan PPC membolehkan anda untuk menguji pelbagai kata kunci, tajuk-tajuk utama dan juga harga bidding.
Bukan sahaja anda boleh dapat trafik serta-merta, anda juga boleh menggunakan iklan PPC untuk mencari keyword yang menghasilkan jualan. Kemudian, anda boleh letak keywordtersebut di seluruh website anda. Ini dapat membantu meningkatkan kedudukan website anda dalam hasil carian secara organik.

Langkah 5: Gunakan Media Sosial Untuk Penjenamaan.

Media sosial yang popular sekarang ini adalah Facebook dan Instagram. Kelebihan menggunakan kedua-dua medium ini adalah ia berkonsepkan viral. Gunakan kelebihan ini untuk bina jenama bisnes internet anda.
Apa yang perlu anda buat adalah;
  • Bina logo dan gambar yang menarik.
  • Pilih warna gambar yang bersesuaian dengan niche bisnes anda.
  • Bina followers yang targetted.
  • Bina post pada waktu yang optimum secara konsisten.
  • Gunakan hashtag yang bersesuaian ketika bina post.
  • Banyakkan engagement dengan followers anda.
  • Kumpulkan gambar dalam satu album.
  • Kumpulkan followers anda dalam Facebook Group
Ada pelbagai cara untuk bina jenama bisnes internet anda dalam media sosial. Apa yang paling penting adalah anda perlu konsisten untuk lakukan kesemua perkara di atas.

Langkah 6: Tingkatkan Kredibiliti Anda, Jadi Seorang Yang Pakar.

Orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. Biasa mereka mencari maklumat untuk selesaikan masalah mereka.
Jadi, apa yang perlu anda buat adalah;
  • Buat artikel, video atau apa-apa kandungan lain yang kita akan dapati berguna. Promosikan kandungan tersebut di direktori artikel dan laman sosial.
  • Letak link “Send to Friend” pada kandungan di website anda.
  • Jadi seorang yang aktif di forum-forum dan laman sosial di mana sasaran pasaran anda ada.
Dengan cara ini, anda akan dapat ramai pembaca baru. Tetapi, lebih baik jika setiap websiteyang siarkan kandungan artikel anda dapat buat backlink pada website anda. Ini dapat menaikkan kedudukan website anda dalam enjin carian.

Langkah 7: Follow Up Pelanggan Anda Menggunakan Pemasaran Emel.

Apabila anda membina senarai emel, anda telah bina salah satu aset yang paling berharga dalam bisnes internet anda. Pelanggan telah memberi kebenaran untuk anda menghantar e-mel kepada mereka.
Ini bermakna:
  • Anda perlu berikan mereka sesuatu yang mereka telah minta.
  • Anda sedang membina hubungan dengan mereka.
  • Anda dapat jimatkan kos pengiklanan. Pemasaran emel adalah lebih murah dan lebih berkesan daripada menggunakan media cetak, TV atau radio kerana ia sangat targetted.

Langkah 8: Tingkatkan Jualan Anda Melalui ‘Back-End Sales’ dan ‘Upselling’.

Salah satu strategi pemasaran internet yang penting adalah tingkatkan nilai setiap pelanggan. Biasanya pelanggan yang pernah membeli dari anda akan membeli dari anda lagi, itu pun jika anda follow up mereka. Ini dapat menjimatkan kos pemasaran kerana untuk dapatkan pelanggan pertama, anda perlukan kos yang agak tinggi.
Jadi, gunakan back-end sales dan upselling untuk buatkan mereka membeli lagi:
  • Tawarkan produk yang lengkapkan pembelian asal mereka.
  • Berikan kupon diskaun elektronik supaya mereka boleh tebus semula untuk pembelian akan datang.
  • Tawarkan produk berkaitan di “Thank You” page anda selepas mereka buat pembelian.
Berikan ganjaran kepada pelanggan anda yang sentiasa setia dengan anda, seperti tawaran diskaun, beli satu percuma satu, tiket percuma dan lain-lain.

Langkah 9: Fokus dan Konsisten

Dalam bisnes, anda perlu sentiasa fokus dan konsisten dalam segala perkara yang anda ingin lakukan.
Untuk fokus dan konsisten, anda perlu;
  • Mempunyai matlamat yang jelas dalam bisnes anda.
  • Utamakan perkara yang penting dahulu.
  • Bina pasukan yang mempunyai matlamat yang sama.
  • Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya.
  • Banyakkan membaca buku-buku bisnes dan motivasi
Nak buat semua perkara ini bukannya perkara yang mudah, ia memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Jika anda mampu praktikkannya, saya yakin anda pasti boleh berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Selesai! Itu sahaja 9 langkah untuk mulakan bisnes internet yang perlu anda lakukan mulai sekarang.
Semoga berjaya!
Kredit : https://sifufbads.com

www.gajimasyuk.com

Ahad, 10 September 2017

51 tokoh dapat anugerah Tan Sri

Sultan Muhammad IV
Seramai 51 individu dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, hari ini.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dianugerahi darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.).
Seramai 48 individu pula menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
Mereka ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Aziah Ali; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Turut menerima darjah kebesaran itu ialah bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff; Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad; dan Pengerusi Lembaga Pengarah K & N Kenanga Holdings Berhad, Datuk Tengku Noor Zakiah Tengku Ismail turut menerima darjah kebesaran P.S.M.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pula disenarai antara penerima darjah itu bagi kategori pertubuhan politik yang turut menyenaraikan dua veteran UMNO, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman dan Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed.
Turut menerima anugerah itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri S. Vigneswaran; bekas pengerusi MIC Perak, Datuk Rajoo Dasari @ Govindasamy; dan bekas pemimpin MCA Datuk Tee Cheng York @ Tee How.
Bagi kategori pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun pula, penerima gelaran itu ialah Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim; Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz.
Dua panglima daripada perkhidmatan ATM turut menerima darjah kebesaran P.S.M. iaitu Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.
Seramai 20 individu dari badan swasta, persatuan dan sukarela turut menerima darjah kebesaran P.S.M. iaitu Naib Pengerusi Eksekutif Yayasan Albukhary, Datuk Seri Ismail Yusof; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Safuan Group Berhad, Datuk Mat Shah Sapuan; Timbalan Pengerusi Eksekutif Ahmad Zaki Resources Berhad, Datuk Seri Wan Zaki Wan Muda dan Pengerusi Eksekutif Binary University Sdn Bhd, Datuk Prof Joseph Adaikalam.
Turut menerima anugerah P.S.M. ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Press Metal Berhad, Datuk Koon Poh Keong; Pengerusi Globaltec Formation Berhad, Datuk Seri Dr Goh Tian Chuan; Pengerusi Sunsuria Berhad, Datuk Ter Leong Yap; Timbalan Pengerusi Eksekutif ENRA Group Berhad, Datuk Kamaluddin Abdullah; Naib Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia, Datuk Seri Abg Khalid Abg Marzuki; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Pengarah Eksekutif HSS Engineers Berhad, Datuk Seri S. Kunasingam dan Pengarah Urusan Kumpulan Akisama Group, Datuk Chang Koon Wah.
Turut tersenarai ialah Pengarah Urusan Iswarabena Sdn Bhd, Datuk Seri S. Selvarajoo; Pengarah Urusan Pelita Samudera Pertama (M) Sdn Bhd, Datuk D. Murugan; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mangkubumi Sdn Bhd, Datuk Seri Zainudin Karjan; Pengarah Urusan Kossan Rubber Industries Berhad, Datuk Lim Kuang Sia; Pengarah Urusan Ekovest Sdn Bhd, Datuk Seri Lim Keng Cheng; Ketua Pegawai Eksekutif OWG Holdings Bhd, Datuk Seri Koh Cheng Keong; Pengarah Urusan Ideal Property Development Sdn Bhd, Datuk Ooi Kee Liang dan Pengerusi Eksekutif Tanah Permai Sdn Bhd, Datuk Lim Pau Chang.
Penerima lain ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Big C Supercenter Public Company Limited, Chareon Sirivadhanabhakdi; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Western Digital (M) Sdn Bhd, Steve Miligan; Presiden Malaysia Earl International Development Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Yuhao Aixinjueluo; Ketua Pegawai Eksekutif XINYI Glass Holding LTD, Datuk Gerry Tung Ching Sai dan Ketua Pegawai Eksekutif Xin Wang International Group, Datuk Chuang Chou-Wen.
BERNAMA

Rabu, 6 September 2017

KFC cipta kelainan menerusi hidangan bucket

KFC

KENTUCKY Fried Chicken (KFC) adalah syarikat rangkaian restoran makanan segera khusus menjual ayam goreng sejak 1930, di Louisville, Kentucky.
KFC merupakan syarikat rangkaian makanan segera kedua terbesar dunia selepas McDonald's dengan hampir 20,000 lokasi secara global dan 123 negara (sehingga Disember 2015).
Rangkaian makanan segera itu adalah anak syarikat, Yum! Brands, syarikat restoran memiliki jenama Pizza Hut dan Taco Bell.
KFC diasaskan Kolonel Harland Sanders, pengusaha ayam goreng restoran tepi jalan di Corbin, Kentucky.
Sanders mula mengenal pasti potensi konsep perniagaan restoran berasaskan francais dan memulakan cawangan francais KFC pertamanya di Utah pada 1952.
Daripada itu, jenama KFC mula dikenali ramai di dalam industri makanan segera dan jadi pilihan serta mendominasi populariti hamburger.
Dengan jenamakan dirinya sebagai Kolonel Sanders, Harland menjadi tokoh sejarah budaya Amerika yang terkenal ketika itu dan imejnya masih banyak digunakan dalam pengiklanan KFC.

Bagaimanapun, perkembangan pesat syarikat mendorong Sanders menjualnya kepada sekumpulan pelabur diketuai John Y Brown Jr dan Jack C Massey pada 1964.
KFC antara rantaian makanan segera Amerika yang pertama berkembang di peringkat antarabangsa, membuka cawangan di Kanada, United Kingdom, Mexico dan Jamaica pada pertengahan 1960-an.
Pada awal 1970-an, KFC dijual kepada pengedar jenama, Spirit iaitu Heublein, yang diambil alih RJ Reynolds, makanan dan konglomerat tembakau.
Syarikat kemudian menjual rangkaian restoran itu kepada PepsiCo dan terus berkembang di luar negara.
Pada 1987, ia menjadi rangkaian restoran Barat pertama di China, berkembang dengan pesat yang kini menjadi pasaran tunggal terbesar di dunia.
PepsiCo memecah bahagian restorannya sebagai Tricon Global Restaurants sebelum Yum! Brands.

Produk asli KFC adalah kepingan ayam goreng, diproses dengan resipi Sanders 11 herba dan rempah ratus.
Sebahagian besar ayam goreng dihidangkan dalam 'bucket' yang menjadi ciri terkenal sejak mula diperkenalkan francais Pete Harman pada 1957.
Sejak awal 1990-an, KFC memperluas menu ayam lain seperti burger ayam dan bungkus ayam, salad, kentang goreng Perancis dan coleslaw, pencuci mulut dan minuman ringan yang dibekalkan PepsiCo.
KFC terkenal dengan slogannya Finger Lickin ‘Good, Nobody Does Chicken Like KFC dan So Good.

Sinar Harian

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog