Pelawat Sejak Mac 2009
Cari Blog Ini
Selasa, 30 Mac 2010
KENYATAAN RASMI YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN
PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS•
Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.•
Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.•
Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.•
Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.•
Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.•
Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 29 Mac 2010
Tok Guru Nik Aziz Kekal Mursyidul Am.
Syukur Alhamdulillah.
Namun, kita masih bersedih kerana nama Ustaz Ahmad Awang telah dibuang dari senarai Ahli Majlis Syura yang terbaru, walaupun Ustaz Ahmad Awang masih bersedia untuk terus memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Syura.
Nampaknya, Tok Guru berkeseorangan di dalam Syura kerana hanya beliau (dan mungkin seorang lagi) yang jelas penentangannya terhadap “Kerajaang Perpaduang”.
Saya juga pernah meminta Unit IT PAS Pusat supaya mengadakan khidmat “Videoconferencing” serta “Teleconferencing” dari Kota Baru ke Kuala Lumpur supaya Tok Guru tidak perlu datang ke Kuala Lumpur bila mahu mengendali mesyuarat Majlis Syura.
Ini memandangkan kesihatan serta kesibukan Tok Guru Nik Aziz. Tiada lagi alasan untuk tidak mengadakan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Pusat. Juga, apa salahnya mesyuarat Majlis Syura diaadakan di Kota Baru setiap kali? Saya tak nampak sebab mengapa tidak.
Saya telah pun mengutarakan perkara ini kepada beberapa ahli Unit IT PAS Pusat sebelum ini. Saya berharap fasiliti ini akan diadakan dengan kadar segera.
Saya juga memohon kepada Allah SWT supaya memberi Taufik dan Hidayah serta kekuatan kepada Tok Guru didalam menjalankan tugas beliau sebagai Mursyidul Am.
Saya juga ingin menyatakan kehairanan mengapa Dr Harun Din dilantik semula sedangkan Dr Harun Din telah melakukan pelanggaran disiplin parti yang amat besar sebelum ini dan belum lagi memohon maaf kepada parti.(Sila rujuk di sini.)
Adakah ini bermakna setiap ahli PAS tidak perlu risau kalau melanggar keputusan rasmi parti kerana mereka tetap akan dilantik semula ke jawatan mereka kalau melakukan perkara tidak bertanggungjawab dalam parti?
Akhir kata, syukur kerana Tok Guru dilantik semula sebagai Mursyidul Am. Nampaknya, dengan tiada Ustaz Ahmad Awang di dalam Syura, tugas Tok Guru akan menjadi lebih berat.
Wallahualam bissawab
Tulang Besi
Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.
Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.
Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).
Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.
Sessi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.
Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini.
http://www.malaysiawaves.com/2010/03/ok-guru-nik-aziz-kekal-mursyidul-am.html
30.03.2010

Sabtu, 20 Mac 2010
September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri
Zahrain telah menaikkan isu SEPT 16. Tetapi tahukah anda.....Maklumat yang saya dapat adalah calon PM, sekiranya Sept 16 kelmarin berjaya, bukan Anwar Ibrahim. Ianya adalah .......MR X.
Pada mulanya Anwar mahu membawa MP2 melompat atas inisiatif sendiri. Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau.
Banyak masa dibuang kerana bantahan dari PAS. Hanya Tok Guru sahaja yang bersama Anwar pada masa itu.
Kepimpinan lain lebih suka bersama UMNO.Maka, atas bantahan PAS yang tidak berasas ini, Anwar telah bertemu Mr. X dan Mr X bersetuju membawa MP2 Melayu di bawah beliau.Mr X akan menjadi PM selepas Najib diturunkan.Namun, pada masa itu sudah terlambat.
Najib telah menghidu dan Pak LAh awal2 isytihar letak jawatan. MP2 di bawa ke Taiwan dan dikurung di sana.Kepimpinan Pro UMNO dalam PAS boleh dipersalahkan atas kegagalan Sept 16 dan bukan Anwar.
Kiranya majoriti dalam kerajaan itu bukan Islam sekalipun, kerajaan itu hanya akan survive tidak lebih dari 1 tahun.Selepas 1 tahun, kalau masih belum dibubar Dewan, PAS boleh menarik sokongan pada Anwar dan hasilnya kerajaan baru itu akan tumbang juga dan membawa kepada pilihanraya.
Begitu dangkal pemimpin2 PAS pro UMNO ini sehingga mereka sanggup mengagalkan Sept 16. Hakikatnya, mereka mahu mempertahankan UMNO serta memastikan kesinambungan UMNO.

Anwar berjiwa besar dan sanggup mengambil kira pendapat PAS. Anwar telah sanggup menggadaikan reputasi beliau semata-mata menghormati PAS.Pemimpin2 pro UMNO dalam PAS ini umpama barah. Mereka harus dibersihkan seluruhnya.
Tulang Besi
Ahad, 7 Mac 2010
KEPUTUSAN UNDIAN SINAR HAHARIAN 7/3/2010.
MAMPUKAH SEMBOYAN HALILINTAR TAWAN PUTRAJAYA?
SETUJU = 95%
TIDAK SETUJU = 5%
SETUJU = 95%
TIDAK SETUJU = 5%
Selasa, 2 Mac 2010
Surat Terbuka: Rintihan Dari Bukit Aman
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
RINTIHAN DARI BUKIT AMAN
Assalamualaikum.....
Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuan saya menyebarkan maklumat ini adalah kerana saya berasa amat tertekan dan jijik dengan arahan yang saya terima dari pihak atasan dan saya tidak dapat lagi membendung perasaan marah.
Walaupun saya berpangkat kanan di dalam pasukan, saya juga seorang manusia, berbangsa Melayu dan berugama Islam. Saya adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, sedih dan peri kemanusiaan terhadap manusia lain walau apa pun bangsa dan ugama seseorang itu.
Di dalam pasukan, kami dilatih untuk memenuhi setiap arahan ketua. Tak kira penat, siang ataupun malam. Dan di dalam situasi saya ini, saya menerima arahan dari ketua saya iaitu Tan Sri Rahim. Selaku Ketua Polis Negara, segala arahan beliau tidak pernah dapat kami pertikaikan walau di dalam mesyuarat (samalah kelakuannya seperti Dr. Mahathir) kerana di dalam Pasukan Polis keadaannya sama seperti di dalam kabinet yang sudah banyak kaki ampu, bodek dan dungu.
Di dalam kes Anwar dan Mahathir, sebenarnya KPN juga terbabit secara langsung. Ketakutan KPN kepada Anwar jelas tersebut di dalam mesyuarat kami di Bukit Aman baru-baru ini. Segala rahsia KPN berada di dalam pengetahuan saya. Semua projek-projek yang bernilai berjuta-juta ringgit yang menjadi milik KPN dan juga wang yang berjumlah RM 3.5 juta yang telah Daim Zainuddin berikan kepada KPN atas arahan Dr. Mahathir juga telah kami ketahui. KPN cuba menutup mulut kami dengan wang sebagaimana yang telah berjaya Dr.Mahathir lakukan pada dirinya. Tetapi bukan kesemua kami berkelakuan seperti binatang yang sentiasa membuka mulut jika disuap.
Ketegasan Anwar Ibrahim terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, mencuri wang rakyat amat menakutkan KPN. Dr Mahathir telah memanggil KPN bertemu dengannya dan mengugut untuk membocorkan tembelang KPN supaya diambil tindakan oleh Anwar di mahkamah atau berkompromi dengannya untuk menjatuhkan Anwar.
TETAPI saya amat terkejut apabila mendapat arahan dari KPN baru-baru ini. KPN mengarahkan kami membuat huru-hara semasa Anwar berucap atas sebab untuk menuduh Anwar dan kumpulannya ganas dan membahayakan kemakmuran. Kami telah berjaya melakukan sabotaj dan hasilnya Anwar dan rakan-rakannya serta 125 orang penyokongnya telahpun kami tahan.
KPN juga mengarahkan kami untuk mengambil darah dari penagih dadah yang telah dikenalpasti membawa kuman AIDS dan HIV positif. Kami terpaksa melakukan arahan tersebut dengan menyerbu Lorong Haji Taib dan mengambil darah kebanyakan penagih dadah yang kelihatan teruk dan hampir mati.
Pada mulanya saya tidak tahu untuk apa kuman itu diambil. Tapi setelah terdengar katanya dari Dr Mahathir dan KPN " Rahim, have you done your job? Or should I ask somebody else to do it?". Tan Sri Rahim menjawab, " Do not worry Dato’ Seri, I’ll ask.............................(nama saya telah disebut sambil KPN menepuk bahu saya) to finish him". Dr Mahathir berkata lagi, "Can we trust him?". KPN menjawab "Then we kill him like that goat". (Mereka menggelarkan Anwar sebagai kambing).
Tahukah tuan-tuan semua, apakah tugas Dr Mahathir perintah KPN lakukan dan KPN telah menyerahkan tugas itu kepada saya......?
SAYA TELAH DIARAHKAN SUPAYA MENYUNTIK TUBUH ATAU MENYALURKAN KUMAN AIDS DAN HIV MELALUI MAKANAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.
KEJI ! Sungguh keji. Apabila Anwar ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, saya berterus terang kepada KPN bahawa saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya diugut untuk tidak membocorkan rahsia ini dan akan menerima nasib seperti Dato’ Nalla. Saya faham ugutan ini kerana kami memang kadang kala akan meletakkan sesuatu (dadah atau senjata) ke dalam kereta atau rumah seseorang musuh dengan tidak disedari lalu kami akan mendakwa orang itu.
SEBENARNYA PELURU, PISTOL DAN DOKUMEN KERAJAAN YANG BERADA DI RUMAH DATO’ NALLA ADALAH KEPUNYAAN PIHAK POLIS. ANWAR SENGAJA DIPERANGKAP !! Saya berani bersumpah kerana orang bawahan saya mengaku telah diberi tugas oleh KPN untuk melakukannya bagi menuduh Anwar Ibrahim belot kepada negara.
2 orang yang mengaku mempunyai hubungan liwat juga sebenarnya telah kami paksa untuk mengaku mempunyai hubungan liwat dengan Anwar. KPN telah memberi dua pilihan kepada mereka sama ada menghadapi ISA atau hukuman gantung sampai mati atau menerima RM 520,000 dan 6 bulan penjara. Kalaulah perkara ini terjadi kepada diri saya, sudah tentu saya tidak memilih hukuman gantung. Bagaimana pulak tuan ?
Tuan-tuan semua, jangan berasa hairan jika media melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mati membunuh diri. Salah satu dari agenda kami di Bukit Aman ialah untuk memasukkan kuman HIV ke tubuh Anwar, membunuhnya dan mengatakan Anwar mati membunuh diri kerana malu.
Oleh kerana saya adalah orang Islam dan orang Melayu dan saya tidak boleh bersekongkol dengan rancangan KPN dan Dr Mahathir yang kejam ini ..... maka bersama surat ini saya dengan rasminya meletakkan jawatan saya sebagai anggota polis.
Pasukan Polis di Bukit Aman juga telah berpecah kepada 2. Iaitu yang bersetuju kuman AIDS disuntik ke tubuh Anwar dan yang satu golongan lagi masih berugama.
Saya merayu kepada semua anggota polis, pasukan tentera dan rakyat Malaysia supaya segera menyelamatkan Anwar Ibrahim dari mangsa jarum suntikan AIDS......... Saya bersumpah bahawa Dr Mahathir dan KPN akan membunuh Anwar. Jangan jadi Tentera atau Polis yang bodoh seperti "Algeria dan Turki".
http://www.youtube.com/watch?v=COm3D6FDmwY http://www.youtube.com/watch?v=FYUJWSytRTc&feature=related
sumber dari sini
http://kumanddieaf.blogspot.com/2010/02/rintihan-dari-bukit-aman-original-utk.html
http://zulmamakpng.blogspot.com/2010/03/surat-terbuka-rintihan-dari-bukit-aman.html
'UMNO 1Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’
Akhir kata dari aku... ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
http://zulmamakpng.blogspot.com/
01.03.2010

Isnin, 1 Mac 2010
Sepakat desak, gugurkan pendakwaan Anwar
Kesan daripada perjalanan perbicaraan pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah muncul suara sepakat mendesak pendakwaan itu digugurkan. Siri perbicaraan itu sebenarnya telah membongkar nilai kehakiman yang bermotif politik dan tersasarkan daripada lunas keadilan sejagat.
Setelah Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu membuat keputusan muktamad menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibekalkan semua dokumen penting pendakwaan ke atasnya membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, maka beberapa urutan perbicaraan mahkamah telah diteruskan. Sehinggalah berlaku pula permohonannya untuk menggugurkan tuduhan Mohd Saiful ke atas Anwar di Mahkamah Rayuan. Sebelumnya, pihak Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan menolak permohonan Anwar.
Setakat ini mahkamah telah tidak melayan permohonan Anwar atas tiga isu penting: minta mendapatkan akses dokumen pertuduhan ke atasnya, minta supaya hakim menarik diri daripada mendengar perbicaraan kesnya, dan permohonan digugurkan pertuduhan ke atasnya.
Sehubungan itu, permohonannya supaya hakim menarik diri daripada mendengar perbicaraan kesnya yang difailkan pada 8 Februari akan didengar pada 25 Mac nanti. Anwar juga telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Februari yang telah menolak rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan terhadapnya. Sementara tarikh perbicaraan rayuan itu belum ditetapkan.
Sepakat
Ekoran daripada itu, berlakulah beberapa desakan demi desakan beberapa pihak agar kerajaan dapat menggugurkan pertuduhan kali kedua yang tidak munasabah ke atas Anwar itu. Senarai pihak yang mendesak itu antaranya ialah ahli parlimen Australia, presiden PAS, menteri besar Kelantan, ahli senat Amerika Syarikat, bekas perdana menteri Kanada, penasihat seumur hidup DAP dan ulama dunia terkenal.
Ahli parlimen
Antara yang awal adalah 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michel Danby menghantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Canberra, Datuk Salman Ahmad agar Kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad.Surat itu berbunyi antara lainnya, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.
“Ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.
Ahli senat
Ia kemudian disusuli kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry yang menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Anwar.
“Menggesa kerajaan Malaysia menyediakan perlindungan perundangan yang sewajarnya, yang beliau berhak peroleh selaku seorang Ahli Parlimen dan seorang rakyat dan untuk menyelesaikan kesnya dalam cara yang boleh membina keyakinan dari segi ia tidak memihak dan kewibawaan sistem kehakiman Malaysia."
Bekas perdana menteri
Kemudian, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin dalam The Globe and Mail turut mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pendakwaan ke atas Anwar. Menurutnya, jika Malaysia mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang didakwanya bermotifkan politik itu digugurkan. “Sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, Anwar juga harus diberikan kebebasan untuk melaksanakan visinya.”
Presiden PAS
Sehubungan dengan kritikan pihak luar terhadap perbicaraan Anwar berkaitan tuduhan Mohd Saiful itu, terutamanya oleh pihak 50 ahli parlimen Australia, maka bagi Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melihat sebagai ketempangan sistem kehakiman negara sehingga pihak luar mempersoalkan tuduhan dan pendakwaan ke atas Anwar.
Maka Presiden PAS memakai pertimbangan rasional dengan maksud, sekiranya kehakiman itu menepati nilai keadilan sebenar tidak mungkin pihak luar akan menegur amalan sistem keadilan di Malaysia.
Dua era kezaliman
Justeru itu, memahami konteks maklum balas tersebut, Anwar semacam berdepan dengan dua era kezaliman ke atasnya. Apabila dinilai kepada kehakiman yang pernah dilalui ketika era Dr. Mahathir kerana dituduh dengan pertuduhan yang sama seperti sekarang, pada akhirnya Anwar telah dibebaskan. Maka, pertuduhan ketika itu adalah sengaja dibuat dengan kerana motif politik.
Kini era Mohd Najib, tidak mustahil pertuduhan ke atas Anwar diulangi lagi. Memetik kata-kata John Kerry, tuduhan ke atas Anwar itu bermotifkan politik itu, maka wajarlah ia digugurkan.
Bersama meragui
Langsung, motif sebenar ahli parlimen Australia, John Kerry dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah manifestasi fakta yang secara bersama meragui realiti keadilan dalam kehakiman di Malaysia. Betapa, seluruh pihak di dunia dapat melayari kenangan apabila undang-undang jakun seperti Akta Keselamatan Negeri yang menangkap dan menahan ‘mangsa’ tanpa bicara adalah masih utuh dipakai sehingga ke hari ini.
Ditambah lagi dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak yang membelakangkan semangat perlembagaan dan suara demokrasi rakyat. Dikemaskan lagi dengan amalan fahaman jakun yang menepikan perjanjian tatkala menolak pembayaran lima peratus “cash payment” (royalti) hasil minyak di Terengganu dan Kelantan.
Selain daripada, banyak cerita yang masyhur mengenai kes-kes kehakiman yang tertangguh dan pendakwaan terpilih atas salah laku jenayah yang melibatkan individu berprofil VIP. Di samping turut tersebar banyak fitnah bahawa berlaku ‘campur tangan politik’ di dalam proses kehakiman di negara ini.
Menteri besar
Di atas nilai yang sedemikian, Mursyidul Am PAS juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut tidak bersetuju dengan sistem kehakiman di negara ini yang dianggap tidak dapat mencerminkan keadilan sebenar apabila melayan tuduhan yang tidak masuk akal ke atas Anwar yang dibicarakan secara terbuka sehingga membuka aib orang kepada umum.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menegaskan, “apabila orang Australia pun turut sama membuat bantahan, ini bermakna mereka pun terasa dakwaan itu adalah karut.”
Penasihat seumur hidup
Menarik lagi, apabila ‘orang lama’ yang juga penasihat seumur hidup DAP, Dr. Chan Man Hin seperti mana dilaporkan Harakah turut menuntut agar pihak kerajaan menggugurkan segera dakwaan ke atas Anwar.
Baginya, kesan perbicaraan ke atas Anwar akan menyebabkan kesan buruk kepada ekonomi negara berikutan pihak dunia luar akan mengenakan sekatan ke atas Malaysia seperti mana berlaku di Myanmar, apabila negara itu menahan pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi.
“Anwar boleh menjadi seorang lagi Aung San Suu Kyi kerana Anwar dilihat ancaman kepada Najib.”
Pandangan Dr. Chan itu dilihat menjurus kepada perspektif global yang turut mendedahkan wujudnya kesedaran komuniti antarabangsa tentang hakikat pendakwaan ke atas Anwar itu sebagai tindakan mengelakkan Anwar menjadi pencabar Najib sebagai Perdana Menteri.
Ulama dunia terkenal
Turut menggegarkan pelaksanaan kehakiman Malaysia dalam konteks pendakwaan ke atas Anwar ialah ulama dunia terkenal, Tokoh Maal Hijrah Malaysia bagi tahun 1431 Hijri, Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi.
Pihak Syeikh Dr. Yusof menggesa kerajaan menimbang untuk menggugurkan pendakwaan ke atas Anwar kerana ia akan menjejaskan nama baik Malaysia di kalangan dunia Islam. Apatah lagi, pendakwaan itu dibuat dengan penuh keraguan, dan sekiranya wujud keperluan pendakwaan itu, ia hendaklah dilakukan di mahkamah syariah bukannnya mahkamah sivil.
Sewajarnya, kehakiman negara ini dapat memberi keadilan kepada Anwar yang berdepan dengan pendakwaan itu.
Serius
Apa pun, pihak kerajaan hendaklah memandang serius atas nilai-nilai keadilan dan ketelusan sistem kehakiman di negara ini. Atas pendakwaan melibatkan Anwar ini terbukti telah wujud suara pemimpin utama dari dalam dan luar negara yang menggesa supaya ia digugurkan.
Bermula dengan desakan pemimpin luar (ahli parlimen Australia, ahli senat Amerika Syarikat dan bekas Perdana Menteri Kanada serta Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi) dan pemimpin dalam negeri (Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi dan Dr. Chan Man Hin) menjadikan kes pendakwaan ke atas Anwar kali kedua ini sebagai fokus antarabangsa.
Sehubungan itu, atas nilai kesejagatan keadilan, Anwar sewajarnya menerima pengadilan yang telus dan adil serta berteraskan syariah. Di sini relevan dan rasionalnya gesaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi, dan Dr. Yusof al-Qaradhawi. Maka, ia harus diambil kira demi menyelamatkan maruah negara daripada amalan kehakiman yang rakus dan di luar konteks keadilan.
Sesungguhnya, Tuhan Yang Esa adalah Maha Adil kepada sekalian hamba-Nya.
Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/

KEPUTUSAN UNDIAN SINAR HARIAN 28/FEB/2010
SAMAN FITNAH RM100 JUTA YANG DIFAILKAN MB PERAK BN TERHADAP PRESIDEN PKR ADALAH WAJAR.
SETUJU = 30% TIDAK SETUJU = 70%
SETUJU = 30% TIDAK SETUJU = 70%
Langgan:
Catatan (Atom)
Post Paling Popular
-
[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI
-
Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). ...
Post 7 Hari Popular
-
Ada RM50 Anda di beri sekeping simkad dan RM30 topup. Anda topup sahaja setiap bulan. Maklumat detail KLIK SINI
-
Jika anda beli simkad tone wow excel... tapi tak tahu cara nak daftar atau aktifkan simkad anda... anda boleh lah buat pendaftran di blog P...
-
JOM SIAPA NAK LAYAN TV PROMOSI PROJEK PELABURAN TELCO TONE WOW GROUP TW88 KLIK LAJU LAJU SINI
Followers
Senarai Blog Bisnes
-
-
Laporan income pasif tw88 - Update : 26.1.2020 1. Jun 2019 RM66.60 2. Jul 2019 RM55.15 3. Aug 2019 RM47.80 4. Sep 2019 RM69.39 5. Oct 2019 RM65.73 6. Nov 2019 RM88.33 7. Dec 2019 RM13...
-
SIAPA NAK BUAT PELABURAN DENGAN SISTEM TW88? - Modal : RM50 sahaja Setiap bulan : lakukan topup RM30 ke atas Maklumat penuh *KLIK SINI*
-
JANA PROFIT 5% KE 20% SETIAP BULAN. - NIAGAKAN WANG ANDA* Perkiraan mudah untuk menampakkan keuntungan bila anda gunakan wang simpanan anda utk digandakan dalam *essencefx* dengan menggunakan s...
-
KEBAIKAN TONE WOW - Daripada awak semua viralkan lawak bodoh dan mengarut tu.. lebih baik awak viralkan KEBAIKAN TONE WOW ne... Biar semua orang tahu apa sepatutnya dorang PERL...
-
Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful - Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful tapi tiada kemampuan dan malas nak berurusan boleh ambil dlm pakej ini. http://www.gajimasyuk.c...
-
Kelebihan bisnes toneexcel berbanding dgn kebanyakkan bisnes2 lain. - MODALNYA KECIL. syarat untuk menjadi agen bisnes Tone excel ini. pertama sekali adalah anda sendiri perlu menjadi penguna simkad ini. Simkad ini berharga R...
-
Ahli terkini kelabsimkad.com - layari website mohd fauzi dari nilai negeri sembilan.. klik www.kelabsimkad.com/fauzinilai
-
Bonus Pakej untuk jualan 1 - 15 July 2017 sudah di bayar. - *Papan Kenyataan* *YG BERMINAT NAIKKAN JUALAN SYARIKAT ANDA BOLEH JOIN BISNES TELCO INI* *KLIK SINI* WEBSITE BIZ55 TERKINI LAYARI : *http://revo55.weebly....
-
Top 10 Income, Update 07 July 2017 - *1. Siti Zuraidah bt Sayudi RM1290.642. Mohd Ridhwan bin Saimi RM1083.86* 3. Mohd Ahmar bin Saipudin ...
-
-
Kini Telah Ada Peta Minda - Layari : http://www.petamindasains.com/
-
DAPATKAN WEBSITE REFLIKA TONE EXCEL PROMOSI PERCUMA - *PERHATIAN!!!* *KELABSIMKAD MENAWARKAN KEPADA SEMUA PENGGUNA SIMKAD. KHAS KEPADA PENGGUNA SIMKAD TONE EXCEL.* *DAPATKAN WEBSITE REFLIKA PROMOSI* * P...
-
-