Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Jumaat, 30 Julai 2010

Farah Azlina Membatalkan Perkahwinannya!

1. Dua hari lalu, Abdul Gani, pada sidang akhbarnya, mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar. Persoalan - Mengapa Farah Azlina digugurkan serta-merta setelah pendedahan dilakukan oleh Raja Petra ?
2. Beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat. Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi dibawa kemudiannya selepas seorang daripada timbalan pendakwa raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan.

Persoalan yang harus difikirkan - Mengapa timbalan pendakwa raya yang asal (sebelum digantikan oleh Farah Azlina) meletakkan jawatan? Adakah kerana tidak mahu bersubahat dengan pasukan pendakwaan??


3. Sebelum kejadian itu iaitu sebelum pembongkaran oleh Raja Petra, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui.


Persoalan - Mengapa perkahwinan Farah Azlina dibatalkan seminggu sebelum ia dilangsungkan ? Adakah ianya berkait rapat dengan hubungai romantis antara Farah dan Saiful ??


4. Difahamkan, sumber dari Suara Keadilan menyatakan bahawa Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.


Persoalan - Mengapa terlalu kalut untuk cepat berkahwin? Adakah suatu kebusungan yang hendak disembunyikan??


Sumpah laknat yang dihamburkan oleh Saiful Bukhari telah memakan diri. Mungkin jika peristiwa ini berlaku di zaman para nabi, pastinya si pesumpah akan mendapat balasan secara 'cash' dengan kuasa Allah.

Tetapi di zaman ini, sumpah yang makan tuan itu ditunjukkan dalam bentuk yang mengaibkan peribadi seperti ditangkap khalwat dengan pelajar di bawah umur, dan mungkin juga didapati 'mengandungkan' seseorang ketika masih mempunyai ikatan pertunangan dengan orang lain.


Personaliti media yang bernama Janna Syariza harus tampil menyatakan status pertunangan mereka. Ini bertujuan untuk membersihkan nama Janna dari terus terlibat dengan kebobrokan sebuah pasukan yang cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam apa jua kosnya.


Saudara dan saudari sekalian, mungkin apa yang kita lihat hari ini dan apa yang ditunjukkan kepada kita hari ini kesemuanya adalah berbentuk peribadi. Jika diikutkan, apa perlu untuk kita mengambil pusing perihal peribadi yang sedang hangat diperkatakan? Apakah rasionalnya?

Maka perlulah diingat bahawa, pertuduhan yang dilempar kepada DSAI juga sangat-sangat peribadi dan juga sangat mengaibkan. Seorang anak muda yang diberi kepercayaan supaya suatu hari nanti menjadi orang yang berguna kepada rakyat akhirnya menuduh tuannya dengan tuduhan yang tidak masuk akal - Kononnya diliwat ketika punya kekuatan untuk melawan.

Masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari harus menjadi rasional untuk dibicarakan kerana ia telah menyebabkan keperibadian seorang pemimpin dicalar sehabisnya hingga mungkin bakal menamatkan karier politik seorang pejuang.

Oleh demikian, keperibadian 'orang yang menuduh' iaitu Saiful Bukhari perlu di ambil perhatian lebih-lebih lagi orang yang dituduhnya merupakan seorang pemimpin yang punya kredibiliti, kedudukan dan punya karisma. Jika benar Saiful diliwat, hingga dibawakan kepada kita sebuah sumpah lakhnat tujuh keturunan sejurus sebelum PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008, maka perjalanan yang dilalui oleh Saiful sepatutnya lebih dipermudahkan.

Apalah perlunya perbicaraan kes liwat DSAI ini diteruskan sekiranya orang yang menuduh tidak mempunyai moral setulus dahi legamnya. Sama-sama kita lihat di manakah berakhirnya konspirasi yang semakin kucar dan kacir, adakah ia berakhir di Sungai Buluh atau berakhir di Putrajaya. Mohon petunjuk dari Allah...

Akhir kata, masih ingatkah kita akan sumpah lakhnat yang dilakukan oleh DS Najib suatu masa dulu? Apalah balanya yang bakal dituruti sekiranya sumpah ini memakan tuannya, adakah ia berbentuk kekalahan teruk pada PRU akan datang? Sabar-sabarlah kita nantikan...

EDYES - 29 JULAI 2010

Perkara no 1, 2 dan 3 merujuk kepada laporan Malaysiakini. Manakala perkara no 4 merujuk kepada Suara Keadilan.Farah Azlina Membatalkan Perkahwinannya!

TERIMA RM7480 SEHARI!!!!!!!!

Ahad, 25 Julai 2010

KEWIBAWAAN ANWAR IBRAHIM TERBUKTI.


Oleh: anak_muar

"Kewibawaan Anwar Ibrahim telah terbukti apabila berjaya menyatukan parti-parti pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan UMNO-BN.Gabungan PAS-PKR-DAP hasil peranan dan usaha yang diketui Anwar telah membuahkan hasil yang menakjubkan.

Keputusan PRU-12 yang lepas memperlihatkan parti pemerintah yang diketuai UMNO telah mengalami prestasi terburuk apabila gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat dan kehilangan 5 negeri namun Perak berjaya dirampas semula oleh UMNO-BN apabila 3 ADUN PR melompat keluar menjadi BEBAS dan menyokong BN.
Kewibawaan Anwar ini membuatkan UMNO menjadi cacing kepanasan serta cemas akan kebangkitan semula Anwar dalam pentas politik tanahair.Maka untuk menghalang kamaraan tersebut UMNO terus tidak jemu dengan rancangan jahat mereka dengan mencipta pelbagai tuduhan sebagai sambungan konspirasi pertuduhan 1998.Namun keadaan sudah berubah rakyat sudah mula matang dan tidak mudah diperbodohkan dengan propaganda yang melampau terhadap Anwar.

Anwar tidak perlu menoleh kebelakang lagi untuk melayan kerenah-kerenah UMNO terhadapnya.Kewibawaan beliau dalam menyatukan PAS-PKR-DAP perlu digunakan pula untuk menyatukan seluruh orang Melayu bahawahan bagi menjatuhkan UMNO pada PRU-13 yang bakal berlaku tidak lama lagi.Tuduhan Anwar sebagai pengkhianat perlu dinyahkan dengan mengajak seluruh umat Melayu untuk bersama PR dalam PRU-13.Pengalaman dan kemampuan Anwar perlu dimanfaatkan dalam usaha menyatukan umat Melayu keseluruhannya.

UMNO sudah terlalu lama dan tua serta lapuk dalam arena politik negara. UMNO menjadi semakin tua dan nyayok bukan kerana usianya tetapi penyakit rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah berakar umbi dan sebati dalam kepimpinan UMNO.Kerana rasuah dan penyelewenganlah nasib dan masa depan Melayu dilihat telah gagal dan membimbangkan di bawah dasar-dasar UMNO yang hanya menguntungkan segelintir individu dan puak-puak sahaja. Malangnya Melayu kebanyakkan yang terus ketinggalan dan majoriti menjadi kaum yang miskin berbanding Cina dan India.

Oleh demikian Anwar perlu menyedarkan orang Melayu supaya keluar dalam dunia pemikiran UMNO yang sememangnya tidak menguntungkan orang Melayu sendir.Dasar yang lapok dan bertentangan dengan prinsip perjuangan untuk orang Melayu perlu ditinggalkan.Anwar perlu membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Melayu/Islam bahawa beliau bukanlah seperti yang difitnah oleh UMNO sejak 12 tahun yang lalu.Anwar bukan dalang perpecahan umat Melayu selama ini tetapi beliau hanya mengajak umat Melayu supaya menolak parti yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan yang boleh menghancurkan masa depan negara.

Anwar perlu berterusan untuk meyakinkan umat Melayu bawahan khususnya kawasan luar bandar untuk berani berubah menerima trend baru politik Melayu gabungan PAS-PKR-DAP yang lebih amanah dan bertanggungjawab dalam menggalas amanah dalam perjuangan terhadap Agama,Bangsa seterusnya Negara Malaysia yang bertuah ini.Nyahkan ayat hanya UMNO sahaja yang boleh membela Melayu...Takbir...




TERIMA RM3500 SEHARI!!!!!!!!

Khamis, 8 Julai 2010

Adakah PRU13 akan diadakan serentak..??



Aku ada berita PANAS...PANAS..PANAS....ni baru dapat info...hehehe..berita ni aku dapat dari orang kuat di dot..dot..dot....jangan tanya macam mana,..sapa..atau bila..yang pasti

PRU 13 akan diadakan serentak dgn PRU Sabah Sarawak
Bile?? Kemungkinan besar lepas budget 2011
Ari tu Najib dah cakap PRU kali nie akan ada kejutan..betui tak??

So..PR kena siap sedia dari sekarang..dengan isu yang ada..mustahil untuk PR kalah..

Macam mana aku tau pasai benda nie...jgn tanya..tp yang penting benda nie dari Putrajaya sendiri..

Istiqamah lah dengan perjuangan atas dasar KEADILAN dan KEBENARAN..
Dan aku yakin kalau PR buleh jaga benda nie..insyaallah..PR buleh tumbangkan BN dengan mudah..

BN ada 3M (Money, Media, Management)..tapi PR ada semangat jihad untuk lawan dan tumbangkan BN..kalau PR pandai dan dapat tackle salah satu dari 3M tu...insyaallah...BN akan berkubur..

Semua bilik gerakan dah kena buat kerja mulai sekarang..kena cari petugas..kena tau selok belok apa yang puak2 BN nie buat..tengok segala macam isu yang berterabur kat Malaysia nie..gunakan kelebihan semua tu..ambil iktibar dari apa-apa perbincangan yang ada..segala kelemahan yg berlaku dalam 5 buah negeri yg PR perintah dan pernah perintah perlu diperbaiki..ini yang penting.

Jangan sesekali abaikan penduduk. Mula turun padang..ADUN dan MP kena mula melawat kawasan..perbaiki segala kelemahan..dengar segala masalah..benda nie semua buleh lagi berubah..

Dan satu lagi yang aku dapat tau ..Umno sekarang tengah cari org2 ugama yang nak jadi calon Parlimen BN.... depa tengah offer...depa offer tak kurang dari 10 kerusi parlimen....

So sapa2 yang nak buleh jumpa depa..

Apa tunggu lagi PR..jangan berangan lagi dah..mulakan langkah dan gerak kerja sekarang..!! TUMBANG KAN BN!!..INsyaallah...

•http://colourluna.blogspot.com


TERIMA RM3500 SEHARI!!!!!!!!

Khamis, 1 Julai 2010

UMNO Putera keringkan wang Felda Dari Blog HUSAM MUSA.


Saya boleh membantu menjelaskan,
sebahagaian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan.
Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.
Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'.
\Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya.
Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta)
dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta)
dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).
Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya.
Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun. Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan.
Ia dipanggil Feldajaya.Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama.
Setakat ini, kosnya ialah RM 152 juta.
Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah.
RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini.Sebelum ini, saya telah tunjukkan, RM 800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada.
Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.
Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....
Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit.
Posted by faqir putih at 4:55 AM 0 comments
if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-6675145525031780171")); }
Thursday, June 24, 2010

Felda: Susut 2.7 B atau 8 B?!

Berapa sebenarnya rezab tunai Felda susut? 2.7 billion atau 8 billion?
Teliti kenyataan Ahmad Maslan di lobi Parlimen;
Speaking to reporters at the Parliament lobby later,
Ahmad explained that Felda's cash reserve was at RM4.08 billion in 2004 but dropped to RM1.35 billion in 2009 - a plunge of RM2.73 billion over a five-year period.
He said that the difference was used for welfare purposes - RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.
a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.
Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?
Kenyataan Ahmad Maslan di atas seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.
Mustahil!!Maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!
Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;
a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta
Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!
Jumlah ini perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion! Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion Jumlah - 9.28 billion
Baki sehingga 2009 seperti kenyataan Ahmad Maslan hanya RM 1.35 billion.
Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion
(RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9)
menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM 8 billion!
Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut;
RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.
a. RM 2 Billion untuk tanam semula
b. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat FeldaPertama :
Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.
Kedua : RM 2 billion untuk Tanam Semula.Kenapa guna rezab tunai Felda? Bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula?
Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM 4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda.
Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?Kedua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah.
Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut.Jumlah yang tidak kecil.
Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?
Bila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?
Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM 300 juta dan RM 500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar?
Dengan RM 300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM 800 juta itu tadi?
Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai.
Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM 688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!
Apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak kita ketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.
Misteri! Lubang besar Felda?Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog