Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Selasa, 29 Mei 2018

Tiada caruman tambahan gaji suami: TPM

Tiada caruman tambahan gaji suami: TPM

HULU SELANGOR – "Cadangan mewujudkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada golongan suri rumah tidak melibatkan caruman tambahan dipotong daripada gaji suami," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata sebaliknya hanya dua peratus daripada 11 peratus gaji suami yang dicarumkan kepada KWSP dicadang dipotong untuk tujuan itu.

Dr Wan Azizah berkata kementerian akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada Khamis bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman tersebut.“Kita tidak ambil tambahan, hanya ambil daripada 11 peratus. Bagilah pengiktirafan kepada wanita,” katanya selepas membuat lawatan ke Rumah Ehsan untuk warga emas di Kuala Kubu Bharu dekat sini, hari ini.

Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah soal suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu.

Caruman  KWSP kepada golongan suri rumah merupakan antara janji Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu. Dr Wan Azizah merupakan Presiden.
Selain caruman daripada pendapatan suami, cadangan itu turut melibatkan RM50 daripada kerajaan. - Bernama

Rabu, 23 Mei 2018

Simpan rekod perniagaan selepas penghapusan GST

GST baru

SYARIKAT-syarikat harus terus menyimpan rekod perniagaan mereka selepas penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana audit terhadap cukai enam peratus berkenaan dijangka akan terus berlaku yang akan mengambil masa sehingga tujuh tahun dari masa pembekalan, kata Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd.
Firma berkenaan juga  berkata, peraturan dan kewajipan GST akan terus diterapkan, termasuk memfailkan pemulangan GST, pengeluaran invois cukai serta tuntutan kredit cukai input, di mana perlu, selain pelarasan hutang lapuk.  

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, mengarahkan GST pada kadar sifar mulai 1 Jun, 2018 dan akan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).“Peniaga perlu memahami kesan terhadap arahan kadar sifar seperti yang membabitkan harga dan sistem cukai,” kata Rakan Pengurusan Cukai Aseannya, Yeo Eng Ping, dalam satu kenyataan.

Proses peralihan  dari GST ke SST, mungkin mengambil masa yang singkat, justeru memerlukan pengurusan yang berhati-hati, katanya dan menambah sesebuah organisasi perlu memberikan tumpuan yang cukup selain sumber untuk memastikan proses peralihan yang lancar, mengelakkan risiko dan merebut peluang baharu.
“Kami juga menjangkakan pembaikan insentif cukai untuk menggalakkan pelaburan yang tepat ke Malaysia yang dapat merangsang transformasinya ke dalam ekonomi baharu.
“Adalah diharap bahawa pengenalan SST yang baharu dapat dilakukan dengan kaedah di mana ia sensitif kepada operasi perniagaan serta mengambil kira sumber dan kos yang dikaitkan dengan perubahan,” kata Yeo.

SST dilaksanakan di Malaysia selama 40 tahun sebelum ia digantikan dengan GST pada 1 April, 2015.

Ernst & Young Advisory Services menjangka akan ada beberapa perubahan dasar dalam masa terdekat, termasuk semakan yang komprehensif terhadap polisi dan kerangka cukai kerana kerajaan turut menimbangkan bagaimana ia dapat melaksanakan dan membiayai perancangan pembangunan dan sosial sambil terus mengekalkan daya saing cukai.
Untuk itu, cukai baharu mungkin dipertimbangkan.

Kemungkinan akan ada pembaikan terhadap insentif cukai untuk menggalakkan pelaburan yang tepat ke Malaysia sebagai sebahagian daripada perancangan yang besar untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan menarik yang menyumbang kepada transformasinya ke dalam ekonomi baharu, selain memberi fokus membantu sektor tertentu seperi perniagaan kecil dan sederhana. - Bernama

Selasa, 15 Mei 2018

LEBIH 700 RAKYAT MALAYSIA TELAH PUN BERJAYA DENGAN SISTEM INI...NAK TAU?

Image result for jutawan app

Assalamualaikum dan Apa khabar! 

Ramai orang tanya saya, bagaimana buat duit/sale hanya tanpa belanja sesen pun?? Anda mungkin telah join banyak program tapi semuanya tak berjaya bukan...

Akan tetapi, saya yakin kali ini, ini adalah program terakhir yang bakal anda akan join! Program hebat ini akan memukau anda dengan kecanggihan dan ketelusan sistem ini.
Pada bulan April 2017 sahaja, lebih 700 rakyat Malaysia telah pun berjaya dengan sistem ini...Nak tau? Caranya dibongkar di sini...


NAK JOIN GROUP FB KLIK SINI https://www.facebook.com/groups/mudah55/

Selasa, 8 Mei 2018

Tun Daim ramal Harapan tawan Putrajaya

Tun Daim Zainuddin

LANGKAWI – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan Pakatan Harapan (Harapan) akan menawan Putrajaya pada PRU14.
Menurut  beliau, jangkaan itu bersandarkan kepada ‘mood’ rakyat yang rata-ratanya menginginkan perubahan kerajaan.
“Ke mana  saja saya pergi, orang akan bertanya saya apa kamu jangka keputusan PRU14... saya kata Pakatan Harapan akan menang. Insya-ALLAH.
“Mood nak perubahan,  rakyat nak tukar, nak ubah. Tapi perlu hati-hati kerajaan akan buat apa saja untuk menang,”katanya ketika sidang media, di sini, petang tadi.
Daim berkata, sebelum berjuang bersama Harapan beliau pernah menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cara urus tadbir negara.
“Saya dengan Najib kawan baik, kawan lama, jadi ada cara untuk nasihat takkan saya nak bagitau semua.
“Sebab bila saya kempen untuk Pakatan Harapan beliau (Najib) tak cakap seperti Tan Sri Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Seri  Hishamuddin Tun Hussein sebaliknya Najib cuma kata saya veteran dan pencen.. betul lah tu, yang lain tu tak faham,” ujarnya.
Bekas veteran Umno itu menegaskan bahawa, pemimpin-pemimpin baharu tidak layak mencabar beliau.
“Bila saya kata apa-apa tak payah cabar saya, ada banyak fakta,ada angka, saya lebih pengalaman,” ujar Daim.
Beliau menjelaskan, kemunculan semula dalam arena politik tanpa kepentingan kerana matlamat utamanya ialah membela nasib rakyat.
“Orang macam kami dah tak penting, kami berjuang untuk orang muda.Kenapa Dr mahathir kembali? Umur 93, tua pun dia marah dia kata kuda tua, yang muda dia kata kucing... apa punya ni?
“Bila minta berdebat tak berani debat.Lebih baik ada kuda tua ada otak, daripada kuda muda tak ada otak, buat apa? Soalnya.
Daim menyatakan beliau tidak perlu sertai Bersatu, sebaliknya tujuan utamanya membuat ‘come back’ ialah  untuk berjuang demi rakyat, keadilan, memastikan tiada rasuah dan tiada pembaziran.
“Jika lepas ni kalau Harapan  bentuk kerajaan tiada keadilan, tak bela rakyat, saya akan melawan bersama rakyat.
“Saya dah tua pun, apa yang penting ialah rakyat, integriti dan undang-undang,” katanya.

Sinar Harian Online

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog