Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Sabtu, 31 Disember 2011

Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno.....kian parah!!!!!!

TUMPAT, 30 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.
Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.

Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam.
Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.
“Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan.
Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir.

“Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu ‘diredakan’.
“Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada,” katanya./HarakahDaily

Apakah laman web yang paling ramai dikunjungi pelayar internet tahun 2011?

HHRS 2.0 - Lembaga penyelidikan Nielsen mengeluarkan alamat laman web yang selalu menjadi tumpuan para pengguna internet selama setahun terakhir ini. Alhasil, Google, Facebook, dan Youtube merupakan laman web yang sering dikunjungi pengguna internet.

Seperti dilaporkan dari CNet, Nielsen mengkategorikan hasil kajiannya ke dalam tiga bahagian, iaitu Top 10 US Web Brands di 2011, Top 10 US Social Networks & Blog di 2011, dan Top 10 US Online Destinations untuk Video. Kajian itu dilakukan hanya di Amerika Syarikat. Untuk Indonesia, berdasarkan data dari Alexa.com, lima laman utama yang paling sering dikunjungi tidak jauh berbeza dengan di Amerika Syarikat.
Nielsen mengukur hasil surveinya berdasarkan jumlah pelawat unik (unique visitor) satu bulan yang melawat tiap-tiap laman web yang disurvei. Rata-rata, yang menjadi kedudukan teratas dalam keputusan kajian tersebut merupakan syarikat internet gergasi yang sudah lama berkecimpung di internet.

10 US Web Brands di 2011 (dalam juta pengunjung per bulan):
1. Google (153,441)
2. Facebook (137,644)
3. Yahoo! (130,121)
4. MSN / windowslive / Bing (115,89)
5. Youtube (106,692)
6. Microsoft (83,691)
7. AOL Media Network (74,633)
8. Wikipedia (62,097)
9. Apple (61,608)
10. Ask Search Network (60,552)

Top 10 US Social Networks & Blog di 2011 (dalam juta pengunjung per bulan):
1. Facebook (137,644)
2. Blogger (45,712)
3. Twitter (23,574)
4. Wordpress.com (20,357)
5. MySpace.com (17,935)
6. LinkedIn (17,020)
7. Tumblr (10,879)
8. Google + (8,207)
9. Yahoo! Pulse (8,063)
10. Six Apart TypePad (7,793)

Top 10 US Online Destinations for Video (dalam juta pengunjung per bulan):
1. Youtube (111,152)
2. Vevo (34,58)
3. Facebook (29,802)
4. Yahoo! (25,324)
5. MSN / windowslive / Bing (16,563)
6. AOL Media Network (13,327)
7. Hulu (13,159)
8. The CollegeHumor Network (12,496)
9. CNN Digital Network (8,262)
10. Netflix (7,418)

Nielsen juga memeringkat telefon pintar berdasarkan bahagian pasaran di Amerika Syarikat. Ini Top 5 Vendor Telefon Pintar (dalam peratus):
1. Apple (29)
2. HTC (21)
3. RIM Blackberry (17)
4. Samsung (11)
5. Motorola (11)
Diterjemah dari kompas|cnet

Jumaat, 30 Disember 2011

Geng Umno desak!!! Saifuddin Abdullah letak jawatan

ASPIRASI desak Saifuddin letak jawatan jika...

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) akan mengadakan petisyen untuk mendesak Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan ekoran satu insiden bendera perdana menteri diturunkan oleh seorang mahasiswa.

Kumpulan pro-BN itu bertegas supaya Saifuddin meletak jawatan sekiranya kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia, yang menganjurkan demonstrasi ketika insiden tersebut berlaku, tidak memohon maaf atas tindakan tersebut.
Presiden ASPIRASI Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya memberi tempoh sehingga 5 Januari kepada Saifuddin untuk memberi maklumbalas ke atas tuntutan memorandum mereka bertarikh 21 Disember.

Selepas tarikh itu, ASPIRASI akan mula mengutip tandatangan untuk petisyen berkenaan, katanya.

NONE"Hari ini adalah hari kesepuluh (selepas memorandum dihantar). Kita harap ada perkembangan. Kalau beliau tidak mahu bertanggungjawab, Solidariti Mahasiswa Malaysia tidak mahu meminta maaf, kita rasa, Datuk Saifuddin harus meletakkan jawatan.

"Jika beliau ingkar, selepas notis 15 hari dari surat rasmi, (maka) kami akan bertemu dengan semua pihak berkepentingan, pentadbir universiti, pensyarah, mahasiswa dan semua pihak yang ada kepentingan dengan pengajian tinggi, kami akan kutip tandatangan mendesak beliau berundur.

"Kami tidak lupa notis yang diberikan kepada Datuk Saifuddin," tegas Mohd Shahar dalam sidang media di ibu negara pagi ini.
Notis berkenaan diserahkan kepada Saifuddin selepas persatuan pelajar itu berhimpun pada 21 Disember di hadapan kementerian pengajian tinggi untuk mendesak timbalan menteri tersebut meletak jawatan.

Pada tarikh yang sama, mereka juga menyerahkan memorandum menyokong kepimpinan Najib yang juga presiden Umno.

Demonstrasi berkenaan itu merupakan tindak balas kepada satu lagi perhimpunan yang diadakan kumpulan pro-Mahasiswa di Kuala Lumpur, seminggu sebelumnya.

Perhimpunan kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia itu mencetus kontroversi apabila sebahagian daripada mereka bertindak menurunkan satu kain bercetak wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno.

Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertanggungjawab menurunkan bendera itu, Adam Adli Abdul Halim sebelum ini dilaporkan tidak akan meminta maaf atas tindakan itu.

Beliau juga menganggap perbuatan tersebut sebagai simbol kemenangan kepada golongan pelajar.

Saifuddin yan juga ahli parlimen Temerloh turut menafikan pembabitan beliau berhubung insiden tersebut./MalaysiaKini

Video ni buat Hasan Ali...



Live!!!! dari kelantan Kuliah Jumaat sesi pertama sedang disampaikan oleh YB Ust Abdullah Yaakob, ADUN Ayer Lanas




Khamis, 29 Disember 2011

UmnoBN Kian!!! Hancur!!!! Panas!!!!!!!!!

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti
 
Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri./MalaysiaKini

Rabu, 28 Disember 2011

Ayat Kursi tangani gangguan makhluk halus

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 28, 2011
Aizi Saidi Abdul Aziz
KUALA TERENGGANU - Jangan terlalu emosi dan takut pada hantu mengatasi ALLAH, tegas Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz.

Menurutnya, orang ramai khususnya umat Islam tidak perlu takut kepada hantu kerana ia adalah jelmaan iblis, syaitan atau jin dan semua­nya itu adalah makhluk ALLAH.
 
“Saya bimbang bila orang kita terlalu takutkan hantu sehingga mengatasi kekua­saan ALLAH. Kita tidak perlu gusar atau takut, mungkin apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH tetapi kita perlu ikhtiar dengan bergantung kepada ALLAH TAALA.
 
“Kejadian diganggu hantu sepatutnya menjadikan kita lebih dekat pada ALLAH dan lebih banyak muhasabah diri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gangguan hantu Kak Limah yang dikatakan berlaku di Marang.
 
Ketika ditanya mengenai kejadian itu, Aizi berkata, dia tidak menolak kemungkinan kejadian sihir atau gangguan iblis, syaitan atau jin tetapi dalam bentuk jelmaan, untuk menakutkan orang apabila dilihat.
Bagaimanapun, katanya, jelmaan yang wujud dalam pelbagai bentuk itu tidak perlu ditakuti.
 
“Apa yang penting, kita perlu kuatkan iman. Kalau kita takut, iman kita mungkin masih lemah. Kita perlu ada kekuatan dalaman bagi mengatasi perkara yang boleh melemahkan iman kita,” katanya.
 
Menurutnya, bagi mengatasi masalah gangguan makhluk halus, umat Islam boleh membaca ayat Kursi dan ayat-ayat al-Quran yang lain.
 
Secara fitrah katanya, amalan ayat 3 Qul dibaca sebelum tidur untuk menghalang gangguan, iaitu dengan menghembus atau meniup bacaan itu pada seluruh tubuh.
 
Ketika ditanya nasihat beliau kepada keluarga Mazlan yang diganggu Kak Limah, Aizi bersetuju dengan tindakan keluarga itu memulangkan semula barang yang diambil dari rumah pusaka bapanya di Jerangau, Dungun.
 
“Kadang kala kita tidak tahu mungkin barangan yang diambil dari rumah pusaka itu adalah tempat tinggal bagi makhluk lain seperti jin. Jadi, eloklah kembalikan ke tempat asalnya.
 
“Saya juga menasihatkan dia agar memagar rumah dan bersihkan rumah dia, sebagaimana amalan kita bagi mengelakkan gangguan,” katanya.
 
Sementara itu, Sinar Harian berusaha menjejak ‘tapak lama’ rumah keluarga Mazlan di Jerangau untuk melihat secara lebih dekat keadaan di situ, selain membantu mencari penyelesaian ke atas kemelut yang dihadapi keluarga ini./SinarHarian

(HOT!!!) Penjelasan Isu Ustaz RASUL DAHRI - Ustaz Azhar Idrus (video)



Selasa, 27 Disember 2011

10 berita terhangat 2011

Pilihan pembaca: 10 berita terhangat 2011
 
Berbeza daripada tradisi Malaysiakini sejak sedekad lalu, kali ini pembaca diberi peluang untuk memilih topik berita terpenting sepanjang 2011.

Seramai 1,056 pembaca mengambil bahagian dalam tinjauan yang dijalankan pada minggu lalu.
Pembaca ini memilih tajuk yang diminati mereka daripada kesemua 21 topik yang disediakan Malaysiakini – dengan memberi nilai '0' untuk yang terendah dan '10' untuk tajuk yang paling diminati.

NONETidak hairanlah, perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai menjadi topik paling popular di kalangan pembaca untuk tahun ini.

Mengekor rapat di nombor dua ialah liputan berita untuk skandal dalam National Feedlot Corporation – hanya ketinggalan 91 undi di belakang berita nombor satu untuk 2011.

Kontroversi di sebalik cincin bernilai RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mencuri tempat di nombor tiga, lebih tinggi daripada minat yang ditunjukkan untuk tajuk berita berkaitan kegiatan aktivisme pelajar serta kempen untuk memansuhkan AUKU.

pengukir nama johor mat sabu 050911Liputan untuk pilihan raya negeri Sarawak pula, yang menyaksikan peningkatan penguasaan pembangkang di negeri itu, dipilih ke tempat kelima oleh pembaca.

Liputan berhubung siasatan suruhanjaya diraja ke atas kematian Teoh Beng Hock dan kontroversi yang timbul daripada kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung Mat Indera pula meraih tempat keenam.

Liputan ke atas pertikaian yang ditimbulkan ke atas daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya pula meraih tempat ketujuh, diikuti dengan langkah tidak konsisten kerajaan berhubung dasar untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Tidak terkecuali, liputan berhubung dakwaan mengenai usaha minoriti Kristian untuk mengambil alih negara./MalaysiaKini

(Lawak) Mat Rempit / Penagih Dadah Mati - Ustaz Azhar Idrus (video)



Isnin, 26 Disember 2011

Carta Blog Popular Hari Ahad, 25/12/2011 Minggu 34

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Ahad, 25/12/2011 Minggu Ke34...: Senarai Blog 25/12/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog 18/12/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog ...

Lambang mirip kalimah ALLAH - (Hina Islam)

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 25, 2011
Lambang mirip kalimah ALLAH
KUALA BERANG – Lambang menyerupai kalimah ALLAH SWT yang terdapat pada puntung rokok yang dijumpai dalam bekas habuk rokok seorang lelaki di rumahnya mengejutkan banyak pihak termasuk kawan sepejabatnya.

Junaidi Jusoh, 25, yang berasa hairan dengan penemuan itu curiga dengan lambang yang terdapat pada puntung rokok berkenaan yang dianggapnya sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Lambang yang tercetak pada puntung rokok dipercayai rokok dari luar negara ini mungkin perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu perlekehkan kalimah berkenaan.

“Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.

“Pada mulanya saya terkejut dengan penemuan ini dan berfikir kenapa ada pihak yang sanggup mencipta lambang yang menyerupai kalimah ALLAH SWT sedangkan ia tidak harus berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakita-ngan daripada jabatan itu tampil serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.

“Menurut perbincangan saya dan kakitangan itu, mereka memberitahu rokok ini memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai,” katanya.

Junaidi yang berasal daripada Kampung Bukit Kolam berkata, lambang puntung rokok seperti itu memang menimbulkan syak baginya dan begitu juga rakan lain yang turut melihatnya.

“Walaupun tidak menye­rupai sepenuhnya, tetapi apabila seakan-akan kalimah ALLAH SWT, lambang berkenaan tidak harus diletakkan pada rokok kerana selepas dihisap ia akan dibuang dan berisiko untuk dipijak dan sebagainya.

“Saya harap pihak berkenaan pantau isu sebegini kerana percaya semua itu ada muslihat tertentu,” katanya.SinarHarian

Moralnya berhentilah je la nak mengisap rokok. memudaratkan diri sendiri dan orang lain di sekeliling. perbuatan sendiri menghisap rokok pun dah memperlekehkan ulama yg menfatwakan rokok tu haram sb adenye mudarat.

Ahad, 25 Disember 2011

Pasti Panas!!!!!!! Shahrizat dedah ramai pemimpin Umno bermasalah

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.

"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.

"Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.

"Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.

"Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau," katanya lagi.

Dengan isu skandal penyelewengan dalam NFC pula katanya, ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.

"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.

"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.HarakahDaily

Jumaat, 23 Disember 2011

Adam! Anda tidak berseorangan - Pemuda PAS

Oleh : SH ONLINE/NURHAZLIN LYDIA MOHAMAD NAZRI
Tarikh : December 23, 2011
Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas mengecam tindakan mengugut untuk  meludah, memukul dan ugutan bunuh kepada Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib minggu lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kalaupun tindakan Adam dianggap sebagai satu kesalahan besar namun, ia perlu diselesaikan secara baik.

Menurutnya, Adam merupakan mahasiswa, selaku intelek muda tentunya dia mempunyai asas kukuh mengapa ia bertindak sedemikian.

"Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya. Saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya.

"Sebagai contoh, saya sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu sebagai satu isyarat kerana ada rakyatnya yang menghina Nabi Besar Muhammad S.A.W.,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, dalam kes ini, jika tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan Adam bertindak menurunkan bendera berkenaan.

"Masih banyak kerja lain yang boleh dilakukan oleh Adam. Tindakan nekad itu adalah isyarat atau merupakan satu mesej yang ingin disampaikan olehnya kepada Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap agar kerajaan mendengar luahan hati anak muda tersebut dan jangan memencilkannya tu.SinarHarian

Khamis, 22 Disember 2011

Ceramah Terkini!!!!! Mat Sabu!! (video)

20111218 Rapat Rakyat - Mat Sabu


Jangan guna media musuh – Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.
“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.
“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.
“Selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak,” tegasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Justeru, jelasnya dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.
“Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,” ujarnya.
Dalam hal ini, katanya negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS itu.HarakahDaily

Rabu, 21 Disember 2011

Najib didakwa lulus skim cepat kaya!!

KUALA LUMPUR 21: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program skim cepat kaya yang menyebabkan 200,000 menjadi mangsa penipuan.
Skim berkenaan yang sebelum ini disiar dalam media arus perdana, dikaitkan dengan seorang pengajur bergelar ustaz dan kini menjadi buruan polis.

Menurut laporan Harakahdaily, skim berkenaan yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen, diluluskan Najib semasa menjadi timbalan perdana menteri pada 26 April 2008.
Dua hari selepas itu, pejabat timbalan perdana menteri melalui setiausaha sulit kanannya turut mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu.
Berbekalkan surat dan tandatangan Najib, kempen dibuat oleh pengajur bergelar ustaz berkenaan ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai.

Harakahdaily melaporkan, sumber memberitahu, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 hingga RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta dalam masa setahun.
Portal itu turut memetik laporan akhbar Harian Metro yang menyiarkan kes ini melalui laporan muka depan mereka bertajuk “Lebai RM200J”.
Bagaimanapun sumber Harakahdaily memberitahu, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini melalui lebih 200,000 orang peserta.

Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter, jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam.
“Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara ini.
“Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka,” kata sumber itu.KeadilanDaily

PAS Selangor perjelas isu Hasan Ali (video)



Komen : Sudah Sampai masa PAS pusat menganbil tidakan kepada Dr Hasan Ali (pecat)

Ahad, 18 Disember 2011

IMF: Tun Mahathir cuba alih isu...kah kah kah terbongkar!!!!!

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.

Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.

Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".

"Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'.

"Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.

"Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang.

"Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz.HarakahDaily

Jawapan Abby Abadi yang menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus.


Inilah gambar yang sedang tersebar dengan rancak di beberapa wall facebook dan twitter. Perubahan positif Abby Abadi yang mendekatkan diri dengan ceramah agama mendapat pelbagai respon positif para facebookers especially para peminat Abby Abadi yang tak putus-putus mendoakan kejayaan dan kebahagiaan Abby Abadi selepas rumahtangga yang dibinanya bersama Norman Hakim hancur di tengah jalan pada beberapa tahun yang lepas.
Dan di bawah neh ialah reaksi balas Abby Abadi terhadap penyebaran gambar neh ;
Dalam erti kata lain.. biarlah dia berusaha berhijrah dengan cara dia sendiri. Risau juga dia andai hari neh pergi kuliah agama, esok lusa berlakon buka tudung, orang kata dia hipokrit bagai pula. Slow2. Bagi dia masa.. bagi dia belajar dan mendekati diri dengan ilmu islam. Sama2 doakan agar dia bertambah2 positif dari hari ke hari. Insya-Allah. Sumber : SINI

Sumber : Jkk.

Media dalam era Malaysia pasca-BN

"Jika dan apabila pembangkang mendapat kuasa, dari saat pertama, meraka harus segera menjawab kepada akhbar sebenar yang kuat dan tidak bersifat penakut," kata penulis Dean Johns.
"Malaysia akan mempunyai ruang media yang luar dengan pelbagai akhbar yang menyajikan segala macam pandangan dalam dunia pasca-BN," tambah kolumnis Malaysiakini itu.
Dean Johns book launchJohns (kanan) menyertai Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan sebagai anggota panel dalam forum "Peranan media dalam dunia pasca-BN" di sebuah universiti di Kuala Lumpur malam tadi.
"Media arus perdana, tidak hanya akhbar, tetapi semua media  akan mempunyai peranan penting dalam Malaysia pasca-BN.

"Dan pasaran berada dalam keadaan untuk memutuskan yang mana akan bertahan," Johns membuat jangkaan.
Manakala Gan pula membandingkan Malaysia dengan negara lain di rantau ini dengan berkata, jika berlaku perubahan, ia mungkin tidak sekata.
"Terdapat ketidakpastian - yang dijangka untuk negara yang akan melalui peralihan, terutamanya di Indonesia, Taiwan, Korea, yang mana parti memerintah telah berkuasa untuk masa yang sangat lama.

"Mudah-mudahan, Malaysia akan mengambil jalan Indonesia, di mana media menunjukkan rasa tanggungjawab serta menghormati privasi dan menghormati kebenaran," katanya.MalaysiaKini

Pelaburan KWSP meningkat

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 17, 2011
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mencatatkan pulangan memberangsangkan bagi pelabu­ran ekuiti sekali gus meningkatkan pendapatan pelaburan sebanyak 18.32 peratus atau RM6.8 bilion pada suku ketiga tahun ini berbanding RM5.75 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan pelaburan ini turut dikukuhkan dengan aliran caruman bersih ahli aset pelaburan KWSP yang meningkat kepada RM452.05 bilion berbanding RM440.52 bilion pada akhir tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pencapaian prestasi suku ketiga melebihi jangkaan di mana pada suku ketiga, kedua-dua pasaran domestik dan global berada di bawah tekanan jualan berikutan penurunan gred taraf kredit Amerika Syarikat dan kesan krisis hutang zon Eropah.

“Prestasi pelaburan KWSP yang baik ini khususnya disumbangkan oleh usaha pe­ngurus dana ekuiti KWSP yang telah melaksanakan strategi pengambilan untung de­ngan mengunci keuntungan terutamanya sebelum kelembapan pasaran dan disokong dividen baik yang diterima daripada syarikat-syarikat tersenarai,” katanya.SinarHarian

Sabtu, 17 Disember 2011

'Durian runtuh' hanya sekali..!!!

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Jaminan Perdana Menteri untuk memberikan "durian runtuh" kepada para peneroka dari usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham ternyata hanyalah sebagai "gula-gula" kerana pemberian itu hanyalah dalam bentuk "one off", berbanding kerugian yang akan dialami Felda sebanyak RM1.5 hingga RM2 bilion setahun.

Sehubungan itu, Felda pasti akan mengalami masa depan yang cukup gelap selepas itu kerana pasti gagal melaksanakan pelbagai kebajikannya kepada para peneroka ekoran kerugian seteruk itu setiap tahun.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali berkata, sebaliknya janji tersebut hanyalah dibuat sebagai langkah bagi memudahkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012.

Menurutnya, dalam masa yang sama, jaminan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad bahawa Felda bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan.

Katanya, kesangsian itu mempunyai asas yang cukup kuat kerana tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Ventures.

"Rekod buruk Felda Global Ventures itu sendiri pun sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai. Felda Global Ventures bukanlah sebuah syarikat yang diurus dengan baik.

"Syarikat itu telah mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit dalam pelaburan luar negara seperti pelaburan dalam Twin Rivers Technologies dan pembelian apartment di Mekah," katanya ketika dihubungi.

Ketua Eksekutif syarikat itu pula, menurut beliau, pernah disyaki terlibat dalam salah laku yang mengakibatkan kerugian RM120 juta di Syarikat Golden Hope Plantation Bhd.

"Setelah disiasat oleh KPMG Forensics, Ketua Eksekutif syarikat itu akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Penasihat Intergrasi Kumpulan Sime Darby, seperti dilaporkan dalam Straits Times bertarikh 11 Jun 2008 lalu," jelasnya.

Sehingga kini, tambahnya, Felda Global Ventures hanya memiliki 42,000 hektar tanah di Kalimantan yang masih dalam peringkat penanaman dan semaian.

"Jadi, untuk tujuan penyenaraian ini, Felda berhasrat untuk memajakkan 350,000 hektar tanahnya kepada Global Ventures. Memajakkan tanah Felda dengan tujuan penyenaraian ini adalah bertentangan dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Razak," ujarnya.

Di peringkat ini, tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi perlu meneruskan segala perancangan yang telah dibuat ke arah penyenaraian itu, sebaliknya perlu dengan telus memberikan penjelasan yang lengkap kenapa Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab diarahkan untuk mengambil cuti belajar selama lapan bulan?

"Sebelum ini, semasa Datuk Dzulkifli sedang melakukan umrah, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Permodalan Felda dengan melanggar Akta Koperasi melalui Agenda Khas Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda. Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," katanya.

Beliau difahamkan tujuan perubahan itu dilakukan adalah untuk memungkinkan Isa mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangangan ekuiti Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holdings dan merombak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli koperasi.

Ia juga, tambahnya, untuk menutup mata kakitangan Felda yang menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda dari mengetahui bahawa mereka bakal kehilangan majoriti 55 peratus dalam saham Felda Holdings Bhd.

"Struktur selepas penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Anak-anak Syarikat Felda susut kepada 30 peratus sahaja dan baki 70 peratus lagi ditawarkan kepada pelabur luar," jelasnya.HarakahDaily

Jumaat, 16 Disember 2011

Sidang Media YB Nurul Izzah Terkini!! (video)

PKR wants Pakatan to make state institutions UUCA-free


Aliran wang haram RM150 bilion 2009

KUALA LUMPUR 15 Dis: Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.
Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).

Pada Januari, GFI dalam laporannya “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun” meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar, lapor Malaysiakini.
Bagaimanapun, dalam laporan terkini – dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 – GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.

Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama – China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).
Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.KeadilanDaily

Khamis, 15 Disember 2011

Gergasi internet ingatkan AS tak ikut Malaysia

Gergasi internet ingatkan AS tak ikut M'sia
 
Pengasas Google, Twitter, Yahoo!, eBay dan beberapa gergasi Internet menyatakan kebimbangan terhadap Kongres Amerika Syarikat yang mahu memperkenalkan undang-undang untuk menghapuskan masalah cetak rompak dalam talian.

Mereka memberi amaran, undang-undang yang dicadangkan itu akan memberikan Washington kuasa menapis internet, sama seperti yang berlaku di China, Malaysia and Iran, lapor AFP.

Akta Hentikan Cetak Rompak menerima sokongan daripada kedua-dua pihak dalam dewan perwakilan dan versi yang diperkenalkan kepada senat dikenali sebagai Akta Kecurian Harta Intelek.

Undang-undang itu menerima sokongan daripada Hollywood, industri muzik, gabungan perisian perniagaan, persatuan pengilang, Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan kumpulan lain.MalaysiaKini

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog