Tarikh : December 23, 2011
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kalaupun tindakan Adam dianggap sebagai satu kesalahan besar namun, ia perlu diselesaikan secara baik.
Menurutnya, Adam merupakan mahasiswa, selaku intelek muda tentunya dia mempunyai asas kukuh mengapa ia bertindak sedemikian.
"Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya. Saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya.
"Sebagai contoh, saya sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu sebagai satu isyarat kerana ada rakyatnya yang menghina Nabi Besar Muhammad S.A.W.,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, dalam kes ini, jika tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan Adam bertindak menurunkan bendera berkenaan.
"Masih banyak kerja lain yang boleh dilakukan oleh Adam. Tindakan nekad itu adalah isyarat atau merupakan satu mesej yang ingin disampaikan olehnya kepada Perdana Menteri," katanya.
Menurutnya, pihaknya berharap agar kerajaan mendengar luahan hati anak muda tersebut dan jangan memencilkannya tu.SinarHarian
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..