Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

KWSP Kini boleh dimuat turun

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membentangkan Laporan Tahunan 2017 yang  boleh dimuat turun menerusi laman sesawang myEPF di pautan www.kwsp.gov.my.

Memetik laporan Astro Awani, laporan tahunan yang dibentangkan di Parlimen 3 April lalu, melaporkan peningkatan 6.38 peratus caruman tahunan kepada RM65.52 bilion, berbanding pengeluaran sebanyak RM49.40 bilion.


Ini sekali gus mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM16.12 bilion.  KWSP turut mencatatkan kenaikan 8.26 peratus jumlah aset pelaburan kepada RM791.48 bilion, berbanding RM731.11 bilion tahun  lalu.

Jumlah caruman ahli pula sebanyak RM768.51 bilion setakat 31 Disember 2017.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP sebelum ini mengisytiharkan dividen 6.90 peratus untuk Simpanan Konvensional melibatkan agihan dividen RM44.15 bilion dan kadar dividen 6.40 peratus untuk Simpanan Syariah melibatkan agihan dividen RM3.98 bilion.

“Secara keseluruhannya, agihan dividen 2017 ber…

MyCar terima ribuan pendaftaran

MYCAR, aplikasi E-Hailing terbaharu di Malaysia  mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pemandu Uber, terutamanya sejak pengumuman Uber memberhentikan operasi mereka bermula 8 April baru-baru ini.
Ketua Pegawai Operasi Platform Apps Sdn Bhd, Mohd Noah berkata, setakat ini mencecah hampir dua ribu lebih pemandu didaftarkan di mana MyCar telah membuka pendaftaran di seluruh Malaysia melalui pendaftar-pendaftar pemandu yang dilantik di seluruh Malaysia. "Sehubungan itu, MyCar akan membuka kaunter pendaftaran di Ibu Pejabat MyCar di Setia Alam, Shah Alam sehingga jam 11.00 malam setiap hari untuk memudahkan pemandu membuat pendaftaran selepas waktu pejabat.
"Di samping itu mereka yang jauh boleh mendaftar dengan menghubungi pendaftar MyCar seperti yang dinyatakan dalam laman rasmi Facebook MyCar di www.facebook.com/mycar.net.my.


"MyCar bersedia untuk menerima lebih banyak tempahan dari pengguna di seluruh Malaysia dan ia terbukti apabila MyCar adalah pilihan utama bagi…