Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Sabtu, 25 Mei 2013

Pemuda PAS sokong penuh himpunan 505


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan besok.

“Saya menyokong penuh usaha gabungan NGO mengumpulkan kekuatan suara yang padu dari rakyat untuk pemulihan sistem demokrasi selama mana ia diurus secara aman dan baik.

"Semoga 2505 akan menjadi satu lagi detik bersejarah, menyaksikan kebangkitan rakyat pula didominasi oleh anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pengurusan serta pengendalian pilihanraya,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata 2502 adalah detik pengisytiharan suara anak muda khasnya dan rakyat amnya bagi mengemukakan pelbagai bukti dan saksi umum untuk menolak manipulasi dan membantah penyelewengan serta meluruskan kepincangan pilihanraya dalam sistem demokrasi negara.

“Insyaallah himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman. Justeru itu saya mengharapkan semua peserta himpunan tidak terlibat dengan sebarang provokasi. Anak muda hanya mahu menyatakan suara mereka, bahawa perlunya sistem pilihanraya negara diperbaiki dan dipulihkan sebelum ianya runtuh lebih teruk,” tegas beliau.

Nasrudin juga menyeru pihak keselamatan untuk membantu tanpa melepaskan sebarang provokasi yang merosakkan tujuan sebenar perhimpunan esok.

“Berilah ruang dan peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyampaikan mesej mereka kepada pihak kerajaan secara aman dan santai,” saran beliau.

Pagi tadi, PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily.

Mohamad pula menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.

Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.

"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.

Isnin, 20 Mei 2013

Bongkar!!! Penipuan PRU13: PKR dakwa wujud penipuan terancang

PETALING JAYA: PKR hari ini mendedahkan bukti-bukti bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 didakwa dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengetui #siasatpru13 memberitahu penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih.

Menurutnya, perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU13.

"Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan daru undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain diragui oleh rakyat," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Rafizi yang turut memberitahu, setakat 17 Mei, lapan orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka.

Jelasnya, bukti tersebut menjelaskan wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh JPN yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

"Seramai lapan orang yang tampil membuat laporan polis dan mereka bukannya penyokong Pakatan Rakyat tetapi mereka merupakan pendukung proses demokrasi.

"Kita dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada," jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah amat membimbangkan.

Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13 tetapi turut membayangkan kegagalan JPN menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unit kepada setiap rakyat Malaysia, jelasnya.

"Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dibafikan oleh sesiapa.

"Saya mencabar SPR dan JPN untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat," tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Rafizi yang turut mencabar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbangkan kepada kemenangan beliau.

Beliau yang dalam masa yang sama menolak alasan kesilapan teknikal dari pihak SPR kerana badan tersebut telah melaksanakan pilihanraya sebanyak 13 kali.

Antara lapan kawasan Parlimen yang wujud pengundi hantu dan pengundi tampil membuat laporan polis adalah di P105 Sungai Petani, P131 Rembau, P096 Kuala Selangor, P103 Serdang, P040 Kemaman, P019 Tumpat dan P108 Shah Alam.

Bagi Parlimen Serdang terdapat dua laporan polis dibuat.

katanya, #siasatpru13 akan tampil setiap minggu bagi membuat pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam PRU13 dan akan turut membawa saksi-saksi terbabit untuk tampil memberikan keterangan.

HarakahDaily

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Jumaat, 17 Mei 2013

Othman Yusof: 'Polis bunuh anak saya'

PETALING JAYA - "Anak saya dibunuh oleh dua penunggang motosikal dari kiri dan kanan keretanya di bulatan Taman Billion, bukannya berbalas tembakan dengan polis," demikian dakwa Othman Yusof, bapa kepada mangsa tembakan polis pada 14 April, tahun lalu.

Othman turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang menembak mati kedua-dua anak lelakinya walhal mereka baru sahaja disyaki terlibat dalam rompakan itu dan belum lagi disabitkan kesalahan.
"Saya tak puas hati dengan tindakan polis, mereka tembak anak saya kerana dikatakan suspek rompakan.

"Kalau suspek, adakah kita perlu bunuh? Kita tak tahu lagi bersalah atau tidak, dia sepatutnya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, bukannya terus tembak," soalnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23 dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion, awal pagi pada 14 April 2012.

Beliau juga kesal apabila barangan milik anaknya ketika ditembak mati polis, iaitu wang tunai RM6,000 dan telefon bimbit bernilai lebih RM2,000 didapati lesap dan tidak dipulangkan kepada waris.
Lebih malang lagi kata Othman, polis memberitahu ketika kejadian berdarah itu, anaknya didapati memiliki sepucuk pistol, dadah dan sebilah parang malah enggan memberhentikan kereta lalu ditembak polis.
"Sebab itu saya tampil hari ini bersama peguam dari PKR untuk mendapatkan keadilan, bukannya pampasan.

"Hanya dua telefon bimbit ini bernilai lebih RM200 ke atas dipulangkan kepada saya," katanya.

SinarHarian


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Rabu, 15 Mei 2013

Cubaan Beli Calon PAS N20 Ganti Speaker MIC.. Terbongkar!!!!

Zambry Abdul Kadir.jpg Zamri

Pak Din atau Zainuddin Yusof calon PAS N20 Lubuk Merbau,telah mendapat tawaran dari Zambri dengan memujuk beliau menjadi speaker dewan negeri Perak dengan meloncat masuk Umno..

Tapi Pak Din Tolak..,
Pasai Pak Din kata nanti esok bila aku mati orang akan ludah kubur aku ..Pak Din tak nak semua itu,pencen Pak Din pun banyak ,Pak Din Tak mau jadi pertualang PR.  
 
 
The Sniper Kenyataan Media V. Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak di Ipoh pada 7 Mei 2013  

Pada tahun 2008, apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Perak selepas pilihanraya, saya dipilih oleh Ahli-ahli Dewan Negeri Perak sebagai Yang Dipertua Dewan yang juga dikenali sebagai Speaker.  

Tetapi selepas kerajaan yang sah dirampas oleh Barisan Nasional pada tahun 2009, jawatan Speaker itu diberikan kepada Dato R. Ganesan yang mewakili parti MIC. 

Perlantikan jawatan Speaker itu dilakukan  secara haram 4 tahun yang lepas pada tarikh hari ini iaitu 7 Mei 2009. Beliau telah memegang jawatan itu sehingga Dewan Negeri Perak dibubarkan pada bukan April 2013. 

Jawatan Speaker itu diberikan kepada seorang pemimpin MIC semata-mata untuk menjaga hati kaum India di Perak. Kerajaan Barisan Nasional telah memperalatkan MIC untuk menipu masyarakat India dengan memberi jawatan tersebut. 

Dalam PRU13, sekali lagi MIC kalah semua kerusi yang ditanding untuk Dewan Negeri Perak. Oleh yang demikian, MIC pasti akan mengharapkan jawatan-jawatan perlantikan tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Tetapi, adakah kerajaan Barisan Nasional akan memberikan jawatan-jawatan penting kepada pemimpin-pemimpin MIC yang telah pun kalah dalam pilihanraya. 

Saya pasti MIC akan hilang jawatan Speaker yang diberikan kepadanya untuk tempoh sementara. Saya yakin UMNO akan mengambil balik jawatan itu daripada MIC. 

Ini adalah satu hakikat yang nyata bahawa MIC akan tunduk kepada semua permintaan UMNO. Barisan Nasional tidak akan takut kepada MIC atau masyarakat India lagi.

UMNO akan menggunakan kuasa mutlaknya untuk merampas jawatan Speaker itu daripada MIC. Perkara ini pasti akan berlaku dalam persidangan pertama Dewan Negeri Perak iaitu dalam proses perlantikan Speaker baru.

Saya juga pasti MIC tidak akan berani untuk melawan atau merebut untuk mendapatkan  jawatan tersebut.  Bagi UMNO, MIC adalah parti nyamuk yang boleh diperkudakan untuk mencapai matlamat politiknya.

Jika MIC melepaskan jawatan itu, maka terbuktilah MIC gagal memperjuangkan hak orang-orang India di negara ini. MIC harus mengaku bahawa ia merupakan parti boneka UMNO yang dikongkong seratus peratus.

Masyarakat India akan menilai kredibiliti MIC dalam mempertahankan jawatan Speaker  di negeri Perak. Jika MIC gagal, adalah wajar  untuk MIC keluar dari komponen Barisan Nasional yang sentiasa menipu kaum India.

Masyarakat India juga akan tahu betapa zalimnya kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO terhadap kaum itu .Suara Perak (IH)



[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Isnin, 13 Mei 2013

AGEN DSAI....: PANAS!!!! BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR!

AGEN DSAI....: PANAS!!!! BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR!: Bacalah, laporan POLIS pun sudah di buat, seorang ANAK MUDA mengundi 2 kali dalam 1 masa di kuantan, oleh kerana beliau tidak mahu bers...

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Jumaat, 10 Mei 2013

Penipuan SPR sememangnya berlaku melalui kaedah berikut...

Penipuan SPR sememangnya berlaku melalui kaedah berikut Dakwat Kekal , Pengundi bangsa asing yang diimport , Tong-tong undi tambahan. Tetapi tahukah anda unsusr-unsur penipuan yang TERBESAR boleh berlaku di PUSAT PENJUMLAHAN UNDI.

Saya sebagai salah seorang petugas SPR PRU13. Bagi saya kiraan undi mengikut saluran adalah telus dan tidak memungkinkan penipuan. Saya cuma jaga saluran saya dan amik tahu pasal saluran saya sahaja... Kalau org kata undi di tukar semasa mengira undi bagi saya amatlah sukar... sebab agen setiap parti ada kat situ... Kalau pergi sembahyang sekalipun tetap ada org akan gantikan. Bilik pulak ditutup rapi... Maka, tugas saya selaku Ketua Tempat Mengundi (KTM) dikira selesai apabila peti undi di hantar ke PUSAT PENJUMLAHAN UNDI . Kalau kat situ kemungkinan masih ada ruang untuk menipu… BAGAIMANA?

Terdapat petugas SPR yang bertugas untuk key in data-data keputusan yang diperolehi daripada setiap KTM dari pelbagai saluran pusat mengundi di PUSAT PENJUMLAHAN UNDI. Mereka boleh mengubah data-data angka tersebut semasa proses key in ke dalam sistem penjumlahan besar, dan ini tak akan mungkin diperasan oleh sesiapa pun selepas Borang 14 diserahkan oleh KTM kepada mereka. Kerana tiada sebarang pemantauan yang dilakukan oleh mana-mana pihak disitu untuk memastikan penjumlahan besar dikakukan secara telus serta memastikan bahawa data-data yang dimasukkan di ‘Score Board’ adalah sama dengan data-data yang terdapat pada dan Borang 14, kecuali para petugas SPR sahaja.

Perkara sebegini jika disyaki terdapat unsur penipuan, maka calon boleh memfail petisyen dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya, kerana salinan Borang 14 juga diperolehi oleh setiap 'counting agent' parti-parti yg bertanding dan boleh disemak ketelusan datanya adakah sama dgn data yang terdapat pada keputusan yg dikelaurkan SPR baru-baru ini. Kalau mahkamah putuskan kira semula, maka peti undi tersebut akan dibuka semula dan pengiraan semula akan dibuat./sumber sini



[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Khamis, 9 Mei 2013

Panas!!! Kertas undi ditemui dalam peti undi kawasan lain

Kertas undi ditemui dalam peti undi kawasan lain

Pemuda PAS Johor hari ini membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.
Yang Dipertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, seorang ejen pengiraan undi PAS untuk kawasan DUN Mahkota telah menemui perkara itu ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.
Khairul Faizi, yang membuat laporan di balai polis Kluang berkata para ejen mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS untuk Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

“Kami merujuk peguam dan memutuskan untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki peti undi untuk pengundian awal bagi Mahkot, yang dimaterai dan ditempatkan di balai polis, mungkin telah diusik,” katanya.

Beliau menambah, ejen pengiraan berkenaan bagaimanapun tidak melihat sama ada kertas undi tersebut memihak kepada Salahuddin, yang tewas di kerusi Nusa Jaya kepada calon BN Zaini Bakar dengan 2,201 undi.

Malaysiakini


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Rabu, 8 Mei 2013

'Kerajaan 47 peratus' akan cengkam rakyat

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang sepatutnya mendapat kerajaan yang menurunkan harga minyak akhirnya mendapat kerajaan 47 peratus, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau 50.3 peratus sokongan, Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8 peratus sokongan.

"Sebab itulah saya kata kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan 47 peratus," katanya.

Di Perak, katanya, keadaan bertambah buruk apabila rakyat negeri itu terpaksa menerima kerajaan 45 peratus.

"BN Perak dilaporkan menerima undi tidak sampai 45 peratus pengundi di negeri itu," katanya.

Mahfuz mengucapkan takziah kepada rakyat yang terpaksa menerima kerajaan 47 peratus walaupun mereka telah berusaha untuk mendapatkan kerajaan yang menawarkan penurunan harga minyak, penurunan tarif elektrik dan air, penurunan harga kereta, penghapusan tol, penghapusan pinjaman PTPTN, penghapusan saman AES dan penghapusan monopoli.

"Amat malang kerana mereka terpaksa berhadapan kerajaan BN yang pasti akan mengakibatkan tekanan hidup lebih teruk ke atas mereka.

"Harga minyak akan naik, saman AES terus mencengkam rakyat, cukai GST dilaksana, tol diteruskan, PTPTN diteruskan, tiada pendidikan percuma manakala rasuah dan kronisme pastilah akan lebih bermaharajalela," katanya.

HarakahDaily

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Selasa, 7 Mei 2013

Kit Siang: Ini tsunami penduduk Malaysia

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan berlaku ‘tsunami pengundi Cina’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kenyataan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menafikan hak hampir 11 juta rakyat yang keluar mengundi.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) sendiri telah membuktikan kemenangan mereka diperoleh hasil undi masyarakat berbilang kaum.

“Kita telah menang banyak kerusi yang sebelum ini dianggap kubu kuat BN (Barisan Nasional) dan majoriti pengundi Melayu. Ini bukan tsunami pengundi Cina, tetapi tsunami penduduk Malaysia yang melangkaui bangsa.

“Saya sendiri tidak akan menang di Gelang Patah jika tidak dapat sokongan pengundi Melayu. Kita amat kesal dengan kenyataan Najib yang tidak tepat ini,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Kit Siang berkata, DAP berikrar akan terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun kelebihan kerusi Parlimen berpihak kepada parti itu.

“Kita setuju Anwar akan jadi Perdana Menteri jika kita berjaya bentuk kerajaan.

“Walaupun gagal, kita tetap sepakat bahawa Anwar akan terus mengetuai PR sama ada kita berjaya menawan Putrajaya atau tidak,” katanya.

SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Khamis, 2 Mei 2013

'Azlan bukan ahli PKR' - Datuk Johari Abdul.

'Azlan bukan ahli PKR'
Azlan (kanan) menyerahkan borang keahlian PKR pada 11 Mac 2013 yang lalu di ibu pejabat PKR.
 
BALAKONG – Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli PKR, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Datuk Johari Abdul.

Beliau melalui kenyataan akhbar semalam berkata, permohonan Azlan untuk menyertai PKR masih belum diluluskan.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa Azlan yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya. Beliau dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik," katanya.

Beliau berkata, perkembangan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihan raya.

"Apatah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik UMNO,” katanya.

Katanya, beberapa hari sebelum ini Azlan telah menghubunginya dan menyatakan beloiau menghadapi tekanan yang sangat kuat daripada Umno.

“Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin penarikan balik pengakuannya itu adalah natijah daripada tekanan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan Johari itu bercanggah dengan laporan media sebelum ini kerana pada 11 Mac lalu, Azlan dikatakan telah sah menyertai PKR selepas menyerahkan borang secara rasmi untuk ahli di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya.

SinarHarianOnline
 

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Selasa, 30 April 2013

Penerbangan bawa pengundi Sabah ke Selangor?

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi mendakwa terdapat penerbangan yang disediakan kepada rakyat Sabah ke Selangor bagi tujuan membuang undi pada 5 Mei ini.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang kakitangan sebuah syarikat penerbangan.

"Daripada sumber dalaman pihak penerbangan sendiri, memang wujud penerbangan yang disediakan khusus untuk mereka di Sabah untuk ke Selangor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga calon Parlimen Titiwangsa turut berkata, pihak PAS masih menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan bagi mengelakkan mereka mengundi pada 5 Mei ini.

"Kita tak tahu apa status mereka sekarang ini. Tapi kalau benar mereka ini pengundi hantu yang digunakan untuk mengundi BN di Selangor, kita kesal dengan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pilihan Raya dalam perkara ini," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu, Zamri juga menegaskan, Juham tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-udang sekiranya mendapati wujud warga asing yang turut mengundi pada hari tersebut.

"Kalau memang ternyata mereka warga asing yang diberikan kad pengenaan semata-mata untuk mengundi, kita ada kuasa menahan mereka daripada berbuat demikian," katanya.

Beliau juga menggesa SPR mengambil tindan segera dalam tempoh berbaki sebelum berlangsungnya hari pengundian.

"PAS harap SPR ambillah tindakan sewajarnya bagi memastikan demokrasi di negara ini benar-benar terlaksana," katanya.

HarakahDaily



[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ahad, 28 April 2013

wartawan bertanya kepada pendakwah terkemuka German iaitu Pierre Vogel atau nama islam nya Abu Hamza tentang kaitan antara keganasan dan Islam


Salah seorang wartawan bertanya kepada pendakwah terkemuka German iaitu Pierre Vogel atau nama islam nya Abu Hamza tentang kaitan antara keganasan dan Islam,beliau dengan lantang dan berani menjawab :

" Siapa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ? adakah orang islam?

Siapa yang mencetuskan Perang Dunia kedua? Adakah orang islam ?

Siapa pula yang telah membunuh 20 juta nyawa suku kaum Aborigine Australia?! Adakah orang Islam ?

Siapakah yang menghantar bom untuk menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki ? Adakah
orang Islam ?.

Siapa pula yang membunuh lebih 100 juta orang Indian Amerika Utara ? adakah orang Islam ?

Dan siapa yang membunuh 50 juta orang Indian di Selatan Amerika ? Adakah orang Islam ?

siapa pula yang menjadikan seramai 180 juta orang-orang Afrika sebagai hamba dan 88% dari hamba-hamba itu mati di buang di lautan Atlantik !! adakah orang islam yang melakukan nya ??

TIDAK ADA DI ANTARA KALANGAN PELAKU-PELAKU ITU ADALAH ORANG-ORANG ISLAM !!

Sebelum itu,hendaklah anda ketahui maksud ''terrorisme'' dengan baik.Kalau non muslim lakukan apa-apa kesalahan seperti diatas mereka akan di sebut sebagai penjenayah,tapi jika orang muslim yang kesalahan seumpama nya,di sifatkan sebagai pengamal terrorisme,pengganas,pemberontak !!
oleh itu anda hendaklah membuat 2 kali timbangan,anda akan tahu dan mengerti siapakah yang sebenarnya PENGGANAS / TERRORIST !''

- Pierre Vogel-

SEDIKIT INFO MENGENAI PIERRE VOGEL.

Pierre Vogel di lahirkan pada 20 Julai 1978 di Frechen.Merupakan seorang ustaz,penceramah bebas,pendakwah dan merupakan bekas peninju professional.

Pierre Vogel yang lantang bersuara ini memeluk islam pada tahun 2001 dan menukar nama nya kepa Abu Hamza dan setelah memeluk islam,beliau mempelajari agama islam, ilmu Al Quran dan kemahiran bertutur bahasa Arab di sebuah Intitusi Pengajian Islam Swasta terkemuka di Mekah iaitu di Om Al Quran.

Sekembali nya beliau ke Berlin,Jerman pada tahun 2006,beliau mengajar dan menjadi seorang guru agama di masjid Al-Nur-Moschee (mosque) Neukölln,di jemput berceramah di kuliah-kuliah Universiti bahkan berdakwah kepada penganut agama lain juga.

Pierre Vogel berkahwin dengan seorang wanita dari Maghribi dan memiliki tiga orang cahaya mata.Sepanjang perjalanan beliau berdakwah,terlalu banyak kecaman,ancaman,fitnah,kritikan yang keterlaluan,sabotaj,dan pelbagai hinaan di terima oleh beliau kerana kelantangan bersuara membela umat islam dan islam dan juga kerana dakwah beliau,namun Pierre Vogel masih bergerak aktif berdakwah dan tidak pernah berputus asa.


GAMBAR :Pierre Vogel bersama rakan-rakan bekas peninju profesional.

Kredit : ~Dari Tinta Dan Pena Cik Sha~

P/S : Persoalan dan jawapan hampir sama juga terdapat dalam buku Dr zaki Naik "2o Soalan Paling Lazim Tentang islam " waallahualam

 

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Sabtu, 27 April 2013

TG Nik Aziz akui wujud cabaran selesai masalah cara Islam

Nik Aziz berkata setiap perkara dilakukan demi tujuan kebaikan juga pasti akan mempunyai lawan yang menentangnya. – Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 26 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui wujud kesukaran bagi membentuk sesebuah kerajaan untuk menyelesaikan masalah berlandaskan Islam walaupun parti itu telah berjaya melaksanakannya di Kelantan sejak mentadbir negeri berkenaan lebih 20 tahun lalu.

Nik Aziz, yang sejak itu menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan, turut berkata setiap perkara dilakukan demi tujuan kebaikan juga pasti akan mempunyai lawan yang menentangnya.

“Pada 5 Mei nanti kita undi kerajaan yang boleh selesaikan masalah Islam, kita dah buat ini di Kelantan, susah payah tetap akan berlaku,” katanya ketika melawat kawasan Pangsapuri Lembah Permai, di Kawasan Parlimen Lembah Pantai petang tadi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya kepada penduduk setempat di surau kawasan perumahan berkenaan sebelum turut sama-sama solat Asar berjemaah dengan penduduk.
“Sejak dulu lagi, bila ada malaikat, ada syaritan,” kata Nik Aziz dalam ucapannya.

Tambahnya lagi, apa sahaja yang diberi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi harus diterima namun jangan sesekali mereka mengundi parti yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
“Umno akan bagi duit kita amik, dia bagi kain kita pakai.

“Dia nak bodoh kita, kita bodoh dia balik,” katanya lagi.
Pemimpin veteran itu berada di Lembah Pantai bagi membantu kempen calon Pakatan Rakyat Nurul Izzah Anwar di kawasan berkenaan yang akan menentang calon BN Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Bagi menyaingi kumpulan ulama dalam pembangkang, Datuk Seri Najib Razak yang menerajui BN juga meletakkan calon daripada kumpulan ulama  dan professional Islam untuk bertanding di Kelantan untuk Pilihan Raya 2013.

TheMalaysiaInsider



[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Jumaat, 26 April 2013

Berita Panas!!! Timbalan KP Kastam ditembak mati

Shaharuddin Ibrahim
Shaharuddin Ibrahim. - Foto Ihsan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
 
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
  
Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
  
"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.
  
Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.
  
Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.

SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Khamis, 25 April 2013

Peluang Pakatan Rakyat RAMPAS Johor Makin Cerah!!


Jika anda fikir Johor Darul Takzim masih merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN), fikir semula apabila melihat koleksi gambar-gambar di bawah ini.

Anda pasti tidak percaya tetapi hakikatnya begitulah.

Inilah pemandangan dan suasana sebenar ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Kampung Abdullah, Segamat, Johor malam tadi.

Dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim ini, rakyat tempatan termasuk dari pekan berhampiran sejauh Gemas dan Tangkak berpusu-pusu seramai 25,000 hadir untuk mendengar ucapan Anwar.


Turut berucap ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bertanding di kerusi parlimen Pulai dan DUN Nusajaya serta tuan rumah, calon KEADILAN parlimen Segamat, Chua Jui Meng.

Boleh dikatakan kini Johor sudah dilanda fenomena Pakatan Rakyat.

Rakyat Johor kini sudah sedar jika mau nasib anak cucu cicit mereka lebih terjamin maka tiada pilihan melainkan tumbangkan Umno dan menjulang Pakatan Rakyat.



Semangat dan iltizam itu sudah pun ditunjukkan pada malam tadi.

Penduduk tempatan ketika ditemui turut menyatakan perasaan terkejut mereka kerana sebelum ini belum pernah diadakan ceramah berskala besar sebegini yang dihadiri puluhan ribu dari semua kaum termasuk orang Asal yang tinggal di sekitar Segamat.


Jika pada 2008 semasa DAP bertanding di sini menentang calon BN, S Subramaniam, ceramah Pakatan Rakyat cuma dihadiri kurang dari 1,000 orang tetapi nampaknya berlaku perubahan besar tak terduga sendiri oleh rakyat negeri ini.

Kehadiran Anwar dan pemimpin utama Pakatan Rakyat negeri membuktikan mereka sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menyertai kebangkitan rakyat biarpun ada di antaranya ditekan dan diugut supaya tidak menzahirkan sokongan kepada pakatan itu.


Salah seorang hadirin yang tiba agak lewat dari Sekijang turut mengaku betapa payahnya hendak meletak kereta kerana sudah dipenuhi di sepanjang bahu jalan sejauh satu kilometer padahal empat tahun lalu semasa Pakatan Rakyat mengadakan ceramah di tempat sama, jam 1145 malam sudah pun tamat.

Bagaimanapun Anwar yang merupakan penceramah terakhir terus bersemangat biarpun jam sudah menunjukkan jam 1225 pagi 25 April dan rakyat yang tidak peduli dengan ugutan BN terus setia hingga ke penamat sepuluh minit kemudian.

 

Suasana meriah malam tadi turut diserikan lagi dengan beberapa siri ceramah yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk calon-calon yang bertanding di peringkat DUN seperti di DUN Permanisyang diwakili calon PAS, Normala Sudirman.

Walaupun Jui Meng mengaku sokongan orang Melayu masih di tahap 20 peratus namun beliau optimis Pakatan Rakyat akan menerima sokongan kaum itu hingga mencapai sasaran antara 30 hingga 35 peratus.


Ternyata sambutan hebat yang ditunjukkan menggambarkan Johor mampu menyumbang lebih banyak kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat, jauh dari jangkaan asal sebanyak 8 hingga 12 kerusi dari 26 kerusi keseluruhan./JalanPulang

INI KALI LAH TUKARR!!



[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Rabu, 24 April 2013

Kalahkan Umno semasa mereka lemah, kata PAS kepada pengundi Kelantan

Nik Mohd Amar pada pelancaran manifesto: Keutamaan agama. — Gambar oleh Zurairi ARPASIR PUTEH, 24 April — Pemimpin PAS memberitahu pengundi Kelantan untuk mengalahkan Umno semasa parti tersebut berada dalam keadaan paling lemah, sambil mengakui malam tadi parti Islam itu mungkin tidak mempunyai peluang sebaik ini pada masa akan datang.

Kemenangan Pakatan Rakyat (PR) semakin dekat sekarang kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah memberi amaran kepada rakyat Kelantan agar tidak “membuat kesalahan” mengundi calon Umno pada pilihan raya 5 Mei akan datang.
“Kita kena rebut peluang. Kalau kita main ‘gocoh’, kasi penumbuk paling kuat, biar tubik dari stage,” kata Nik Amar dalam dialek Kelantan merujuk kepada sukan tinju semasa pelancaran manifesto PAS untuk negeri tersebut.

Beliau menyelar keputusan Umno untuk meletakkan ulama sebagai calon dengan mengatakan PAS “meletakkan ulama sebagai pemandu”, akan tetapi Umno “meletakkan mereka dalam bonet”.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa pelancaran manifesto.Menjawab kritikan Umno mengenai kegagalan PAS untuk membawa pembangunan kepada salah satu negeri termiskin di Malaysia itu, Nik Amar menegaskan pembangunan materi adalah kedua selepas pembangunan spiritual yang PAS telah bawa.

“Pembangunan kebendaan tak bawa kita ke mana-mana, pembangunan fizikal semata-mata membuatkan manusia bingung.

“Manusia takleh hidup kalau takde agama. Manusia takde agama takde nilai dalam hidup,” tambah beliau membandingkan agama dengan pembangunan fizikal seperti jalan, elektrik dan kedai serbaneka.

PAS Kelantan melancarkan manifesto sembilan perkara malam tadi mengatakan sengaja dikeluarkan lambat sedikit untuk menghalang BN daripada menirunya.
Walau bagaimanapun, hanya satu perkara dalam manifesto tersebut diberikan secara terperinci malam tadi iaitu janji untuk memastikan rakyat Kelantan menerima royalti minyak dan gas yang dikatakan dinafikan terhadap mereka.
Orang ramai pada bidang Majlis Perbandaran Pasir Puteh.Selebihnya mengenai manifesto tersebut akan diumumkan secara terperinci pada Khamis kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yussof.

BN mengumumkan manifesto mereka untuk Kelantan awal bulan ini bertajuk “Rakyat di Hati, Janji Ditepati” yang memberi tumpuan kepada Islam, menjanjikan lebih banyak program keagamaan, pembinaan masjid dan memantapkan sekolah agama.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tujuh projek utama di Kelantan Januari lepas, termasuk lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Baru, pembinaan stadium baru dan masjid terbesar di negeri tersebut serta projek perumahan rakyat dengan permulaan 3,000 unit rumah.

Selain itu ianya turut menjanjikan pengenalan sistem pengangkutan awam Rapid Kota Baru, cawangan bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 orang pelajar dan projek untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

TheMalaysiaInsider


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog