Peluang Pakatan Rakyat RAMPAS Johor Makin Cerah!!


Jika anda fikir Johor Darul Takzim masih merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN), fikir semula apabila melihat koleksi gambar-gambar di bawah ini.

Anda pasti tidak percaya tetapi hakikatnya begitulah.

Inilah pemandangan dan suasana sebenar ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Kampung Abdullah, Segamat, Johor malam tadi.

Dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim ini, rakyat tempatan termasuk dari pekan berhampiran sejauh Gemas dan Tangkak berpusu-pusu seramai 25,000 hadir untuk mendengar ucapan Anwar.


Turut berucap ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bertanding di kerusi parlimen Pulai dan DUN Nusajaya serta tuan rumah, calon KEADILAN parlimen Segamat, Chua Jui Meng.

Boleh dikatakan kini Johor sudah dilanda fenomena Pakatan Rakyat.

Rakyat Johor kini sudah sedar jika mau nasib anak cucu cicit mereka lebih terjamin maka tiada pilihan melainkan tumbangkan Umno dan menjulang Pakatan Rakyat.



Semangat dan iltizam itu sudah pun ditunjukkan pada malam tadi.

Penduduk tempatan ketika ditemui turut menyatakan perasaan terkejut mereka kerana sebelum ini belum pernah diadakan ceramah berskala besar sebegini yang dihadiri puluhan ribu dari semua kaum termasuk orang Asal yang tinggal di sekitar Segamat.


Jika pada 2008 semasa DAP bertanding di sini menentang calon BN, S Subramaniam, ceramah Pakatan Rakyat cuma dihadiri kurang dari 1,000 orang tetapi nampaknya berlaku perubahan besar tak terduga sendiri oleh rakyat negeri ini.

Kehadiran Anwar dan pemimpin utama Pakatan Rakyat negeri membuktikan mereka sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menyertai kebangkitan rakyat biarpun ada di antaranya ditekan dan diugut supaya tidak menzahirkan sokongan kepada pakatan itu.


Salah seorang hadirin yang tiba agak lewat dari Sekijang turut mengaku betapa payahnya hendak meletak kereta kerana sudah dipenuhi di sepanjang bahu jalan sejauh satu kilometer padahal empat tahun lalu semasa Pakatan Rakyat mengadakan ceramah di tempat sama, jam 1145 malam sudah pun tamat.

Bagaimanapun Anwar yang merupakan penceramah terakhir terus bersemangat biarpun jam sudah menunjukkan jam 1225 pagi 25 April dan rakyat yang tidak peduli dengan ugutan BN terus setia hingga ke penamat sepuluh minit kemudian.

 

Suasana meriah malam tadi turut diserikan lagi dengan beberapa siri ceramah yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk calon-calon yang bertanding di peringkat DUN seperti di DUN Permanisyang diwakili calon PAS, Normala Sudirman.

Walaupun Jui Meng mengaku sokongan orang Melayu masih di tahap 20 peratus namun beliau optimis Pakatan Rakyat akan menerima sokongan kaum itu hingga mencapai sasaran antara 30 hingga 35 peratus.


Ternyata sambutan hebat yang ditunjukkan menggambarkan Johor mampu menyumbang lebih banyak kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat, jauh dari jangkaan asal sebanyak 8 hingga 12 kerusi dari 26 kerusi keseluruhan./JalanPulang

INI KALI LAH TUKARR!!



[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan