Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Khamis, 11 April 2013

Husam cadang pembangkang sertai j'kuasa tender


Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan agar wakil pembangkang ditempatkan dalam jawatankuasa perolehan dan tender sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentukj kerajaan persekutuan.

Melalui cara itu, kerajaan akan dapat menambah satu lagi mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran.

"Pada pandangan peribadi saya sebagai calon kawasan Putrajaya, jawatankuasa tender seharusnya menyertakan wakil pembangkang untuk memastikan (amalan) lebih telus," katanya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut mencadangkan agar anggota jemaah menteri dan majlis kerajaan negeri negeri mengisytiharkan harta sebaik sahaja Pakatan mengambil alih pentadbiran untuk mengelak penyalahgunaan kuasa./MalaysiaKini


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog