PRU-13 MEDAN MEMBUKA MINDA RAKYAT

15 APRIL 2013
JOHOL, KUALA PILAH

Pilihanraya Umum Ketiga Belas (PRU-13) merupakan ibu segala PRU kerana ia diukur kepada kekuatan daya saing antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Ia juga dinilai berdasarkan kepada mood pengundi yang pada hari ini mendesak untuk perubahan.

Secara jujurnya kedua-dua parti gabungan tersebut berada dalam tekanan, iaitu Bagaimana Memenangi Hati Pengundi? Hasil daripada tekanan tersebut, ia membawa manfaat kepada massa.
Minda rakyat perlu disajikan dengan gaya politik matang. Kita selalu mengimpikan persaingan sihat antara dua parti di atas padang yang sama rata. Tapi hakikatnya ia tidak wujud. Malah yang lebih teruk, keganasan dan aksi tidak bermoral disajikan kepada rakyat demi meraih undi.

Walaupun poilitik itu dikaitkan dengan cara menguasai persepsi, tetapi dalam Islam malah dalam semua agama melarang kita melampaui batas seperti mengkhianati orang, memfitnah dan sebagainya.
Sepatutnya zaman politik ganas dan lucah sudah berakhir malah tidak harus wujud kerana kita semakin hampir dengan Wawasan 2020 seperti yang dicanangkan oleh kerajaan iaitu mencapai negara maju. Apa gunanya negara maju sekiranya minda pemimpin tidak maju?

Persaingan dalam politik adalah persaingan bagaimana kita mampu tawarkan polisi dan tawaran yang baik kepada rakyat. Seharusnya segala bentuk tawaran atau manifesto kepada rakyat hendaklah didasari dengan keyakinan dan kesungguhan dari ahli politik bukan sekadar untuk meraih undi.
Kita di peringkat Pakatan Rakyat secara seriusnya mengkaji dan analisa dari segi keperluan rakyat dan bagaimana untuk memakmurkan negara, akhirnya dikeluarkan manifesto sebagai asas tawaran kami kepada rakyat.

Manifesto yang dihasilkan dengan kajian yang mendalam ke akar umbi mampu memberi ruang kepada rakyat untuk mencerna inti manifesto tersebut dengan baik. Manakala manifesto yang dibuat sekadar untuk meraih untuk, ia hanya kekal pada hari pengundian sahaja iaitu selepas mendapat undi
Secara tuntasnya, pilihanraya adalah medan membuka minda masyarakat. Penerapan nilai k-politic perlu diperkasakan supaya masyarakat lebih matang dan bijak dalam menilai. Seterusnya memberi kesan kepada mana-mana parti politik supaya bertindak dengan matang dan tidak boleh sama sekali membodohkan rakyat.

Nor Azman Mohamad
Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan