IKLAN PENAJA

1,000 peluk Islam setiap tahun

1,000 peluk Islam setiap tahun

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima hampir 1,000 orang memeluk agama Islam setiap tahun di seluruh negara yang berdaftar di bawah pejabat agama daerah masing-masing.

Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Datuk Ali Mohammed berkata, pihaknya menerima ramai saudara baharu setiap tahun dan ia semakin bertambah.

Keadaan itu dilihat amat baik sekali bagi agama Islam kerana sudah ramai mereka yang bukan beragama Islam mahu memeluk Islam dan menghayati agama ALLAH SWT.

“Alhamdulillah setiap tahun kita menerima secara purata hampir 1,000 orang saudara baharu yang sudah lama menghayati agama Islam dan tidak dinafikan ada yang masih belum benar-benar mendalaminya (agama Islam).

“Mereka seperti inilah Jakim akan bantu supaya dapat memberi kefahaman tentang agama Islam dengan lebih jelas melalui pejabat agama daerah berdekatan,” jelasnya kepada media pada Majlis Semarak Kasih Aidilfitri bersama Saudara Baharu Muslim Negeri di Dewan Terbuka Kompleks Seri Iman, di sini.



Hadir sama, Pengarah Kanan Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid Maidam, Datuk Samsiah Awang dan penceramah khas mualaf, Pensyarah Unisza, Dr Nor Salimah Abu Mansor dan Pengarah JPJ, Abdul Rahman Emang Anyie.

Menurut Ali, Jakim sentiasa memberi pendedahan kepada saudara baharu berhubung agama Islam supaya mereka berpeluang memberi dakwah kepada orang lain di kemudian hari.

Pendekatan lain juga dilaksanakan seperti menonjolkan ikon hebat, termasuk kursus kepada saudara baharu supaya memantapkan ilmu agama Islam mereka.

Sementara itu, dalam majlis sama, Abdul Rahman, 39, berkata, dia yang memeluk Islam sejak 2003 bersedia berkongsi pengalaman dengan saudara baharu terutama di Terengganu.

Katanya, dia sering menerima jemputan program saudara baharu dan mempunyai keinginan untuk terlibat secara aktif dalam persatuan saudara baharu cuma terbatas ekoran komitmen kerja yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah JPJ negeri.

“Insya-ALLAH apa yang boleh saya bantu, saya bersedia," katanya.

Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelakon James Bond meninggal dunia

Elak tertipu dengan skim tanah lot

Rancang masa depan bermula RM100

Lebih 40 pelanggan lari, kedai dan rumah terbakar

Catatan popular daripada blog ini

Lagi!!! Skandal Ummi Hafilda terbongkar... Panas!!!

Penipuan SPR sememangnya berlaku melalui kaedah berikut...