Lima gol yang dihasilkan pendatang baru
pasukan T-Team, Tomislav Busic ketika menentang SPA Putrajaya dalam
saingan Liga Perdana semalam, menyuntik semangat untuknya menghasilkan
lebih banyak jaringan.
Namun, Busic mengakui komitmen serta semangat juang rakan sepasukan amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat itu.
“Saya gembira dapat menghasilkan beberapa
jaringan untuk membantu pasukan berada di kelompok atas liga,” katanya
selepas T-Team kenduri gol dengan menewaskan SPA Putrajaya 7-0 di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
T-Team kekal di tangga kedua liga di belakang Kedah, atas kelebihan jaringan selepas terikat 42 mata dengan Pulau Pinang.
Pemain berusia 29 tahun itu berkata lima
golnya malam tadi adalah yang terbanyak pernah dihasilkan sepanjang
kerjayanya dalam bola sepak.
Busic mengisi kekosongan bekas kapten pasukan itu, David Faramola Oniya yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Sementara itu, jurulatih Tomislav
Steinbruckner berpuas hati dengan kemenangan menerusi jaringan yang
besar selepas pasukannya gagal menang dalam beberapa perlawanan sebelum
ini.
“Saya gembira dengan jaringan besar ini
kerana sebelum ini hanya mampu mencatat keputusan seri. Akhirnya kami
dapat juga tiga mata berharga,” katanya.
http://bm.therakyatpost.com
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..