Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Rafizi: Jawapan PM isu LRT kukuhkan spekulasi

Jawapan perdana menteri bahawa projek sambungan LRT Ampang mengikut peraturan, tanpa menafikan pemberian tender kepada Konsortium George Kent, mengukuhkan spekulasi beliau melanggar keputusan penilaian bidaan, kata PKR.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu mengesahkan kontrak itu telah dianugerahkan kepada konsortium itu seperti disyaki banyak pihak.
"Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Najib wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent, kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau dalam proses pemilihan kontraktor," katanya.

Najib malam tadi ketika ditanya pemberita berkata, tiada apa-apa yang luar biasa dalam penganugerahan projek kerja-kerja sambungan projek bernilai lebih RM1 bilion itu kerana semuanya menurut aturan.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga berkata, beliau dimaklumkan sumber dalaman b…

Dari Uthayakumar ke S Ambiga..... Habis!!! Umno!!

Zulkifli Sulong, 28 Jun 2012 KUALA LUMPUR: Umno dan Barisan Nasional (BN) terperangkap di celah-celah tindakan ultra NGO naungannya terhadap pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga (gambar).

"Kalau pilihan raya 2008 pengundi India menolak Umno dan BN kerana usaha yang dibuat Uthayakumar dan Hindraf, kini muncul hero baru kaum India, S Ambiga.

"Pergilah ke mana-mana dan bertemu dengan masyarakat India, mereka akan berkata Ambiga adalah ikon baru mereka," kata anggota Parlimen Teluk Intan, S Manogaram dalam satu majlis sebelum ini.

Menjelang PRU 2008, nama peguam Uthayakumar meniti dari bibir ke bibir orang India di negara ini.

Kesan dari perjuangan mereka, masyarakat India menolak BN sehingga Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu kalah kepada calon PSM yang bertanding atas nama PKR di Sungai Siput.

Kerana orang India juga, calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud menang besar di Parlimen Kota Raja, Selangor.

Beliau mendapat undi majoriti 20,751 undi menjadikan beliau pe…

AGEN DSAI....: Live!!! Terkini!!!! Ceramah bersama Haji Mat Sabu Di TVMakmur (video)

AGEN DSAI....: Live!!! Terkini!!!! Ceramah bersama Haji Mat Sabu ...: Streaming by Ustream KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 ( SOKONG SILA KLIK )             Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Um...

Rafizi Ramli pula cabar Pengerusi GPRS

Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau langsung tidak bimbang dengan cabaran Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang dibuat semalam berhubung jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Rafizi menghantar notis meletakkan jawatan itu minggu lalu dan keputusannya telah diterima oleh parti.

Rafizi turut berkata, sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor tidak pernah menyalahgunakan sumber kewangan untuk kepentingan parti.

"Saya tak rasa bimbang dengan cabaran Sohaimi itu.

"Saya yakin sepanjang saya berkhidmat tak ada salah guna wang rakyat yang diberikan untuk kerja-kerja parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, pagi tadi.

Beliau berkata, jika kerajaan Umno ingin membuat perbandingan prestasi atau rekod semasa perkhidmatannya sebelum ini, rekod penjawat jawatan kerajaan y…

LIVE!!!! TEMUBUAL BERSAMA PRESIDEN ANWAR IBRAHIM CLUB JAM 9.00 MALAM INI

RADIO BANGSAR UTAMA: TEMUBUAL BERSAMA PRESIDEN ANWAR IBRAHIM CLUB JAM 9 MALAM INI...: TEMU BUAL DI DI RADIO BANGSAR UTAMA JAM 9.00 MALAM INI Presiden Anwar Ibrahim Club - Saifuddin Shafi untuk memahami sejarah kela...

Lagi PKR Dedah Salah Guna Kuasa Najib!!!

Rafizi dedah dokumen kontrak RM1 bilion LRT
PKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.

"Ini bertentangan dengan keputusan JPMK yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.

"Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai k…

Panas!!! BOM!!! PERTAMA Dari Rafizi Rambli (video)

Rakaman Wacana Perdana 11 Di Kelantan (video)

Ulama muda Umno akui PAS sangat konsisten

KOTA BHARU: Ulama Muda Umno, Fathul Bari memberitahu PAS sangat konsisten di mana politik tidak boleh dipisah dengan agama.

“Saya setuju di mana PAS sangat kosisten dalam isu tersebut. Saya pertegaskan ketaatan di atas perkara yang makruf.

“Apabila timbul segala masalah hendaklah kita rujuk kepada al Quran dan Hadis,” katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam tadi.

Wacana siri ke-11 mencatat sejarah apabila seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak dapat mengawal emosinya apabila hujahnya mendapat respon negetif penonton.

Ada ketikanya selepas diberi peluang moderator, Amin Idris, pengacara TV9 Dr Ridhuan tidak mahu menjawab mungkin terkilan dengan gelagat penonton.

Malah beliau dua kali bangun berdiri ketika menjawab soalan moderator dan penonton. Amalan itu tidak pernah berlaku sejak siri wacana diadakan tiga tahun lalu.

Penalis lain bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan anggota Exco keraj…

Rafizi mahu tanding PRU13

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Rafizi tidak mempunyai sebarang krisis kerana kedua-duanya bertindak secara profesional.

Abdul Khalid berkata, Rafizi mahu menjadi seseorang yang bebas menyuarakan pendapat dan tidak lagi terikat sebagai kakitangan Kerajaan Negeri.

Ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan siapa pengganti Rafizi u…

Fokus hanya 1 sekarang, jatuhkan BN - Rafizi

Harakahdaily, 22 Jun 2012 KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) menegaskan, fokus dalam hidup beliau sekarang hanya satu iaitu 'menjatuhkan BN'.

Beliau memberikan jaminan, perletakan jawatannya dari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam akan membantu beliau mencapai sasaran tersebut.

"Fokus saya dalam hidup sekarang hanya 1 iaitu menjatuhkan BN.

"Perletakan jawatan saya akan membantu (hasrat ini)," tulis Rafizi dalam Twitternya.

Rafizi membuat penjelasan ini melalui Twitter beliau yang ekoran ditanya bertubi-tubi tentang makluman yang beliau buat semalam iaitu perletakan jawatan itu.

Rafizi memohon supaya beliau diberikan beberapa untuk bersama dengan isteri dan keluarganya.

"Bagi saya beberapa hari untuk isteri dan keluarga saya," kata Rafizi melalui Twitternya.

Walaupun begitu, beliau sibuk sejak malam tadi lagi memenuhi program PKR walaupun pelbagai andaian dibuat oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia dan para blogge…

TERUS TERANG : Bersama KHALID SAMAD TVselangor - (Video)

LIVE!!!!!! RADIO BANGSAR UTAMA: TEMUBUAL BERSAMA PENGERUSI GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) SYED IBRAHIM SYED NOH...

RADIO BANGSAR UTAMA: TEMUBUAL BERSAMA PENGERUSI GERAKAN MANSUHKAN ISA (...: TEMUBUAL BERSAMA PENGERUSI GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) SYED IBRAHIM SYED NOH MALAM INI JAM 9 DI RADIO BANGSAR UTAMA temubual dengan...

TUAN GURU Hj Hadi Mimpi Jumpa Nabi Muhammad Tiga Kali (video)

AGEN DSAI....: Akaun RM3 bilion: Anwar Ibrahim dedah akuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan BPR

AGEN DSAI....: Akaun RM3 bilion: Anwar Ibrahim dedah akuan bersum...: KUALA LUMPUR 19 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan surat akuan bersumpah oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pe...

PAS gesa dunia terima keputusan p’raya Mesir

Harakahdaily, 19 Jun 2012 KUALA LUMPUR: PAS meminta kuasa-kuasa Barat dan seluruh masyarakat dunia menerima secara terbuka keputusan Pilihan raya Presiden Mesir yang dibuat melalui satu proses yang lebih demokratik, setelah puluhan tahun suasana pilihanraya di Mesir telah menjadi contoh demokrasi yang pincang.


Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata rakyat Mesir telah menyatakan pilihan mereka, dan tidak wajar mana-mana pihak terutamanya pihak Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) untuk menafikan hak rakyat membuat pilihan dalam satu proses demokrasi itu.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Muhammad Morsi dari Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP) yang mencapai lebih dari 50% undi dalam Pilihan raya Presiden Mesir yang baru sahaja berakhir.

Sehubungan dengan itu juga, PAS meminta kuasa-kuasa Barat dan seluruh masyarakat…

Nik Aziz kecewa unsur Syiah di Ekspo Islam

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kecewa dengan sikap segelintir  peserta dari negara luar yang membawa masuk  bahan-bahan berunsurkan Syiah untuk dipamerkan pada Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012, yang sedang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV sini.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan tersebut tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang kepada Sunnah Wal Jamaah.

“Saya  mengarahkan agar pihak urusetia mamastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkarta ini tidak berulang.

“Saya meramkamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera dalam memaklumkan perkara ini kepda pihak berkuasa urusetia khususunya serta pihak kerajaan untuk tindakan, pada saya, urusan akidah  pekara yang tiada tolak ansur,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ekspo itu, yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun, turut disertai 10 negara termasuk…

Kecoh Debat Rakyat, Zulkifli Noordin Di Serbu Penduduk 14/6/2012 (video)

Padam muka... Kah kah kah kah kah kah...
Tuhan balas atas dunia... pengkianat rakyat....


AGEN DSAI....: Bukti!!!! Tun Mahathir Ajak Rakyat Lawan Raja.. (video hot!!)

AGEN DSAI....: Bukti!!!! Tun Mahathir Ajak Rakyat Lawan Raja.. (v...: KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 ( SOKONG SILA KLIK )             Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   ...

Cadang Majlis Fatwa haramkan PRU musim haji

Harakahdaily, 17 Jun 2012  KUALA LUMPUR: Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mazlee Malek meminta Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa bahawa mengadakan pilihan raya di musim haji adalah haram.

"Majlis Fatwa harus berani mengeluarkan fatwa yang PRU adalah haram diadakan di musim Haji," katanya kepada Harakahdaily.

AGEN DSAI....: Terkini!!!!! LIVE Merdeka Rakyat Sembrong,johor mlm ini bersama DSAI (video)

AGEN DSAI....: Terkini!!!!! LIVE Merdeka Rakyat Sembrong,johor mlm ini bersama DSAI...: Live stream videos at Ustream KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 ( SOKONG SILA KLIK )             Artikel Yang Wajib Di Ba...

Anda nilai sendiri Mana Mufti betul dan mana yang tak betul??? Dalam Isu PRU Musim Haji.

Haji-PRU: Usah wujudkan fitnah, keliru Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
Dr Juanda Jaya SHAH ALAM – Mengadakan pilihanraya umum dalam musim ibadat haji adalah tidak wajar kerana ia boleh mendatangkan fitnah kepada umat Islam.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, mengundi pada pilihan raya wajib dan perlu diutamakan untuk beri kekuatan kepada umat Islam.

Menurutnya, umat Islam akan terus lemah politiknya jika kerajaan mengambil tindakan tidak adil secara menyeluruh kepada mereka.

“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang-orang politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut beliau, semua pihak perlu menunggu bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan dahulu sebelum mempersoalkan mengenai hukum menangguhkan haji jika waktu PRU13.

“Jika benar ia diumumkan dalam musim haji nanti, baru kita menyatakan hukum kerana bercakap mengenai …

Live!!! Dari Kelantan (video)

LIVE!!!!!! RADIO BANGSAR UTAMA: MAT SABU bersama RABU pada malam ini 9pm

RADIO BANGSAR UTAMA: MAT SABU bersama RABU pada malam ini 9pm: TEMU BUAL PALING DITUNGGU ini temu bual yang lama ditunggu ini temu bual yang susah di rancang mat sibu amat susah untuk dapat pada jam 9 mlm...

Ustaz Azhar Idrus : Orang Islam UMNO pun wajib sokong PAS (video)

Debat Sinar II temukan Saifuddin dan Salahuddin

Wartawan Sinar Harian
12 Jun 2012
Salahuddin (kiri) dan Saifuddin (kanan)
SHAH ALAM - Untuk kali kedua, Debat Sinar Harian akan dianjurkan antara dua tokoh berlainan ideologi politik bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar idea mereka berhubung isu yang menjadi buah mulut masyarakat hari ini.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, tajuknya masih lagi dibincangkan peringkat akhir sebelum diumumkan penganjur dalam masa terdekat.

“Debat antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub itu akan diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf pada 19 Jun depan.

“Penyertaannya adalah terhad, jadi kami akan membuat jemputan khas untuk 350 kerusi yang disediakan pada malam berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Univers…

AGEN DSAI....: Ceramah Terkini!!!! Saifuddin Nasution Di KL (video)

AGEN DSAI....: Ceramah Terkini!!!! Saifuddin Nasution Di KL (video)...: KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 ( SOKONG SILA KLIK )             Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!     ...

TERKINI!!!! MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA bersama RAFIZI RAMLI

RADIO BANGSAR UTAMA: MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA bersama RAF...: rafizi ramli - pengarah strategi parti keadilan rakyat akan ditemu bual oleh wan fathi pengarang malaysiakini RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATE...

Guan Eng tidak ganti Anwar jadi PM

KUANTAN - Tidak timbul isu mengenai perebutam jawatan perdana menteri jika pembangkang berjaya mengambil-alih Putrajaya kerana keputusan mengenai siapa yang akan menduduki kerusi itu sudah pun diputuskan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan konon Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan jadi perdana menteri sementara adalah tidak benar kerana pakatan tidak pernah bercadang untuk menjadikan kerusi itu jawatan bertempoh dan ditukar antara pemimpin PR.

"Tidak timbul isu berebut atau merampas kuasa kerana segala keputusan dibuat bersama," katanya.

Anwar dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin menyatakan beliau bukan pemimpin lembab untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin DAP. Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang berkata Anwar mungkin akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas menang pilihan raya dan menamakan Setiausaha Agung DAP, Li…

Ustza Azhar Idrus-Ulama' Bisu...[video]

Panas!!!!!!!!! 54 ahli Umno di kawasan Idris Jusoh sertai PAS

BESUT: PAS kawasan Besut berjaya menembusi kubu Umno di Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.

Seramai 54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam jajahan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101.

Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.

Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.

Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.

“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawa…

Nik Aziz kecam Harussani

Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2012
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.

Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut ‘kerusi’ dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Dalam pada itu, N…