GUA MUSANG:
Ketika Datuk Seri Najib Razak masih lagi terkial-kial mengumumkan
pembubaran parlimen, seorang lagi bekas ketua pemuda Umno bahagian
meninggalkan parti itu.
Abd Aziz Awang, 55 melengkapkan senarai tiga bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan berhijrah daripada Umno.
Sebelum ini bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh
dan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria memulakan
penghijrahan selepas lama berada Umno.
Abd Aziz mengetuai Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang selama dua
penggal, pernah juga dilantik Ketua Penerangan Pemuda Umno Kelantan.
Beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat parti
Melayu itu tidak mampu lagi memakmurkan rakyat, di samping
kepemimpinannya semakin lemah.
“Saya menerajui Pemuda Umno Gua Musang ketika era Saufi Deraman dan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ketua bahagian.
“Ketika penggal pertama saya menewaskan Adun Galas sekarang, Abdul
Aziz Yusof dalam pertandingan tiga penjuru. Ketika itu saya masih ingat
Aziz hanya dapat 11 undi.
“Kemudian selepas Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan
menyertai Umno secara beramai-ramai menyebabkan Umno Gua Musang semakin
kuat,” katanya di sini.
Ketika itu beliau juga bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir
Kesedar dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Rancangan Pembangunan
Kampung Baru di Manek Urai.
Bagaimanapun pada 1997 berhenti dengan Kesedar bagi memberi tumpuan kepada perniagaan.
Abd Aziz juga berkata, beliau mengambil langkah meninggalkan Umno
selepas melihat pemimpin parti itu sekarang tidak mampu lagi membela
agama Islam.
“Biar pun mereka bercakap mahu mendaulatkan Islam, namun dari segi tindak tanduk tidak mencerminkan ke arah itu.
“Banyak perkara mungkar dibiarkan begitu sahaja. Malah pengurusan
ekonomi negara semakin lemah. Hari ini amat malang sekali rakyat
Malaysia diketuai seorang perdana menteri yang tiada karisma.
“Banyak isu yang berlaku sekarang tidak mampu ditangani Presiden
Umno. Sebab itulah beliau teragak-agak membubarkan parlimen biar pun
sudah melebihi lima tahun mandat diberi rakyat,” katanya yang menyertai
PAS baru-baru ini.
Menurutnya juga lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di Gua
Musang dijangka mengambil langkah serupa meninggalkan parti itu dalam
masa terdekat ini./HarakahDaily
SEDIA JADI JENTERA BIASA DAN TIDAK BERTANDING DALAM PRU KE 13
Pilihanraya ke 13 merupakan PRU yang terpenting dalam sejarah negara.
Belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi
menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini
oleh penjajah.
Namun perlu disedari cabaran yang terpaksa didepani bukan sedikit.
Seribu satu helah dan taktik jahat akan digunakan untuk mempertahan
regim ini seiring dengan seruan Najib Razak iaitu akan pertahankan
'Putrajaya' dengan darah biar hancur tulang belulang.
Maka fasa ini memerlukan penyatuan semua yang berada di pihak pro
perubahan. Mood perubahan amat tinggi namun sejarah pernah membuktikan
banyak kali perubahan gagal dicapai antara sebabnya ialah kerana
perebutan dan pertelingkahan. che'GuBard menasihatkan diri dan teman -
teman agar mengambil iktibar sejarah ini.
Ini masa seharusnya semua kelompok khususnya anak muda menumpukan gerak
kerja mengasak perubahan tanpa berehat. Jalan yang dipilih ialah
perubahan melalui peti undi dan kenderaannya ialah politik kepartian,
maka perlu sedar ia sudah tentu penuh dengan kerenah politik itu
sendiri.
Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak
jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang
kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus
perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk
terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus
diletak tepi.
Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka ,
che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13
dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan
kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan
regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.
Menyeru semua kelompok anak muda untuk bersama dalam mood perlawanan
maksima, yakinlah kejayaan kita bukan memenangi satu dua pertempuran
sahaja tetapi peperangan menumbangkan regim menyelamatkan negara lebih
penting.
che'GuBard tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa
dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin
parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang
cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur. Selaku anggota parti
akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia
dan lebih selesa menjadi jentera biasa.
Bersama rangkaian komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kami
sedia menggerakkan jentera anak muda dalam dan luar negara untuk terus
mengasak perubahan dengan segala daya yang ada. SAMM telah pun
menjalankan dan sedang menjalankan perbagai program juga tidak berhenti
malah terus merancang perbagai program penyusunan anak muda untuk
mengasak perubahan. Komrad SAMM percaya anak muda cita - citanya harus
tidak singkat hanya untuk bergelar YB tetapi cita - cita kami ialah
mencipta secara perubahan total yang akan dibaca ganerasi mendatang.
Kepada semua ayuh bersekutu ke arah perubahan. Anak muda berparti atau
tidak berparti yakinlah tidak apa atau tiada siapa yang boleh menghalang
kita untuk berjuang merobah negara. Tidak perlu menjadi ahli politik
untuk berjuang kerana kebanyakan anak muda tidak punya syarat lengkap
untuk menjadi ahli politik iaitu kemahiran dan kebolehan mengampu,
bermuka - muka dan mengipas, tetapi berjuanglah dengan cara masing
masing kerana perjuangan merobah negara milik semua.
Kepentingan teratas kini ialah tumbang regim dahulu.
Sekian.
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
anggota biasa PKR
SKUAD Harimau Malaya kalah 2-0 kepada Palestin pada perlawanan amal
antarabangsa di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam tadi.
Separuh Masa: 1-0
Penjaring:
Palestin : Khaled J.A. Salem (ke-39), Ashraf N.O. Alfawaghra (90)
Senarai Pemain:
MALAYSIA
Mohd Farizal Marlias (Penjaga Gol) (Norazlan Razali) (Ahmad Syihan
Hazmi Mohamad), Mohd Faizal Muhammad, Mohd Asraruddin Putra Omar, K.
Reuben (Mahalli Jasuli), Safiq Rahim (kapten), R.Gopinathan, Mohd
Khyrill Muhymeen (Yong Kuong Yong), K. Gurusamy (Mohd Amri Yahyah,
Azamuddin Mohd Akil, Mohd Fadhli Shas).
PALESTIN
Tawfiq A.Y Abuhammad (Penjaga Gol), Husam I.A Abusalah, Haytham
S.M. Theeb, Mousa M.H. Abujazar, Khaled J.A.Salem, Imad H.M.Zatara
(kapten) (Adham A.S. Aburawees), Ahmed A. Asalama, Mahmoud S.A.
Shaikhqasem (Khader Y. Abuhammad), Murad I.M. Said, Iyad A.S. Gharqoud,
Khaled A.K. Mahdi (Ashraf N.O. Alfawaghra).
100 org pemain cyber berkumpul memulakan gerakan Haramkan Umno
26 Mac 2013 SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO
Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama
hampir 100 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan.
Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali
sebagai 'Haramkan Umno'.
Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 946 telah diharamkan
pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan tinggi. Ini kerana
pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku
Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya
ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah
memutuskan Umno diharamkan. Kemudian Razaleigh telah cuba merayu
keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah
menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara
pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno.
Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih
keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan
cengkaman kuasanya.
Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan
1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang -
undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan
termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. Setelah Umno asal
diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan
terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses
penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan
mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak
dalam mendaftarkan organisasi Umno peringkat tertentu semula. Kemudian
keadaan bertambah parah ada juga berikutnya banyak cawangan Umno yang
tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan
1966.
Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno merupakan cawangan haram.
Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar
perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian
menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno
itu sendiri haram.
Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan
perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu
didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka
kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan
Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan
dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram. Ini diakui oleh Setiausaha
Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan cuma kes di mahkamah dibuang
kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat
pemecatan yang dikatakan telah di back dated kan dan pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah.
Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan
haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar
perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya
turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut.
Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan
Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu.
Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh
daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH
2010)
Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam,
Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat
Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di
Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya ?
Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga
Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana - mana
organisasi berdaftardi Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti
laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan
maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966
malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian
sepertinya dilakukan.
Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari
cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian
tidak sah pendaftaranya.
Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001
masalah dan krisi, ini kerana negara ditadbir oleh sebuah organisasi
politik haram.
Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan 'Haramkan Umno'.
Peranan semua
menyampaikan penerangan 'kenapa Umno organisasi haram?' ke seluruh pelusuk negara.
menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing -
masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian
cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan
dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan
hantar ke email haramkanumno@gmail.com
Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon
kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit,
maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email
haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan beberapa laman FB dan blog sekutu.
Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan
perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari
usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga
akan menjadikan PRU ini sebagai satu proses referendum rakyat untuk
menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.
Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama
membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran
terbuka 'Gerakan Haramkan Umno' di ibukota.
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding
menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya
Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam
pemilihan pada tahun lalu.
Dalam
beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab
untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap
"konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu
ada.
"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.
"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.
Lim
mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula
pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.
ROS
semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan
berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja
Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin
tertinggi parti itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan)
dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil
seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan
bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.
Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil
keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain
melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya./MalaysiaKini
KOTA BHARU: Kata Ustaz Azhar Idrus lebih 100,000
berada dalam Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan hampir 10,000 lagi di
luar stadium, program Haflah Ilmu Anak Muda Kelantan malam tadi.
Situasinya memang begitu. Di atas padang penuh sesak dan tempat duduk
di tangga stadium juga penuh. Sebahagian lagi berada di luar stadium.
Kenderaan diparkir hampir satu km dari stadium. Di kawasan pusat
bandar penuh dengan kenderaan. Kenderaan diparkir di sepanjang Jalan
Sultan Ibrahim, Jalan Hospital dan Jalan Dusun Muda.
Lebih
mengujakan lagi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
datang dengan wayar di lengan, kembali seketika daripada hospital.
Dan selepas solat Maghrib dan bertemu dengan panelis program
berkenaan Ustaz Azhar dan Ustaz Haslim Basrin, Menteri Besar masuk
semula ke wad. Beliau dirawat sejak Rabu di hospital terbabit.
Hadir sama di stadium Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub,
anggota-anggota Exco, pegawai kerajaan dan Naib Presiden Ikram Malaysia,
Wan Subki Wan Abdullah.
Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Selepas solat Isya
yang diimamkan Timbalan Menteri Besar, ditayang video tragedi yang
menimpa umat Islam di Syria. Gambar disiarkan begitu menyayat hati
penonton.
Kutipan derma malam tadi akan disumbangkan kepada rakyat Syria dan Palestin yang sedang menderita sekarang.
Beberapa petugas mengutip derma pada akhir program kelihatan memikul guni dipercayai duit yang disumbang lautan manusia.
Ustaz Azhar berkata, suasana yang hanya pernah disaksikan di Makkah
sebelum ini di mana orang ramai memenuhi masjid untuk mencari ilmu juga
berlaku di Kelantan.
Katanya, ketika kuliahnya di masjid di Wakaf Bharu orang ramai yang datang terpaksa menunaikan solat di tepi longkang.
“Malah di Masjid Kampung Sireh saya tengok dalam Youtube ada orang
solat di celah pokok bunga di luar masjid kerana kerana keadaan begitu
sesak.
“Oleh
itu kita kena pertahankan kerajaan yang dipimpin ulama. Tak kan pula
hendak tukar ulama yang memimpin sekarang,” katanya menjawab soalan
Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam Tuan Padang, yang bertindak sebagai
moderator.
Beliau juga menjelaskan pandangan sesentengah pihak yang mengatakan
kalau tidak sokong kerajaan nanti hendak makan apa, disifatnya boleh
jatuh kepada perbuatan syirik.
“Orang yang tidak sokong kerajaan pusat pun makan nasi juga, bukannya
makan skru. Kita hendak pilih kerajaan yang mampu memberi ilmu agama
kepada rakyat.
“Ketua negara yang tidak berjiwa Islam, negara pastinya akan rosak.
Jadi kita hendaklah menggunakan peluang mengubah kerajaan menggunakan
kertas undi.
“Rakyat termasuk generasi muda akan lebih selamat sekiranya bernaung di bawah pemerintah yang menjaga agama,” katanya.
Ustaz Haslin juga menegaskan rosak rakyat jelata kerana diperintah oleh golongan pemimpin yang korup./HarakahDaily
Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang
menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia
disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
Hooland
Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh
mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu
yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut
dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.
Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
Sejurus
kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa
menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan
segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April
nanti.
Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi
peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung
pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman
bagi setiap kesalahan.
Tertuduh juga diterangkan tentang
pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas
mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup,
jika sabit kesalahan.
Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah
Tinggi Tawau hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati
kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Dua
tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota
kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.
Ini
merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang
di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan
pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.
Sementara
itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi
anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada
Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.
Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.
Seorang
lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan
tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.
Dia
yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan
'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan
pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.
Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.
Tertuduh
pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan
perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman
yang akan dihadapinya.
Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.
Empat
tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating
Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak
dicakapkan).
Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti
Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan
Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.
Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.
Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.
Sementara
itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi
Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan
hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.
Kesemua
wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya
dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan
peralatan lain tidak dibenarkan.
Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.
Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi.
MAHKAMAH RAKYAT PUTUSKAN MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR
SolidaritiAnakMuda Malaysia merakamkan terimakasih dan tahniah kepada
semua yang terlibat menjayakan program ‘Mahkamah Rakyat :Isu sebenar
Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar?’ Program anjuran SAMM
bersamaAngkatanPerubahan Sabah (APS) malamtaditelahdihadiriolehlebih
5,000 orang.
Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda
telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak
muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili
suara anak muda Semenanjung).
Kemudian segmentasi kedua menampilkan Sdr. Hasnar danPn. SitiAminah yang
kedua – duanya bekas tahanan ISA dan terlibat sendiri dalam projek kad
pengenalan dibawah Dr.Mahathir yang mengagadaikan kedaulatan dengan
memberikan warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan
parti komponen Bn.
Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam
projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi
apabilaparti Berjaya (komponen Bn) tewas kepada PBS, beliau telah
terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan
yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta Bn dengan
perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta
membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.
Pendedahan dua saksi ini benar – benar menyentak hadirin semalam.
Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan
jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam yang digelar projek IC Dr.M.
Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato Ghafir yang
menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan
mengganggu operasi di Lahad Datu.
Duawakil APS Sabah iaituDatuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk
Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC
dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir.
Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan
pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk
melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah
akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia.
Tn Hj. MohamadSabu tidak dapat hadir saat akhir kerana mewakili Presiden
untuk program ke Johor, DatukYahya Lampung hadir tetapi tidak berucap
kerana tidak sihat, YB Tian Chua hadir tetapi terpaksa beredar awal
kerana program di tempat lain bersama YAB MB Selangor. Keluarga Tun Datu
Mustafa juga hadir dan Cik Roni cucunda beliau telah sudi sama naik ke
atas pentas meraikan majlis. kemunculan Sasterawan rakyat Pak samad yang
memberikan ucapan ringkas dan membacakan sajak cukup mengujakan
hadirin.
Antara rumusan Mahkamah Rakyat semalam :
Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut
dibuktikan Bn terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup
mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti
Projek IC menyebabkan banyak masalah , ramai punya dua kerakyatan
(contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk
mengundi Bn bukan kerana kesetiaan pada negara, Janeral kumpulan militan
yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai
kerajaan Bn Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC
Pemimpin Bn lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan
operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada
mulanya umum yang penceroboh bukan militant/pengganas dan perlu
berunding ? Kenapaberunding ? Apa isi perundingan ?Apa yang
diselindungkan ? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada
rakyat Malaysia.
Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya keranapunya
pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat
suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan
kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta
kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.
KUALA LUMPUR 19
MAC: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing mempersoal identiti
seorang ‘personaliti kerajaan Malaysia’ yang mahu ditemui Ketua
Penceroboh Sulu, Agbimuddin Kiram.
Ia berikutan portal berita Filipina bertajuk ‘Kumpulan Sulu ditangkap
di Sabah’ memetik kenyataan Agbimuddin yang menyatakan kesediaan untuk
bertemu ‘personaliti’ dari Malaysia.
Berita itu dimuat dalam portal berita, globalnation.inquirer.net bertarikh 15 Februari lalu.
“Kumpulan bersenjata mahu jumpa seorang ‘personaliti’ tapi hingga
kini identiti itu tak didedah. Siapa? Datuk Seri Musa Aman? Datuk Seri
Hishamuddin Hussein atau Datuk Seri Najib Razak?
“Kenapa penceroboh mahu bertemu personaliti itu? Ini menjadi tanda
tanya kepada rakyat Sabah. Ini meninggalkan kekeliruan besar,” katanya
kepada KeadilanDaily.
Pada
14 Februari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebelum ini
dilapor berkata polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang
mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris
berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Sedangkan, pimpinan tertinggi Umno BN pada hari sama berada di Sabah
termasuk Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah untuk program BN di
Tuaran, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu.
Apatah lagi, berita yang memetik kenyataan Ismail Omar dan lawatan
Perdana Menteri ke Sabah, kedua-duanya dilapor agensi berita rasmi
kerajaan, Bernama pada 14 Februari lalu.
Lebih-lebih
lagi, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pula dilapor berkata
kumpulan penceroboh berusaha berjumpa dengan ‘personaliti’ berkenaan.
Laporan portal Filipina itu juga menyatakan Agbimuddin dan pasukannya dikepung pasukan keselamatan Malaysia.
“Mereka bercakap dengan kami dan merujuk saya sebagai ‘Baginda’ dan
Duli Yang Maha Mulia’ (Your Excellency & Your Royal Highnesss)),’
kata Agbimuddin dipetik portal berkenaan.
Mengulas lanjut, Wilfred berkata, kegagalan tindakan agresif terhadap
penceroboh Sulu selama beberapa minggu menguatkan andaian pelbagai
pihak berkaitan pertemuan dengan ‘personaliti’ itu./KeadilanDaily
KUALA TERENGGANU – Pas dijangka bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Jumlah kerusi yang dinyatakan itu juga menunjukkan pertambahan sebanyak
10 kerusi kepada Pas berbanding pilihan raya umum sebelumnya yang
menyaksikan parti itu bertanding di 66 kerusi parlimen sahaja di seluruh
negara.
Perkara itu disahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dengan merujuk bahawa pihaknya akan bertanding lebih satu pertiga
daripada jumlah kerusi Parlimen bagi memastikan Pas menjadi teras
politik negara untuk menggantikan Umno.
Berdasarkan pertambahan kerusi yang disebutkan itu juga, Abdul Hadi
tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan kerusi lain melebihi 76
buah sekiranya terdapat perubahan yang menyebelahi parti itu pada
saat-saat akhir.
“Kita kena ingat kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222. Daripada
jumlah itu, saya hendak beritahu, insya-ALLAH Pas akan bertanding
sekurang-kurangnya 76 kerusi.
“Kita bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi parlimen
yang dipertandingkan seluruh negara. Insya-ALLAH mungkin akan ada lagi
(pertambahan kerusi) jika rakan-rakan kita dalam PR memberi lagi kerusi
kepada kita untuk bertanding,” katanya ketika menyampaikan ceramah di
Chabang Tiga, di sini.
Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi
kenyataannya supaya mana-mana pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan
bahawa DAP bakal menerajui negara sekiranya PR menang pada PRU13.
Abdul Hadi berkata, dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan parti
itu, DAP masih belum layak untuk menerajui pentadbiran kerajaan.
“DAP bertanding dalam 50 hingga 60 kerusi dan jika dia boleh menang 50
kerusi pun, masih tidak boleh hendak memerintah Malaysia ini.
“Oleh itu, usahlah terpengaruh dengan dakyah Umno-Barisan Nasional
(BN). Mereka letak calon bukan Melayu di 21 kerusi majoriti orang
Melayu. Umno telah beri kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan,” katanya./SinarHarianOnline
TONE WOW PARLIMEN JASIN MELAKA
-
* Nama* : Mohamad Hadi Haqimie
*Nomber ID Referral* : TWE 1421534
*Link daftar Ahli* : https://shop.tonewow.com/ms?promoterID=TWE-1421534
*No HandPhone*...
JANA PROFIT 5% KE 20% SETIAP BULAN.
-
NIAGAKAN WANG ANDA*
Perkiraan mudah untuk menampakkan keuntungan bila anda gunakan wang
simpanan anda utk digandakan dalam *essencefx* dengan menggunakan s...
KEBAIKAN TONE WOW
-
Daripada awak semua viralkan lawak bodoh dan mengarut tu..
lebih baik awak viralkan KEBAIKAN TONE WOW ne...
Biar semua orang tahu apa sepatutnya dorang PERL...