Menurut ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PCS) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya itu, di Selangor misalnya, kepimpinan itu sudah menyediakan garis panduan kepada ahli-ahli Parlimen, penjawat awam dan agensi berkaitan kerajaan berhubung pelaksanaan kerajaan sementara.
"Saya boleh katakan di Selangor, kita sudah sedia dan sudah edarkan kertas mengenainya...," ujar Azmin pada Forum Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 di sini, hari ini.
Malah ujarnya, beliau yakin di negeri-negeri lain juga, PR mempunyai pendekatan yang sama bagi memastikan polisi perjalanan PRU13 berjalan dengan baik.
Azmin sebelum itu ketika menyampaikan ucapannya dalam forum berkenaan menekankan berhubung pentingnya pelaksanaan kerajaan sementara bagi membolehkan proses pilihan raya yang adil dapat dilaksanakan di negara ini.
"PR seringkali menegaskan bahawa dalam politik sebuah negara yang berteraskan institusi demokrasi yang kukuh kita harus berjiwa besar.
"Biarpun meraih kemenangan adalah matlamat parti-parti politik, namun kemenangan yang mutlak adalah natijah daripada perlawanan dan persaingan yang adil," tegas Azmin.
Beliau turut menekankan bagaimana penjawat awam dan agensi-agensi berkaitan kerajaan perlu bersikap neutral sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
"Tegas dinyatakan, iaitu perkhidmatan awam mesti menjauhkan diri mereka dari kerajaan sementara. Mengekalkan jarak bermakna untuk kekal neutral politik," ujar Azmin lagi.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari pula menekankan bahawa pengambilalihan tampuk pemerintahan oleh kerajaan sementara tidak akan mendatangkan sebarang masalah.
"Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah untuk membenarkan sistem ini untuk berjalan seperti sepatutnya," ujar Aziz.
Tegasnya, peruntukan penubuhan kerajaan sementara ini perlu dipraktiskan supaya ia menjadi amalan dalam setiap pilihan raya bagi memastikan negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia dapat menjalankan pilihan rayanya dengan adil dan saksama.
Cadangan pelaksanaan konsep kerajaan sementara atau caretaker government ini turut disyorkan oleh PSC dalam usaha memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan baik./SinarHarianOnline
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..