Kenyataan Media
26 Mac 2013
SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO
Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama
membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran
terbuka 'Gerakan Haramkan Umno' di ibukota.
[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI
100 org pemain cyber berkumpul memulakan gerakan Haramkan Umno |
SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO
Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama
hampir 100 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan.
Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali
sebagai 'Haramkan Umno'.
Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 946 telah diharamkan
pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan tinggi. Ini kerana
pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku
Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya
ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah
memutuskan Umno diharamkan. Kemudian Razaleigh telah cuba merayu
keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah
menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara
pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno.
Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih
keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan
cengkaman kuasanya.
Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan
1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang -
undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan
termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. Setelah Umno asal
diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan
terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses
penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan
mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak
dalam mendaftarkan organisasi Umno peringkat tertentu semula. Kemudian
keadaan bertambah parah ada juga berikutnya banyak cawangan Umno yang
tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan
1966.
Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno merupakan cawangan haram.
Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar
perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian
menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno
itu sendiri haram.
Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan
perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu
didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka
kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan
Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan
dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram. Ini diakui oleh Setiausaha
Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan cuma kes di mahkamah dibuang
kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat
pemecatan yang dikatakan telah di back dated kan dan pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah.
Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan
haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar
perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya
turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut.
Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan
Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu.
Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh
daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH
2010)
Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam,
Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat
Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di
Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya ?
Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga
Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana - mana
organisasi berdaftardi Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti
laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan
maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966
malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian
sepertinya dilakukan.
Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari
cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian
tidak sah pendaftaranya.
Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001
masalah dan krisi, ini kerana negara ditadbir oleh sebuah organisasi
politik haram.
Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan 'Haramkan Umno'.
Peranan semua
- menyampaikan penerangan 'kenapa Umno organisasi haram?' ke seluruh pelusuk negara.
- menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing - masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com
- Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan beberapa laman FB dan blog sekutu.
Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan
perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari
usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga
akan menjadikan PRU ini sebagai satu proses referendum rakyat untuk
menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.
Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..