Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Isnin, 30 April 2012

Kekejaman Polis: Anak Muda Diserang Polis Di Perhimpunan Bersih 3.0 - DSAI (video)



Bersih 3.0: FB pemimpin Umno cetus kontroversi


 Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas. - Foto Bernama
Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas. 
- Foto Bernama
SHAH ALAM - Sementara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)  sedang terlibat dalam 'perang tuding-menuding' berkenaan Bersih 3.0, beberapa pihak dari Umno sendiri mempersoalkan tindakan bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin 'mendedahkan' kononnya anggota polis 'menyamar' sebagai peserta  perhimpunanm yang berakhir insiden ganas, kelmarin.

Maklumat diperoleh dari laman sosial Facebook menunjkkan Zaharin menulis yang beliau mengenali anggota polis yang terlibat sebagai peserta dengan memakai kemeja-T berwarna kuning.

Tulisan beliau mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian ahli Umno dan pemblog pro-Umno, yang mengecam tindakannya sebagai tidak berpatutan dan tidak wajar.

Kata mereka, tindakan Zaharin mensabotaj parti dan mahu tindakan diambil.

Dalam tulisan reaksi balas tengah malam tadi, sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Zaharin mendakwa mereka yang mengkritik beliau telah "makan umpan saya" dan "cukup kuat melatah."

"Suka juga saya baca komen dalam FB tulisan dalam 'wall' saya fasal saya katakan ada polis berpakai kemeja-T Bersih dalam kumpulan gerombolan demonstran.

"Umpan saya dimakan. tiba-tiba saya jadi glamour... dan ini memberikan gambaran cara fikir kita belum lagi sampai ke tahap cukup matang... dan yang peliknya unit media baru Umno pun ikut sama bodoh. kesimpulannya orang di Malaysia ni tak kira Melayu, Cina dan India.. cukup kuat melatah," kata Setiausaha BN Bandar Tun Razak.

Maklumat diperoleh Sinar Harian Online menunjukkan Zaharin digugurkan sebagai Setiausaha Umno Bahagian tahun lalu.

Dalam tulisan pertama Sabtu lalu, Zaharin berkata, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.
"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin.

Tulisan itu mendapat teguran seorang lagi pengunjung pada hari berkenaan, antara lain menyebut, "Saudaraku Zaharin, ini rahsia negara, jangan lah 'posting direct', kasihan nanti, kena belasah."

"Rahsia... rahsia tuu, kenyit-kenyit mata udah ler... takyah cakap kat sini, ternyata mereka tu sume ikut-ikut je, b..d..h," kata pengunjung laman Zaharin, yang bernama Nora Nordin.

Tindakan Zaharin itu dikecam hebat oleh pemblog-pemblog pro-Umno menerusi Twitter.

"#BERSIH3 - Zaharin May Yasin - ini bajingan yang mahu meranapkan Umno/BN!!," kata Twitter atas akaun @untimediabaru yang dipautkan dengan blog 1peluru.blogspot.com

Blog itu antara lain menulis:

"Tiada bukti sahih tentang apa yang bajingan ini perkatakan di laman Facebooknya, tapi inilah 'senjata' paling ampuh yang digunakan oleh beruk-beruk BerSHIT untuk 'mempertahankan diri' selepas kekacauan teruk yang mereka lakukan dalam demonstrasi semalam memandangkan statement bodoh ini dikeluarkan oleh salah seorang pimpinan Umno (Bahagian Bandar Tun Razak)...'

Blog itu turut membawa foto menunjukkan Zaharin memakai topi Bersih berwarna kuning dan kad kecil berkenaan protes Duduk Bantah.

Rasa marah ke atas Zaharin juga dilahirkan oleh pemegang akaun @riorashid yang menulis kepimpinan parti harus mengambil tindakan ke atas beliau.

Dia menulis "hapuskan parasit ini DS @NajibRazak."

Zaharin juga menulis bahawa bahawa lelaki yang memijak anggota polis itu kebetulan memakai gelang getah kuning tetapi dia bukan polis.

"Puak Bersih pergi spin akhirnya tipah tertipu... saya berjaya," katanya.

Ekoran kritikan terus-menerus, Zaharin menambah, "sebahagiannya akan saya jadikan tesis politik saya... dalam perang saraf strategi."

Malam tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno berkata, pihak polis akan mendedahkan rakaman video mengenai perhimpunan Bersih 3.0 untuk penilaian rakyat.

Mengulas perkara itu, Zaharin berkata, MT Umno mengambil keputusan meminta pihak polis manayangkan gambar video dan foto perusuh yang membuat onar masa demontrasi antkerajaan oleh Bersih.

"Masa itu boleh tahu. Adakah terdapat polis yang menyamar dalam kumpulan demonstrasi itu yang melakukan provokasi dan memulakan... setiap seorang akan dicari. Jika puak-puak Bersih ada maklumat, ada polis menyamar di lokasi berlaku rusuhkan sila buat aduan di mana-mana balai polis," katanya lagi.

Kontroversi ini muncul ketika penganjur Bersih 3.0 dan pemimpin-pemimpin PR khususnya Pas menafikan pihaknya menjadi punca insiden ganas di ibu negara kelmarin.

Ketegasan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di ibu negara semasa dan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub di Ipoh semalam.

Salahuddin mempelawa kerajaan membentuk sebuah suruhanjaya bagi menyiasat perkara itu.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0. Datuk S. Ambiga mahu Suhakam menyiasat perkembangan semalam bagi mengetahui siapa yang menjadi punca kepada insiden ganas./SinarHarian

Ahad, 29 April 2012

Utusan: Tali hayat yang bakal putus

Pagi-pagi lagi saya telah menerima PM - personal mesej meminta saya mengulas laporan akhbar penjilat bontot Mingguan Malaysia hari ini. "Tuan buatlah ulasan mengenai kejahatan Utusan Malaysia yang melapor tentang bersih itu.." katanya. Walaupun saya belum membaca akhbar berkenaan tetapi saya sudah boleh agak apa yang dilaporkan oleh akhbar lidah hitam Umno itu. Laporannya pasti jahat punya.
Perhatinkan siapa yang menterbalikkan kereta polis itu
Saya bukan anti media massa sebenarnya, saya orang media. Saya cuba melendikkan pemikiran saya dan membina persepsi baik kepada apa-apa juga pemikiran akhbar. Saya bukan marah dan tidak setuju kepada Utusan, Berita Harian dan seracunnya dengannya tetapi saya juga tidak suka Harakah atau Suara Keadilan kerana bentuk pemberitaan mereka gagal menjadikan akhbar itu sebagai pembentuk fikiran sihat dan bergerak ke arah perpaduan.

Saya marah semua sekali. Tetapi cara Utusan sudah melampau. Utusan bukan lagi menjadi Pencetus Hati Nurani Rakyat yang menjadi taglinenya tetapi Utusan menjadi pencetus perbalahan dan persengketaan sesama sendiri. Utusan telah menjadi pencetus api perkauman, pemfitnah dan segala macam keburukan dan kebusukan di gendung akhbar usang itu. Saking jahatnya Utusan menyebabkan orang melihat seluruh organisasi itu hitam melegam. Bukan saja pak-pak pengarang tetapi despatch pun turut dijeluakkan.

Kejahatan dan kuasa fitnah akhbar ini semakin meluas dan melebar. Mereka yang menduduki jabatan pengarang sudah hilang kewarasan. Doktrin Yahudi sudah meresapi ke saraf otak mereka.  Sebenarnya akhbar berkenaan tidak layak lagi untuk disebut dan dibicarakan sebagai sebuah media pembangun nusa dan bangsa negara ini.

Semalam lagi saya sudah mengagakkan apa yang akan diterbitkan hari ini. Malahan saya sudah memberi beberapa gambaran tajuk yang akan dipakai oleh akhbar berkenaan berhubung Bersih. Mesti spin punya... kalau tidak spin pengarang dan penasihat di Utusan tidak layak untuk meminum darah syaitan. Mereka dibayar gaji dan segala macam elaun untuk membeli tiket ke neraka.

Tulisa saya di Fb semalam:

Besok akhbar PB akan menyiarkan laporan buruk terhadap bersih 3.0 dengan tajuk muka depan, Himpunan Bersih Kotor, ataupun Para himpunan ganas, atau pun Bersih 3.0 tidak hormati undang-undang, ataupun Bersih 3.0 menimbulkan huruhara. Surat khabar PB juga akan merekodkan jumlah yg berhimpun tadi hanya 10,000 orang sahaja. Saya membuat prediction ini untuk tidak merujakan hati para penyokong bersih yang telah lama berita mengenai kegiatan mereka dispin oleh akhbar berkenaan. Kepada saya biarlah apa yang media hendak kata dan berapa jumlah yang akan dikreditkan bahawa keadaan nyanya UBN waktu ini tidak ubah seperti telor dihujung tanduk yang akan jatuh dan berkecai bila-bila masa saja.

Saya sudah beri tajuk-tajuk untuk Utusan.
Ternyata apa yang saya prediction itu betul 100%. Saya sudah dapat membaca kejahatan bertradisi akhbar berkenaan terhadap oposisi. Cuba bazirkan wang M2.50 hari ini dan belikan akhbar berkenaan kemudian teliti tajuk-tajuk dan isinya.

Di sini saya tidak mahu mengulasnya panjang lebar mengenai itu kerana membazir air liur. Bercerita mengenai Utusan memberi dosa kering kerana mengecerkan kejahatan. Apa yang hendak saya paparkan dan perkatakan di sini yang saya sudah boleh membaca apa yang ada dalam kepala orang Utusan. Jadi jangan 'adik kakak' merasa hairan dengan kejahatan dan kebejatannya.

Sebelum ini pun saya sudah memberi formula atau petua bagaimana untuk mempercayai apa-apa dilaporkan akhbar berkenaan. Asas berita yang menjadi amalan akhbar itu hanyalah 6.25 sahaja. Maksudnya nilai kebolehpercayaan hanya 6.25 peratus saja.

Formulanya begini, sesebuah berita spekulasi, rencana beragenda, apa-apa juga berita mengenai oposisi anda hendaklah membahaginya kepada dua. Misalnya kepercayaan asas anda mulanya 100 peratus ia hendaklah dibahagi dua, jadinya 50. Itu asas yang benar tetapi belum pasti sahih.

50 peratus itu hendaklah dibahagi dua, jadi 25 peratus kemudian yang 25 peratus dibahagi dua lagi maka jadilah 12 setengah. Yang 12 setengah ini pun tidak boleh dipercayai terus ia hendaklah dibahagi dua iaitu jadi 6.25 peratus. Angka akhir inilah yang boleh difikirkan sebagai benar.

Manakala mengenai angka yang diberikan akhbar berkenaan juga ada formula tersendiri. Kalau angka kehadiran di pihak pembangkang biasanya akhbar itu menolak angka sebenar dengan 20 hingga 60 kali ganda. Misalnya kalau himpunan bersih semalam mencecah 250,000 Utusan akan mengurangkan menjadi hanya 25,000 sahaja atau kurang daripada itu, mungkin 15,000.

Sebaliknya kalau kehadiran di pihak Umno atau BN akhbar itu akan menambah angka itu sampai ratusan kali ganda. Kalau kehadiran 5,000 akan ditambah angka satu atau dua di hadapan menjadi 15,000 atau 25,000 adakannya mencecah 35,000.

Permainan angka-angka inilah menjadikan nawaitu akhbar itu untuk membantu UBN khasnya Umno menjadi senjata makan tuan. Angka-angka ini menyebabkan Umno syok sendiri seperti mana tahun 2008 parti itu dibaham tsunami teruk setelah merasa selesa berada di atas rumah di puncak gunung.

Berbalik kepada Utusan tadi kejahatannya sangat jelas. Kejahatan yang disebut dan diulang-ulangi dalam Quran. Kebusukannya tidak boleh ditusuk selindung lagi. Kerana terlampau jahat menyebabkan kebatilan yang mereka lakukan dibalas dengan dengan kebenaran pada saat itu juga. Cuba perhatikan sekeping gambar Bersih keadaan bagaimana sebuah kereta polis yang diterbalikkan. Utusan cuba memberi gambaran dan cuba mencetakkan dalam minda umum yang para himpunan Bersih ganas, kejam dan jahat. Saya rasa dalam hal ini Utusan sudah merancang dan berkerjasama erat dengan pihak polis. Mungkin perbincangan rapi diadakan beberapa hari sebelum Bersih diadakan.

Bagi Utusan yang menterbalikkan kereta polis itu ialah peserta Bersih. Kejadian itu berlaku selepas kereta itu merempuh pembahagi jalan, bukan rempuh orang... kata Utusan. Tidak disebut langsung yang kereta berkenaan sengaja merempuh peserta Bersih. Kenapa? Inilah kejahatan nyata oleh akhbar berkenaan yang telah mengklonkan lidahnya dengan lidah syaitan. Di sinilah saya katakan akhbar ini telah menyimpulkan fakta dalam kilas yang carik dan cuba mencetuskan nafsu amarah umum dengan cetusan itu. Utusan pencetus kejahatan.

Perhatikan juga baik-baik orang yang sedang memterbalikkan kereta berkenaan. Apakah warna baju yang mereka pakai? Bukankah baju atau uniform peserta Bersih berwarna kuning atau hijau? Apakah pula baju dua tiga orang yang sedang memterbalikkan kereta itu. Bukankah ianya berwarna hitam? Jadi siapa mereka? Jelas mereka bukan perserta Bersih atau Lynas kerana mereka memakai baju Bersih dan Lynas berwarna kuning dan hijau.

Di sini kerana terlalu ghairah hendak membuat jahat dan fitnah Utusan terlupa untuk menukar warna baju mereka. Atau pun penjahat itu terlupa menanggal dan menukar baju? Polis juga sudah sebati dengan warna kejahatan mereka iaitu hitam. Polis kalau hendak serbu orang secara gelap, hendak tangkap dan tembak orang akan pakai sarung muka berwarna gelap.

Saya rasa dengan penjelasan ini orang ramai tahu akan peranan, tanggungjawab dan juga kesilapan akhbar itu dalam memburukkan pihak lain dan cuba menjadikan Umno sebagai telor emas. Benarlah bagai di kata kalau kita melampau di dalam sesuatu perkara itu, kemelampauan akan memakan diri kita akhirnya.

Kerana apa yang berlaku itu adalah provokatif yang dicipta untuk melahirkan insiden-insiden menyayat yang akhirnya menatijahkan kejadian yang buruk bagi digunakan sebagai modal pilihan raya, saya yakin insiden semalam termasuk juga kejadian pistol polis dirampas dan hilang sekejap itu akan digunakan sebagai modal untuk memburukkan Bersih dan Pakatan Rakyat. Perkara inilah akan ditanam di kepala umum selepas wang (BR1M) ternyata gagal mempedayakan rakyat.

Mengabadikan foto semasa menjalankan tugas.
Bagi saya oposisi tidak perlu risau dan rungsing kerana rakyat sudah tahu segala kerja akhbar PB dan persepakatan di antara media dengan pihak berkuasa seperti polis itu. Rakyat yang sudah dibasuh mindanya tidak akan percaya sementara yang sikit-sikit hendak percaya juga akan mengoyak seluruh saraf akarnya untuk menilai semula kebolehpercayaan akhbar berkenaan kerana ianya sudah melampau. Saya sarankan Utusan boleh dibaca tetapi tidak boleh dipercayai.

Utusan juga kini senasib dan segelisah dengan Umno. Utusan bolehlah dianggap tembuni kepada Umno. Sekiranya Umno sudah hancur atau rosak maka ia juga akan rosak dan akan menjadi gemulah. Kepada penjengok blog MT akan faham dengan penjelasan ini serta mengenali bagaimana peranaan akhbar berkenaan yang ternyata ia lebih buruk dan busuk dari kertas penyapu tahi di dalam jamban. -/HarakahDaily

Ceramah Terkini!!!! CheGuBard (video)



Khamis, 26 April 2012

Mengapa Umno BN perlu jadi pembangkang selepas PRU13?

Berulang-ulang kali kita mendengar daripada kem Barisan Nasional bahawa mereka memerlukan majoriti yang besar untuk menjadi sebuah kerajaan yang ‘kuat’. Mengapa? Kerana ia akan membolehkan mereka berbuat sesuka hari sebagaimana yang telah dilakukan sejak beberapa dekad lalu.

Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia kita dapat melihat apa yang akan terjadi jika sebuah kerajaan itu terlampau besar dan ‘kuat’. Stalin, Hitler, Mao Zedong dan yang seangkatan dengannya juga telah berdakwah tentang bertapa pentingnya sebuah kerajaan yang ‘kuat’ dan kita tahu bagaimana keadaan dalam negara tersebut.

Adakah kerajaan yang ‘kuat’ boleh menjadi kerajaan yang baik?


Dalam sebuah kerajaan yang ‘kuat’ sedemikian, rakyat hilang suara dan kuasa; yang paling berkuasa adalah mereka yang di tampuk kuasa yang menghalalkan segala-galanya atas nama rakyat, termasuk mempergunakan kaum, agama dan ‘kebangsaan’.

Pada hari ini UMNO-BN memegang rekod dunia untuk parti pemerintah yang ‘dipilih’ oleh rakyat paling lama di dunia. ‘Pilihan’ rakyat itu dibuat melalui pilihan raya yang tidak adil, kotor dan berat sebelah d mana agensi kerajaan dan media massa dipergunakan sepenuhnya untuk berkempen bagi pihak parti pemerintah.

Hasilnya, lama kelamaan ia berjaya mempengaruhi dan lebih teruk, ,mengawal segala institusi-institusi penting negara tanpa sebarang imbangan adil atau ‘check and balance’.

Masih ingatkah kita dengan krisis kehakiman pada tahun 1988 yang amat memualkan dan menjijikkan di mana pimpinan negara memecat dan mempermainkan hakim-hakim besar demi kepentingan politik mereka?

Masih ingatkah kita dengan penyalahgunaan undang-undang zalim seperti ISA yang digunakan terhadap pesaing politik semata-mata kerana UMNO-BN tidak mampu menjawab hujah dengan hujah?

Semua ini berlaku kerana kerajaan pada ketika itu terlalu ‘kuat’. Kerajaan menang pilihan raya secara kotor dan tidak adil, kemudian menggunakan kemenangan besar yang dipaksakan itu untuk melakukan kezaliman. Rakyat hidup dalam ketakutan dan terpaksa merelakan penyelewengan, salah guna kuasa, perkauman dan sebagainya.

Apabila rakyat memberi ruang kepada pembangkang


Hari ini kita melihat pelbagai ‘reformasi’ dan ‘transformasi’ sedang dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak – ada yang serius, ada yang main-main, ada pula yang merupakan muslihat politik. Apa pun Najib terpaksa melakukannya akibat kuasa pembangkang yang semakin kuat di Parlimen yang mewakili tuntutan dan aspirasi rakyat.

Tidak seperti UMNO-BN yang mahukan penentangan yang minima di Dewan Rakyat dan juga menggunakan segala muslihat jelik untuk menutupi segala penyelewengan dan skandal, Pakatan Rakyat telah berikrar bahawa mereka mahukan sebuah pembangkang yang kuat.

Maka tidak mustahil, dengan kesedaran dan kehendak rakyat, UMNO-BN perlu bersedia untuk menjadi pembangkang yang kuat dalam pilihan raya umum akan datang. Sudah tiba masanya untuk kita mengembalikan semula keluhuran proses demokrasi di negara kita.

Bila UMNO-BN menjadi pembangkang…


Pertama, sudah tiba masanya UMNO-BN menjadi pembangkang yang baik untuk menghargai peranan tersebut. Kita dapat lihat pada hari ini hegemoni kepartian yang amat ketara di Parlimen hasil pemerintahan kuku besi yang diamalkan BN.

Amalan hari ini menunjukkan setiap Ahli Parlimen hanya boleh menyokong dan tidak boleh membangkang apa-apapun yang dikemukakan oleh pimpinan parti mereka di Parlimen. Sesiapa yang mempunyai pendapat sendiri atau cuba membawa pandangan para pengundi kawasan wakil rakyat itu yang bertentangan dengan pendirian UMNO-BN, Ahli Parlimen itu akan dikenakan tindakan disiplin.

Kedua, sekiranya UMNO-BN menjadi pembangkang, barulah mereka akan lebih menghargai dan menghormati peranan pembangkang dalam sistem kerajaan dan demokrasi di mana mereka benar-benar membawakan isu-isu rakyat, dan bukannya untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.

Jika dahulu mereka mengamalkan rasuah daripada akar umbi hingga pucuk pimpinan tertinggi, mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan rasuah menggunakan wang rakyat, tetapi terpaksa membongkarkan pula rasuah dalam kerajaan baru, jika ada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dan untuk memenangi hati dan minda rakyat, mereka harus menjauhi rasuah dan mesti dilihat bersih untuk memenangi semula hati rakyat yang telah menolak mereka.

Ketiga, dengan menjadi pembangkang, barulah UMNO-BN benar-benar dapat muhasabah diri untuk berubah. Kerana kita lihat sejak 2004 apabila UMNO-BN berjanji untuk berubah, ia bukan sahaja di takok lama, malah penyelewengan, salah guna kuasa dan keangkuhan semakin menjadi-jadi hingga hari ini. Semuanya itu kerana UMNO-BN masih merasa diri hebat di puncak kuasa.

Bersihkan Malaysia


Sistem demokrasi memang ada sedikit-sebanyak cacat-celanya kerana ia boleh melahirkan pemerintahan kuku besi kumpulan majoriti atau ‘tyranny of the majority’ tetapi dalam amalan hari ini, demokrasi yang matang sudah pun melahirkan nilai-nilai tambahan seperti kebebasan, keadilan, hak asasi, peluang saksama, keadilan sosial dan pelbagai jaminan hak untuk memastikan kumpulan majoriti tidak menindas minoriti.

Pada hari ini kerajaan UMNO-BN terlalu berkuasa sehingga wang  rakyat menjadi milik sang penguasa dan lebih teruk lagi maruah negara ini telah digadai dan dikhianati. Demi mengekalkan kuasa politik, beratus ribu kad pengenalan dikatakan telah diberikan kepada warga asing.

Dulu masalah ini hanya di Sabah sahaja di bawah ‘Projek IC’ yang telah didokumenkan secara lengkap. Namun ia masih cuba disembunyikan oleh kerajaan pusat UMNO-BN. Hari ini masalah itu telah menular ke Semenanjung. Malah, perhimpunan aman BERSIH yang telah diadakan dan akan terus dilakukan antara lain bertujuan menghapuskan amalan keji ini.

Jika kita sayangkan negara ini, tiada cara lain untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia, UMNO-BN harus dijadikan pembangkang selepas PRU13.

DAP bersama Pakatan Rakyat tidak akan mengharamkan UMNO-BN, jauh sekali melakukan kezaliman-kezaliman untuk membalas dendam. Dengan perkataan lain, Pakatan tidak mahu mengulangi sejarah perit menjadi UMNO-BN yang menekan rakyat sendiri.

DAP bersama Pakatan Rakyat sedar peranan pembangkang teramat penting dalam sistem demokrasi untuk memastikan keluhuran dan idealismenya dilaksanakan bagi memastikan kerajaan pusat dapat mentadbir dengan baik dan adil./HarakahDaily

Jumaat, 20 April 2012

Keputusan Undian Di sinar Harian 20/4/12 rakyat menyokong PTPTN di mansuhkan!!!!!

Sebahagian pelajar mahu pinjaman PTPTN dimansuhkan. Anda setuju dan menyokong?

Ya
68 % (2641)
Tidak
32 % (1240)
Jumlah Undian: 3881

Sumber : sini 

Rabu, 18 April 2012

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     

 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!  
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel 

Selangor tidak bubar Dun serentak jika SPR gagal bersih daftar pemilih


Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan agar Selangor tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13) serentak bersama Kerajaan Pusat jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan senarai daftar pemilihyang dipertikaikan pembangkang.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, petang ini.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika PRU13 diadakan dalam tempoh singkat ini, Selangor tidak akan turut serta selagi SPR tidak membersihkan senarai daftar pemilih.

Pada 17 November lepas, Abdul Khalid berkata, Dun Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepasJun 2012.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya./SinarHarian

BN resah pemimpin utama Pakatan tanding di Johor

KUALA LUMPUR, 18 April: Walaupun masih di peringkat khabar angin, Barisan Nasiinal (BN) terutama MCA sudah menggeletar apabila pemimpin popular PAS dan  DAP akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, PAS mengumumkan naib presidennya, Salahudin Ayub akan bertanding di Johor, kini akhbar Cina mula memainkan isu pemimpin kanan DAP pula akan bertanding di Johor.

Akhbar Sin Chew pada 16 April melaporkan bahawa terdapat desas-desus penasihat DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang (gambar) akan bertanding di Johor sebagai langkah strategik untuk menumbangkan kubu kuat Barisan Nasional di negeri selatan itu.

Selain itu, laman web The Malaysian Times turut melaporkan perkara yang sama bahawa Lim kemungkinan besar bertanding di Kulai atau Labis, kedua-dua kerusi MCA yang kini disandang bekas presiden MCA Ong Ka Ting dan anak presiden kepada presiden MCA kini, Chua Tee Yong.

Bukan itu sahaja, ahli parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan yang digeruni di parlimen dan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching turut dikatakan akan bertanding di Johor atas faktor keluarga. Suami Fong adalah setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon manakala Teo sememangnya berasal dari Batu Pahat.

Perkembangan ini telah menakutkan MCA dan sebagai langkah awal, MCA Perak telah mengganggap khabar angin itu seolah-olah betul dan mengeluarkan kenyataan mengecam hasrat para pemimpin DAP terbabit walaupun tiada kenyataan rasmi daripada mereka untuk mengesahkan bahawa mereka akan bertanding di Johor.

“Laporan di Sin Chew Daily (16 Apr 2012) bahawa pemimpin DAP Lim Kit Siang telah berkata bahawa beliau akan bertanding kerusi di Johor pada pilihan raya umum yang akan datang dan DAP secara semula jadinya mempunyai sokongan berterusan daripada rakyat tanpa mengira keadaan adalah bukti keangkuhan mereka.

"Mereka telah mengambil ringan sokongan pengundi dan menganggap pemikiran rakyat sebagai permainan kanak-kanak. Ia adalah jelas bahawa DAP merasakan bahawa rakyat berkewajipan untuk menyokong mereka dalam mana-mana bahagian yang mereka bertanding dalam pilihan raya umum,” kata Setiausaha MCA Perak Datuk Tan Chin Meng dalam satu kenyataan.

Tan turut menyelar DAP, yang dikatakan lupa diri selepas kejayaan padai pilihanraya umum ke-12, dan mula menunjukkan belang dengan menganggap diri mereka boleh menang mudah di mana-mana kerusi yang mereka ingin bertanding.

Tan berkata pemimpin DAP yang digembar-gemburkan ingin bertanding di Johor tidak pernah menyumbangkan apa-apa di negeri itu tidak layak bertanding di Johor.

“Saya berharap rakyat Johor akan berfikir tentang ini dengan sebaiknya. Pengundi hari ini lebih bijak. Rakyat akan memberikan sokongan kepada mereka yang pernah berkhidmat pada negeri dan bukannya kepada selebriti ahli politik yang hanya bertindak apabila ada isu hangat,” kata beliau.

Para penganalisa politik Harakahdaily berpendapat langkah yang diambil DAP itu adalah amat wajar diteliti kerana Umno Johor mula goyah dengan kepulangan naib presiden PAS Salahuddin Ayub, yang mengesahkan akan bertanding di Johor kali ini.

"Jika ada dua tiga lagi jeneral perang daripada PAS dan PKR turut mengikuti jejak DAP untuk bertarung di Johor, BN akan terasa betul-betul terancam pada PRU13 kerana sekiranya Johor jatuh kei tangan Pakatan Rakyat, kemungkinan besar Putrajaya juga akan terlepas daripada tangan Umno," kata mereka./HarakahDaily

Isnin, 16 April 2012

Blogger umno Penipu!!!! Isu Hina Raja, Saksi (video)



Peruntukan baru tiada beza dengan ISA - DSAI


Peruntukan baru tiada beza dengan ISA, kata Anwar
 
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini tiada bezanya undang-undang lama Akta Keselamatan Dalam Negeri 1964.

Bercakap dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Anwar berkata undang-undang itu juga lebih menekan dan mempunyai lebih banyak ruang untuk disalahgunakan.

Anwar secara khususnya mempertikaikan peruntukan dalam rang undang-undang tersebut yang membenarkan timbalan pendakwa raya memohon secara lisan kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditahan mengikut cadangan undang-undang itu.

Beliau mempertikaikannya kerana hakim diwajibkan untuk mempersetujui permohonan lisan berkenaan.

Mengikut ISA, menteri dalam negeri berkuasa mengikut budi bicaranya untuk melanjutkan tempoh penahanan, atas permohonan polis./MalaysiaKini

 

Debat Lynas di RTM tak muncul-muncul... Kerajaan umno takut rakyat tahu!!!

Selepas tiga minggu, rakaman debat melibatkan anggota parlimen Kuantan daripada PKR Fuziah Salleh berhubung kontroversi pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan masih tidak disiarkan di televisyen.

NONEFuziah berkata, RTM tidak memberikan sebarang penjelasan kepadanya kepada debat dalam rancangan "Bicara Rakyat" yang dikendali oleh Syed Munawar Syed Mustar masih belum disiarkan.

Katanya, beliau hanya dapat berhubung dengan moderator yang berkata masih belum menerima sebarang arahan siaran setakat ini.

Ahli panel lain termasuk Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan dan Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang.

Rancangan itu dirakam pada 16 Mac dan dikatakan sepatutnya disiarkan pada 23 Mac. Rakaman audio rancangan itu kini dimuatkan di Internet./MalaysiaKini

Ahad, 15 April 2012

‘Perkuburan 1Malaysia’ ada di kawasan Najib?

Written by Harakahdaily  
Sabtu, 14 Apr 2012 23:22
 

KUALA LUMPUR, 14 April: Penulis blog, Anak Sungai Derhaka menyebut gara-gara taksub dengan konsep ‘1Malaysia" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya agama Islam itu sendiri menjadi carca merba.


Sehubungan itu, beliau di dalam blognya, http://darisungaiderhaka.blogspot.com membongkarkan berita panas yang untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia kenapa perlu mereka menolak Umno BN pada Pilihan raya Umum akan datang.

Tulisnya, jika rakyat terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa.

“Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan ‘1Malaysia’ di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.

“Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit,” tulis beliau.

Menurutnya, selama ini ramai di kalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan.

Memang, katanya banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur Orang Asli.

“Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa.

“Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?” soalnya.

Justeru, katanya tidak timbul persoalan mereka iaitu orang Islam itu adalah Orang Asli atau tidak.


Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (kiri) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).

Malah, tulisnya lagi terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit.

Menurutnya, umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai ‘pengundi tetap’ Najib di Parlimen Pekan.

Makanya, ujar beliau kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja.

“Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?" tanya beliau.

Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang  yang sepatutnya memantau kegiatan seperti itu.

Baginya, ternyata apa yang berlaku itu sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya, tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM, Najib Razak.

Sabtu, 14 April 2012

Khutbah anti-PTPTN Buat Orang Umno Panas!!!


Khutbah anti-PTPTN buat jemaah gelisah
 
Beberapa orang jemaah di sebuah surau Jumaat di Taman Cempaka, Pandan Indah berasa kurang senang dengan khutbah disampaikan seorang penceramah bebas yang menyokong pendidikan tinggi percuma di Malaysia.

Seorang anggota jawatankuasa Surau al-Falah, Ishak Darus berkata beberapa anggota jemaah itu mengeluh kepadanya bahawa khutbah tersebut terlalu bersifat politik.

Katanya, jawatankuasa itu juga memutuskan untuk tidak lagi menjemput khatib berkenaan selepas ini.

Tambahnya, penceramah berkenaan antara lainnya berkata bahawa banyak negara menyediakan pendidikan percuma dan kerajaan yang gagal bertindak demikian adalah kerajaan yang zalim.

Katanya lagi, khatib berkenaan secara tidak langsung menyebut mengenai pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jelasnya, khatib berkenaan menggunakan teks khutbah sendiri walau dibekalkan teks yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia./MalaysiaKini

 

Tolak keluar umno/BN dan Lynas, Malaysia selamat

KUALA LUMPUR 13 April: Rakyat Malaysia tiada pilihan selain menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang sebagai jawapan kepada keangkuhan kerajaan dalam menangani isu loji nadir bumi Lynas, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
“Apakah kita mahu ulangi seperti yang terjadi di Bukit Merah? Tidak.

“Malaysia bukan ‘dumping site’ untuk sisa berbahaya. Ini bukan isu tentang parti mana, bangsa apa yang perjuangkan. Ini tentang kemanusiaan.
“Projek yang membawa mudarat seperti ini tidak kenal ini semua. Kajian membuktikan ia berbahaya untuk alam sekitar, bahkan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada .

“Untuk generasi masa depan, kita kena tolak pihak yang membawa masuk projek ini,” katanya di hadapan kira-kira 200 peserta himpunan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) di Dataran Shah Alam, selepas solat Jumaat, hari ini.
Himpunan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib; Adun Meru, Dr Rani Osman; peguam Harris Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam dan aktivis mahasiswa, Safwan Anang.

Mereka melaungkan slogan ‘Henti Lynas’, ‘Hidup Rakyat’, Hidup Alam Sekitar’, ‘Jahanam Kapitalis’ dan ‘Go Back To Australia’
Kira-kira 20 anggota polis beruniform dan berpakaian preman hanya memerhatikan himpunan, manakala anggota trafik mengawal keadaan lalu-lintas.

Sementara itu, jurucakap Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar) Zulkefly Mohamad Omar berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung penolakan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Atomic Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas.

“Dalam masa terdekat kita akan failkan rayuan. Kita yakin ada kepentingan pihak tertentu dalam mempertahankan projek ini.
“Hanya satu sahaja isyarat yang wajar rakyat tunjukkan kepada pemerintah sebagai penentangan terhadap projek ini. Tolak mereka yang menyokong pembinaan loji Lynas dalam pilihan raya umum akan datang,” tegasnya./KeadilanDaily

Jumaat, 13 April 2012

MB Mat Said Tipu!!! Geng Sendiri!!!

Bahang Lerbong lagi Set kiter....

Gitulah sebagaimana yang saing aku cerita takdi...."Bahang Lerbong Skali Lagi Dos.." Menurut riwayat yang empunya cerita, sebelum ini, sudah dua kalu pertemuan seumpanya telah diadakan di Kuala Terengganu.

Menurut cerita tuan yang punya tubuh, Abang mat janji nok bui banyok benderlah kerana nak mengenang budi para pengamal media sosial yang banyak membantu...

Doh kalu janji bakper dok tunai Abang Mat? "Kalu sekali dakper ah" ujar teman yang empunya cerita. "Baru ning gitu gop...nyer janji semacam..nok bui tu nok bui ning...tapi menurut yang empunya cerita sampai hari ning pun janji yang diukir tu masih lagi kekal di tahap mungkir.

Hari ni pun begitu juga, Pengamal-pengamal media sosial yang hadir ni bukan semua kos dan perbelanjaan mereka ditanggung atau ditaja. Ada kawan kita yang tinggal di wakaf mempelam tu, dulu gemok metol, lening kurus doh berkorban habis..bukan mintak balasan tapi hargailah sikit keringat orang tu...

Orang Berbudi apa salahnya kita berbahasa? Sebaliknya kenapa buat tak reti bahasa? Atas pentas berbukit-bukit pujian diberikan kepada mereka betapa pentingnya sumbangan mereka ini.

Betapa inilah penggerak untuk generasi akan datang...Dalam perjuangan kita hari ni untuk makluman Abang Mat, perjalanannya bukan cara satu hala tetapi dua hala. Mesti ada timbal balik..

Kalau betul mereka ini semua penting, kenapa tak dihargai mereka sebagaimana kata pentingnya mereka. Nak jemput sesiapa pun jemputlah tak kiradari planet marikh sekali pun tetapi suara anak-anak muda kita yang taat berani berubah ni perlulah didengar.

Cubalah tanya apa masalah mereka? Ada apa-apa yang mereka perlukan dan memantapkan lagi mereka untuk membantu BN/Umno? Kalau mereka tak dibantu, tokey babi pun bangkerap kalu asyik keluar saja.

Ker saloh amber kata ning Abang Mat?

Kalau benar mereka semua ni penting, takkanlah T'shirt biru tu sehelai sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan yang mengeluarkan beberapa jutaan untuk beri E-book kepada pelajar. Baju budle 5 rial molek agi...

Mereka ni semua mudah saja orangnya..tak banyak songeh dan sebagainya.. tetapi jika sikap mudah mereka itu diambil mudah saja nanti payah jadinya...Ingat pesan Dato' Seri Najib dulu, jangan abai tanggungjawan sehingga menukar golongan penyokong menjadi pembangkang...rugi kita...

Yang menghadiri konvensyen hari ni bukannya orang atas pagar, bukannya orang yang baru nak kenal Umno..jadi pendekatan untuk berkonvensyen dengan golongan ini kenalah berbeza...mereka punya banyak bahan-bahan yang mungkin tidak ada pada wisma darul Iman.

Mereka juga terdiri daripada kepelbagaian bakat dan kebolehan yang mungkin tidak ada di Wisma Darul Iman. Dari mula hingga habis program mereka disuruh duduk dan dengar....

Kalau sungguh mereka ini penting, kenapa suara dan rintihan mereka tidak didengar? Abang Mat mungkin tak tahu sesetengah mereka ada bil eletriknya sebulan kena potong, ada yang tumpang (curi) line WiFi daripada jiran yang berbangsa Pas.

Ini baru sebahagian, banyak lagi siul..dengarlah sesekali.. Rugi besar kah Wisma darul Iman sekiranya Wisma Darul iman mempermudahkan golongan ini untuk membantu Umno dengan lebih mudah? Tuhan marah kalau kita tak tahu atau meletakkan sesuatu kena pada tempatnya....bukan bodoh tapi -cerdik./Sumber : SINI


Peringatan Kepada Polis Malaysia..

Polis maut dilanggar lori ketika kejar kereta

Seorang anggota polis yang sedang mengejar sebuah kereta, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum digilis sebuah lori di Permatang Tinggi, dekat Bukit Mertajam, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata ketika kejadian pada pukul 8.45 malam itu, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, yang bertugas di Balai Polis Machang Bubok, mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan semasa sedang meronda bersama rakan setugasnya dengan masing-masing menunggang motosikal.

Nan Ruazlan memintas kenderaan berkenaan bagi menahan dan memeriksanya dan ketika menghampiri kenderaan itu, pemandunya, seorang lelaki, memecut kenderaannya lalu bergesel dengan motosikal mangsa," katanya kepada pemberita selepas melawat jenazah mangsa di Hospital Bukit Mertajam (HBM), malam tadi.

"Akibat kejadian itu, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar pembahagi jalan dan beliau (Nan Ruazlan) terpelanting di atas jalan sebelum dilanggar sebuah lori yang lalu di kawasan terbabit," katanya.

Ayub berkata mangsa yang berasal daripada Felda Kahang Barat, Kluang, Johor yang cedera parah di bahagian kepala, mati di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke HBM untuk dibedah siasat.

Katanya Proton Saga dan lori yang terlibat dalam kejadian itu meninggalkan tempat kejadian dan usaha mengesan pemandunya sedang giat dijalankan.

"Kita percaya lelaki yang memandu kereta Proton Saga itu terlibat dengan kesalahan berikutan keengganannya untuk berhenti dan diperiksa. Polis juga mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan berdasarkan nombor pendaftaran yang diperoleh," katanya.

Katanya polis juga memeriksa rumah pemilik kenderaan terbabit di Lunas, Kedah malam tadi, tetapi pemandu kereta terbabit tiada di rumah dan dipercayai telah melarikan diri.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Azwan Kamaruddin di talian 04-5301977 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, teman wanita Nan Ruazlan, Siti Junaida Mohd Hasnan, 20, yang ditemui di HBM berkata mereka telah merancang untuk mengikat tali pertunangan 27 Mei ini dan arwah membuat persiapan dengan membeli barang hantaran untuk majlis pertunangan itu.

Katanya arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana sejam sebelum kejadian arwah datang ke rumahnya yang terletak bersebelahan rumahnya.

Selepas selesai bedah siasat, mayat mangsa disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah seberang Perai Tengah, di sini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya.

- Bernama

 

Khamis, 12 April 2012

Panas!!!! Altantuya didakwa dapat visa Perancis di KL


Altantuya didakwa dapat visa Perancis di KL
 
Bolehkan warganegara Mongolia mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia?

Jawapannya tidak, kata pegawai kementerian luar Mongolia, yang hairan bagaimana penterjemah Altantuya Shaariibuu mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia - kira-kira satu atau dua tahun sebelum beliau dibunuh.

NONEPegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev Shaariibuu (kiri) berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negaranya sendiri.

"Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain.

"Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada Malaysiakini.

Dalam pertemuan dengan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Setev meluahkan kebingungan tentang bagaimana visa memasuki Perancis oleh anak gadisnya itu dikeluarkan di Malaysia./MalaysiaKini

Gempa bumi: Jadual penerbangan MAS kembali normal

12 April 2012
A380
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menyambung semula penerbangan dua kali seharinya ke Phuket hari ini serta mengekalkan jadual asal perkhidmatannya ke beberapa bandar raya seperti Colombo, Chennai dan Male.

Dalam kenyataan di sini, syarikat penerbangan itu berkata penumpang penerbangan MH790 ke Kuala Lumpur dan penerbangan MH791 Phuket/Kuala Lumpur, yang dibatalkan semalam berikutan penutupan lapangan terbang Phuket, dibawa dengan penerbangan MH786/787 hari ini, yang berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa KL (KLIA) pada 9.30 pagi dan ke Phuket pada 10.45 pagi.
Bagi tujuan itu, Malaysia Airlines menggantikan pesawat asal dengan pesawat Airbus A330 untuk penerbangan MH786/787.
Walaupun amaran tsunami ditarik balik, Malaysia Airlines akan terus memantau keadaan dan memaklumkan kepada pelanggan tentang perkembangan terkini.

Malaysia Airlines menasihati pelanggannya menyemak status penerbangan dengan menghubungi Pusat Panggilan 24 Jam (1300 88 3000 untuk panggilan dari Malaysia dan +603 7843 3000 untuk panggilan dari luar Malaysia) dan melalui laman web http:/www,malaysiaairlines.com/my/en/book-and-plan/flight-status.html - Bernama

Selasa, 10 April 2012

Demo ISA Di Parlimen (video)



SPR bersiap hadapi PRU13 Jun ini... Rakyat Jgn Kena tipu lagi!!!!


undi
KUCHING - Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof hari ini tentang persiapan suruhanjaya itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 mencetuskan spekulasi dalam kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun ini.

Apabila beliau berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun ini, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.

"Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun... tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pembantu mereka di sini.

Abdul Aziz berkata, mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini, beliau belum menerimanya.
Seramai 151 pegawai pilihan raya yang terdiri daripada 31 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 120 pembantu mereka menghadiri taklimat dua hari itu.

Abdul Aziz, berkata taklimat serupa akan diadakan di Sibu pada 12 April dan di Miri pada 16 April untuk membiasakan pegawai berkenaan dengan prosedur baru yang akan diguna pakai pada PRU akan datang.
"Pilihan raya umum ke-13 tidak sama dengan pilihan raya umum sebelum ini. Banyak perkara baru akan diperkenalkan," katanya./SinarHarian

Isnin, 9 April 2012

Dayang Intan joins PKR (video)



Anwar Ibrahim menempelak Najib!! Sila Berhenti!!

Najib tak mampu cari RM43bil, dakwa Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.
Anwar berkata hutang melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah.

Berucap dalam satu ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi, Anwar turut menempelak Najib kerana menimbulkan kos sebanyak RM43 bilion untuk langkah tersebut.

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.
"Hei Najib, RM43 bilion hang (kamu) tak reti (pandai) cari? Hang tak reti cari tak apa. Hang berhenti.

"Kalau tak berhenti, kami tolak hang jadi ketua pembangkang parlimen Malaysia selepas ini. (Sampai) tak tahu nak cari duit," sindir Anwar yang diiringi dengan tepukan hadirin.
Bekas menteri kewangan itu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan menyelesaikan hutang PTPTN tersebut sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas ini.

Anwar mengulas kenyataan Najib semalam yang turut menjelaskan bahawa tindakan itu akan membebankan rakyat kerana kerajaan perlu mengenakan cukai yang tinggi sekiranya langkah itu dilaksanakan.

Keadaan itu boleh dilihat seperti di Norway yang menanggung pengajian tinggi rakyat negara itu sepenuhnya, kata Najib.

Najib juga berkata, kerajaan pada masa ini juga menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat manakala PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.
Keghairahan Anwar dan Najib dalam menjuarai isu hutang tersebut dilihat semakin memuncak ekoran rancangan sekumpulan pelajar untuk mengadakan perhimpunan anti-PTPTN pada 14 April.

Perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 5,000 pelajar itu dirancang bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman tersebut dan menyediakan pendidikan percuma.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia itu juga dirancang sebagai "pemanas badan" sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di lokasi yang sama./MalaysiaKini

Sabtu, 7 April 2012

Parti KEADILAN sokong penuh Bersih 3.0

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat bimbang akan kewibawaan dan kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima dan mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku berkaitan daftar pengundi, termasuklah:

- Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai;

- Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi;

- 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih;

- Lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, di mana antara yang tertua berumur 159 tahun (lahir 1853), yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih; dan banyak lagi penyelewengan yang jelas enggan dibersihkan SPR.

Tambahan pula, KEADILAN amat kesal dengan tindakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 3hb April lalu yang seakan-akan menghalalkan penyelewengan-penyelewengan ini dengan tidak membenarkan “minority report” pihak Pakatan Rakyat disertakan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota KEADILAN di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini diadakan.

“Demi Pilihanraya Yang BERSIH”
Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Chua Tian Chang – Ahli Parlimen Batu, merangkap Naib Presiden KEADILAN
N Surendran – Naib Presiden KEADILAN

 KeadilanDaily

Kes anak Nazri: CCTV kini di tangan polis...Mampus Menteri umno ni...

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizRakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber.

Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai.

Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu.

Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya./MalaysiaKini
 


Jumaat, 6 April 2012

Parti Islam Indonesia Mahu PRU13 Malaysia Adil!!!!!

Parti Islam Indonesia: P'raya M'sia harus adil

Parti Keadilan Sejahtera (PKS) hari ini berharap pilihan raya umum di Malaysia - yang dijangka berlangsung tidak lama lagi - akan berjalan dengan adil, jujur dan telus.

Dengan keadaan itu, kata setiausaha agungnya Fahri Hamzah (lihat foto), ia membolehkan rakyat Malaysia memilih "kepimpinan yang sejati" dan memberikan pentadbiran yang baik.

"Saya rasa Malaysia harus mengadakan satu proses pilihan raya yang jujur, adil dan transperen sehingga kredibiliti perwakilannya (anggota parlimennya) terjaga," katanya.

Beliau mengulas perkara itu dengan membuat perbandingan dengan kejayaan parti Liga Kebangsaan Ke arah Demokrasi (NLD) yang dipimpin pejuang demokrasi Burma Aung San Suu Kyi baru-baru ini.

Tanpa menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak secara jelas, Fahri bagaimanapun memuji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya mampu "menganyam kepimpinan masa lalu dan sekarang" demi kebaikan negara serumpun.

NONE"Figura Bapak Anwar boleh menjadi pemimpin transisi yang boleh memimpin negara dan seluruh polisi untuk maju ke depan," katanya dalam majlis dialog delegasi tokoh politik Indonesia bersama kerajaan Selangor di Shah Alam.

Turut hadir dalam majlis itu barisan exco negeri dan mantan menteri koperasi dan usahawan kecil dan menengah Indonesia Adi Sasono.

Fahri turut mengakui "hubungan terbaik" Indonesia-Malaysia sewaktu Anwar menjadi timbalan perdana menteri yang menjalin kerjasama dengan presiden Indonesia ketika itu BJ Habibie.

"Saya bersetuju sebagai anak muda, kami merasakan hubungan kemesraan (diplomatik) yang luar biasa," katanya.

Fahri turut mengakui sering diajak bertemu dan bekerjasama dengan pelbagai organisasi daripada Malaysia ketika itu.

PKS yang ditubuhkan pada 1998 antara parti Islam paling popular di Indonesia dengan penguasaan 57 daripada 560 kerusi dalam parlimen di republik itu./MalaysiaKini

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog