Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat bimbang akan kewibawaan dan
kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima dan
mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku
berkaitan daftar pengundi, termasuklah:
- Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang menempatkan 457 pengundi
pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan
Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya
terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai;
- Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang
sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi;
- 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status
kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar
pemilih;
- Lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, di mana antara yang
tertua berumur 159 tahun (lahir 1853), yang enggan dibersihkan SPR dari
daftar pemilih; dan banyak lagi penyelewengan yang jelas enggan
dibersihkan SPR.
Tambahan pula, KEADILAN amat kesal dengan tindakan Yang Di-Pertua
Dewan Rakyat pada 3hb April lalu yang seakan-akan menghalalkan
penyelewengan-penyelewengan ini dengan tidak membenarkan “minority
report” pihak Pakatan Rakyat disertakan dalam laporan Jawatankuasa
Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa
setiap anggota KEADILAN di seluruh negara untuk keluar menyertai
perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini
diadakan.
“Demi Pilihanraya Yang BERSIH”
Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Chua Tian Chang – Ahli Parlimen Batu, merangkap Naib Presiden KEADILAN
N Surendran – Naib Presiden KEADILAN
KeadilanDaily
TONE WOW PARLIMEN JASIN MELAKA
-
* Nama* : Mohamad Hadi Haqimie
*Nomber ID Referral* : TWE 1421534
*Link daftar Ahli* : https://shop.tonewow.com/ms?promoterID=TWE-1421534
*No HandPhone*...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..