Peruntukan baru tiada beza dengan ISA - DSAI


Peruntukan baru tiada beza dengan ISA, kata Anwar
 
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini tiada bezanya undang-undang lama Akta Keselamatan Dalam Negeri 1964.

Bercakap dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Anwar berkata undang-undang itu juga lebih menekan dan mempunyai lebih banyak ruang untuk disalahgunakan.

Anwar secara khususnya mempertikaikan peruntukan dalam rang undang-undang tersebut yang membenarkan timbalan pendakwa raya memohon secara lisan kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditahan mengikut cadangan undang-undang itu.

Beliau mempertikaikannya kerana hakim diwajibkan untuk mempersetujui permohonan lisan berkenaan.

Mengikut ISA, menteri dalam negeri berkuasa mengikut budi bicaranya untuk melanjutkan tempoh penahanan, atas permohonan polis./MalaysiaKini

 

Ulasan