Langkau ke kandungan utama

Isu Felda : 'Pemilikan tanah bertukar tangan'


Husam ketika membentangkan kertas kerja pada Seminar Masa Depan Tanah Rezab Melayu
KOTA BHARU – Usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia bakal menyak­sikan tanah bukan lagi atas nama peneroka kerana pemilikannya mengikut pemegang saham.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan sudah menerima surat permohonan pemilikan tanah daripada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Menurutnya, peguam dilantik bagi menanganinya kerana perkara itu perlu diteliti.

“Sekiranya FGVH tersenarai di Bursa Malaysia, ia bukan lagi atas nama koperasi peneroka Felda. Tanah itu perlu diambil balik untuk diserah­kan kepada peneroka,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Masa Depan Tanah Rezab Melayu di sini, semalam.

Husam berkata, Felda tidak diiktiraf sebagai Melayu tapi mengendalikan ladang di atas tanah rezab Melayu dan pada 2005 Felda membuat permohonan mendapatkan geran kira-kira 23,000 hektar tanah yang tiada peneroka.

Ketika itu katanya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju memberi geran kerana ada perjanjian GSA (9160) yang perlu dihormati.

“Mengikut perjanjian, hanya dua pihak sahaja yang berhak memiliki ladang iaitu peneroka Felda atau Koperasi Peneroka Felda,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Husam menafikan laporan media yang tidak merujuk kepada fakta sebenar mengenai tanah rezab Melayu./SinarHarian

Ulasan