Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Rabu, 24 Oktober 2012

Ulama hanyut apabila sertai Umno - Dr Asri


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
 
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."

“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.

“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya  percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.

“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi./SinarHarianOnline

Jumaat, 19 Oktober 2012

AGEN DSAI....: Kerajaan Selangor The Best!!!!

AGEN DSAI....: Kerajaan Selangor The Best!!!!: Kewangan S’ngor membanggakan, pelaburan naik RM1.55 bilion KUALA LUMPUR 18 Oktober: Prestasi kewangan Selangor membanggakan apabila hasil...

Khamis, 18 Oktober 2012

Pas anggap DAP lebih baik dari Umno

  Husam Musa
Datuk Husam Musa
 
KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.

Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA.

"DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.

"Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.

"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.

Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa.

Dalam masa sama, Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) ketika itu dalam nada sinis menyatakan pada sidang Dun supaya kenyataan Husam itu mendapat liputan meluas oleh media di seluruh negara.

"Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap saudara dapat menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah pejuang Islam sebenar," katanya semalam.

Mohd Adhan Kechik turut mempersoalkan hubungan Pas dengan DAP dengan mengaitkan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut yang menentang hukum hudud.

Husam menjelaskan, pemimpin tersebut bukan beragama Islam.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya.

Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas itu./SinarHarianOnline
Minyak jimat 50%, duit masuk!!!! Daftar sekarang!! http://www.vglobalbiz.net/cp-Amry

Isnin, 15 Oktober 2012

Kapten Terengganu Marzuki Yusof ingin hijrah ke T-Team

14 Oktober 2012
KETUA pasukan Terengganu, Marzuki Yusof, telah menyatakan hasrat untuk berhijrah ke pasukan kelab, T-Team, dalam saingan kempen Liga Super musim depan.
  
Pengurus pasukan Terengganu, Marzuki Sulong berkata pemain itu telah meminta pelepasan untuk menyarung jersi T-Team melalui surat kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).
  
"Apa pun kita belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu dan kita akan menimbang permintaan itu apabila T-Team menulis surat kepada kita nanti," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Difahamkan Marzuki masih mempunyai kontrak dengan PBSNT sehingga akhir tahun depan.  - Bernama

Isnin, 8 Oktober 2012

Sabtu, 6 Oktober 2012

Rabu, 3 Oktober 2012

AGEN DSAI....: Pukulan Maut!!!! Buat Najib 1M.........

AGEN DSAI....: Pukulan Maut!!!! Buat Najib 1M.........: Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dew...

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog