Rahsia Terbongkar!!! Menteri Umno Membuat Pengakuan Panas!!!

Nazri mengaku halang guna dakwat kekal pada 2008

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.

"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.
Turut terlibat dalam forum anjuran kerajaan Kelantan itu bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kanan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut Nazri, ia antaranya mengambil kira hak warganegara layak yang mahu mendapatkan kertas undi tetapi enggan dicalit dakwat kekal.

"(Jika ini berlaku) apa yang akan berlaku? Sebab dalam perlembagaan disebut rakyat yang berumur 21 tahun dan berdaftar layak mengundi.

"Jadi, oleh kerana keadaan sudah terlalu dekat (dengan pilihan raya), SPR mengambil keputusan tidak teruskan dakwat kekal. Itu sahaja sebab perlembagaan belum putuskannya."

Bagaimanapun, tambahnya, selepas jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya membincangkannya, Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan dan peguam negara berkata ia tidak menyalahi perlembagaan, tindakan itu akhirnya dilakukan.

"Jadi, itu sebabnya pada 2008 kita tidak buat," jelasnya lagi.
Nazri mengulas kenyataan Abdul Rashid dalam wacana yang sama bahawa beliau mahu melaksanakan pelbagai pembaharuan ketika menjadi orang nombor satu SPR, termasuk memperkenalkan dakwat kekal, tetapi disekat oleh pihak tertentu yang tidak dinamakannya.

Abdul Rashid juga berkata beliau pada masa itu mendapat surat daripada peguam negara yang menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal bertentang dengan Perkara 119 Perlembagaan Negara.

SPR bawah pimpinan Tan Sri Aziz Yusof  baru-baru ini mengumumkan bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, setelah mempertimbangkang cadangan PSC – yang dibentuk selepas perhimpunan BERSIH 2.0 – dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga berkata ia boleh digunakan.

Sementara itu, berhubung fatwa membenarkan penggunaan dakwat kekal yang pernah dibuat pada 2007, Nazri berkata, kerajaan pada masa itu tidak tahu berhubung kedudukannya kerana ia tidak pernah diumum sebelum ini.

“Dua tiga hari lepas, majlis fatwa umum boleh pakai (dakwat kekal). Ini bermaksud tidak pernah umumlah,” katanya sambil menegaskan hanya 19 negara  di seluruh dunia memakai sistem itu.

Sementara itu, mengulas dakwaan berleluasanya kes pengundi hantu di Sabah, Nazri menjelaskan perkara itu tidak berlaku, sebaliknya melibatkan “orang Islam Filipina” yang secara tradisinya berpindah randah antara republik itu dan Malaysia dan tidak memiliki kad pengenalan.

“Jadi apabila ada negara Malaysia, mereka tidak ada kad pengenalan. Apabila tidak dapat kad pengenalan, mereka tak dibenarkan mengundi. Tetapi mereka ada di negara ini sebelum Malaysia wujud dan sebelum merdeka lagi.

“Isunya ada orang marah di Sabah, ada yang tidak patut dapat kad pengenalan dapat kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi,” katanya.

Katanya, sekiranya projek pengundi hantu benar berlaku di Sabah sehingga melibatkan70,000 pengundi seperti yang didakwa, sudah tentu BN akan melakukannya di negeri-negeri lain juga seperti Kelantan dan Selangor.

Bercakap di hadapan kira-kira 1,000 peserta yang sering mengejek dan membuat bising terhadapnya, Nazri menyimpulkan bahawa pilihan raya yang bebas dan adil merupakan realiti di negara itu dan ia dibuktikan dengan kejayaan PAS menguasai Kelantan dan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

“Kita tanya diri kita sendiri, bila mengundi ada paksaan tak? Tidak ada. Kita mengundi ikut sukarela. Orang ramai ada keyakinan terhadap pilihan raya. Peratusan keluar mengundi tidak kurang daripada 28 peratus... puratanya 73 peratus,” katanya. /MalaysiaKini

Ulasan

  1. bukan setakat kepala pk malah kepala b*t*h dia.

    BalasPadam
  2. Memanglah mengundi tak ada paksaan tetapi ugutan berbagai cara (secara sopan santun) dan rasuah kepada orang tua serta atas pagar pun ada.
    Sbg contoh terbaru bakal calon ziarah orang tua bila nak balik hulurkan duit sedekah rm200 lepas tu siap cakap saya tolong makcik, makcik tolonglah pula saya.tstlah!
    Termakan budi tuan-tuan
    Itu belum cerita pasai peruntukan itu pemberian ini bulan-bulan hampir PRU.
    Tergugat pendirian!

    BalasPadam
  3. menteri ANAK HARAMJADAH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..