Oleh Ustaz Idris Ahmad
Rakyat   terkejut apabila Umno marah kepada kerajaan Kedah kerana hendak    merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar. Walaupun berkali-kali    telah dijelaskan bahawa Majlis Fatwa  Kerajaan Negeri Kedah telah   membenarkan, dan pihak pemaju bersetuju  untuk  membayar pampasan dan   memberi tapak baru kepada Majlis Agama  Islam Kedah (MAIK).
  Namun pimpinan Umno  Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat  Kedah cuba mengambil  isu surau untuk menjadi modal kempen. Rakyat  tertanya-tanya sejak bila  Umno menjadi juara agama dan hendak membela  surau?. 
Kenapa  pemimpin Umno seperti Datok Ahmad  Bashah, Datuk Mukhriz Mahathir dan  Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan  bisu ketika kerajaan pimpinan Umno  meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman,  menutup surau Jubli Perak di Bandar  Baru Bangi, menutup Surau al  Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup  surau d Puchong Perdana dan  meruntuhkan surau kampung Berembang Ampang.
    Oleh kerana Umno Kedah sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah   kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan   cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapok sebanyak RM2.3   bilion. 
 Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah   mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun   meningkat RM53 juta. 
Umno takut  rakyat Kedah    membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51   yang menindas rakyat, maka Umno cuba  menjadi juara membela agama,   sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar   nada.. 
Sumber : SINI
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..