January 8, 2012
Gesaan itu dibuat berikutan kesilapan terhadap surat pekeliling yang dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) 23 Disember lalu melibatkan tarikh muktamad bagi pendaftaran pemain import untuk saingan Liga Malaysia musim ini.
Setiausaha Kelab Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, pegawai FAM itu perlu bertanggungjawab dan cara terbaik meletakkan jawatan sebagai ‘orang penting’ badan induk bola sepak Malaysia.
“Kesilapan bukan perkara main-main, apatah lagi ia melibatkan badan induk bola sepak tertinggi negara dan jika penyelesaian tidak dilakukan segera, tidak mustahil peminat bola sepak akan hilang kepercayaan terhadap kredibiliti FAM pada masa akan datang.
“Kami tertanya-tanya, bagaimana kesilapan dianggap besar itu bolah berlaku dalam FAM, di mana ia menggambarkan badan induk itu tidak serius membuat kerja, apatah lagi ia melibatkan masa depan bola sepak negeri,” katanya.
Katanya, walaupun Azuddin memohon maaf secara terbuka dalam akhbar, namun ia sukar diterima penyokong bola sepak Terengganu dan FAM perlu memberi kelonggaran membenarkan dua pemain import atas budi bicara kerana urusan pendaftaran tidak melibatkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), sebaliknya melibatkan FAM dan persatuan negeri sahaja.
Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin dalam kenyataannya kelmarin, mengesahkan Skuad Penyu tidak dapat menggunakan khidmat dua pemain import, Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnietto dalam aksi pembukaan saingan Liga Malaysia yang bermula Selasa ini, tetapi hanya boleh diturunkan dalam perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Terengganu yakin buat kejutan tanpa pemain import
Penolong Pengurus pasukan yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata, persatuan yakin kemampuan barisan pemain sedia ada.
Terengganu mempunyai ramai pemain terbaik untuk menghadapi Liga Malaysia seperti Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahya, Joseph Kalang Tie selain Mohamad Muslim Ahmad, Abdul Shukur Jusoh dan Zubir Azmi.
Terengganu akan menentang Perak pada perlawanan pertama Liga Super, 10 Januari depan.
Skuad Penyu sebelum itu, tidak dapat menggunakan khidmat pemain import berikutan kekeliruan terhadap surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)./SinarHarian
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..