Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Selasa, 31 Januari 2012

Rakyat Mahu DSAI dengan Najib Berdebat Undian Di Sinar Online

 Keputusan Undian Di Sinar Harian Online 30/1/12

Anda sudah mengundi

Ada syor agar diadakan debat antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim. Anda bersetuju?

Ya
 
83 % (2176)
Tidak
 
17 % (440)
Jumlah Undian: 2616

Sumber : SINI

Jumaat, 27 Januari 2012

Wacana Sinar Harian : Masih Relevankah Auku?? (video)













PRU13: Rakyat akan tafsir PR janji mansuh Auku, BN hanya pinda


Byline Wacana 10
Wacana AUKU
SHAH ALAM - Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menawar untuk meminda seksyen-seksyen tertentu undang-undang yang kontroversial itu.

Justeru, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, perkara itu akan menjadi bahan tafsiran dan pertimbangan pengundi apabila berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Auku tidak relevan sejak dari dulu kerana tidak banyak bawa penambahbaikan kepada mahasiswa. Buang masa kaji pinda Auku," kata beliau pada Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?"

Sambil menegaskan bahawa pihak-pihak terbabit perlu mengkaji sebab apa kerajaan menggubal Auku, Aziz menambah, "negara sudah ada undang-undang, (oleh itu) menggunakan yang ada pun sudah memadai."/SinarHarian

Carta Blog Popular Januari 2012

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Januari 2012: Senarai Blog 27/01/2012 Ranking Dunia Ranking CartaBlog 25/12/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog ...

Khamis, 26 Januari 2012

NFC tetap 'lubuk penyelewengan' - PRK

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan ketua audit negara semalam, bahawa jabatan itu menjalankan audit ke atas National Feedlot Centre (NFC) dan bukannya National Feedlot Corporation (NFCorp), tidak membebaskan projek berkenaan daripada dakwaan penyelewengan.

Beliau mempertahankan dakwaan bahawa "lubuk penyelewengan" itu ialah syarikat yang dikuasai keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – NFCorp, National Livestock and Meat Corporation (NLMC) dan Real Food Company.

"Hakikat bahawa ketua audit menjalankan audit ke atas NFC dan bukannya NFCorp tidak mengubah fakta bahawa ada penyelewengan dana awam RM250 juta," katanya dalam tulisan di laman Twitter semalam.

Beliau turut menyebut semula dakwaan yang pernah dikemukakannya sebelum ini berhubung projek tersebut "kerana ada pcubaan untuk putarbelitkan isu dengan mengheret ketua audit negara semula."

Ahli parlimen Machang itu berkata, rekod daripada suruhanjaya pendaftar syarikat menunjukkan bahawa hutang yang ditanggung NFCorp sehingga akhir tahun 2009 berjumlah RM256,082,518.

"Ini bermakna pinjaman kerajaan (berjumlah RM250 juta) disalur kepada NFCorp," katanya lagi yang turut menyenaraikan semula pendedahan PKR berhubung kes tersebut.

Beliau mendakwa, NFC antara lainnya telah menyalurkan wang berjumlah RM81,222,448.93 kepada NLMC, syarikat yang dikuasai penuh oleh keluarga Shahrizat.

Sebahagian daripada wang ini digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah One Menerung di Bangsar, dakwanya.
NFC yang dikendalikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak mereka, juga telah menyalurkan wang kepada Real Food Company yang juga dimiliki keluarga itu.

Tambahnya, NFCorp juga masih perlu menjelaskan mengenai pembelian kondominium di Singapura, lot tanah di Putrajaya serta perbelanjaan sebanyak RM823,000 untuk lawatan ke luar negara./MalaysiaKini

Rabu, 25 Januari 2012

Ceramah Terkini!!! Ust. Azhar Idrus

Kuliah Dhuha 7.01.2012

Ust. Azhar Idrus.
Kg. Gaong, K.Berang
 Terengganu
Video :
Streaming , Download

Tiada parti dominan dalam Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dalam Pakatan Rakyat tiada parti yang dominan, sebaliknya yang dominan adalah prinsip bersama pakatan itu sendiri iaitu keadilan dan ketelusan.

Dakwaan yang mengatakan PAS atau PKR atau DAP yang akan menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat jika pakatan itu mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13 akan datang ternyata tidak berasas dan hanya putar belit.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pakatan Rakyat ternyata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana dalam BN sememangnya terdapat salah satu parti yang dominan iaitu Umno.

Menurutnya, manakala dalam Pakatan Rakyat tidak sedemikian, sebaliknya kesemua parti yang terdapat dalam gabungan itu mempunyai peranan masing-masing bagi merealisasikan prinsip tersebut.

Katanya, perbezaan tersebut sememangnya telah begitu jelas dalam Pakatan Rakyat dan ia tidak mempunyai sebarang asas untuk diputarbelitkan oleh para pemimpin Umno BN.

"Sekiranya perkara itu ditimbulkan oleh para pemimpin Umno BN, ia ternyata sengaja diada-adakan untuk mengelirukan orang ramai kerana ia ternyata tidak berasas," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia berkata, masyarakat Cina kini mula kembali ke pangkuan BN kerana mereka sedar sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.

“PAS akan memerintah. PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa," katanya seperti yang dilaporkan media hari ini.       

Beliau menegaskan, ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli sambil menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti tersebut.

Menurut Mujahid, dakwaan Chua itu ternyata propaganda murahan MCA bagi menghalang masyarakat Cina menyokong DAP atau Pakatan Rakyat, tetapi ia sememangnya gagal untuk menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya, masyarakat Cina di negara ini sendiri sudah sekian lama faham perkara itu, malah mereka juga amat faham dengan perbezaan antara DAP dan MCA itu sendiri," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, perbezaan antara DAP dan MCA adalah kerana DAP merupakan parti yang berprinsip, iaitu berjuang bagi keadilan dan ketelusan, dan itulah yang menyebabkan DAP boleh bergabung dalam Pakatan Rakyat yang juga berjuang atas prinsip yang sama.

"MCA pula adalah parti yang tiada prinsip. Itulah sebabnya MCA hanya menurut sahaja segala arahan Umno yang menjadi parti dominan dalam BN.

"Jika MCA ada prinsip dah lama parti itu keluar dari BN disebabkan dalam BN sememangnya terdapat parti yang menjadi parti dominan iaitu Umno, manakala parti-parti lain hanya terpaksa menurut sahaja kemahuan Umno walaupun terpaksa mengenepikan kepentingannya," tegas beliau./HarakahDaily

Ahad, 22 Januari 2012

Berita Panas!!! Melayu Umno Pukul Orang India..!!!

Umno harus ambil tanggungjawab ; serangan bersifat perkauman terhadap program ABU

Kenyataan Rasmi

22 Januari 2012

SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.

Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini semakin tidak terbendung.

Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.

Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak muda.

Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.

Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.

Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat.

Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke

Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi 

Sumber : SINI

Sabtu, 21 Januari 2012

Parasit Pas dapat 'dinyahkan' - Khalid Samad


Teka-teki calon ganti Hasan Ali
SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, pihaknya telah diberi "kemampuan" oleh ALLAH untuk menyahparasit, yang menurutnya secara perlahan-perlahan telah merosakkan parti Islam itu.

Dengan perkembangan itu, kata beliau, parasit sudah pun dinyahkan dan Pas akan mara ke hadadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan umat Islam untuk menggantikan Umno dengan menjadi wadah politik umat Islam yang utama di negara Malaysia.

Tanpa menamakan mana-mana pihak dan individu dalam entri terbaru blognya, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat 'road-show' ke seluruh negara.

"Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal.

"Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran," katanya sambil menambah, "kali ini dia lajak lebih jauh lagi, maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau."

Tulisan beliau merujuk kepada tindakan susulan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Pas memutuskan untuk memecat Hasan sebagai ahlinya pada 8 Januari lalu.

Ekoran perkembangan itu, Hasan mendedahkan wujud parasit dalam Pas tetapi hanya mahu mendedahkan kumpulan itu, yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam dalam waktu terdekat menerusi program jelajah ke seluruh negara.

Kata Hasan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju Pas termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Menurutnya, kumpulan berkenaan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.

Khalid, Ketua Pas kawasan Shah Alam dan ahli jawatankuasa kerja Pas pusat berkata, kemungkinan pihak yang mendakwa wujud parasit akan mencanangkan bahawa dirinya dipecat kerana Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri.

"Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya.

"Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej Umno-BN untuk mempengaruhi ahli Pas dan rakyat jelata," katanya lagi.

Khalid seterusnya menulis bahawa "dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua."

"Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak, maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyah dan sebagainya.

"Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven," katanya.

Beliau menambah, mungkin itu yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu, terlalu membesarkan diri dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit.

"Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya.

"Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, ALLAH sayangkan Pas dan memberi Pas kemampuan untuk ‘nyahparasit’ dan inilah yang telah berlaku," katanya./SinarHarian

 

Jumaat, 20 Januari 2012

Menteri Umno Dah Takut!!! kah kah kah kah..

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri
Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

NONE"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian./MalaysiaKini

Khamis, 19 Januari 2012

Pengendali lebuh raya tol untung 'Maha Firaun'

DAP: Pengendali lebuh raya tol untung 'Maha Firaun'

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk berdebat mengenai dakwaan BN bahawa tol di lebuhraya tidak boleh dihapuskan.

NONELim berkata beliau bersedia berdebat dengan Nor Mohamed, menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi pada bila-bila masa dan mana-mana tempat berhubung dakwaan kerajaan mengapa beberapa tol yang sedia ada tidak boleh dihapuskan.

“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308 peratus. Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment.

“Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” cabar Lim.

Sebelum ini, Nor Mohamed membuat kenyataan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol jika mereka berkuasa di Putrajaya sebagai tidak masuk akal.

"Saya sedia berdebat isu ini - 'Mengapa tol yang perlu dihapuskan?’ Ini untung maha besar, untung Maha Firaun atau topik kedua 'Adakah benar Malaysia akan menjadi bankrap jika tol dimansuhkan’,” katanya.

Menurut Lim, beliau berharap Nor Mohamed tidak takut untuk berdebat mengenai isu penting yang membabitkan ekonomi negara kerana katanya, penghapusan tol akan meringankan beban rakyat dan mengurangkan kadar inflasi.

“Saya boleh berdebat di mana-mana sahaja selagi ada liputan televisyen." katanya sambil merujuk peratus keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi dari projek-projek lebuh raya seluruh negara.

metramac toll booth 160106Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion.

“Anak, cucu, cicit kita pun akan terus bayar tol,” kata Lim lagi./MalaysiaKini

Rabu, 18 Januari 2012

Eksklusif - Skandal Saiful Bukhari & KBSB Didedahkan Demi Kebenaran Dan Keadilan.


Assalammulaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia buat rakyat malaysia yang dahagakan kebenaran dalam kes liwat II neh. Pada 901 yang lepas, anwar ibrahim telah dibebaskan dari pertuduhan meliwat saiful. Hakim mahkamah tinggi menyatakan bahawa dsai dibebaskan atas dua faktor iaitu ;

1. DNA dicemari. <-- Penilaian ini dibuat setelah mendengar laporan pakar dari kedua belah pihak.

2. Mahkamah tidak boleh mensabitkan dsai bersalah berdasarkan kepada keterangan saiful semata2.  <-- Penilaian neh dibuat setelah hakim tidak mempercayai kredibliti dan kejujuran dalam keterangan2 saiful sendiri.

Kecewa. 

Ya, memang saat itu ramai penyokong saiful kecewa. Sampai ada yang rasa nak bunuh diri. Salah seorang paling kecewa ialah papa gomo. Mungkin dia nak bunuh diri tetapi tak berapa berani. Ingatlah, jalan bunuh diri paling senang hanya pergi ke bangunan sprm. Mungkin papa gomo boleh ambil nasihat aku neh sebagai panduan bagi memudahkan laluan dia untuk bunuh diri sendiri nya kelak bila pr ambil alih putrajaya.

He He He

Hari neh aku bercadang nak kongsi serba sedikit suka duka dalam perjalanan kes liwat yang membabitkan dsai dan sba neh. Pengalaman dan penderitaan yang rakyat malaysia macam aku alami hanya semata2 disebabkan oleh seorang insan yang bernama saiful. Apa lah nak jadi dengan ko neh saiful.


Bila tercetusnya kes liwat neh pada tahun 2008, aku dan rakan2 mula terlibat secara aktif dengan penubuhan page kami benci saiful bukhari. Setiap hari kami bongkarkan penipuan demi penipuan saiful di blog [ milo suam ] dan facebook supaya rakyat sedar dan faham bahawa liwat II ialah satu lagi fitnah yang bertujuan memamposkan karier politik dsai.

Kami, rakan2 blogger dan para admin ketika itu belum pernah lagi berjumpa dsai secara face to face tapi kami percaya bahawa kes neh ialah fitnah berdasarkan kepada beberapa analisis kami yang sehebat detektif conan. Antara sebab2 yang menguatkan dakwaan kami pada ketika itu ialah ;

1. Saiful cakap dia diliwat dsai 9 kali secara paksa tetapi tiada sekalipun dia melawan.

2. Saiful meninggalkan spender basahnya di rumah ex tunangnya.

3. Saiful menyimpan kyjelly sedangkan ia sepatutnya berada dalam simpanan dsai andai benar dsai yang meliwat.

4. Saiful juga pergi berkerja sehari selepas diliwat secara paksa.



5. Saiful juga tersenyum2 ketika melayan tetamu dsai sehari selepas diliwat.

6. Saiful berjumpa ezam dua hari sebelum kes liwat heboh diperkatakan oleh rakyat malaysia.

7. Saiful menyatakan dalam keterangan di mahkamah bahawa dia tahu sebelum ke kondo itu, dsai ada niat nak meliwatnya lagi.  Tapi dia masih gagah beranikan diri pergi ke kondo itu. Sedangkan ketika itu rahimi osman sudah tahu hal yang sebenarnya selepas saiful, rahimi dan ezam berjumpa. Kalau ini berlaku, kenapa saiful masih berani jumpa dsai untuk diliwat secara paksa? Kenapa tidak buat plan untuk perangkap dsai ketika liwat sedang berlaku? Rakam video seks boleh, takan rakam liwat tak boleh?



8. Selepas dua hari, saiful membuat pemeriksaan di hospital dan doktor pusrawi menafikan terhadap kejadian liwat ke atas sba. Namun, sba disarankan ke hospital kerajaan bagi kes2 seperti neh. Walaupun laporan doktor dah leak, tapi kes mahkamah masih berjalan walaupun tiada apa2 bukti konkrit yang boleh mendorong kepada perbicaraan [tiada kes]. 



9. Keterangan saiful di mahkamah juga aneh. Dia sanggup makan karipap dan minum kopi selepas diliwat. Dia juga gunapakai seluar yang dsai hadiahkan. Dia juga gagal mendapat pointer yang cantik tetapi masih boleh berjumpa pm untuk mohon biasiswa? 

 

Najib : saiful jumpa saya pasal biasiswa. [lihat video]



10. Doktor pusrawi juga dikatakan berbohong oleh sba dalam mahkamah. Walhal doktor hanya mengatakan tiada kesan tusukan [kemasukkan objek] dalam dubur saiful.

11. Saiful juga mengakui bahawa dia seorang muslim yang baik walaupun bersolat tanpa mandi junub tapi dah insaf selepas berjumpa polis.

 
Video merujuk kepada pengakuan saiful bahawa dia ialah seorang muslim yang baik di dalam mahkamah. 
Berdasarkan kepada beberapa sebab yang kelakar tahap gaban neh maka kami bertindak menjadi hero rakyat malaysia bagi membongkarkan penipuan2 saiful bukhari azlan yang dirancang rapi dan teliti dengan blogger papa gomo walaupun hasilnya budak kecik pun tak terpedaya derrr...
Ketika itu perjuangan kbsb tidaklah begitu dikenali.  Perjuangan kbsb juga dibenci oleh penyokong2 umno totok dan bloggers2 umno yang dengki melihat perkembangan positif yang diterima oleh kbsb. Mereka juga dengki dengan mereport perjuangan kbsb [awalnya ihsb] di facebook supaya fan page kami di delete.
Dan setelah didelete, kami bersusah payah membina kembali dan mengumpul semula pelbagai bukti2 dan penipuan2 saiful demi sebuah kebenaran bagi menyedarkan rakyat malaysia yang terancam dengan virus fitnah dari media2 pro kerajaan dan arus perdana di malaysia neh.
Tidak cukup dengan itu, admin2 kbsb diserang dengan pelbagai fitnah. Daripada wiwc hinggalah kepada admin2 yang lain termasuk aku dan milo suam semua nya difitnah bloggers umno yang diketuai oleh papa gomo dengan pelbagai tuduhan yang mengarut dan dayus. Namun acik hanya mampu bersabar dan meneruskan kehidupan neh hari2 dengan berdedikasi.  Owhh.. bersemangatnya akuu.. 
He He He
Berbalik kepada kisah saiful di atas neh, setelah pendedahan kbsb mula mendapat tempat dan perhatian rakyat malaysia, saiful mula membuat tindakan2 kelakar. Salah satu contohnya dia mengaku bahawa dia tak kesah dengan kewujudan fan page yang benci dia di alam maya walhal sebenarnya dia sangat ambil kisah. Kalau tidak kenapa fan page ihsb didelete selepas sehari statement tak kesah saiful itu muncul di media tv?
Namun, berkat kesungguhan kami, kbsb juga berhasil mendapat tempat di ahti mereka2 yang inginkan kebenaran di alam maya neh.  Acik dan lain2 admin tidak pernah mendapat bayaran satusen pun dari dsai dan mana2 individu bagi menyatakan kebenaran. 

Kami terus berjalan dan berjalan dan berjalan menyelongkar penipuan demi penipuan sehingga terhacknya blog papa gomo yang mendedahkan rahsia perbualannya bersama saiful. Saiful pernah menasihatkan papa gomo agar menggunakan gambar2 yang sedih bagi meraih simpati rakyat. Bukti2 tersebut semua ada dalam entry2 lama milosuam. 

            Gambar sedih saiful bersama tanda di dahinya yang kini hilang ditelan masa.
Disebabkan kbsb terus membongkar rahsia2 mereka [papa gomo dan sba] bertubi2, daripada kepada pointer, blog yang mendedahkan sikap sebenar saiful, gambar2nya bersama pm dan aktivitinya di uniten, akhirnya saiful terdesak. Saiful sudah sampai ke tahap tidak mampu berbuat apa2 sehingga memaksa diri nya bersumpah. 
Ayoyoyo..
Sehingga seorang imam yang tidak tahu apa2 menjadi mangsa saiful. Seorang imam yang berdedikasi kepada kebaikan umat islam telah diheret ke kancah politik oleh saiful dan geng2 pemfitnahnya.  Kesian pak imam neh. Damailah mu tanpa saiful bersumpah disisi mu lagi pak imam.
Video sumpahan dia juga berulang2 kali di mainkan di tv.  Ini yang najib kata tiada kaitan dengan bn? Berapa ramai yang diliwat? Napa hanya saiful je diberikan perhatian? Di bela lagi oleh peguam negara [yang mewakili kerajaan] ? Ada pernah skandal tamby chik didedahkan begini hari2 di media?
Hari demi hari, perbicaraan kes liwat tetap diteruskan meskipun statement2 saiful kelakar dan dsai pula terus dinafikan hak nya untuk membela diri. Daripada senarai saksi hinggalah nak panggil saksi pun tak boleh.

Bila kes diminta tangguh dan gugur atas alasan2 yang konkrit, pihak pembela mula membuat dakwaan bahawa dsai sengaja menangguhkan kes walhal ini ialah salah satu strategi untuk mendapatkan kelulusan mahkamah agar membenarkan saksi dsai dibawa masuk ke mahkamah dan salah satu strategi untuk memanggil pakar luar bagi menafikan semua hujah2 dan bukti2 rekaan dari pembela saiful.
Malahan ada juga kes yang mana hakim sendiri yang tangguhkan kes. Bukan semua nya ditangguhkan oleh dsai semata2. Ada yang ditangguhkan dari pihak saiful. Tapi ini semua tidak dinyatakan oleh mereka. Balik2 hanya  nama dsai sahaja yang dipopularkan walhal dia dah cukup glamer.

He He He

                             layanan yang najib tak pernah dapat sehingga hari neh.

Pihak2 yang membela dsai beberapa kali pernah diugut kerana menyatakan kebenaran. Doktor pusrawi terpaksa menyorok untuk seberapa tempoh. Doktor thailand juga mendapat sms ugutan. Kenyataan pakar luar juga diputarbelit oleh media sana.
Alasan sakit belakang diputarbelitkan oleh mereka sebagai dsai boleh menunduk dengan menunjukkan gambar2 dsai menunduk. Walhal sakit tulang belakang yang dimaksudkan disini ialah bagaimana seseorang yang sihat boleh melawan orang yang sakit? Bukan isu samada dia boleh tunduk ke tidak. Begitu lemah daya pemikiran dan analisis mereka. 
Pada tahun 2010 dan 2011, dsai pernah berasa sedih kerana dinafikan hak nya untuk bersuara di parlimen. Ceramah2 dsai juga diambush dan disabotaj dengan dasatnya. Lampu elektrik di padam, dsai dikepung polis, laluan ditutup dan pelbagai lagi cabaran yang dia terpaksa hadapi demi menegakkan kebenaran.
Dsai juga dijatuhkan hukuman sebagai peliwat meskipun dia belum lagi didapati bersalah ketika itu. Gambar2 dia disuperimpose dalam keadaan yang menjijik. Setiap orang yang bersuara membela dsai juga menjadi mangsa mereka. Gambar2 tuk guru toksah cakaplah. Bersepah2 dengan pelbagai super impose yang menyakitkan ahti.
Anak2 dia juga menjadi mangsa fitnah. Malahan anak2 azmin pun terheret sama dalam kes neh. Apa sahaja yang jahat dan buruk mesti keluar dari batang tubuh dsai. Tiada yang lebih jahat di malaysia neh melainkan dsai lah yang paling jahat sekali bagi umno.
Agent yahudi, perisik, penjual negara, cia dan macam2 lagi tuduhan turut dilemparkan kepada dsai termasuk yang terbaru menyokong homoseksual sehingga memaksa dsai menyaman utusan 50juta jika tidak tarikbalik tuduhan dan fitnah ke atas nya.

Dsai juga pernah menyuarakan agar kes liwat neh dibicarakan melalui mahkamah syariah dengan menggunakan perundangan qazaf tetapi tiada sesiapa pun orang2 islam di belah kerajaan menyokong usaha2 neh.
Mereka kata mereka islam tapi sistem mahkamah syariah pun mereka tolak. Yang lebih mendukacitakan lagi ialah ia turut ditolak oleh jamil khir, seorang menteri agama. Memang tak heran. Patutlah dia guna wang zakat walaupun dia bukan asnafnya. 
Semangat  dsai yang begitu kuat tidak sekalipun luntur malahan semakin bertambah meskipun dia difitnah hampir setiap hari. Suara nya dinafikan. Hak nya dinafikan. Malahan station tv juga ditegur andai menyiarkan kenyataan dia jika lebih dari 10 saat dan ke atas. Dia juga dilarang muncul di tv. Dia juga dilarang berucap dan berceramah secara aman dan bebas.
Pendek kata dia disekat daripada menyampaikan kebenaran melalui apa sahaja jalan yang senang. Jika jalan susah memang banyak. Tapi sayang, jalan susah neh bukan ramai orang ada aksesnya. Maka ia rumit juga sebab benda tak sampai kepada keseluruhan penduduk rakyat malaysia.

Sebab itulah acik berazam melalui penulisan neh. Dan admin2 kbsb pula berazam melalui fan page kbsb. Setiap dari anda, sebagai penyokong kebenaran mestilah menyebarkan apa yang anda tahu kepada setiap orang disekeliling anda. Jika boleh print, maka print dan sebar.

Jika boleh buka blog dan berita bebas, maka buka biar orang2 tua dan ahli keluarga anda baca. Jika boleh pergi ceramah pr, maka pergi, dan bawa sekali ahli2 yang tegar umno agar dia boleh diselamatkan dari virus umno.
Gunakan apa sahaja pendekatan yang bersesuaian dan tidak salah [dari segi undang2] bagi menyedarkan orang2 disekeliling kita. Sampai bila kes liwat fitnah neh harus menjadi bahan politik kita? Sudah sampai masanya untuk kita alihkan pemikiran kita kepada kes2 yang lebih penting contohnya isu ekonomi, isu hutang, isu skandal, isu penyelewengan, rasuah, ketirisan dan lain2 hal yang berkaitan dengan rakyat.

Cukup2lah tue saiful. Cukuplah memangsakeadaan kami semua. Kami, rakyat malaysia tidak bersalah dalam hal neh. Kami, tidak perlu dan tidak lagi mahu mendengar fitnah2 neh dimainkan demi menjatuhkan pemimpin yang boleh memberikan kami alternatif yang lebih baik dari bn. 
Tolonglah saiful. Tolong fikir demi kebaikan ummah dan islam. Jangan lagi menyeru kepada perpecahan umat islam, saiful. Jangan. Disebabkan ko lah, melayu berpecah belah dan bergadoh sesama sendiri. Hentikanlah saiful, hentikan sebelum yahudi rampas malaysia neh.

He He He
Akhir kata dari aku ;
lawan tetap lawan, takbir..  AllahuAkhbar..!
Sumber : SINI

Isnin, 16 Januari 2012

Di Akhirat Anwar Ibrahim Jutawan!!! - TGNA

Nik Aziz: Berhentilah malukan Anwar

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.

Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

NONE"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa.

"Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz (atas) yang juga menteri besar Kelantan.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu.

Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay".

Yakin menang besar
Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam.

azlan"Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula
jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia.

"Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang," katanya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda.

Sementara itu, mengulas peluang PAS mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata, beliau yakin parti itu akan memang besar sekiranya pilihan raya berlangsung dengan bebas dan adil.

Dakwat kekal perkara kedua, ketiga
"Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak rasuah, tidak ugut, tidak (guna) ISA, tiada sebab rakyat tak undi Islam. Cina sekarang ada kelab penyokong PAS.

"Saya pun tak terfikir Cina ada kelab penyokong PAS sedangkan PAS dimomok-momokkan, difobiakan," katanya.

NONEMengulas perkembangan tidak sihat itu dengan memberi contoh, Nik Aziz mendakwa, beliau difahamkan seorang wakil rakyat daripada negeri itu bahawa terdapat sebuah rumah di Kelantan yang terdapat 13 pengundi "Melayu Thailand" didaftarkan di alamat itu.

"Mana boleh terima 13 orang duduk satu rumah. Umno ini, orang Melayu dah tak percaya dah, maka dia ambil orang lain.

"Kalau Melayu sendiri dah tak percaya pada Umno, berhentilah. Tapi dia ambil orang lain pula. Bangladesh pun ada ambil," dakwa anggota dewan undangan negeri Chempaka itu.

Ditanya tentang perkembangan baru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, bagi Nik Aziz, yang lebih penting adalah membersihkan daftar pemilih.

"Dakwat ini perkara yang kedua, (dan) ketiga, Perkara pertama bagi saya ialah senarai pengundi. Senarai pengundi, saya dengar banyak (aduan)," katanya.


Nik Aziz diwawancara oleh Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw.(MalaysiaKini)

Ahad, 15 Januari 2012

Panas!!!!! Pembebasan Anwar Adalah Perancangan UMNO ??

AWAS!! Rupanya Pembebasan Anwar Adalah Perancangan UMNO ??

Sudah diduga sejak awal lagi, apabila mahkamah membuat keputusan untuk membebaskan DSAI dari tuduhan liwat, berbagai tafsiran bermain dalam fikiran kita. Pembebasan adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak mungkin tetapi ke penjara adalah suatu yang sudah pasti dan dijangka.
 
Jika UMNO sudah merancang dari awal untuk membebaskan DSAI, sudah tentu mahkamah sudah membuang kes ini sejak dari mula perbicaraan lagi, tetapi oleh kerana UMNO yakin bahawa rakyat akan dapat ditipu dan diyakinkan dengan saksi-saksi dan bukti-bukti palsu mereka maka ianya tetap diteruskan. Tetapi dipertengahan jalan, UMNO sudah mula ternganga dan panik apabila semua hujah pendakwaraya, bukti dan saksi mereka berjaya dipertikai dan dipatahkan oleh peguambela DSAI.

Untuk mengelakan rasa malu, maka ianya diteruskan juga tetapi mereka mengubah skrip kerana perbicaraan yang mengambil masa terlalu lama sehingga hampir kepada PRU13, maka hakim yang mulanya diberikan skrip supaya memenjarakan DSAI diarahkan pula supaya mencari alasan yang meragukan untuk membebaskan DSAI kerana PRU13 sudah hampir. 
Dan dengan itu mereka cuba memperdaya dan menipu rakyat sekali lagi kononya mahkamah telah membuat keputusan yang adil dan tidak dipengaruhi oleh UMNO.

Sedangkan mereka lupa bahawa semua rakyat dan dunia sudah tahu yang kes fitnah liwat ini adalah direkacipta oleh puak-puak UMNO termasuk kes video sek itu. Tiba-tiba mereka buat muka selamba seolah-olah setuju juga dan terima dengan hati terbuka keputusan mahkamah ini, kononya. 
Sebenarnya mereka sudah tersepit kerana PRU13 sudah hampir. Jadi terpaksalah berlakun lagi. Golongan munafiq memang tidak punya sifat malu, muka mereka memang tebal.

Namun begitu, ramai yang ragu di atas pembebasan itu dan menunggu tindakan seterusnya dari pihak pendakwaraya samada akan mengemukakan rayuan atau sebaliknya sebelum rakyat membuat kesimpulan muktamad. 
Kini, segala keraguan sejak pembebasan hari itu menunjukan kebenaran bahawa pembebasan DSAI hanya satu lakunan dan muslihat UMNO dengan memperalatkan badan kehakiman itu. Kini rayuan telah pun difailkan di Mahkamah Rayuan atas arahan UMNO, mengapa?

1. UMNO merancangkan supaya Mahkamah Rayuan menolak rayuan tersebut sebelum PRU13 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, dengan itu UMNO akan bertempik sekali lagi menipu rakyat bahawa UMNO tidak mempengaruhi mahkamah dalam kes ini.

Rakyat yang bodoh dan tolol akan percaya dan terus mengundi UMNO, setelah menang PRU13, UMNO akan mengarahkan pendakwaraya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan pula, dan keputusanya yang di skripkan oleh UMNO ialah, Mahkamah Persekutuan membatal kan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan dan DSAI akan dipenjarakan. Rakyat ternganga kerana berjaya ditipu oleh UMNO atau:

2. Mahkamah Rayuan akan diarahkan oleh UMNO supaya melambat-lambatkan untuk membuat keputusan sehingga diadakan PRU13 dulu, setelah UMNO menang, maka Mahkamah Rayuan diarahkan oleh UMNO supaya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan DSAI di penjarakan. Berjaya lagi UMNO memperbodohkan Melayu UMNO.

Mereka tidak akan penjarakan DSAI sebelum PRU13 kerana tahu akan akibatnya.
 
Oleh itu UMNO akan pastikan mereka menang dalam PRU13 dulu dan selepas itu barulah tindakan melalui mahkamah diambil untuk sumbatkan DSAI ke penjara. Ketika itu rakyat tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kena tipu dan kena perdaya lagi orang Melayu oleh UMNO.

Tetapi sekiranya dalam PRU13 Putrajaya berjaya dirampas dari UMNO/BN, kedua-dua kes liwat 1 & 11 serta kes video sek DSAI akan dibuka semula tetapi di Mahkamah Syariah mengikut hukum Qazaf. 
Maka disini nanti kita akan melihat dan mendengar sendiri pengakuan Azizan Abu Bakar dan Saiful serta Datuk "Trio" samada berterus terang atau menghadapi hukuman sebat seperti yang digarispandukan oleh Islam.

Bukan itu saja banyak kes-kes besar yang melibatkan pemimpin UMNO Pusat dan Negeri juga akan dibuka fail semula di mahkamah untuk dibicarakan. 
Kes Altantuya, kematian di pejabat SPRM, PKFZ, Perwaja, kematian Norita Samsudin, kehilangan enjin kapalterbang, Al Maunah, Memali, pembelian kapal selam dan jet pejuang dan banyak lagi termasuk juga kehilangan wang Tabung Haji, wang zakat, baitulmal dan wakaf. 
Ketika itu barulah kita melihat bagaimana puak-puak UMNO yang selama ini menyokong dan percaya pada pemimpin mereka akan memaki hamun pula kerana baru sedar selama ini mereka ditipu hidup-hidup dan diperbodohkan oleh UMNO. 
Selain dari, mereka juga akan didedahkan dengan kekayaan dan harta milik pemimpin mereka selama ini yang tidak pernah rehat dari menyamun dan merompak harta rakyat dan negara. Nasi sudah menjadi bubur. Jika mereka ingin bubur menjadi nasi semula, pastikan UMNO/BN tersungkur pada PRU13 nanti. Jangan undi mereka lagi, cukup dan cukuplah tu.

Walaubagaimana pun ini boleh dianggap sebagai andaian penulis tetapi kita tunggu dan lihat permainan seterusnya oleh UMNO ini. Kita kena ingat, penasihat UMNO kini ialah APCO, iaitu golongan Yahudi yang dilaknat oleh Allah dan Rasul yang amat memusuhi umat Islam itu . 
Jadi, oleh kerana UMNO sudah percaya dan menjadi sekutu mereka, maka APCO akan menggunakan tipuhelahnya untuk memporakporandakan negara ini dengan menggunakan UMNO, apatah lagi hanya UMNO sahaja yang boleh diharapkan oleh Yahudi untuk mengikut telunjuk mereka. 
Mereka jugalah antara penasihat UMNO dalam menghadapi Pakatan rakyat, kebangkitan Islam dan juga DSAI selain dari penasihat setia UMNO iaitu seorang mentor tua yang sudah nyanyuk yang tunggu masa untuk mampus itu iaitu si Mahathir .

Ingatlah, jangan sekali-kali kita percaya kepada kenyataan pemimpin dan puak UMNO bahawa mereka tidak pernah mempengaruhi keputusan mahkamah, hakim adalah bebas dalam membuat keputusan. Hanya orang gila dan buta hati saja yang akan percaya. Lihat sahaja kes Linggam dan kes rampasan kuasa di Perak, bagaimana Hakim dipaksa oleh UMNO supaya mengikut skrip mereka. 
Bebasnya mahkamah hanyalah kepada kes-kes mat rempit, seorang ayah mencuri setin susu untuk anaknya yang kelaparan kerana ketiadaan wang, kes rompakan bank, mencuri kabel dan sebagainya tetapi tidak sesekali dalam kes yang melibatkan kepentingan pemimpin tertinggi UMNO dan kes yang boleh menggugat kekuasaan 
UMNO terutamanya kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang. Jika kes-kes pembangkang itu dikira tidak menjejaskan kepentingan UMNO dan pemimpinya maka ianya UMNO akan membiarkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan sendiri tanpa campurtangan dari mereka.

Inilah hakikat, kenyataan dan fakta yang telah dan sedang berlaku dalam negara kita dan akan terus berlaku selagi UMNO dibiarkan terus berkuasa. Yang menjadi mangsanya ialah rakyat yang tidak mampu untuk melawan dan bersuara. Rakyat dikunci mulut dan diikat tangan kakinya dengan undang-undang yang diluluskan oleh penguasa supaya rakyat hanya boleh angguk, patuh dan ikut sahaja.
 
Itulah sebenarnya wajah UMNO dulu, kini dan selamanya. UMNO adalah peguambela, pendakwaraya dan UMNO jugalah hakim yang menentukan segalanya. Mereka jadikah rakyat umpama haiwan belaan yang hanya ikut arahan dan diberikan makan apabila lapar.

Apa yang berlaku dan dilakukan oleh UMNO, biarkan dan jangan peduli. Ambil RM300, ambil RM500, ambil kain pelikat, kain batik, surah yasin dan duduk diam. Maka sebab itulah bangsa Melayu tidak pernah berubah sejak dulu hingga sekarang kerana diperbodohkan oleh pemimpin mereka yang mereka sendiri pilih. 
Biarlah merempat, biarlah anak tak ke sekolah dan biarlah makan pucuk ubi hari-hari, asalkan jangan lawan pemimpin mereka yang hidup dalam kemungkaran, kezaliman dan penipuan itu. 
Biarkan, biarkan, kami redha, biarlah pemimpin kami nak makan rasuah ke, nak rompak wang negara ke, nak rampas tanah orang Melayu ke, nak hina syariat Allah ke, nak fitnah orang ke, nak bunuh orang ke, nak gadai negara ni ke, biarkan, biarkan. Itulah dia jawapan dan yang ada dalam fikiran Melayu yang sokong UMNO.

Inilah jenis Melayu bodoh, tolol, tak ada nilai, tidak ada guna untuk agama dan negara. Itulah Melayu celaka lagi hina dibawah telunjuk dan menjadi lembu peliharaan UMNO.

Walauapa pun terjadi, pastikan PRU13 UMNO mesti ditumbangkan. Jika tidak bukan sahaja DSAI dan keluarganya tidak selamat dan tidak aman, malahan majoriti rakyat (kecuali puak UMNO) dan harta negara juga tidak akan selamat. Jika arak itu ibu segala kejahatan, UMNO pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan dan kemungkaran.
Siasahkini 

Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana Kedah...




ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.

Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang.

Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi./HarakahDaily

Sabtu, 14 Januari 2012

Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’ - Azmin Ali


ALOR SETAR, 14 Jan: Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.
“Justeru itu, rakyat mahu ‘Malaysia Tanpa Umno’,” ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.
“Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi.

Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.
Katanya, agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.

“Insya Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa,” jelasnya.
Beliau menambah, Pakatan Rakyat sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat.
Pakatan Rakyat juga, ujarnya sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara serta beramanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak.

“Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga hari ini di saat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.

Katanya, konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat.
“Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis Umno yang kini berada di ambang senjakala,” katanya lagi.
Konvensyen ini, katanya adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat.

“Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh Umno,” ujarnya.
Tegasnya, Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat, katanya tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga.
“Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13. Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat,” katanya.
Pakatan Rakyat, tambah beliau merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya.

Rakyat, katanya sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya lagi, rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit.
Tambahnya, rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.

“Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK. Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang,” katanya.
Setelah itu, ujarnya rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Umno.
Menurutnya lagi, 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Beliau menambah, anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi manakala mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.
Perkhidmatan awam, ujarnya perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal.
“Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam,” katanya./HarakahDaily

Jumaat, 13 Januari 2012

Rahsia Terbongkar!!! Menteri Umno Membuat Pengakuan Panas!!!

Nazri mengaku halang guna dakwat kekal pada 2008

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.

"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.
Turut terlibat dalam forum anjuran kerajaan Kelantan itu bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kanan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut Nazri, ia antaranya mengambil kira hak warganegara layak yang mahu mendapatkan kertas undi tetapi enggan dicalit dakwat kekal.

"(Jika ini berlaku) apa yang akan berlaku? Sebab dalam perlembagaan disebut rakyat yang berumur 21 tahun dan berdaftar layak mengundi.

"Jadi, oleh kerana keadaan sudah terlalu dekat (dengan pilihan raya), SPR mengambil keputusan tidak teruskan dakwat kekal. Itu sahaja sebab perlembagaan belum putuskannya."

Bagaimanapun, tambahnya, selepas jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya membincangkannya, Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan dan peguam negara berkata ia tidak menyalahi perlembagaan, tindakan itu akhirnya dilakukan.

"Jadi, itu sebabnya pada 2008 kita tidak buat," jelasnya lagi.
Nazri mengulas kenyataan Abdul Rashid dalam wacana yang sama bahawa beliau mahu melaksanakan pelbagai pembaharuan ketika menjadi orang nombor satu SPR, termasuk memperkenalkan dakwat kekal, tetapi disekat oleh pihak tertentu yang tidak dinamakannya.

Abdul Rashid juga berkata beliau pada masa itu mendapat surat daripada peguam negara yang menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal bertentang dengan Perkara 119 Perlembagaan Negara.

SPR bawah pimpinan Tan Sri Aziz Yusof  baru-baru ini mengumumkan bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, setelah mempertimbangkang cadangan PSC – yang dibentuk selepas perhimpunan BERSIH 2.0 – dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga berkata ia boleh digunakan.

Sementara itu, berhubung fatwa membenarkan penggunaan dakwat kekal yang pernah dibuat pada 2007, Nazri berkata, kerajaan pada masa itu tidak tahu berhubung kedudukannya kerana ia tidak pernah diumum sebelum ini.

“Dua tiga hari lepas, majlis fatwa umum boleh pakai (dakwat kekal). Ini bermaksud tidak pernah umumlah,” katanya sambil menegaskan hanya 19 negara  di seluruh dunia memakai sistem itu.

Sementara itu, mengulas dakwaan berleluasanya kes pengundi hantu di Sabah, Nazri menjelaskan perkara itu tidak berlaku, sebaliknya melibatkan “orang Islam Filipina” yang secara tradisinya berpindah randah antara republik itu dan Malaysia dan tidak memiliki kad pengenalan.

“Jadi apabila ada negara Malaysia, mereka tidak ada kad pengenalan. Apabila tidak dapat kad pengenalan, mereka tak dibenarkan mengundi. Tetapi mereka ada di negara ini sebelum Malaysia wujud dan sebelum merdeka lagi.

“Isunya ada orang marah di Sabah, ada yang tidak patut dapat kad pengenalan dapat kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi,” katanya.

Katanya, sekiranya projek pengundi hantu benar berlaku di Sabah sehingga melibatkan70,000 pengundi seperti yang didakwa, sudah tentu BN akan melakukannya di negeri-negeri lain juga seperti Kelantan dan Selangor.

Bercakap di hadapan kira-kira 1,000 peserta yang sering mengejek dan membuat bising terhadapnya, Nazri menyimpulkan bahawa pilihan raya yang bebas dan adil merupakan realiti di negara itu dan ia dibuktikan dengan kejayaan PAS menguasai Kelantan dan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

“Kita tanya diri kita sendiri, bila mengundi ada paksaan tak? Tidak ada. Kita mengundi ikut sukarela. Orang ramai ada keyakinan terhadap pilihan raya. Peratusan keluar mengundi tidak kurang daripada 28 peratus... puratanya 73 peratus,” katanya. /MalaysiaKini

Ismail Kamus mahu saman media


KUALA LUMPUR, 12 Jan: Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu, lapor Harakah cetak yang sedang dalam pasaran sekarang.

“Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi tadi (10 Januari) saya baru keluar hospital,” katanya.

Menurut beliau, tidak ada sesiapa yang menghubunginya untuk menghadiri sidang media Hasan.

“Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan,” kata Ismail Kamus, bekas Adun Gombak Setia itu.

Ismail yang juga Tokoh Maal Hijrah Selangor untuk tahun 1433/2011 itu menang kerusi Dun Gombak Setia dalam pilihan raya umum 1999 atas tiket PAS.
Buletin Utama TV3 dan Astro Awani dalam laporan mereka berkata, majlis Hasan Ali yang diadakan di rumah beliau selepas beliau dipecat turut disertai oleh Ismail.

Selain itu, timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin juga dilaporkan menyertai majlis itu yang turut disertai oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Hasan Ali itu.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam./HarakahDaily

Khamis, 12 Januari 2012

Wacana Perdana Pilihan Raya Bebas & Adil REALITI @ ILUSI? (live mlm ini 9pm)

Jangan lupa live Malam ni d TV3 Kelantan jam 9 mlm 
Klik D SINI

Ulasan GB Berkaitan Isu Menteri Umno Guna Wang Zakat Dan Jawab Mufti KL.

Ulasan GB

Setelah sebelum ini pihak Jamil Khir dan MAIWP menafikan ada menggunakan wang zakat untuk kos guaman membantah permohonan qazaf ke atas Saiful, dan telah dibuktikan bahawa penafiannya itu tidak sejajar dengan dakwaan jabatan Audit Negara, kini tampil Mufti Wilayah Persekutuan, mengakui MAIWP ada menggunakan wang zakat tetapi katanya, ia urusan guaman MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Kenyataan Mufti berkenaan adalah satu kenyataan yang mengelirukan.

Dengan menjadi alasan "fisabilillah" adalah tidak tepat kerana fisabilillah ialah berjuang menegakkan hukum Allah, tetapi apa yang dilakukan oleh MAIWP adalah disebaliknya, berjuang untuk menghalang hukum Allah iaitu menghalang qazaf dari dilaksanakan.

Sekalipun mufti berkenaan menyatakan bahawa tafsiran adalah luas yang menurutnya turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan, tetapi di dalam soal penggunaan wang zakat untuk menghalang qazaf dilaksanakan apakah itu "fisabilillah"?

Sepertimana yang rakyat semua sedia maklum bahawa permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya telah dibantah oleh MAIWP melalui peguam mereka yang diketuai oleh Zainul Rijal Abu Bakar.

Tiga orang responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".

Bantahan peguam MAIWP pula tidak pula enjurus kepada sebarang nas tetapi adalah kepada persoalan teknikal semata-mata.

Bantahan MAIWP berasaskan tiga alasan:

1. Bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara itu.

2. Prosedur permohonan tidak dipatuhi.

3. Status Zulkifli Noordin sebagai peguam yang mewakili Anwar kerana berlaku percanggahan kepentingan dan pelanggaran etika amalan Syariah.

Justeru itu, adalah kesasar untuk meletakkan bayaran guaman "menentang qazaf" sebagai jihad fisabilillah.

Tuan Mufti, ilmu kami tidak setinggi kamu, tetapi "kebenaran" itu tidak wajar untuk dipermainkan oleh kalangan berilmu.

Kita bersetuju supaya kes ini dibawa ke muka pengadilan dan pihak MAIWP perlu menjawab di mahkamah bukan mempertahankan tindakan mereka di media massa.

Muga kebenaran akan terserlah.

Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81) Sumber : SINI


Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog