Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Jumaat, 29 Disember 2017

Penamaan KWSP, ramai 'serah kepada majikan'

KWSP e-bayaran.

KUCHING - Jika ditanya kepada mana-mana pekerja mengenai simpanan hari tua KWSP, kebanyakannya sedar mengenai peri pentingnya untuk menamakan penerima atau wasi bagi caruman mereka andai ditakdirkan mereka 'pergi' sebelum hari tua, malah ramai menganggap ia sebagai ‘tanggungjawab penting’.

Namun apabila unsur seperti polisi, terma, peraturan dan sebagainya diutarakan, tidak ramai dapat memberikan jawapan yang tepat, sebaliknya ramai menganggap ia  perkara enteng yang jarang-jarang sekali didengar apa-apa masalah mengenainya.
Muhammad Elyias Omar, 30, perancang kewangan sebuah bank di sini, mengakui kenyataan ini kerana dalam tugasan hariannya, beliau perlu tahu mengenai selok belok pengurusan kewangan dan menurutnya beliau faham benar bahawa ramai yang ditemui mengambil mudah berkaitan soal penama KWSP.

Malah beliau sendiri sedar mengenai pentingnya soal penamaan selepas diberi taklimat semasa baharu memulakan tugas di bank itu kira-kira tujuh tahun lalu, selepas taklimat beliau terus ke pejabat KWSP untuk menguruskan segalanya, termasuk soal penama.
Muhammad Elyias berkata, usaha KWSP untuk mengukuhkan lagi pemahaman ahli dan penama mengenai tanggungjawab masing-masing dalam membahagikan harta harus dipuji, malah ia perlu ditingkatkan lagi.

Beliau berkata, ada juga individu yang ditemui langsung tidak ambil tahu mengenai perkara itu, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada majikan, atau lebih tepat lagi bahagian Sumber Manusia, untuk menguruskannya.
"Ramai tidak mengambil berat mengenai perkara ini kerana jarang-jarang sekali masalah mengenainya didengar, kerana bagi mereka soal ini ‘tidak kena pada mereka’, tetapi percayalah ia adalah tanggungjawab, perlu diambil tahu, sentiasa dikemaskini di pejabat KWSP dan kemungkinan masalah timbul kepada waris  pencarum tidak boleh dinafikan terus begitu sahaja," katanya.

Bagi Muhamad Fitri Othman, 38, pula semasa dihubungi berkata segalanya diserahkan kepada bahagian Sumber Manusia di kilangnya bekerja, kerana menurutnya adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mengendalikan perkara itu.
Katanya apabila menyambut kelahiran baharu, beliau tidak lupa untuk memaklumkan kepada bahagian Sumber Manusia mengenainya, dan ketika itu beliau akan diberi borang untuk menamakan bahagian buat warisnya.

Muhamad Fitri berkata, pada borang itu beliau dikehendaki menamakan waris-warisnya, di samping berapa peratus diperuntukkan kepada isteri dan anak-anaknya.
Sementara itu seorang lagi pencarum yang dihubungi, Hanaliza Mohd Hassan, 31, berkata beliau faham bahawa hingga kini selepas 16 tahun bekerja, beliau masih belum menamakan penama, dengan alasan ‘tidak ada kelapangan’ untuk ke pejabat KWSP.
Beliau yang mempunyai seorang anak yang berumur 7 tahun berkata, beliau tidak melihat soal penamaan itu sebagai isu besar dan setakat ini beliau belum mendengar isu itu menjadi masalah besar kepada sesiapa.

Presiden Persatuan Kewangan Islam dan Pengurusan Harta Malaysia (AIFiWM) Rohani Mohd Shahir ketika dirujuk mengenai perkara itu berkata pencarum sendiri perlu mengambil berat soal penama dan pergi sendiri ke pejabat KWSP untuk sentiasa 'ambil tahu' mengenainya, kerana persoalan itu sebenarnya 'bukan berkaitan majikan'. - Bernama

Selasa, 26 Disember 2017

ASB: PNB umum 7 sen dividen, bonus 0.25 sen

ASNB

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), dengan bayaran dividen tujuh sen seunit, bonus 0.25 sen seunit dan bonus khas satu sen seunit ke atas baki sehingga 10,000 unit sempena Ulang Tahun ke-40nya pada Mac 2018.

Agihan pendapatan itu adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
"Unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus, akan dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018, manakala bonus ulang tahun istimewa akan dikreditkan pada 1 Mac 2018," kata Pengerusi  Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar pada  taklimat media mengenai maklumat terkini suku tahun keempat PNB 2017, di sini hari ini. - Bernama

Selasa, 12 Disember 2017

Trend belian online meningkat

Trend belian online meningkat

PENGELUAR pakaian sekolah jenama Canggih, My-Sutera Sdn Bhd (My-Sutera) melihat trend pembelian keperluan persekolahan secara atas talian (online) meningkat lima peratus dari tahun ke tahun.
Pengarah Eksekutifnya, Laila Satria Suhaimi berkata, ia berdasarkan data diperoleh selepas lima tahun menggunakan platform online sendiri menerusi eshop Canggih sebelum ini dan terbaru canggih.biz.

Katanya, menerusi canggih.biz yang diperkenalkan hujung tahun lalu, jenama Canggih mencatatkan purata jualan RM2,000 sehari dalam platform onlinenya, didorong oleh sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang membeli pakaian sekolah, alat tulis, beg sekolah dan lain-lain.

“Jenama Canggih mula meneroka platform online sejak 2012 lagi. Kami bermula dengan eshop Canggih, sebelum menukar kepada canggih.biz yang lebih mesra dan boleh diakses menggunakan telefon pintar.
“Pada awal pembangunan platform online kami, sambutan agak kurang memberangsangkan kerana faktor-faktor tertentu dan kekangan dari segi tenaga kerja serta kepakaran. Kini kami membuat penambahbaikan di canggih.biz dengan menggunakan khidmat penyedia perkhidmatan dari syarikat luar,” katanya.

Laila Satria berkata, My-Sutera kini dalam proses membangunkan sistem pemasaran ‘affiliate’ untuk membantu ramai orang termasuk koperasi dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) menjana pendapatan sampingan.

“Sistem ini dijangka siap akhir Disember ini dan kami akan membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan bersama Canggih.
“Mereka yang berminat akan dikenakan yuran berpatutan sebagai tanda komitmen dan hanya perlu mempromosikan produk-produk dari platform online canggih.biz kepada ibu bapa, pelajar atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Konsep ‘affiliate’ sama seperti dropship iaitu tidak perlu menyimpan stok dan pihak syarikat yang akan mengepos barang terus kepada pelanggan,” katanya.

Pada masa akan datang, katanya, My-Sutera akan bekerjasama dengan syarikat berkaitan bagi mempelbagaikan barangan yang dijual di platform canggih.biz, sekali gus mencapai misinya untuk menjadi pusat sehenti kelengkapan sekolah.
“Ketika ini, kami menjual pelbagai pilihan uniform sekolah dan ko-kurikulum, beg sekolah, alat tulis, stoking dan kasut,” katanya yang turut menerima tempahan online daripada pelanggan di Singapura.

Beliau optimis canggih.biz bakal memberikan sumbangan 30 hingga 40 peratus kepada pendapatan syarikat pada masa akan datang, berbanding dua peratus pada masa kini.

sinar online

www.gajimasyuk.com

Sabtu, 25 November 2017

Sengsara 'ketua' pelabur kena kelentong

BERIKUTAN dituduh menipu dan melarikan wang yang dilabur peserta skim pelaburan mata wang digital, seorang guru di Kota Bharu trauma apabila kerap diganggu serta menerima ugutan pihak tidak berpuas hati.
Mohamad Azmi Hamat, 57, yang menjadi ketua dan menyertai skim anjuran sebuah syarikat tempatan itu sejak Oktober tahun lalu, sudah mengutip pelaburan melebihi RM300,000 daripada 86 pelabur.
Malangnya, dia dikatakan gagal memberi pulangan keuntungan dan bonus pemasaran seperti dijanjikan penganjur skim dalam tempoh sebulan selepas menyertai dengan bayaran serendah RM2,000.

Sedangkan, Mohamad Azmi berkata, dia sendiri tertipu dengan pelaburan berkenaan dan hanya sempat merasa imbuhan selama tiga bulan sahaja.
"Rata-rata pelabur menyalahkan saya dan menuduh saya melarikan wang pelaburan mereka sedangkan, saya sendiri ditipu syarikat ini serta tidak pernah lagi menerima imbuhan selepas tiga bulan.
"Saya turut menjadi mangsa, bagaimana saya hendak membantu mereka. Ada kalangan pelabur yang bertindak agresif hingga ke rumah saya di Kota Bharu untuk lepaskan ketidakpuasan hati.
"Tidak kurang juga yang mengugut dan saya hampir ditetak kerana mereka berang serta fikir saya menipu.
"Jadi hari ini saya hendak jelaskan saya tidak melarikan duit mereka. Syarikat penganjur yang mengambil semuanya dan saya juga ditipu," katanya dalam sidang media diadakan di Kota Bharu, hari ini.
Sidang media itu turut disertai 10 daripada 70 orang mangsa dan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohd Syahmi Syafiq Rosdi, 28, berkata, dia tertekan apabila ada ahli keluarganya dicederakan oleh pelabur yang tidak berpuas hati.
Katanya, dia mempunyai 80 pelabur di bawahnya dan mengambil inisiatif sendiri dengan membayar semula duit pelabur menggunakan wang simpanannya.
"Saya tidak mahu mereka mengganggu keluarga saya lagi sebab itu saya ambil langkah ini. Saya bayar secara ansuran kepada mereka," katanya.
Susulan penipuan skim itu, 10 pelabur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, kelmarin.
Sementara itu, Dr Mohd Fared berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penipuan skim berkenaan yang membabitkan 150 pelabur di Kelantan.
"Kelmarin 10 daripada 70 pelabur sudah membuat laporan polis dan anggaran kerugian mereka berjumlah sebanyak RM300,000.
"Mereka ini menyertai skim sejak ia dibuka pada September 2016 dan ahli hanya menerima pembayaran pulangan keuntungan sebulan hingga tiga bulan sahaja daripada tempoh kontrak perjanjian 12 bulan.
"Sedangkan janji penganjur adalah memberi keuntungan setiap bulan sebanyak 10 peratus berdasarkan modal selama 12 bulan selain bonus pemasaran sebanyak 10 peratus lagi kepada ahli yang melakukan penajaan ahli baru selain imbuhan lain," katanya.
Susulan itu, beliau berkata, PPIK akan cuba membantu mengetengahkan isu dihadapi mangsa dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

iklan : www.gajimasyuk.com


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 9:58 PM
www.hmetro.com.my

Khamis, 16 November 2017

Pita data sokongan hilang, CIMB tingkat keselamatan

CIMB Bank

CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik mengandungi data sokongan telah hilang dalam perjalanan semasa satu operasi rutin.
Bagaimanapun, CIMB Group mengesahkan pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti Nombor Pengesahan Peribadi (PIN), kata laluan atau nombor Nilai PengesahanKad (CVV).
“Sesetengah pita tersebut mengandungi maklumat tertentu pelanggan CIMB Bank dan anak-anak syarikatnya. Berikutan siasatan menyeluruh dan terperinci, pihak bank mendapati tiada bukti bahawa maklumat tersebut telah dikompromi sama sekali,” menurut CIMB Group dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak bank memilih untuk mengambil langkah konservatif dalam menitikberatkan​​​​​​​keselamatan dan perlindungan data, dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa selain mengandakan usaha untuk melindungi kepentingan para pelanggan.
Oleh kerana pita tersebut mengandungi data sokongan, maklumat pelanggan masih lagi bersama CIMB.
Berikutan insiden itu, CIMB telah memberhentikan sementara beberapa perkhidmatan melalui telefon seperti penukaran alamat, nombor telefon, e-mel bagi kad debit serta kad kredit; pemindahan​​​​​ ​​wang/urusan pembayaran  tanpa T-PIN dan permintaan T-PIN baharu.

“Buat masa ini, tiada apa-apa langkah  yang perlu diambil para pelanggan. Bagaimanapun, CIMB​​​​​​​menyarankan agar para pelanggan sentiasa berwaspada dan jika curiga, sila rujuk saluran maklumat rasmi CIMB sama ada melalui laman web utama, pusat panggilan perkhidmatannya atau cawangannya di seluruh negara.
Ketua Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pihaknya mengambil berat akan tanggungjawab terhadap para pelanggan dan yakin langkah-langkah tambahan tersebut akan terus memelihara keselamatan transaksi para pelanggan
​​​​​​​”Walaupun ini adalah satu insiden terpencil, kami telah mengkaji semula dan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan memperbaiki proses kami untuk memastikan ia tidak berulang.

“Kami juga memohon maaf jika peningkatan tahap dan langkah-langkah keselamatan buat masa ini menyulitkan pelanggan. Ketahuilah bahawa kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang risiko susulan insiden ini,” katanya
Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi mana-mana nombor berikut: +603 6204 7788(Perbankan Pengguna); +603 6204 7799 (Kad Premier); 1300 88 5300 (Utama); 1300 88 8828 (Pusat Panggilan Perniagaan – Perbankan Komersial/Perusahaan) dan 1300 88 8068 (Pusat Panggilan Perniagaan – Korporat).
Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui mana-mana cawangan CIMB atau halaman web melalui www.cimbbank.com.my or www.cimb-bizchannel.com.my. –Bernama

Selasa, 7 November 2017

Bisnes Online, Hanya Daftar dan Terima duit ke CIMB atau Maybank anda.

Modal anda RM1100 anda akan dapat RM8000.
Modal anda RM2200 anda akan dapat RM16,000.
Modal anda RM3300 anda akan dapat RM24,000.
Modal anda RM4400 anda akan dapat RM32,000.
Modal anda RM5500 anda akan dapat RM40,000.
Untuk maklumat layari
Nota : sebelum join sila faham plan dan konsep bisnes real ini. Jangan buat keputusan terburu-buru.

Selasa, 31 Oktober 2017

Strategi e-Dagang merentasi sempadan

Strategi e-Dagang merentasi sempadan

MENGUBAH strategi perniagaan tempatan kepada taktik e-Dagang antarabangsa mungkin kedengaran agak sukar untuk dicapai. Bagaimanapun, dengan adanya pasaran dalam talian hari ini mampu menjadikannya kenyataan. MyBazar, pasaran terbaru yang menghubungkan peniaga dan pengguna, memudahkan jualan merentasi sempadan.
Strategi ini juga akan meningkatkan kesedaran jenama dan membawa pelanggan baharu dari seluruh dunia yang berpotensi membeli lebih banyak produk anda. Mari kita lihat beberapa panduan untuk menjalankan perniagaan yang menguntungkan menerusi talian antarabangsa;
1. Selidik keperluan tempatan
Langkah pertama untuk merentasi pasaran e-Dagang antarabangsa adalah mengenali trend belian pasaran asing kerana pelanggan di negara yang berbeza  semestinya mempunyai tabiat pembelian yang berbeza. Barang tertentu mungkin terjual lebih baik di internet, sementara yang lain tidak kerana orang yang berlainan meletakkan nilai yang berbeza pada sesuatu produk. Oleh itu, adalah penting untuk membuat penyelidikan pasaran dalam kalangan masyarakat setempat.
2. Fahami peraturan negara
Mengekalkan strategi e-Dagang yang betul bermakna menuruti setiap peraturan khusus negara sasaran anda. Ini kerana, beberapa negara tidak membenarkan barangan tertentu dihantar melintasi sempadan mereka. Sebagai contoh, adalah haram untuk menyebarkan tumbuhan, bahan tumbuhan dan tanah ke Australia. Untuk produk kesihatan pula, kebanyakan negara mempunyai peraturan yang ketat termasuk Malaysia.
Berhati-hati juga mengenai isu-isu cukai perkapalan. Sesetengah negara membenarkan item yang diterima diletakkan di bawah jagaan kastam sehingga pelanggan membayar VAT yang dikenakan. Terdapat juga negara yang memerlukan perniagaan untuk mengutip cukai ketika pembelian dibuat. Pastikan cukai jualan anda telus dan mudah difahami pelanggan.
3. Pilih pembayaran dipercayai
Aspek keselamatan memainkan peranan utama dalam setiap proses keputusan pelanggan, jadi mencari penyedia pembayaran yang boleh dipercayai adalah penting untuk perniagaan e-Dagang anda berfungsi dengan efisien. Dua aspek utama untuk diambil kira adalah kemudahan penggunaan dan keselamatan secara keseluruhan. Pembekal pembayaran yang boleh dipercayai akan memberi perlindungan pembelian dan meningkatkan faktor keselesaan pembeli. Anda juga patut pertimbangkan untuk menawarkan pelbagai kaedah pembayaran sebaik sahaja perniagaan anda semakin berkembang.
4. Pembayaran dalam mata wang tempatan
Walaupun menukar mata wang boleh diselesaikan dengan beberapa klik, pembeli sering kali terkejut tatkala melihat mata wang asing dalam troli beli-belah mereka.
Sekiranya pelanggan terpaksa meluangkan masa berfikir tentang kadar pertukaran mata wang, anda mungkin menghadapi risiko pelanggan tidak meneruskan transaksi dan seterusnya mengabaikan troli beli-belah mereka.  Oleh itu, anda dinasihatkan agar membantu mereka dan perniagaan anda dengan membenarkan pembayaran dalam mata wang tempatan.
5. Laman web dalam bahasa tempatan
Usaha untuk memperluas perniagaan anda datang dengan banyak unsur dan faktor untuk difikirkan. Selain mengoptimumkan tapak e-Dagang anda dengan mematuhi peraturan, tradisi dan pilihan membeli-belah sesuatu negara, anda susah tentu juga perlu menterjemahkan laman web anda ke bahasa tempatan. Pilihan ini pastinya akan meningkatkan kepercayaan daripada pembeli kerana ia membuatkan mereka merasa lebih dekat dan selesa.
6. Lancar usaha pemasaran tempatan
Produk anda tidak akan terjual tanpa strategi pemasaran yang baik. Anda seharusnya tahu pilihan pelanggan dan berapa banyak yang mereka ingin belanjakan. Buat rancangan yang betul, dapatkan nasihat pakar pemasaran dan melabur dalam kempen pemasaran berkualiti khas untuk pasaran tempatan.
7. Pertimbang pemulangan barang
Kebanyakan pengusaha e-Dagang antarabangsa tidak menawarkan sebarang pilihan pulangan tempatan dan kos pemulangan sering kali lebih tinggi daripada harga item itu sendiri. Cuba tawarkan pembeli dengan kemudahan untuk menghantar semula pembelian yang ingin dipulangkan ke pusat logistik tempatan di negara tersebut. Semestinya pelanggan berasa selesa dengan pelbagai khidmat yang tersedia.
8. Tembusi pasaran negara kecil
E-Dagang merentasi sempadan juga boleh mendapat keuntungan di negara-negara yang lebih kecil. Mengapa? Ini kerana mereka sering tidak mempunyai banyak pilihan runcit seperti negara-negara lain. Selain itu, mereka juga hanya terdedah untuk membeli dari pasaran global yang lebih besar seperti China.
Apabila anda menentukan permintaan di negara sasaran anda, anda akan dapat melihat corak perbelanjaan masyarakat tertentu. Corak itu boleh digunakan untuk memacu jualan antarabangsa menjadi perniagaan yang menguntungkan.
9. Bersedia untuk bertanding
Cabaran terakhir yang perlu anda hadapi ialah persaingan tempatan. Walaupun anda mungkin menawarkan sesuatu yang unik, memujuk pelanggan asing untuk membeli produk tidak selalunya mudah. Kunci untuk mempersiapkan perniagaan anda dalam persaingan ini adalah menyelam jauh ke dalam pasaran mereka dan mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan. Ini termasuk trend belian dan tabiat pembelian yang berbeza untuk sesebuah negara tertentu.
Info
Dikenali sebagai bazar tempatan di dunia, MyBazar bertujuan untuk membawa penjual dan pengguna dari seluruh dunia lebih dekat melalui aliran komunikasi langsung tanpa kerumitanpihak ketiga yang terlibat dalam transaksi. Jom sertai MyBazar untuk meluaskan lagi pasaran anda di seluruh dunia!

sinar harian online


Selasa, 24 Oktober 2017

Platinum Oil lantik pengedar baru di Kelantan

Platinum Oil lantik pengedar baru di Kelantan

PLATINUM Oil & Gas (M) Sdn Bhd melantik pengedar utama baharu di Kelantan iaitu Sir Platinum Oil and Service yang diterajui oleh Pengarahnya, Mohd Kamal Ahmad Zukhi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Suhaimi Hashim berkata, pemilihan Sir Platinum Oil and Service sebagai pengedar utama adalah berdasarkan keyakinan dan kesungguhan ditunjukkan Kamal @ Nasir.

“Semangat dan komitmen yang ditunjukkan Kamal untuk berkongsi manfaat dan kelebihan minyak enjin Platinum Oil cukup membanggakan.
“Beliau juga mahu menyumbang serta menambah peluang ekonomi kepada seluruh penduduk khususnya di negeri Kelantan,” katanya.
Mengikut statistik, jumlah persendirian yang berdaftar di Kelantan telah mencech hampir 980,000 pada tahun lalu.

“Oleh kerana itu, kami menyasarkan penguasaan sebanyak lima peratus daripada jumlah tersebut,” katanya.
Jenama Platinum Oil ini juga merupakan 100 peratus milik bumiputera dan berjaya menembusi pasaran hingga 28 buah negara.
Pihaknya turut menyasarkan mencapai sasaran jualan sebanyak RM18 juta menjelang akhir tahun ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Platinum Oil & Gas (M) Sdn Bhd, Mohd Azizi Mastuki.

Sinar Harian

Jumaat, 20 Oktober 2017

CNI Holdings Berhad, menjalin kerjasama dengan 11street dalam usaha untuk menerokai pasaran atas talian.

Kerjasama teroka pasaran online

CNI Holdings Berhad, menjalin kerjasama dengan 11street dalam usaha untuk menerokai pasaran atas talian.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Chuljin Yoon berkata, sebagai sebuah platform perniagaan runcit online, penyertaan CNI dalam atas talian adalah satu strategi yang penting.

"Menerusi kerjasama ini, CNI akan membuka rangkaian lain dalam menembusi pasaran dan dijangka akan meningkatkan jualan sebanyak 30 peratus dalam tempoh enam bulan.

"Kami yakin jumlah itu akan terus meningkatkan apabila CNI memperkenalkan pelbagai produk terlaris dalam platform ini," katanya.
Sejak kerjasama pada Januari 2017, CNI telah memperkenalkan pelbagai jenis produk di 11street daripada makanan tambahan kesihatan, penjagaan diri, kosmetik serta makanan dan minuman.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CNI, Kelvin Koh berkata, keputusan untuk menyertai digital dengan 11street berikutan keadaan persekitaran perniagaan semasa.
"Sejak Januari lalu, kami mencatatkan peningkatan jualan ketara, sekali gus mengukuhkan jenama dan kedudukan CNI dalam pasaran tempatan.

"Dengan sambutan ini, kami akan terus menambah lebih banyak produk ke dalam 11street pada bulan akan datang," katanya.
CNI Holdings Berhad ditubuhkan pada 1989 oleh pengasasnya, Datuk Koh Peng Chor, Tan Sia Swee dan Law Yang Ket.


Sehingga 31 Ogos, 11street menawarkan promosi eksklusif bagi paket percuma perencah kari ayam Sehati CNI Tongkat Ali dengan pembelian pek berkembar Kopi Ginseng Tongkat Ali CNI.

Sinar Harian

Isnin, 16 Oktober 2017

Syarikat MLM terkemuka di malaysia CNI Malaysia kini berwajah baru.




CNI Malaysia kini berwajah baru dan menggunakan sistem online dalam bisnesnya. Mereka memperkenalkan O2O frenz plan.

Apa itu o2o frenz plan? o2o frenz plan adalah MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP KALI ANDA BERBELANJA. Dengan pengalaman CNI 30 tahun dalam industri MLM di malaysia.

CNI malaysia menyediakan tawan paling hebat dan diskaun untuk 7 juta produk dan termasuk produk CNI yang bertarah GMP.

O2O plan juga adalah peluang terbaik untuk rakyat malaysia memulakan perniagaan secara online. Hanya bermodal permulaan RM50 sahaja anda sudah layak untuk menyertai plan O2O plan terkini CNI Malaysia.

jika anda berminat boleh layari link ini : www.cni.my/976745/o2o


www.gajimasyuk.com

Khamis, 12 Oktober 2017

5 Jenis Bisnes Pasti Untung (Kajian Kes) Tahun 2012

Perniagaan sentiasa dikaitkan dengan risiko. Risiko gagal dan risiko rugi. Kebanyakan kita sedia maklum dengan data yang menjelaskan 90% perniagaan tutup kedai pada tahun yang pertama.
Perniagaan Tutup Kedai
Ini tidak kira perniagaan itu jenis perniagaan online atau konvensional. Kedua-duanya mempunyai risiko yang sama ditanggung oleh pemiliknya.
Namun begitu, perniagaan sentiasa menjadi pilihan yang terbaik untuk mereka yang berminat untuk membina empayar, atau membuka lebih banyak pekerjaan.
Perkongsian kali ini adalah berlandaskan dengan jenis perniagaan yang menguntungkan.

Cara Selamat – Kaji Formula S&D

Kajian Supply and DemandBiasanya, para usahawan baru yang memulakan perniagaan tidak berlandaskan kajian S&D. Ia bermaksud supply & demand. Memulakan bisnes yang tidak mempunyai permintaan pasaran adalah bisnes yang berisiko yang tinggi.
Formula supply & demand adalah formula luar biasa yang dapat membantu kita, untuk memulakan perniagaan yang dijamin ada potensi pelanggannya. Supply bermaksud kita bertindak sebagai pembekal.
Manakala demand pula berdasarkan pasaran dan pelanggan. Apa yang pelanggan minta (demand), itu yang kita akan supply (bekal).
Justeru itu, perkara pertama memulakan perniagaan bukan sekadar ‘memulakan sesuatu’ secara membabi buta. Adalah lebih baik kita bermula dengan mengkaji sama ada bisnes yang kita mahu mulakan itu mempunyai permintaan atau sebaliknya.

5 Jenis Bisnes Pasti Untung – Tahun 2012

Bagi yang rasa sukar untuk melakukan kajian permintaan pasaran pada tahun 2012 ini, ketepikan rasa sukar itu sekarang.
Kaji Permintaan Pasaran
Kerana pasukan laman web Inc.com telah melakukan kajian terhadap potensi perniagaan yang menguntungkan pada tahun 2012. Berikut adalah di antara senarai perniagaan yang mempunyai potensi besar.
  1. Penjagaan haiwan.
  2. Penerbitan di Internet.
  3. Mobil & social gaming.
  4. Restoran.
  5. E-Commerce.
#1 – Penjagaan Haiwan
Manusia dan haiwan peliharaan memang tidak dapat dipisahkan. Di Amerika Syarikat, penduduk di negara itu sanggup mengeluarkan kos untuk menjaga binatang kesayangan mereka.
Hal ini dibuktikan dengan data yang diperoleh menerusi American Pet Products Association. Di mana mereka menganggarkan penjaga-penjaga binatang peliharaan ini akan membelanjakan sebanyak USD53 bilion pada tahun 2012.
Satu angka besar yang boleh dimanipulasikan sekiiranya kita memulakan perniagaan berasaskan penjagaan haiwan.
#2 – Penerbitan Di Internet
Atau lebih dikenali sebagai produk informasi.
Bisnes Penerbitan Di Internet
Pada tahun 2012, penerimaan rakyat Malaysia terhadap transaksi jual beli informasi semakin baik. Perniagaan informasi sentiasa mempunyai permintaan. Selaras dengan kepentingan pendidikan, kepuasan ilmu dan sebagainya.
Industri penerbitan berasaskan Internet di dunia sudah lama bertapak. Tetapi di Malaysia, tidak ramai yang mengambil peluang kecuali beberapa individu dan organisasi sahaja.
Majalah Niaga juga adalah di antara organisasi yang mengambil kesempatan terhadap industri penerbitan di Internet.
#3 – Gajet & Social Gaming
Tahun 2012 menunjukkan perkembangan penduduk di seluruh muka bumi ini termasuk Malaysia, sudah mula menjadikan gajet sebagai alat rasmi dalam kehidupan seharian.
Kita dapat lihat orang ramai menggunakan gajet seperti tablet iPad, Galaxy Tab, dan juga telefon pintar (smartphone) seperti iPhone, Samsung Galaxy S2 dan pelbagai lagi.
Inovasi dalam dunia teknologi akan tetap diteruskan tanpa menunggu kita. Ini termasuk permainan video yang terdapat dalam gajet-gajet ini. Ia digelar social gaming.
Industri ini sahaja telah membantu 1,500 pembangun untuk membuka peluang pekerjaan kepada 28,000 orang dan mengaut keuntungan lebih USD4.5 bilion. Ia adalah peningkatan sebanyak 397% jika dibandingkan pada tahun 2007.
Contoh permainan video yang terhangat adalah Angry BirdsDraw Something dan banyak lagi.
#4 – Restoran
Manusia mana yang tidak mahu makan?
Industri makanan adalah industri yang sentiasa berkembang setiap tahun. Lebih spesifik, kajian yang dikeluarkan oleh National Restaurant Association mendapati, industri makanan berasaskan makanan sihat adalah industri paling hangat.
Bagi mereka yang mempunyai kemahiran memasak, sinergi dengan orang yang mempunyai gaya fikir sebagai seorang usahawan untuk mengambil peluang dalam industri pemakanan ini.
Satu daripadanya adalah membuka restoran.
#5 – E-Commerce
E-commerce adalah industri perniagaan yang popular pada tahun 2012. Peningkatan terhadap industri ini sepanjang tahun 2007 sehingga tahun 2012 adalah 10.4%.
Malah industri ini dianggarkan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sehingga 210,000 peluang pada tahun 2007. Di Malaysia sendiri, penduduk kita sudah biasa dengan pembelian secara online menerusi beberapa laman web seperti:
  1. Facebok.
  2. Mudah.my.
  3. eBay.
  4. Lelong.
Justeru itu, ini adalah satu peluang yang baik untuk usahawan yang baru mula bertapak. Kos yang perlu kita tanggung juga adalah rendah. Manakala keuntungannya pula sentiasa menjangkaui imaginasi kita.

Ambil Peluang, Bertindak Sekarang

Perkongsian maklumat tentang peluang perniagaan terhangat pada tahun 2012 ini bukan sekadar maklumat biasa. Ia adalah untuk membuka mata kita terhadap peluang yang boleh diambil pada tahun ini.
Ambil Peluang Sekarang
Bagi yang masih bekerja, gunakan maklumat ini untuk kita memulakan perniagaan secarapart time. Ia secara tidak langsung menambah sumber pendapatan baru untuk membayar kos-kos kehidupan setiap bulan, tanpa perlu usik gaji bulanan.
Kredit: Employ Scoop, Investopedia, Wax Impressions

Ahad, 8 Oktober 2017

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

online-shopping-ecommerce-ss-1920
Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai

yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan.
Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah:
1. Waktu bisnes

Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu
Bisnes offline: waktu perniagaan terhad.
2. Kos overhead

Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda.
Bisnes offline: kos lebih besar berbanding dengan bisnes online. Antara kos yang wajib diambil kira ialah kos sewa kedai, gaji pekerja, kos pemasaran dan pengiklanan offline, bil air dan elektrik.
3. Lokasi

Bisnes online: Anda bebas menjalankan perniagaan anda di mana-mana sahaja asalkan anda ada komputer/laptop, sambungan internet dan pejabat pos untuk beroperasi.
Bisnes offline: Statik. Terutamanya kalau anda membuka premis perniagaan, anda tidak boleh membawa kedai anda ke lokasi lain kecuali anda bergerak seperti stall burger, mengguna van atau motor. Cuma akan penat sedikit dan Juga jangan lupa kos minyak dan maintenance.
4. Modal permulaan

Perniagaan online: Anda bebas samada nak menyimpan stok dengan banyak atau sedikit bergantung pada permintaan. Sekiranya anda menjadi agen dropship, anda langsung tidak memerlukan stok. Dalam laman web/ blog, anda hanya perlu pamerkan gambar sahaja.
Perniagaan Offline: Anda perlu menyediakan modal yang agak besar untuk menyediakan stok di kedai anda.
5. Pekerja

Bisnes online: tidak memerlukan pekerja
Bisnes offline: perlu ada pekerja di permis.
6. Pelanggan

Bisnes online: melangkaui sempadan negara kerana pelanggan boleh datang dari mana-mana pelusuk dunia yang mempunyai kemudahan internet.
Bisnes offline: terhad pada pelanggan di sekitar kedai sahaja, dan dijangkakan pelanggan akan berkurang pada hari bekerja.
7. Pengiklanan dan pemasaran

Kedai offline: memerlukan lebih banyak pengiklanan dan pemasaran. Juga perlukan sebuah website untuk mengiklankan kedai di internet dan media sosial.
Bukti jelas menunjukkan bahawa memiliki sebuah perniagaan online sangat penting untuk memajukan dan mengembangkan sesebuah perniagaan offline.
8. Risiko

Untuk stabil dalam sesebuah bisnes, ia memakan masa. Apa yang kita dapat lakukan untuk mengurangkan risiko ialah bermula dari bawah. Sekiranya jualan anda tidak sebanyak yang anda target, dengan menjual secara kecil-kecilan bagi melalui bisnes online tidak akan memberi impak yang besar sehingga boleh merugikan kerana tidak memerlukan kos permulaan dan operasi yang banyak.
9. Masa untuk keluarga

Menguruskan kedai online cukup mudah, cuma pengurusan masa yang baik
sangat penting supaya anda boleh membahagikan masa di antara perniagaan dan peribadi.
Di atas adalah 9 senarai kebaikan dan keburukan perniagaan online vs perniagaan offline. Semoga boleh menjadi panduan buat anda yang akan memulakan bisnes nanti.
kredit : https://samsuryani.wordpress.com

Jumaat, 6 Oktober 2017

KEDAI IKLAN ONLINE..DAFTAR JE VIP.. TERUS ADA BONUS RM400.00


KAMI MEMBUAT JUALAN LOT IKLAN DI KEDAI IKLAN ONLINE KAMI.

HARGA 1 LOT RM55.00, KAMI BERI INSENTIF KEPADA MEREKA YANG MENJADI VIP KAMI..

UNTUK MENJADI VIP KAMI ANDA HANYA BELI 1 LOT YANG BERHARGA RM55.00.

INSENTIF YANG KAMI TAWARKAN..SETIAP LOT YANG ANDA BERI KAMI BAYAR BONUS RM400.00.

JIKA ANDA BELI 10 LOT ANDA SUDAH ADA BONUS RM4000.00.. JIKA ANDA BELI 100 LOT ANDA SUDAH ADA BONUS RM40,000.00..

LAGI BESAR ANDA BELI LOT BERTAMBAH BESARLAH BONUS ANDA...

APA LAGI TUNGGU...ANDA X PERLU BUAT APA2...

HANYA TUNGGU KEUNTUNGAN MASUK TERUS KE BANK ANDA....

BELILAH SEKARANG!!! DI http://biz55.lot.my

Rabu, 4 Oktober 2017

Jutawan Tone Excel Mazelan Abas buat Update Terbaru Websitenya.

Image result for jutawan tone excel mazelan abas

Jutawan Tone Excel mazelan abas telah membuat update terbaru website miliknya www.toneexcel.biz 

Dalam website terbarunya dia membuktikan dengan video satu kejadian yang berlaku di kelantan pengguna Tone Excel telah mengalami kemalangan dan mendapat papasan insuran RM50 ribu.

dan juga Mazelan Abas membuktikan pendapatan salah satu akuan Tone Excel miliknya sudah RM200k lebih setiap bulan. pada 21 julai 2017 di akaun maybanknya.

dan juga video testimoni dia pergi melancong keluar negara dengan komisen Tone Excel. siapa berminat nak tahu modal nak mulakan bisnes ini ialah RM100 sahaja.

nak tahu lebih anda boleh layari website ini www.toneexcel.biz

Sabtu, 30 September 2017

76% rakyat Malaysia beli-belah online sekali sebulan

beli-belah online



KUALA LUMPUR - Kepopularan beli-belah dalam talian dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat sembilan peratus berbanding tahun lepas, dengan 76 peratus rakyat Malaysia menyatakan mereka membeli-belah dalam talian sekurang-kurangnnya sekali dalam sebulan.
“Trend ini lebih tinggi dalam kalangan millennial, dengan 82 peratus daripada mereka membeli-belah dalam talian sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan," demikian menurut Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa.

Kajian itu juga menunjukkan kategori teratas untuk belian dalam talian adalah pembayaran bil (58 peratus), fesyen dan aksesori (52 peratus) dan perjalanan, 52 peratus.
Ia sama dengan data daripada VisaNet, di mana kategori teratas perbelanjaan oleh rakyat Malaysia adalah untuk perjalanan, pembayaran insurans dan telekomunikasi, katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Negara Visa untuk Malaysia, KB Ng berkata, kepopularan beli-belah dalam talian dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat, di mana lebih 20 peratus pertumbuhan dalam perbelanjaan dalam e-dagang telah dicatat.
“Wujud peningkatan trend di mana lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan peranti mudah alih mereka untuk membeli-belah dalam talian. Kajian itu menunjukkan 57 peratus rakyat Malaysia menggunakan telefon mudah alih mereka untuk membeli-belah sekurang-kurangnngya sekali sebulan dalam talian," kata Ng.

Membeli-belah dalam talian juga telah berubah dengan pengenalan penyedia perkhidmatan atas permintaan seperti Uber, Grab dan Food Panda, kata Ng.
Ng berkata, 54 peratus rakyat Malaysia telah menggunakan perkhidmatan tersebut tahun lalu dan kemudahan adalah sebab utama untuk mereka menggunakannya, diikuti dengan boleh membeli-belah dengan selesa di rumah sendiri.
Pengalaman pembayaran tidak kelihatan ini telah merubah pengalaman pemegang kad kerana mereka tidak perlu mengeluarkan kad pembayaran atau tunai untuk membayar produk atau perkhidmatan yang dibeli kerana butiran pemegang kad disimpan menggunakan penyelesaian kad pada fail, kata Ng.

“Kami percaya pengalaman pembayaran pengguna akan terus berubah kepada yang lebih baik kerana kita melihat lebih banyak penyedia pembayaran berusaha keras meningkatkan pengalaman pembayaran untuk rakyat Malaysia," kata Ng.
Sementara itu, Ng berkata, perkhidmatan atas permintaan juga telah meningkatkan harapan pengguna kerana mereka mengharapkan masa penyerahan yang lebih pantas.
Ng berkata, 52 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan atas permintaan sekurang-kurangnya sekali sebulan dan 53 peratus mengharapkan tempahan makanan mereka untuk sampai kepada mereka dalam 30 minit.
Mengenai kaedah pembayaran pada masa depan, Ng berkata, 57 peratus daripada pengguna yang mahu membayar perkhidmatan penghantaran makanan melalui perkhidmatan atas permintaan berkata, mereka ingin membayarnya melalui dompet mudah alih, 47 peratus menggunakan peranti yang boleh dipakai, 36 peratus daripada mereka menggunakan kad pembayaran pradaftar dan 17 peratus melalui WhatsApp. - Bernama

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog