CNI Holdings Berhad, menjalin kerjasama dengan 11street dalam usaha untuk menerokai pasaran atas talian.

Kerjasama teroka pasaran online

CNI Holdings Berhad, menjalin kerjasama dengan 11street dalam usaha untuk menerokai pasaran atas talian.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Chuljin Yoon berkata, sebagai sebuah platform perniagaan runcit online, penyertaan CNI dalam atas talian adalah satu strategi yang penting.

"Menerusi kerjasama ini, CNI akan membuka rangkaian lain dalam menembusi pasaran dan dijangka akan meningkatkan jualan sebanyak 30 peratus dalam tempoh enam bulan.

"Kami yakin jumlah itu akan terus meningkatkan apabila CNI memperkenalkan pelbagai produk terlaris dalam platform ini," katanya.
Sejak kerjasama pada Januari 2017, CNI telah memperkenalkan pelbagai jenis produk di 11street daripada makanan tambahan kesihatan, penjagaan diri, kosmetik serta makanan dan minuman.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CNI, Kelvin Koh berkata, keputusan untuk menyertai digital dengan 11street berikutan keadaan persekitaran perniagaan semasa.
"Sejak Januari lalu, kami mencatatkan peningkatan jualan ketara, sekali gus mengukuhkan jenama dan kedudukan CNI dalam pasaran tempatan.

"Dengan sambutan ini, kami akan terus menambah lebih banyak produk ke dalam 11street pada bulan akan datang," katanya.
CNI Holdings Berhad ditubuhkan pada 1989 oleh pengasasnya, Datuk Koh Peng Chor, Tan Sia Swee dan Law Yang Ket.


Sehingga 31 Ogos, 11street menawarkan promosi eksklusif bagi paket percuma perencah kari ayam Sehati CNI Tongkat Ali dengan pembelian pek berkembar Kopi Ginseng Tongkat Ali CNI.

Sinar Harian

Ulasan