Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Tawaran Celcom, MAB

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjalin kerjasama strategik dalam usaha untuk memberikan manfaat kepada kedua-dua pelanggan bermula 1 Februari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Micheal Kuehner berkata, kerjasama dalam jangka panjang ini akan menawarkan pelbagai promosi yang menarik kepada pelanggan mereka. “Bagi peringkat awal ini, antara bentuk manfaat yang akan diperoleh termasuk ganjaran Enrich, tawaran khas dan banyak lagi faedah pada masa akan datang.
“Menariknya tentang kerjasama ini, pelanggan Celcom berpeluang mendapatkan diskaun tiket penerbangan dan ahli Enrich boleh menggunakan mata ganjaran Enrich untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan dengan Celcom,” katanya selepas majlis menandatangani kerjasama itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Izham Ismail. Beliau berkata, kerjasama itu adalah salah satu komitmen syarikat untuk menambah baik perkhidmatan dan pengalaman digital kepada pelangg…