Pelawat Sejak Mac 2009

Cari Blog Ini

Khamis, 22 Jun 2017

Kami bantu anda berniaga dengan PROJEK TERKINI!!


Projek robot dicipta bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pendapatan sampingan. Projek robot adalah satu sistem yang menggabungkan dua tenaga iaitu staf dan juga robot. 

Projek robot akan membantu anda dalam menjalankan perniagaan yang mempunyai potensi pendapatan pasif setiap bulan. Bermula dari pendaftaran, pengiklanan, penghantaran produk dan khidmat pelanggan selepas pendaftaran semuanya dilakukan oleh staf dan robot kami. 

Anda hanya perlu membeli sistem ini yang berharga RM180 sekali sahaja.

Dapatkan maklumat klik sini

Jumaat, 16 Jun 2017

Telefon skrin besar catat jualan tinggi di Malaysia

Telefon skrin besar catat jualan tinggi di Malaysia

    RAKYAT Malaysia lebih gemar memilih telefon mudah alih yang mempunyai skrin bersaiz besar, dengan mencatatkan 45 peratus daripada 8.5 juta unit pembelian peranti itu dalam tempoh 12 bulan lalu, berukuran lebih lima inci.

    Berdasarkan penemuan organisasi penyelidikan pasaran GfK, 37 peratus daripada telefon pintar yang dijual di negara ini sepanjang tempoh itu, mempunyai saiz skrin 5.01 hingga 5.6 inci, berbanding 21 peratus yang direkodkan tahun sebelumnya.

    Pengarah Urusan GfK Asia Tenggara, Stanley Kee berkata, dalam tempoh kajian itu, pembelian telefon pintar oleh pengguna bernilai RM6.8 bilion, meningkat berbanding RM5.4 bilion pada 2015.

    "Kenaikan itu disumbangkan oleh model telefon pintar kelas pertengahan yang berharga antara RM900 hingga RM1,050.

    "Jenama telefon pintar daripada China merupakan pendorong utama kepada kenaikan dalam permintaan untuk peranti mudah alih tahun lalu, yang mencatatkan jumlah tertinggi jenama telefon pintar baharu memasuki pasaran," katanya.

    Stanley berkata, pengembangan jaringan mudah alih di negara ini mendorong peningkatan penggunaan telefon pintar untuk aktiviti seperti membeli-belah, media sosial dan internet.
    "Aplikasi membeli-belah juga semakin popular, sekali gus membuka jalan untuk pembayaran mudah alih dan lebih ramai pengguna menyumbang kepada pertumbuhan perdagangan mudah alih di Malaysia," katanya.

    Pada tahun ini, GfK yakin, telefon pintar kelas pertengahan akan terus menguasai pasaran Malaysia.

    Sinar harian

    Rabu, 14 Jun 2017

    Talian 'blackout', Celcom mohon maaf

    Celcom
    Kenyataan yang diumuatnaik oleh Celcom di laman Facebook mereka.


      RANGKAIAN telekomunikasi, Celcom memohon maaf selepas rangkaian talian mereka gagal berfungsi, pagi tadi.

      Menerusi kenyataan di Facebook, Celcom mendakwa kesulitan berlaku akibat gangguan penambahbaikan rangkaian.

      "Terdapat gangguan rangkaian pagi ini bermula jam 7 pagi yang mengganggu panggilan keluar dan panggilan masuk seluruh negara. Pasukan kami sudah memperbaiki gangguan ini pada jam 9.30 pagi dan servis di Semenanjung Malaysia sudah kembali normal," kata kenyataan tersebut.

      Celcom menambah, beberapa lokasi lain selain di Semenanjung akan pulih sepenuhnya menjelang jam 1 tengah hari.

      "Kami dengan ikhlas memohon atas segala kesulitan yang timbul. Terima kasih," kata Celcom.

      Sebelum itu, terdapat pengguna Celcom menyuarakan rasa tidak puas hati akibat gangguan rangkaian secara tiba-tiba dan tanpa notis.

      "Hi @Celcom, tiada servis pada waktu pagi, tak kelakar," kata @YazminHussin di Twitter.
      "Tak payah minta maaf, bagi diskaun pada bil kami, lebih ikhlas," kata Roy Saw di laman Facebook Celcom.

      "Saya rasa @Celcom patut sekurang-kurangnya beritahu tentang gangguan rangkaian di Twitter," kata @asrulmm di Twitter.

      Sinar Harian

      Isnin, 12 Jun 2017

      Ekonomi digital di depan mata

      Ekonomi digital di depan mata


        BERMULA dengan angan-angan, berakhir dengan kenyataan. Tidak salah untuk berangan dan berimpian besar. Apa yang utama, buat dan buat sampai dapat.
        Kita berada dalam dunia yang belum kiamat. Adatnya kita akan berdepan dengan perubahan. Usah kalah sebelum berjuang. Usah tumbang sebelum sempat memahami keadaan.

        Apakah yang paling utama bagi seorang insan? Tentulah capai potensi, sama ada atas sifat insan biologi, insan cerdik diri, atau insan isi perkara inti untuk hadapi hari-hari selepas mati.
        Apakah rahsia insani sejak dahulu lagi? Kita akan temui apa yang dicari. Kita akan dapati apa yang didoakan. Tuhan akan beri sama ada secara pasti sekarang ini atau pun dalam kehidupan yang abadi nanti.

        Apa yang kita tuju, itulah yang dapat kita tembak. Apabila tiada sasaran, tembaklah ke mana jua, ia bukan lagi perlu untuk diambil kira.
        Dunia berputar atas paksi. Perubahan berlaku sejak setiap kali berlaku revolusi. Bermula seingat kita dari era sebagai pemburu sampailah bertani, kemudian membawa kepada revolusi perindustrian sampailah teknologi maklumat.
        Hadirnya komputer atas setiap meja dan riba manusia hingga munculnya internet mengubah segalanya. Ledakan terkini media sosial menghubungkan manusia menjadikan seluruh tempat sebagai kampung sejagat.

        Dari Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan sampailah Segamat, Johor. Dari China sampailah ke Belanda. Dari Rusia sampailah ke Amerika.
        Kita telah dibolehkan menjadi pedagang dunia berbekalkan modal watak diri, ilmu dan pengetahuan yang dicari serta skill dan kemahiran terperi. Apakah jambatan untuk capai semua ini? Jawabnya disiplin diri.

        Ada tiga modal yang kita akronim sebagai WIS (watak, ilmu dan skill) akan bawa kita ke seberang, dua lagi modal “OM” menunggu di sana. Terpenting masa kini iaitu modal orang (sosial) dan modal material (kewangan).  

        Apabila tiga modal pertama (WIS) dijambatani oleh ‘disiplin’ menghubungi (OM), maka wujud wisdom. Senjata utama dalam Sanggar Bisnes ini.
        Di mana orang berhimpun, di situ wang berkumpul. Di mana sampul penghantaran boleh dihantar, di situ bisnes boleh tersebar. Inilah dunia masa kini secara mudahnya.
        Apakah Ekonomi Digital? Don Tapscot, 70, seorang eksekutif perniagaan dari Kanada, pakar dalam strategi perniagaan, transformasi organisasi dan peranan teknologi dalam perniagaan telah menulis buku Digital Economy pada tahun 1995.

        Beliau menulis buku itu semasa usia beliau baru 48 tahun. Sebelum itu pada tahun 1982, beliau menulis buku Office Automation. Tiga puluh empat tahun selepas buku pertama itu, Don Tapscott menulis buku yang ke-23 bersama anaknya Alex Tapscott yang berusia 30 tahun. Buku itu diberi judul Blackchain Revolution.
        Beliau telah membina kepustakaan ilmu dalam bahasa Inggeris hasil tekunan gigih satu tajuk penting iaitu Ekonomi Digital.

        Rata-rata daripada CEO berjaya membaca 60 buah buku setahun. Mereka perlu tahu untuk berdaya maju dalam ekonomi berasaskan ilmu. Dunia bergerak laju dan mereka yang tidak tahu akan terpinga-pinga melihat peluang terus berlalu.
        Ada satu lagi buku yang ditulis oleh Tsugio Makimoto dan David Manners. Tsugio Makimoto ialah Penasihat Korporat dan Ketua Pegawai Teknologi di Sony Corporation.
        Dalam dunia digital ekonomi, ramai yang berkerjaya mengamalkan cara hidup digital nomad - hidup tanpa mengenal masa dan tempat, hidup dan berniaga berbekalkan hanya telefon bimbit dan laptop.

        Kemunculan ‘Digital Nomad’ diperkuatkan dengan pengguna telefon pintar di seluruh dunia yang dijangka mencapai jumlah  4.77 bilion pada tahun ini. Bayangkan kecepatan penggunaan teknologi, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

        Inilah era kita memerlukanEntreLeadership - kepimpinan keusahawanan. Tiada magik. Tiada misteri. Memegang tali untuk memegang timba. Menguasai ekonomi untuk kekal berkuasa.

        * Datuk Roslan Ab Hamid ialah Presiden dan Ketua Strategi Paul Penders International.
        Beliau boleh dihubungi di FB: Roslan Ab Hamid

        Sinar Harian

        Jumaat, 9 Jun 2017

        Seramai 1,500 PKS disenaraikan dalam platform Alibaba.com



        Sebanyak 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dikenal pasti untuk disenaraikan dalam platform e-dagang yang terkenal, AliBaba.com. menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
        Beliau berkata, pemilihan bermula pada 1 Oktober ini meliputi PKS di seluruh negara yang layak dan produk yang pelbagai.
        Proses pemilihan akan dibuat oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp), Malaysia Digital Economy Corporation (MDeC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), katanya kepada pemberita selepas melancarkan Minggu PKS 2017 peringkat kebangsaan yang bermula pada 4 Mei hingga 26 Mei di sini, hari ini.
        Katanya, penyenaraian di dalam AliBaba.com akan menggunakan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) sebagai platform pemasaran mereka.
        “Kita yakin pelaburan Ali Baba akan menjadi pemangkin yang cukup penting untuk melonjakkan pencapaian PKS negara dalam usaha menembusi pasaran luar,” katanya.
        Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi SME Corp Malaysia Tan Sri Ir Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia Datuk Dr Hafsah Hashim.
        Sementara itu, Mustapa berkata kerajaan dalam peringkat akhir merangka akta untuk memperkasakan PKS yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sidang akan datang.
        Beliau berkata, akta tersebut akan membangunkan PKS dengan lebih teratur, terutamanya dalam pengumpulan data.
        “Pengumpulan data merupakan perkara yang penting. Kita akan beri tumpuan kepada usaha-usaha melalui Jabatan Perangkaan untuk data yang mencukupi,” katanya.
        Terdahulu, Mustapa melancarkan Hab PKS Bergerak yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk memudahkan rakyat berurusan dengan SME Corp.
        Bertemakan “Mula Berdikit, Azam Melangit”, Minggu PKS dianjurkan oleh SME Corp secara tahunan sejak 2012. Ia bertujuan menarik minat usahawan dan orang ramai untuk menyertai dan meraih manfaat daripada bantuan dan sokongan perniagaan melalui pelbagai agensi. 
         | BERNAMA

        Selasa, 6 Jun 2017

        Walaupun menggunakan kerusi roda Zulkefli Hasidin mampu jana income RM20 ribu setiap bulan.

        Ambil perhatian!!

        Siapa pun anda tone excel tidak memilih bulu, bukti kejayaan abang zulkefli hasifin walaupun duduk atas kerusi roda pun boleh buat income RM20 ribu setiap bulan. Tak ada alasan bagi yg sihat tubuh badan tak boleh buat tone excel ini. Hanya rajin dan terus
        promosi..promosi..promosi...promosi..
        Dalam tone excel ini anda buat anda dapat. Kalau anda tak buat tak dapat la..

        Saya kongsikan cara mudah buat tone excel.

        1. Daftar simkad tone excel.
        2. Daftar semua ahli keluarga guna simkad tone excel
        3. Daftarkan kawan2 baik guna simkad tone excel.
        4. Jangan berhenti promosi simkad tone excel dan link tone excel

        Klik link yg diberi dibawah untuk dapatkan link promosi tone excel :


        Image may contain: 1 person, text

        Kredit : Tone Amri

        Ahad, 4 Jun 2017

        Jumlah rumah lelong cecah RM1.8 bilion

        rumah lelong
        Gambar hiasan


          JUMLAH rumah yang dilelong di seluruh negara pada tiga bulan pertama tahun ini sebanyak 6,225 buah dengan nilaian RM1.8 bilion.

          Pengasas AuctionGuru.com.my, Gary Chia berkata, jumlah itu meningkat 14 peratus berbanding pada tempoh sama tahun lalu.

          "Punca jumlah rumah yang banyak dilelong disebabkan ramai pemilik tidak mahu meneruskan bayaran pinjaman bank kerana pulangan sewa diperoleh adalah kecil," katanya kepada Nanyang Siang Pau.

          Beliau berkata, perangkaan turut menunjukkan Selangor muncul sebagai negeri paling banyak rumah untuk dilelong iaitu 2,272 buah ataupun jumlah nilaian RM784 juta, diikuti Johor dan Perak.

          "Berbanding negeri lain, Selangor adalah negeri yang pesat membangun dan mempunyai kawasan penduduk padat.

          "Maka tidak hairankan ramai ingin berhijrah ke negeri ini dan menyebabkan jumlah urus niaga hartanah lebih tinggi berbanding negeri lain," katanya.

          Gary percaya, akan ada lebih ramai pemilik rumah sedia menyerahkan rumah kepada bank untuk dilelong dalam tempoh setahun ini.

          Sinar Harian Online

          Jumaat, 2 Jun 2017

          Internet Malaysia di kedudukan ke-10 terpantas

          Internet
          - Gambar Hiasan
            KUALA LUMPUR - Purata kelajuan sambungan Internet Malaysia adalah yang kesepuluh terpantas di Asia Pasifik, demikian menurut penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, Akamai.

            Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat purata kelajuan sambungan 8.9 Megabit per saat (Mbps), meningkat 9.1 peratus dari tahun lepas serta 40 peratus lebih baik berbanding suku pertama 2016.

            "Penerimaan Jalur Lebar 10 Mbps Malaysia juga mencatat peningkatan 17 peratus suku ke suku dan 179 peratus tahun ke tahun," menurut Akamai dalam kenyataan, hari ini.
            Menurutnya, kemajuan terkini sektor telekomunikasi Malaysia, termasuk pengenalan rangkaian 5G dan 4.5G, memberi dorongan kukuh kepada penerimaan digital dalam negara.

            "Malaysia mempunyai jumlah penduduk generasi muda yang semakin meningkat, mereka merupakan pengguna cekap teknologi dengan kuasa beli yang besar.

            "Sebelum ini, demografik tersebut sentiasa menjadi pengguna awal teknologi baharu, dan faktor seperti pertumbuhan penggunaan telefon pintar dan pelan data mampu milik pula sebagai pemacu Malaysia ke arah mencapai ekonomi Internet," menurut Akamai.

            Menurut laporan itu, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura mempunyai purata kelajuansambungan terpantas melebihi 100 Mbps, manakala 12 negara Asia Pasifik yang dikaji menunjukkan purata kelajuan di atas 50 Mbps, kecuali China, Filipina dan India.
            Singapura sekali lagi mendahului rantau itu dan dunia dengan purata sambungan terpantas 184.5 Mbps pada suku pertama tahun ini, menurut laporan berkenaan. - Bernama

            Khamis, 1 Jun 2017

            KPDNKK tumpas skim piramid, beku akaun RM177 juta


            PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya menumpaskan sindiket skim piramid, Mface Club yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin, berkata kejayaan menerusi Ops Token pada 29 Mei lalu itu dilakukan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Pejabat Peguam Negara. Tambah beliau, operasi bersepadu itu menyaksikan enam serbuan dilakukan di lima buah rumah kediaman sekitar Lembah Klang dan M Mall di Pulau Pinang.

            "Melalui operasi ini juga, sebanyak 91 akaun berjumlah RM177 juta dibekukan atas kesalahan di bawah seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

            Turut hadir, Ketua Seksyen Konsumerisme KPDNKK, Khalid Tik; Ketua Seksyen Pengubahan Wang Haram KPDNKK, Mohd Khairi Jamaludin dan Penolong Pengarah Kanan Seksyen Konsumerisme KPDNKK, Ridzuan Khamis. Dalam serbuan yang dilakukan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 itu, KPDNKK turut merampas barangan seperti jongkong emas, beg tangan, pen, jam tangan dan batu jed sebagai bahan bukti.

            Mohd Roslan berkata, setakat ini pihaknya belum lagi membuat tangkapan terhadap individu terbabit, namun sudah pun mempunyai dokumen serta bahan bukti bagi mendakwa mereka di mahkamah.

            Katanya, setakat ini pihaknya belum dapat memastikan sama ada barangan yang dirampas tulen atau tiruan. "Penguatkuasaan secara bersepadu ini menyasarkan tindakan lebih menyeluruh, bukan hanya terhadap pengendali, malah turut membabitkan penganjur dan pelabur dalam skim ini," katanya.

            www.bharian.com.my/node/288352

            Post Paling Popular

            Post 7 Hari Popular

            Followers

            Senarai Blog Bisnes