Cari Data Anda Nak
Pelawat Sejak Mac 2009
Rabu, 30 November 2011
PAS bidas tuduhan jahat BN
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebaliknya, PAS tidak sekali-kali akan menghalang sebarang projek perumahan untuk rakyat sekiranya ia benar-benar untuk rakyat dan dibuat kena dengan caranya.
Katanya, tentangan dan halangan yang diberikan oleh PAS berhubung sesuatu perkara mempunyai asas yang kukuh dan tidak sekali-kali untuk menyusahkan rakyat.
"Sekiranya satu-satu projek itu untuk rakyat dan dibuat kena dengan caranya, PAS tak halang. PAS tak akan halang atas sebab politik sebab susah nak jawab dengan Allah nanti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas dan menyimpang sama sekali dengan realiti halangan PAS mengenai sesuatu projek yang dibuat oleh Kerajaan BN.
Sebelum itu Ahli Parlimen Tenggara (BN) ketika berucap membahaskan rang undang-undang itu memuji langkah Perdana Menteri membentangkan rang undang-undang berkenaan kerana didakwa amat baik untuk rakyat, tidak seperti pembangkang yang didakwa pasti membangkang projek-projek untuk kepentingan rakyat.
Menurut Siti Mariah, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas, malah PAS pasti bersetuju sekiranya sesuatu projek yang dibuat itu sememangnya benar-benar untuk kepentingan rakyat dan tidak mengandungi motif tertentu dari para pemimpin Umno BN bagi kepentingan peribadi mereka.
Beliau bagaimanapun hairan dengan tindakan Kerajaan BN yang membentangkan rang undang-undang tersebut sehingga terpaksa diwujudkan satu lagi perbadanan untuk melaksanakannya yang dinamakan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Katanya, penubuhan perbadanan itu jelas kelihatan sesuatu yang sia-sia, malah akan mempertingkan lagi kos atau perbelanjaan kerajaan.
"Kini pihak Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan telah memperkenalkan beberapa program termasuk Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat, tapi apa guna diwujudkan satu lagi pernbadanan baru itu," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempersoalkan kemampuan pengerusi dan kakitangan perbadanan itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, memandangkan SPNB sendiri sebelum ini telah gagal melaksanakan peranannya dengan baik.
"Apa rasionalnya penubuhan perbadanan itu? Mungkinkah ia hanya akan mengulangi lagi kesilapan yang lalu seperti yang telah berlaku dalam SPNB," ujarnya.
Kewujudan perbadanan tersebut diyakini menyebabkan negara semakin kehilangan tanah-tanah rezab kerana ia pasti mempunyai kuasa lebih meluas untuk pengambilan tanah rezab bagi pelaksanaan projek itu.
"Sebelum ini tanah rezab sudah banyak diambil tapi tidak pun digantikan dan tindakan ini jelas bertentangan dengan Akta Tanah Negara," katanya.
Beliau juga bimbang rumah-rumah yang didirikan itu nanti gagal dibeli oleh mereka yang benar-benar memerlukan rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, sebaliknya akan dimiliki oleh kroni-kroni pemimpin Umno BN dan mereka yang berpendapatan tinggi sekitar RM7,000 sebulan.HarakahDaily
Umno bakal jatuhkan Najib!!!!!!
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.
AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa.
"Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa.
"Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan" katanya kepada Harakahdaily.
Dalam kenyataan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.
“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.
“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.
Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly juga menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa transformasi politiknya kepada pemimpin Umno lain termasuk Ahmad.
Najib juga ujarnya masih tindak menentu dalam mencari strategi dan pendekatan untuk mempertahankan kuasanya.
"Mungkin juga ketua penerangan Umno ini mewakili suara majoriti ahli Umno dan suara Najib (yang mahu transformasi) hanya minoriti.
"Ini juga bukti 'banyak kepala' dalam Umno yang semakin bersimpang-siur dan bercelaru. Umno tetap Umno yakni parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu Umno, masih ramai Melayu yang terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini" kata Dr. Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.
Sementara itu juga, beliau menjangkakan perhimpunan agung Umno yang akan dirasmikan malam ini menjadi medan anggota parti itu membangkitkan isu perkauman.
Ianya memandangkan parti itu kini berada dalam keadaan terdesak selepas hilang sokongan bukan Melayu sejak tsunami politik 2008 lalu.HarakahDaily
NOTE : Melayu Dalam Umno Hanya Tinggal Melayu Umno Lembu!!!!!!!!!!!
Selasa, 29 November 2011
Isnin, 28 November 2011
Bersih 3.0 wajar diadakan segera..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KUALA LUMPUR, 28 Nov: Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) mewakili lebih daripada 20 Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kaum India merasa terpanggil untuk meneruskan momentum perubahan yang semakin terasa rentetan daripada kejayaan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Menurut sekretariat itu, Barathidasan Saminathan, beberapa tindakan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri dilihat begitu terdesak untuk melaksanakan perubahan demi menjaga survival pemerintahan Barisan Nasional.
“Perkembangan positif ini perlu digunakan sebaik mungkin bagi membolehkan lebih banyak perubahan dilakukan oleh pihak kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, WargaAMAN percaya sekiranya gerakan menuntut pilihanraya bersih dan adil diteruskan dengan pembawaan yang konsisten, peluang untuk 8 tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan adalah sangat besar.
“Oleh itu, WargaAMAN menuntut supaya satu lagi perhimpunan Bersih 3.0 diadakan segera untuk menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya,” katanya.
Tambahnya, objektif sebenar cadangan Bersih 3.0 ialah untuk meneruskan momentum Bersih 2.0 yang telah berlangsung pada 9 Julai dalam menuntut pembaikpulihan sistem pilihan raya bagi mewujudkan sebuah sistem yang lebih bersih dan adil.
Beliau juga memberi respons terhadap Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Oktober lalu.
Katanya, PSC tersebut dilihat sebagai alat untuk meredakan tuntutan Bersih dan mengalihkan rakyat daripada memberi fokus terhadap tuntuntan pilihan raya bersih dan adil.HarakahDaily
ABIM turut bantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman
"ABIM menilai peruntukan-peruntukan tersebut bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun," kata presiden ABIM, Amidi Abd Manan.
Antara peruntukan tersebut, katanya, ialah notis 30 hari (dalam draf asal) diwajibkan ke atas penganjur sebelum tarikh perhimpunan dalam Fasal 9 Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.
ABIM juga, tambahnya, menuntut penjelasan serta rasional di sebalik larangan mengadakan perhimpunan di rumah-rumah ibadat seperti masjid untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
"ABIM juga memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat dalam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan," tambahnya.
ABIM, katanya, khuatiri menerusi peruntukan tersebut (Fasal 15 dan 21), ia akan membuka ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan.
Ini, tambahnya, adalah akibat ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budibicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan.
"Dunia sedang bergerak ke hadapan memperkemas dan memperkasa elemen-elemen kebebasan, keadilan, dan hak asasi manusia, langkah-langkah ini dinilai seakan sengaja mengambil langkah untuk berundur ke belakang untuk menafikan hak asasi rakyat Malaysia," katanya.
Dalam hal ini, katanya, ABIM ingin menegaskan pendirian bahawa kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi.
"Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Sesungguhnya sebarang maklum balas dari institusi masyarakat sivil juga tidak wajar ditanggapi dengan persepsi yang negatif," tambahnya.
Amidi berkara, sebarang penafian terhadap hak serta sekatan yang berkaitan akan memberikan persepsi yang negatif di kalangan rakyat terhadap pemerintah.
"Dikhuatiri sekiranya rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dilaksanakan, ia hanya akan memberi implikasi yang kurang menyenangkan terhadap perjalanan konteks hubungan rakyat-pemerintah itu sendiri di samping perkembangan demokrasi secara sihat di negara ini," tambahnya.MalaysiaKini
Ahad, 27 November 2011
Carta Blog Popular Hari Ahad, 27/11/2011 Minggu 30
Panas!!!!!!!!!!! Akta Pekerjaan: MTUC mahu MOU dengan Pakatan Rakyat
Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.
Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.
"Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.
"Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.
Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.
Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.
Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.
Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.
"Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.
Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.
Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.MalaysiaKini
Nazmi Faiz sedia galas tanggungjawab - Malaysia VS Bahrain Malam ni
Tarikh : November 27, 2011
MUHD Nazmi Faiz Mansor bersedia memainkan peranan mengemudi jentera tengah Malaysia, jika diturunkan dalam senarai kesebelasan utama menentang Bahrain, malam ini.
Malah, pemain berusia 17 tahun itu, sedikit pun tidak berasa gentar atau tertekan berdepan lawan yang mempunyai fizikal yang lebih besar berbanding dirinya.
“Saya tidak terlalu memikirkan saiz badan pemain lawan. Saya hanya mahu menjalankan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan jurulatih.
“Malah, keyakinan saya semakin bertambah selepas berakhirnya temasya Sukan Sea,” katanya yang disenaraikan pada saat-saat akhir dalam skuad Sukan Sea yang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos selepas menundukkan tuan rumah Indonesia, 4-3 melalui penentuan sepakan penalti.
Tarikh : November 27, 2011
“Kami tidak gentar berdepan lawan. Itu reaksi penyerang skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor menjelang perlawanan ketiga peringkat Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain, malam ini.
Katanya, mereka akan menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk memerangkap lawan sekali gus mengutip tiga mata berharga yang terlepas Rabu lalu, ketika tewas 0-2 kepada Syria.
Malah katanya, kelebihan fizikal yang dimiliki pemain Bahrian bukan alasan untuk mereka tidak menampilkan aksi terbaik.
“Seperti yang kita tahu, pemain Bahrain memiliki kelebihan fizikal berbanding pemain Malaysia, namun tidak semestinya kemenangan berpihak kepada mereka.
“Jika kami bermain dengan taktikal yang betul dan ditambah dengan semangat juang tinggi, tidak mustahil kami mampu mengecewakan lawan,” katanya yang optimis skuad Harimau Muda mampu menundukkan pasukan kendalian Salman Sharida itu di hadapan penyokong sendiri.SinarHarian
'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan..Panas!!!!! Najib!!!!
Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.
"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.
"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."
Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen.
Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas.
Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.
"Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya.MalaysiaKini
Sabtu, 26 November 2011
PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak
JOHOR BAHRU, 26 NOV : Tekanan keterlaluan pemerintahan Umno terhadap kaum melayu selama ini, mendesak gagasan Pakatan Rakyat mengembeleng kekuatan mengambil alih peranan membela nasib dan kebajikan kaum itu.
Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran yang dilontar oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar kepimpinan Umno meminda undang-undang memastikan jawatan Perdana Menteri hanya boleh dipegang oleh seorang Melayu hanya cabaran menguji sejauh mana keikhlasan janji parti itu membela dan memartabatkan kaum melayu.
"cabaran itu bukan pendirian AMK mahupun parti, oleh kerana Umno lunak membicarakan soal melayu, kita mencabar Umno untuk meminda, itupun kalau mereka sanggup.
"Kita masih berpegang pada perlembagaan Malaysia selain prinsip adil dan saksama, apa yang dilontarkan itu hanyalah cabaran,"katanya.
Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di Pulai Spring Resort, di sini hari ini.
Semalam, pada Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-8 di sini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin melontarkan mencabarnya kepada kepimpinan Najib Razak untuk meminda undang-undang bagi memastikan jawatan Perdana Menteri hanya dari kalangan melayu
Cabaran itu menurut Shamsul antara lainnya adalah untuk membuktikan bahawa Umno bukan lagi juara orang Melayu seperti apa yang didakwa parti itu selama ini.
Dalam perkembangan sama, Shamsul menerusi program bual bicara 'Fokus Berita' bersama TVSelangor berkata walaupun polimik berhubung isu melayu akan dimainkan oleh media arus perdana dan pemimpin Umno namun isu tersebut harus di lihat secara positif.
Selama ini ternyata Umno telah gagal memertabatkan orang melayu dalam semua bidang termasuk hak istimewa orang melayu, tanah rizab orang melayu dan ekonomi orang melayu yang jauh tersisih.
Pemerintahan Umno lebih 54 tahun yang kononnya membela nasib melayu bagaimana pun telah membuka mata rakyat mengenali wajah sebenar kepimpinan Umno.
Mengulas lanjut, Anwar berkata PKR teguh mendaulatkan perlembagaan tanpa berbelah bagi dan mengingatkan media agar tidak mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan ini.
"Pendirian kita ialah kekalkan peruntukan pelembagaan yang ada, kita cabar Umno kerana Umno bicara soal melayu, itupun kita pertikai kerana bukan melayu rakyat (golongan melayu bawahan),"jelas Anwar.TVSNEW
Jumaat, 25 November 2011
Prof Aziz Bari nafi serang pengurusan zakat S'gor
didakwa oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda semalam.
Katanya, beliau tidak pernah menyerang pengurusan zakat yang sedia ada di Selangor.
sultan - yang mungkin mempunyai implikasi kepada pengurusan masjid dan zakat.
Beliau memberitahu demikian kepada Malaysiakini hari ini melalui e-mel sebagai mengulas titah Sultan Selangor yang dukacita berhubung dakwaan Abdul Aziz, kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.
Abdul Aziz menjelaskan bahawa konteks komen beliau adalah mengenai percubaan "luar biasa" yang dibuat untuk meluluskan rang undang-undang itu apabila sultan dilaporkan "mengeluarkan titah kepada anggota Dewan Undangan Negeri Selangor".
Dilaporkan Sultan Selangor telah mengeluarkan titah menitahkan mereka meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.
Mengenai pengurusan zakat, beliau bercakap tentang masa depan, bukan tentang masa kini, jelas Abdul Aziz dan menambah beliau membuat komen iu sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang pakar dalam perlembagaan.
"Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor," kata Abdul Aziz.
Berdasarkan itu, Abdul Aziz berhujah bahawa apa yang dititah oleh sultan mengenainya adalah "tidak betul".
Katanya, baginda telah diberi nasihat yang salah dan oleh itu beliau bersedia mengadap jika baginda memberi perkenan berbuat demikian.MalaysiaKini
Khamis, 24 November 2011
Lagi sindiket IC untuk warga asing dibongkar
KUALA LUMPUR: Satu lagi operasi sindiket memberi MyKad kepada warga asing di Pusat Latihan KIWA yang dilakukan di tepi lebuh raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terbongkar.
Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS, Pusat Adram Musa berkata, pihaknya sudah membuat laporan di balai polis Sepang.
“Polis mendapati lima suspek sudah dapat IC (kad pengenalan) bernombor 71 iaitu lahir luar dari Malaysia. Ini menunjukkan wujud skandal pemberian IC dan salah urus peraturan undang-undang dalam negara. Lima warga asing ditahan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Bagaimanapun, Adram hairan kerana penganjur sindiket berkenaan adalah individu sama dalam kes yang dibongkar sebelum ini.
“Kita curiga, penganjurnya sama dalam kes di Astana Dugang Desa Putra berhampiran Putrajaya tempoh hari,” kata Adram.
Sebelum ini sindiket sama yang ada kaitan dengan pemberikan MyKad kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya, dikesan di sebuah resort berhampiran Putrajaya.
Enam bas membawa warga asing ke resort berkenaan tetapi polis membuat penafian dan memberi alasan tak masuk akal, kononnya warga asing di Istana Dugang Country Resort itu menghadiri kursus keusahawanan.KeadilanDaily
Hishammuddin!!! Jangan hipokrit - Suhakam
Tarikh : November 23, 2011
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein keliru mengenai peruntukan Akta Patriot dan Akta Antikeganasan yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pesuruhjayanya, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, akta itu bertujuan memerangi keganasan dan mengekang kegiatan militan.
“Beliau jangan hipokrit dalam perkara ini, apabila membandingkan tahanan Kem Guatanamo, Cuba, tanpa perbicaraan selama beberapa tahun dengan ISA.
“Ini kerana mereka ditahan bukan dalam negara itu. Jika ditahan di Amerika misalnya, mereka mendapat hak asasi dan pembelaan. Tambahan, negara itu menghadapi ancaman militan dan pengganas, tidak sama dengan kita,” katanya.
Menurutnya, dengan Akta Patriot, pihak berkuasa boleh menahan mereka disyaki pengganas di bawah undang-undang pencegahan, bukan menahan tanpa dibawa ke muka pengadilan.
“Hishammuddin seolah-olah membenarkan polis menahan seseorang tanpa perlu dibicarakan sedangkan itu adalah hak asasi mereka yang perlu diberi keutamaan,” katanya.
Beliau berkata, tindakan menteri itu mengeluarkan kenyataan, seolah-olah Suhakam mahu melihat negara ini huru-hara adalah tidak benar, apabila mengaitkan dengan pembebasan 13 tahanan dari Sabah minggu lalu di bawah ISA.SinarHarian
Berkenalan Dengan Nazmi Faiz (Permain Bolasepak Malaysia )
| Nazmi Faiz | |||
| Personal information | |||
|---|---|---|---|
| Full name | Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor | ||
| Date of birth | August 16, 1994 (age 17) | ||
| Place of birth | Kuala Lumpur, Malaysia | ||
| Height | 1.67 m (5 ft 5 1⁄2 in) | ||
| Playing position | Midfielder | ||
| Club information | |||
| Current club | Harimau Muda B | ||
| Youth career | |||
| 2008-2011 | Bukit Jalil Sports School | ||
| Senior career* | |||
| Years | Team | Apps† | (Gls)† |
| 2011-present | Harimau Muda B | 19 | (0) |
| National team | |||
| 2011- | Malaysia U-23 | 5 | (0) |
Rabu, 23 November 2011
Carta Blog Popular Hari Ahad, 20/11/2011 Minggu Ke 29 (keputusan penuh 78 )
Selasa, 22 November 2011
Anwar: Pakatan Rakyat tembusi kubu kuat Umno, Felda
JEMPOL 22 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat kini semakin bertapak kukuh di pedalaman khasnya kawasan Felda yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno-Barisan Nasional.
Dalam satu program ceramah di Gugusan Felda Palong di sini malam tadi, Anwar berkata, ia memberikan isyarat bahawa Pakatan Rakyat kini semakin hampir ke Putrajaya dan bakal menyingkirkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Ceramah berkenaan yang diadakan di Felda Palong 6, berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka dari Gugusan Felda Palong.
Dalam ucapannya, Anwar melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa dan kehadiran ribuan peneroka Felda yang menandakan bahawa kubu kuat Umno di Negeri Sembilan itu berjaya ditembusi Pakatan Rakyat.
“Saudara dan saudari pada malam ini berjaya membuktikan bahawa akhirnya antara kubu Umno yang terkuat di Negeri Sembilan berjaya juga ditembusi.
“Saya percaya kebangkitan warga peneroka pada malam ini khususnya anak muda akan memberikan kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 peneroka Felda dari Gugusan Felda Palong.
Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan Umno-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan Felda dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.
Felda kini berdepan saman dari ribuan peneroka dari Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Pahang ekoran penyelewengan yang dilakukan agensi itu terhadap hasil pendapatan peneroka.
“Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam, jangan hukum orang apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR.
“Anda (Umno) harus persalahkan diri anda sendiri kerana gagal membela nasib warga peneroka Felda,” kata Anwar dan disambut dengan sorakan gamat daripada para hadirin.
Dalam program berkenaan Anwar turut menerima penyerahan borang kemasukan seramai 412 ahli baru KEADILAN dari Ranting Felda Palong 6; 105 ahli dari Ranting Felda Palong 4 dan 257 ahli dari Ranting Felda Palong 2.
Untuk rekod Gugusan Felda Palong mempunyai 16 Tanah Rancangan Felda bermula dari Felda Palong 1 dan berakhir dengan Felda Palong 16.
Beliau juga menyempurnakan pemberian Geran ‘Pengisytiharan Tanah Berkelompok Persendirian’ kepada 32 peneroka Felda Palong 8 yang mengusahakan penanaman semula getah dan kelapa sawit secara persendirian dan bukan melalui Felda.
Ketua Pembangkang itu turut menerima kemasukan 80 peneroka Felda Palong 8 yang menyerahkan Borang Permohonan Peneroka Generasi Baru.KeadilanDaily
Isnin, 21 November 2011
Kenyataan Bodoh!!! Menteri umno Lembu ni!!!!!
Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta."Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.
"Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.
"Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya ‘Maling’ yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini.
Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan.MalaysiaKiniCarta Blog Popular Hari Ahad, 20/11/2011 Minggu 29
Ahad, 20 November 2011
''Saya Lebih Penting Kerja Untuk Rakyat Daripada Cari PopularitI ''- Lim Guan Eng
Sebelum ini, Lim dimasukkan dalam satu kajian personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya Universiti Islam Antarabangsa.
Kajian itu mendapati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim menyaksikan populariti mereka merosot.
Kajian itu juga menunjukkan peningkatan populariti untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Lim berkata kajian berkenaan populariti itu bukan suatu yang penting, kerana ramai lagi pemimpin di negara ini yang lebih popular. Beliau juga tidak menganggap kejatuhan populariti sebagai suatu perkara yang amat merisaukan.
"Untuk saya yang penting bukan populariti yang penting bahawa ialah usaha kerajaan yang berjiwa rakyat yang memartabatkan rakyat, program-program yang kita lancarkan kita harap dapat sempurnakan tugas ini untuk menubuhkan dan mengekalkan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat yang memartabatkan rakyat," katanya disini.
Guan Eng berkata lagi, beliau agak terkejut namanya tersenarai dalam kajian pemimpin yang popular sedangkan sebelum ini tidak tersenarai dan menganggapnya satu kemajuan.
"Saya rasa saya bukan pemimpin yang paling popular, jadi saya rasa itu bukan sesuatu yang penting untuk saya,yang popular sudah tentu pemimpin lain seperti Datuk Seri Anwar,atau Nik Aziz atau Najib.
"Jadi saya pun terkejut ,mengapa saya, bahawa nama saya dimasukkan. Sebab itu, kalau menyebut bahawa saya kurang popular sebelum ini, nama saya pun tidak tersenarai, jadi ia satu kemajuan untuk saya," katanya.TVSNEWS
Zaid Ibrahim tidak akan menang
Tarikh : November 20, 2011
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) dari PKR, Hee Loy Sian mempersoalkan tindakan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kawasan itu pada pili-han raya umum akan datang.
Ini kerana, beliau yakin Zaid tidak akan menang kerana sejarah bekas Menteri Kabinet itu yang dua kali ‘lompat parti’ menjadi faktor rakyat enggan memberikan undi kepadanya.
“Saya hormat Zaid, tetapi amat sukar baginya untuk membolosi kawasan ini. Lagipun, penduduk tidak kenal Zaid dan beliau tiada pengaruh di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Zaid semalam yang mahu bertanding di kerusi Parlimen PJS dengan alasan sudah biasa di kawasan itu, faktor pecahan kaum dan permasalahan rakyat yang masih belum terbela sepenuhnya.
Kerusi PJS kini disandang Loy Sian selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Donald Lim Siang Chai dengan majoriti 5,706 undi.
Pada masa sama, Lian Sian turut melahirkan kehairan dengan keputusan Zaid itu kerana majoriti pengundi di PJS berbangsa Cina.
“Tidak ramai orang Melayu di sini. Jika beliau tetap pilih kawasan ini, memang tipislah harapan untuk menang. Kalau benar hendak bertanding, pergilah tempat lain seperti Kota Bharu, Kelantan,” katanya.SinarHarian
Sabtu, 19 November 2011
Kerajaan Negeri Diminta Siasat 'Lapangan Terbang Haram'
SHAH ALAM, 18 Nov : Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (ABAS) menggesa agar Kerajaan Selangor menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung kewujudan sebuah lapangan terbang ditanah milik Yayasan Selangor yang sebelumnya berstatus tanah dusun seluas 217 ekar di Hulu Bernam.
Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz semasa sidang DUN Selangor berkata ABAS telah membuat lawatan ke Hulu Bernam pada Oktober lepas ekoran dakwaan wujudnya sebuah landasan kapal terbang haram iaitu Bernam River Airfield .
Menurut ABAS lapangan terbang tersebut berada dalam tanah milik Yayasan Selangor di Geran hakmilik bernombor HSD 45128, No Pt 2924 yang keluasan asal 225 ekar.
"Jawatankuasa Pilihan ABAS mendapati perkara tersebut tidak patut berlaku , tanah tersebut telah diberi kepada Syarikat Aviation Development Sdn Bhd (ADC) pada tahun 2006 seluas 217 ekar, dan sepatutnya digunakan dengan cara yang betul, tetapi yang menjadi masalah kepada kita ialah anak-anak syarikat tidak mempergunakan tanah tersebut dengan betul dan keuntungannya dikaut oleh pihak yang lain," katanya.
Beliau berkata, Jawatankuasa Pilihan ABAS menyararankan supaya kerajaan mewujudkan satu pasukan untuk menyemak dan meneliti perjanjian usahasama yang ditandatangani pada 15 Ogos 2007 antara Yayasan Selangor dan Syarikat ADC.
Ini bagi memastikan sebarang amalan yang menyalahi peraturan dan etika dapat diperbetulkan dan individu-individu terlibat bagi pihak anak syarikat kepada kerajaan negeri dapat dipertanggungjawabkan .
"Kerajaan negeri perlu mewujudkan satu pasukan khas bagi mengkaji secara mendalam kesesuaian tanah seluar 217 ekar pada dasar penggunaan nilai semasa, serta unjuran penggunaan tanah pada masa hadapan, berbanding syarat kelulusan asal bagi menjana hasil dan pulangan yang optimum kepada kerajaan negeri dan manafaat sebaiknya kepada kerajaan Selangor," katanya.
Sementara itu, Adun Subang Jaya Hannah Yeoh yang menyokong usul itu berkata Yayasan Selangor telah membuat laporan terdapat aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang di kawasan lokasi tersebut dan menggesa agar syarikat tersebut juga disiasat.
"Syarat nyata di kawasan ini ialah untuk tanaman dusun tetapi digunakan untuk membina kawasan lapangan terbang dan aktiviti ini telah bermula sejak 2007 namun jawatankuasa mendapati tidak ada tindakan langsung daripada Majlis Daerah Hulu Selangor ataupun Pejabat Tanah.
"Saya menyeru agar disiasat siapa yang di belakang syarikat ADC ini, dan diminta kerajaan negeri cepat menyiasat bagi menjamin keselamatan pendudukdi sekitar kawasan tersebut," katanya.
Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika memberi respon berhubung perkara ini menyatakan perjanjian yang ditandatangani pada 2007 tersebut didapati banyak terma-terma perjanjian yang berat sebelah dan merugikan Yayasan Selangor.
"Saya diberitahu Yayasan Selangor telah membuat inisiatif untuk membawa kes ini ke mahkamah, supaya dapat menghentikan syarikat tersebut daripada menjalankan penyalahgunaan status tanah tersebut." katanya.TVSNEWS
Polis!!! Sabotaj Perdana Menteri...Kah Kah Kah Kah..
ISA: PAS harap polis hormati PM
KUALA LUMPUR, 19 Nov: PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan.
AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu.
"Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA.
"Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan, dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.
Ismail semalam juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.
Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.
Serah memo ke Suhakam
Dalam pada itu, Mazlan yang kini berada di Sabah memaklumkan satu memorandum akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Kota Kinabalu pada 21 November ini.
Memorandum dari anggota keluarga tahanan itu menuntut Suhakam mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tersebut.
Selain kepada Suhakam, pihak keluarga juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri di parlimen.
Pada masa sama, Mazlan turut mengalukan kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang meluahkan rasa kecewa penangkapan terbaru di bawah akta itu.
Hasmy Agam semalam juga menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.
Selain itu, PAS Sabah juga ujar Mazlan telah melancarkan derma kilat bagi membantu anggota keluarga mangsa tahanan.
"Rata-rata isteri tahanan ini bergantung kepada pekerjaan suami.
"Tidak lama lagi akan buka sekolah, sudah tentu mereka perlukan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anak," katanya sambil menyeru orang ramai turut sama membantu.HarakahDaily
Post Paling Popular
-
[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI
-
Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). ...
Post 7 Hari Popular
-
Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). ...
-
@amrinor88 Listen to this... Follow for more! #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound - DaPor SuRi
-
kami sediakan sistem auto daftar tone wow ikut parlimen malaysia JOM JOIN SINI
-
Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA Saksi pembela dalam p...
-
5 Sebab kenapa anda kena mulakan Bisnes simkad Tone Wow. Especially pada yang memang sedang mencari peluang untuk tambah income, ini adalah ...
Followers
Senarai Blog Bisnes
-
TONE WOW PARLIMEN JASIN MELAKA - * Nama* : Mohamad Hadi Haqimie *Nomber ID Referral* : TWE 1421534 *Link daftar Ahli* : https://shop.tonewow.com/ms?promoterID=TWE-1421534 *No HandPhone*...
-
-
Laporan income pasif tw88 - Update : 26.1.2020 1. Jun 2019 RM66.60 2. Jul 2019 RM55.15 3. Aug 2019 RM47.80 4. Sep 2019 RM69.39 5. Oct 2019 RM65.73 6. Nov 2019 RM88.33 7. Dec 2019 RM13...
-
SIAPA NAK BUAT PELABURAN DENGAN SISTEM TW88? - Modal : RM50 sahaja Setiap bulan : lakukan topup RM30 ke atas Maklumat penuh *KLIK SINI*
-
JANA PROFIT 5% KE 20% SETIAP BULAN. - NIAGAKAN WANG ANDA* Perkiraan mudah untuk menampakkan keuntungan bila anda gunakan wang simpanan anda utk digandakan dalam *essencefx* dengan menggunakan s...
-
KEBAIKAN TONE WOW - Daripada awak semua viralkan lawak bodoh dan mengarut tu.. lebih baik awak viralkan KEBAIKAN TONE WOW ne... Biar semua orang tahu apa sepatutnya dorang PERL...
-
Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful - Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful tapi tiada kemampuan dan malas nak berurusan boleh ambil dlm pakej ini. http://www.gajimasyuk.c...
-
Kelebihan bisnes toneexcel berbanding dgn kebanyakkan bisnes2 lain. - MODALNYA KECIL. syarat untuk menjadi agen bisnes Tone excel ini. pertama sekali adalah anda sendiri perlu menjadi penguna simkad ini. Simkad ini berharga R...
-
Ahli terkini kelabsimkad.com - layari website mohd fauzi dari nilai negeri sembilan.. klik www.kelabsimkad.com/fauzinilai
-
Bonus Pakej untuk jualan 1 - 15 July 2017 sudah di bayar. - *Papan Kenyataan* *YG BERMINAT NAIKKAN JUALAN SYARIKAT ANDA BOLEH JOIN BISNES TELCO INI* *KLIK SINI* WEBSITE BIZ55 TERKINI LAYARI : *http://revo55.weebly....
-
Top 10 Income, Update 07 July 2017 - *1. Siti Zuraidah bt Sayudi RM1290.642. Mohd Ridhwan bin Saimi RM1083.86* 3. Mohd Ahmar bin Saipudin ...
-
-
Kini Telah Ada Peta Minda - Layari : http://www.petamindasains.com/
-
DAPATKAN WEBSITE REFLIKA TONE EXCEL PROMOSI PERCUMA - *PERHATIAN!!!* *KELABSIMKAD MENAWARKAN KEPADA SEMUA PENGGUNA SIMKAD. KHAS KEPADA PENGGUNA SIMKAD TONE EXCEL.* *DAPATKAN WEBSITE REFLIKA PROMOSI* * P...
-
-
Arkib Blog
-
▼
2011
(1092)
-
▼
Nov 2011
(75)
- Himpunan Aman: Jangan salah guna kuasa majoriti (v...
- PAS bidas tuduhan jahat BN
- Umno bakal jatuhkan Najib!!!!!!
- Kenapa Air Kelantan Kotor ? (video)
- Lebih 1,000 Peguam Dan Orang Rama Berkumpul Di Par...
- Ucapan Dasar Dan Penggulungan Presiden PKR (video)
- Bersih 3.0 wajar diadakan segera..!!!!!!!!!!!!!!!!...
- Azmin Ali Serang!!!! Umno (video)
- ABIM turut bantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman
- Gol Power!!!!!!!!!!!! Malaysia 1-0 Bahrain (Nazmi ...
- Carta Blog Popular Hari Ahad, 27/11/2011 Minggu 30
- Panas!!!!!!!!!!! Akta Pekerjaan: MTUC mahu MOU den...
- Nazmi Faiz sedia galas tanggungjawab - Malaysia VS...
- 'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan..Panas!!...
- PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu S...
- Permata Baru Harimau Muda Nazmi Faiz (video)
- Prof Aziz Bari nafi serang pengurusan zakat S'gor
- Lagi sindiket IC untuk warga asing dibongkar
- Hishammuddin!!! Jangan hipokrit - Suhakam
- Berkenalan Dengan Nazmi Faiz (Permain Bolasepak Ma...
- Menteri Umno Kecewa!!! (video)
- Carta Blog Popular Hari Ahad, 20/11/2011 Minggu Ke...
- Anwar: Pakatan Rakyat tembusi kubu kuat Umno, Felda
- Kenyataan Bodoh!!! Menteri umno Lembu ni!!!!!
- Carta Blog Popular Hari Ahad, 20/11/2011 Minggu 29
- Blog Anwar & TukarTiub Mendahului Laman Web Najib ...
- ''Saya Lebih Penting Kerja Untuk Rakyat Daripada C...
- Zaid Ibrahim tidak akan menang
- Kerajaan Negeri Diminta Siasat 'Lapangan Terbang H...
- Polis!!! Sabotaj Perdana Menteri...Kah Kah Kah Kah..
- Terbongkar!!!! Kenapa?? Ezam Mohd Noor berpaling t...
- Rahsia Zul Malaun!!! Terbongkar!!!! Kah Kah Kah Ka...
- Selangor tak bubar Dun jika PRU kurang 6 bulan
- PM Malaysia Tipu!!!! Rakyat!!!!
- Polis ambil keterangan Anwar dakwa palsukan maklum...
- Lagi pemimpin Umno diheret Isu Lembuuuu!!!....Bodo...
- Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan "pen...
- ‘Tiba masa beralih kepada PR’
- Panas!!! Isu NFC: SPRM tak boleh siasat kes beli k...
- Amaran Bung Mokhtar Kepada SHARIZAT, Jangan SUSAHK...
- Rafizi cabar Khairy debat.......Ada berani!!!!!!!
- Sikap amanah bawa Selangor lonjak agihan kebajikan...
- Nik Nazmi: UMNO/BN takut rakyat bersatu-padu!!! (v...
- CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Ah...
- Sultan seru!!! Jangan ‘bermain api’
- PAS mahu gerak Bersih 3.0 jika Najib Gagal
- 111111 Prestasi Kewangan Selangor Lebih Baik Dari ...
- Panas!!!! Terbongkar!! Rahsia Jahat Najib Di Pekan
- Prof: Istana mungkin langkaui batas kuasa
- Keluarga Shahrizat beli kondo mewah RM9.8 juta?(vi...
- Buku Panas!!! Untuk Najib..!!!
- Ust Azhar Idrus - Umno Sesat...?? Hd low quality(v...
- Hebat!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kerajaan Selangor
- Nah!!!!...111 ahli Umno sertai PAS sempena Idul Adha
- Mufti Perlis Terkejut!!!! Najib, RM Selesai Tunai ...
- Kenyataan Zul Malaun dan Mat Kotak Karut..!!! - Az...
- Pas Selangor Ramal PRU13 Disember
- Polis Bergaduh Dengan Pemandu Lori..Panas!!!! (video)
- NI Dia Bukti..!!!! UmnoBN Takut....Kepada Pakatan ...
- Carta Blog Popular Hari Ahad, 6/11/2011 Minggu 27
- Rakyat muak dengan politik tanpa integriti - Saifu...
- Tidak Wajar Mengaitkan Pakatan Rakyat (PR) Dengan ...
- Penafian Najib Razak Mengenai Tulisan Akhbar Austr...
- Kenapa sekarang baru haramkan Seksualiti Merdeka?
- AGEN DSAI....: Ceramah Terkini!!! Anwar Ibrahim Di...
- Manaf Mamat Akui Dilamar
- Belanja Urus Negeri Terengganu Tertinggi Seluruh N...
- Muslihat politik tidak lulus daftar Pakatan (video)
- 'Seksualiti Merdeka' Harus Dicegah- Nik Aziz
- Piket MTUC diteruskan..!!!!!!!!!!!!!!!!
- Amaran Kepada PDRM...
- CheguBard Bongkar!!! Kerajaan UmnoBN dengan hubung...
- Panas!!! Sah Terbukti Kerajaan Umnobn Berhubung De...
- Pakatan panggil SPR saksi pertama PSC
- DAPSY tempelak hipokrasi Pemuda MCA
-
▼
Nov 2011
(75)
