Nazmi Faiz sedia galas tanggungjawab - Malaysia VS Bahrain Malam ni

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 27, 2011
Nazmi Faiz

MUHD Nazmi Faiz Mansor bersedia memainkan peranan mengemudi jentera tengah Malaysia, jika diturunkan dalam senarai kesebelasan utama menentang Bahrain, malam ini.

Malah, pemain berusia 17 tahun itu, sedikit pun tidak berasa gentar atau terte­kan berdepan lawan yang mempunyai fizikal yang lebih besar berbanding dirinya.

“Saya tidak terlalu memikirkan saiz badan pemain lawan. Saya hanya mahu menjalankan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan jurulatih.

“Malah, keyakinan saya semakin bertambah selepas berakhirnya temasya Sukan Sea,” katanya yang disenaraikan pada saat-saat akhir dalam skuad Sukan Sea yang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos selepas menundukkan tuan rumah Indonesia, 4-3 melalui penentuan sepakan penalti.

Oleh : IQLIL DHANIA MOHAMAD.
Tarikh : November 27, 2011
Wan Zack Haikal Wan Nor

“Kami tidak gentar berdepan lawan. Itu reaksi penyerang skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor menjelang perlawanan ketiga peringkat Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain, malam ini.

Katanya, mereka akan menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk memerangkap lawan sekali gus mengutip tiga mata berharga yang terlepas Rabu lalu, ketika tewas 0-2 kepada Syria.

Malah katanya, kelebihan fizikal yang dimiliki pemain Bahrian bukan alasan untuk mereka tidak menampilkan aksi terbaik.

“Seperti yang kita tahu, pemain Bahrain memiliki kelebihan fizikal berbanding pemain Malaysia, namun tidak semestinya kemenangan berpihak kepada mereka.

“Jika kami bermain dengan taktikal yang betul dan ditambah dengan semangat juang tinggi, tidak mustahil kami mampu mengecewakan lawan,” katanya yang optimis skuad Harimau Muda mampu menundukkan pasukan kendalian Salman Sharida itu di hadapan penyokong sendiri.SinarHarian

Ulasan